Minggu, 31 Juli 2011

Jangan terlanjur di bulan puasa

@ TERLANJUR minum air 100 PLUS


Dulu masa sekolah rendah. Kalau petang petang aku selalu main rounders. Semua dengan cowok cowok ganteng. Time puasa pon memang main bedal jugak lah main rounders. Pedulik hape lah kan. Terkedek kedek lari, terkedek kedek tangkap bola


Time ni pulak baru first day puasa




Pastu aku ni kalau main apa apa memang jenis bangsa kalau bercakap mesti kena memekak. Walaupun cakap dengan orang sebelah. Suara macam nak cakap dengan kawan jauh 8 batu boleh dengar. Nasib baik lah kawan kawan aku tak ada yang pekak lagi setakat ni. Kalau ada, mesti depa salahkan aku


Kalau main rounders, memang suara aku je lah yang selalu dengar dekat padang tu. Sikit sikit kang


"weiiiiiiiiii BOTAK!! lariii tangkap bola cepat! BELAKANG WEI BELAKANG!"


kang dengar lagi


"aishhh kau ni BOTAK. tak boleh harap lah. Esok kau jangan masuk team aku"


NOTE: kepada abang abang botak, sila jangan terasa, time tu ada member botak, semua orang memang panggil dia botak


Memang suara aku je lah yang dengar kan dekat padang tu. Makcik makcik yang selalu mengumpat dekat tempat duduk padang tu pon dah sedia maklum dah dengan jeritan aku. Nasib lah makcik ye. Siapa soh dok situ tengok aku main



Dah penat main, balek rumah, tiba tiba boleh buat buat lupa pulak yang aku puasa.(buat buat lupa yang tak boleh blah tu) haishh


Bukak peti ais. perghhh nampak pulak 100 plus sebotol besar. Tahukah anda pada bulan bulan puasa ini air 100 PLUS itu sangat berharga walaupun hanya setitik? YA! ia lebih berharga dari "sebutir beras ibarat setitik peluh petani" (gaya ala ala model iklan beras)


then kemain sedap aku minum 100 PLUS "gulp gulp gulpppp" perghh nikmat betul bila air masuk dalam tekak. Minum pulak 100 PLUS yang time sejuk punya pulak. Sekali ibu aku masuk dapur. Terkejut aku. Tersembur air 100 PLUS. Ibu aku bertanya dengan rileks nya


"eh! tak puasa ke?"


aku jawab rileks je. tak nak lah nampak menggelabah sangat kan?


"eh! lupa lah. Sekarang ni bulan Ramadhan ea? Dah start puasa ea?"


Muka aku memang muka paling tak bersalah ah time tu. mak aku membidas dengan sopan


" tadi sahur pergi makan ayam masak kurma tu hape???"



adoiii ye lahhh orang ganti puasa lah nanti. Tak memasal je kena ganti puasa. Tapi tu zaman muda muda dulu. Zaman zaman jahiliyah dulu. Sekarang aku mana ada dah buat benda benda lagha ni. aku baik dah sekarang *tepok tepok tangan




@ TERLANJUR korek hidung


Haaa bulan puasa ni jangan korek hidung. Kalau time jammed, memang selalu ah nampak lelaki dok korek hidung. Lelaki je lah. perempuan aku tak pernah nampak lagi. Ada sekali tu aku pernah nampak, yang korek hidung tu hensem koooo. Sekali korek korek hidung sedap je. Muka tu memang feeling yang luar biasa lah. yang tak boleh blah tu, dah korek, siap gentel gentel lagi. euwwwww terus aku rasa muka ko tak hensem



Plus jangan korek taik telinga. Time siang siang hari time puasa lah sibuk nak korek taik telinga. sibuk nak cari KETUMBAT (Shaheizy Sam cakap COTTON BUD=KETUMBAT)


Malam malam karang korek lah sangat taik telinga ko yang berketul ketul tu.




@ Jangan tengok PORNO masa bulan puasa


tak ada nya alasan "TER tengok" "TER nampak" "TER sangap"


karang aku "TER terajang" karang nak???



and pleasee jangan mandi lama lama sambil minum air sekali. Gila desperate minum air masa mandi. Baik minum 100 PLUS terus macam aku. muahahaha. eh! jangan minum 100 PLUS. berbuka nanti baru minum ye adik adik semua



Sama sama lah kita beramal di bulan yang mulia ini. Setahun sekali je bebbb. jangan ingat raya je  setahun sekali. Solat Terawih pon setahun sekali jugak. Pergi lah terawih tu kalau tak nak buat penuh pon. Buat lapan pon jadi lah. Bila lagi nak merasa terawih kalau bukan time bulan Ramadhan ni? ye dak?? Tapi yang penting, nawaitu tu. Ikhlas kerana Allah S.W.T

tajam betul ekor setan sekor ni


Syaitan nirrajim betul lah Syaitan ni. Setan setan semua dah kena ikat, jangan kita pulak perangai teruk dari setan sudah.


Yang bagi mesej ada gambar masjid. bagi pantun selamat berpuasa dan ucapan ucapan sempena menyambut bulan Ramadhan ni . Walaupun aku tahu korang main forward je semua mesej tu kan? muahaha. Terima kasih diucapkan. Sorry tak dapat balas. Kredit tak berapa nak banyak pulak.


Tapi sekarang ni dah kurang dah orang bagi mesej dekat handphone. Sekarang zaman cyber. Zaman facebook. ye dak? letak je gambar ucapan selamat berpuasa, tag semua orang. tak pon copy je ayat mana mana, post dekat wall facebook semua orang. SETEL! kehkeh


AHLAN WASAHLAN SYAHRU RAMADHAN. Sama sama kita doakan dipertemukan dengan Lailatul Qadar tahun ini. InsyaAllah


Renung-renung kan dan selamat beramal. tapi tak payah lah renung lama sangat. AMAL kan je lah terus. muehehe



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar