Jumat, 10 Februari 2012

Kentang Pusing-Pusing dan Udang terbang


Haritu buat shawl jadi tudung bawal, harini buat tudung bawal pulak jadi shawl. Bedal ah. Bedah memang suka bedal. Bedah memang suka menidak kan benda yang benar



Pergi Masjid India bersama partner in crime. Si Fafa loqlaq. Makcik dekat belakang pon dah ketawa kecil dengan keloqlaqan nya (ada ke ayat keloqlaqan? Ouh kalau tak ada, kita ada kan!)



Si senget yang cun hidung mancung macam foreigner. muehmuehmueh *gelak sambil kembangkan hidung*



yoooo baik lah mak encik! Tak bukak pon plastik, koyak kan plastik aje


Aku tak tahu lah baju kuning ni baju hape. Baju ni macam baju tidur. Marilah kita tidur sambil berdiri dan berdengkur. Tapi tak beli hape pon dalam ni. Ambil baju, letak balek, belek-belek baju letak balek. Jom lah blah ke destinasi seterusnya



Beli-beli tudung dapat baki duit syiling baru lah. Mula-mula aku ingatkan duit tipu yang untuk main game dekat fun fair untuk kumpul tiket banyak-banyak pastu boleh redeem hadiah pensel sebatang atau keychain gambar beruang comel makan lolipop warna warni dekat kaunter tu tapi rupa-rupanya bukan sebab duit syiling ni macam duit betul (sila baca senafas) . Tapi tak tahu lah betul ke tak, masuk dalam mesin putra nak beli tiket lrt tu tak lepas lah pulak. Kecik sangat kot



Eh apa nama benda alah ni eh? Selalu beli dekat pasar malam tapi tak tahu nama apa. Aku panggil dia kentang pusing-pusing. Dah penat berjalan pusing-pusing sampai rasa macam nak tertanggal skru kaki ni, marilah hadiahkan diri dengan makanan spesis pusing-pusing juga. Ouh sedapnya kentang ini



Cakap dekat Fafa "sedap Fafa kentang pusing-pusing ni. sedapppppp. pi lah beli satu jugak" tapi Fafa jual mahal tak nak beli. Ouh tidak mengapa




Walaupun nampak macam tak senonoh je benda ni, tapi serious sedap




Sekali jalan-jalan,jumpa lagi kentang pusing-pusing ni, Fafa pergi beli pulak. Cehhhh tadi kemain jual mahal taknak,tumbok kang. Aku dok bantai gelak kan je dia, tadi bersungguh lah taknak, nampak aku makan,dia nak pulak. Tapi yang paling tak boleh blah nya. Kentang pusing-pusing dia ni macam cempedak goreng cucuk dalam satu lidi. muahahahaha Gila tebal tepung


Tapi "cempedak goreng" dia ni tak sedap. Sebab tepung nya tebal dan rasa hangit, kentang dekat dalam tak berapa masak. Fafa pon makan sikit je. Kentang pusing-pusing aku beli jugak yang sedap. Pandai aku memilih kentang pusing-pusing yang sedap. Proud to be malaysian! *tetibaaaaa*


Lepastu kita makan udang pulak. Tapi gua tertipu der. Ini udang rasa fish ball. Bentuk saja sebijik sejiban sama macam udang



Ini lah dia UDANG TERBANG!




Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya, nasib lah siapa baca entri merepek ini, tapi memang selalunya merepek pon. Eh tapi kentang pusing-pusing tu apa nama saintifik dia eh? Amek engkooo nama SAINTIFIK terus tu aku tanya.




ok bye!



Tidak ada komentar:

Posting Komentar