Sabtu, 25 Februari 2012

Burger Bakar Kaw Kaw . Memang KAW KAW punya burger!!


Hari tu aku pergi Wangsa Maju, tengok ramai beratur dekat gerai tepi jalan ni, eh cambest je rasa gerai ni. Apa kata kita cuba-try-test tengok dan rasa apa yang ada. Nama gerai ni Kaw Kaw Burger Bakar.




Tengok abang ni bakar burger, perghhhh stylo kot. Ni kira first time lah ni aku tengok orang jual burger guna konsep bakar-membakar ni



Daging burger dia tak main lah daging secoet tu je. Sekali bagak terus woo. Semua daging bakar dia jenis gemok-gemok begini



Konsep burger ni macam style mat saleh.



Setiap kali aku tengok abang ni bakar burger, aku rasa cam stylo. Tak tahu lah kenapa. Sebab first time tengok kot benda alah ni dekat Malaysia. So macam jakun




Kalau korang datang gerai ni kan, korang memang boleh tengok sendiri daging burger ni depa buat. Kira handmade lah semua benda depa bakar ni. Dekat belakang tu ada ah orang yang uli-uli daging burger ni


Terbaik tak?



Datang-datang amek nombor hoiii. Punya lah ramai yang beratur. Aku datang ni time depa tengah serve nombor 9. Aku nombor 32. Boleh bayangkan tak betapa lamanya aku melangok dekat situ tunggu burger. Almost 2 jam jugak aku tunggu. Kalau korang nak pergi makan burger sini, korang kena lah mempunyai kesabaran yang tinggi.


Tapi berkat kesabaran yang tinggi dapatlah merasa burger setinggi ini. Dan nasihat aku, kalau nak makan sini, make sure perut kau lapar tahap cacing kerawit dalam perut tengah buat okestra. Sebab kang takut tak habis lah pulak burger karang. Kan dah jadi kawan syaitonnirojim sebab membazir. Tamo tamo tamo



Tapi aku bungkus je. Sebab nak makan situ, ramai gila pulak orang. Take away burger terus bawak makan pergi mamak. Ni cheesy burger. Terbaik jugak burger ni, cheese melimpah ruah hingga ke ladang gandum


Ni aku punya, cheese  burger hape benda tah nama. Bagak ok burger ni. Dah besar muka aku dah. Susah betul nak makan dengan sopan. Tapi dah lapar bebeno time tu, sopan tak sopan, bedal je lah.



Kalau siapa pernah makan burger dekat Carl's Junior, Chili's, TGI Jumaat, rasa burger ni ala-ala burger macam tu ah.Tapi burger dekat kedai macam tu, harga dia lagi mahal nak meninggal. Burger dekat sini paling murah RM7.50. Aku bungkus dua burger ni dalam RM20. Tapi berbaloi lah sebab besar dan marvelous! Memang sesuai lah dengan nama burger bakar Kaw Kaw tu. Memang KAW KAW wooo!



Selamat meng KAW KAW kan diri dengan burger bakar KAW KAW. wkwkwkwkwkw. kawkawkawkawkaw (gelak baru)



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar