Senin, 13 Februari 2012

Halal Korean Food. Cehhh Running Man ni menipu aku rupanya

Ni Running Man punya pasal lah ni. Bila aku tengok depa ada mission makan-makan kan, rasa macam sedap gila je makanan yang depa makan. Aku pon melancarkan sendiri misi mencari makanan Korea yang Halal dekat Malaysia ni. Boleh feeling feeling Korea sikit kan walaupun nan hado je lah. Dekat Ampang banyak gila restoran Korea yang halal. Tapi aku saje je ah nak cuba-try-test rasa makanan Korea ni, apa ke sedap sangat ke. Aku lupa nama restoran ni apa, tapi ramai melayu yang makan siap bawak family lagi



Boleh tahan mahal gak makanan Korea ni. Satu dish around RM 12- RM15. Yang nasi dengan mee kebanyakan nya rm 15. Aku bukan nak makan sangat pon. Nak RASA je. Aku try lah ambil Tuighim Mannoo dan ddukboke. Tu nama Korea nya lah



Ddukboke dengan side dish nya kimchi dengan potato hape tah. Aku mintak je ddukboke, tapi tak tahu lak dia bagi side dish, dah bagi tu, bedal je ah



Ddukboke ni sedap jugak lah. Kekuatan nya mungkin terletak pada sos nya. Kalau sos nya sedap, sedap ah.Ni cakap nak pedas ni. Tapi tak pedas mana pon. Mungkin lidah dah biasa dengan sambal belacan,asam pedas bagai. So benda ni macam tak ada apa je bila makan. Tapi tengok makanan ni kan macam yong tau fu je kalau versi Malaysia. Kalau diberi pilihan yong tau fu dengan ddukboke ni, aku pilih yong tau fu lagi lah sebab yong tau fu meriah sikit bahan-bahan yang ada



Yang atas tu kimchi. Aku dah tiga kali try makan kimchi. Tiga-tiga kali jugak aku FAIL. Aku tak tahu ah macam mana orang boleh makan kimchi ni. Masam wohhhhh rasa macam cuka. Bluekk. Si SS lagi best, dia rasa sikit pastu dia boleh cakap "eee makanan apa ni, macam kena rendam dengan stokin tengik". Dengar dia cakap macam tu memang aku tak sentuh ah kimchi ni. Letak jauh-jauh



Tahniah lah pada sesiapa yang boleh telan kimchi ni dengan jayanya. Memang aku tabek spring toing-toing dekat engko. Yang potato panjang-panjang tu nice jugak rasa dia



Ni tuighim mannoo. Bahasa yang senang paham nya adalah 'fried dumpling' . Dalam ni ada sayur,telur dengan daging tapi tawar lah. Macam cekodok je kan? Seriously cekodok yang kita masak dan makan petang panas-panas tu lagi sedap!



Tawarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!




Sorry to say kepada pencinta makanan Korea semua. Aku rasa makanan korea ni tasteless. Kurang perasa, sebab tu lah depa kurus-kurus kot.Siapa yang diet memang sesuai lah makan sebab korang tak kan rasa nak tambah lagi dah. Aku syak kalau orang Korea ni duduk dekat Malaysia, mesti depa tak nak balek Korea dah sebab makanan Malaysia ni sedap-sedap. Makanan Malaysia memang sedap tapi kebanyakan nya terlebih minyak lah pulak kan.




Tapi bila tengok dalam Running Man tu macam sedap gila je makanan yang depa semua makan.Tertipu aku. Tapi tak tahu lah kalau dekat Korea tu memang sedap bebeno ke kan atau mungkin tekak aku ni tekak melayu. Masuk makanan Korea terus tekak kembang sekembang skirt che siti wan kembang





Dengan ini aku mengisyhtiharkan sendiri bahawa cubaan aku untuk perasan menjadi warga Korea adalah GAGAL! Sekian terima kasih





ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar