Rabu, 29 Februari 2012

MARYA HANA FOLLOW AKU LA...

Assalamualaikum semua

tadi aku saja usha aku punya diari semasa kan..tup tup tengok tengok..alamak (tanjat boboi) 
MARYA HANA follow aku la..terkezut bercampur teruja..owh teruja ker..mesti la kan..aku selalu gak usha blog si CANTIK ni hah..tapi tak sangka plak MARYA HANA sudi jadi follower aku...toceh toceh...kamsamhanida MARYA HANA...

memandangkan MARYA HANA dah jadi follower kat blog aku yang tak seberapa ni aku pown nak promote sikit la blog MARYA HANA...boleh???

sebenarnya aku mula baca blog MARYA HANA @ KAMARIA HANA ni lepas jer aku buka blog IRINE NADIA..pastu aku rasa cara penulisan MARYA HANA ni menarik dan aku suka baca..kalau tak caya KLIK SINI hah...try la baca...dan kalau tak silap aku jugak la..MARYA HANA ni anak kacukan MELAYU +CINA..betul tak ??? patut la cantik kan..anak kacukan ooo...


 


so kalau nak kenal lagi siapa MARYA HANA korang boleh KLIK dekat atas tu okey...
tak nak citer panjang panjang takut tersilap pulak identiti MARIA nanti..

okey 

bubui

sseeeuuooolllsss next time

sarangae(LOVE)

Hujan

Ni bukan nak cerita pasal hujan band yang nyanyi lagu bila-aku-sudah-tiada-simpan-semua-laguku-jangan-ditangisi-aku tu. Ni pasal hujan ini


Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan.


 Wahhh Wikipedia sangat aku, memang amek dekat wikipedia pon apa maksud hujan tu tapi "kerpasan" tu apa eh? Kupasan aku tahu lah. Tak kesah lah kerpasan tu hape pon, tak ganggu life aku pon =p


Dulu masa korang muda-muda dulu, zaman hingusan, zaman pergi sekolah style rambut abu bakar elah dulu tu, korang pernah main tak benda ni? Bukan main lah, macam lukis,


"Hujan rintik-rintik, air bergelora, emak kasi duit ayah kasi duit, adik pergi sekolah, 3 campur 3, adik jawab 6,cikgu tanda betul, adik balek sekolah"


Jadi begini (lukis pakai paint,tangan gigil, memang rambut macam sarang tebuan jadi nya)



Ni memang tengah stok tak ada kerja lansung lah ni, lagi satu yang "bulat kecik bulat kecik bulat lah besar, sayang papa sayang mama sayang semua bla bla bla" pastu jadi gambar beruang. Siapa pernah main benda ni?  Ke aku sorang je pernah main benda alah ni dulu?? 0_o




Haihh dah melalut ke Zimbabwe dah aku ni. Nak cerita lain, masuk kenangan sekolah rendah pulekk. Sekarang ni musim hujan kan? Tak tahu lah tempat korang. Kalau dekat tempat aku ni, asyik hujan je. Balek kelas hujan, pergi kelas hujan, time tidur krohh krohh pon hujan. Memang kena sediakan payung sebelum hujan lah.Kalau hujan sambil berangin, melayang payung aku, rasa macam nak terbang tapi tak terbang pon lah. Rasa je macam nak terbang. Dah selalu hujan ni, alang-alang baca sekali ini




Sebab tu orang kata hujan rahmat =)



ok bye!

Senin, 27 Februari 2012

Oh tidak! Tipah tertipu! Tertipu Tipah!





Tertipu? Menipu? Ditipu? Tersipu-sipu?








Jeng.. jeng.. jeng....




To be continued ...





ok bye!

MESYUARAT PART 2

 Assalamualaikum semua

hai hai hai aku rasa macam dah lama je tak up date blog kan..haha...bukan apa badan ni je yang tak berapa nak rajin..tapi sekarang dah rajin sikit dah..n_n
aku ni sebenarnya nak sambung entry yang tergendala hari tu..
pasal pe erk?? hurm korang mesti tertanya-tanya kan kan kan (huh perasan)

hari tu aku ada up date pasal MESYUARAT kat tempat yang aku keja sekarang ni hah..so aku nak sambung la kan...saja nak bagi panjang sikit ceritanya..haha...KELASSS KAU JAH !!!

entry lepas aku dah citer yang aku dan kakak senior aku da pegi PASIR HITAM kan..kalau tak ingat 

tapi yang tu tak da gambar lagi..so aku just citer sikit jer la...memandangkan tadi KAK IDA dah upload gambar aku pun apa lagi kan..ringan ringan kan tangan download gambar yang ada..nak download semua banyak sangat..so aku ambik yang mana kreatif dan inovatif ja la...haha kreatif la sangat kan...

malas nak bebel panjang panjang so korang hendap jer la gambar kat bawah ni erk...sambil tu aku bagi la sikit coret-corot pasal gambar yang korang tengok ok darling...JOM KITA MULAKAN OPERASI MENGINTIP (jadi JEBON 007 jap yerk)

masa ni kami baru jer sampai kat jeti PASIR HITAM..duduk ulu tarik nafas segala baru tangkap gambar..kaalu tak duduk dulu aku pun tak tau apa akan jadi (ana fening fening lalat )

waduh KAK ANA kenapa bisa jadi begini..haha...alolo pening yerk...
sabor jer la...KAK IDA buat pandangan tajam (sling )

ehem ehem releks jer kan..haha...
sapa la tu noh...betul tak KAK YATI

ni masa nak wat pendaftaran...nak datuk sesak kot..macam nak jumpa artis ooo..dapat la rasa diri tu macam artis sikit kan..haha (ada hai konon)
APEK : aya..manyak shushah mau daftar..manyak lamai..wa suda daftar wa mau pegi minum ma...
sinangnya dalam ati adoiyai


ni masa mesorat..watcha..alamak kantoi la..nampak la pulak kan aku tak bagi perhatian masa mesorat..alamak !!!

 lepas mesorat habis pa lagi caw la..balik naik bot...bubui PASIR HITAM

HARI KEDUA : UNIT SG KERANG

kali ni gambar aku sikit jer sebab masa unit SG KERANG mesorat aku kena catat minit mesorat so..aku tak boleh nak wat pa pa la kan..sabo jer la...

ni masa mengundi sapa yang nak dilantik jadi AJK bagi unit SG KERANG
lepas mesorat tamat kami semua pegi makan..erm yummy de..

sebelah petangnya pulak pegi mesorat kat unit BAGAN PANCHOR pulak..kiranya kan dua mesorat dalam masa sehari..tu yang jadual padat tu..cewah cakap macam orang orang berjawatan tinggi pulak aku ni hah...
masa ni sibuk sikit sebab nak uruskan pendaftaran...
FOKUS AYUMI FOKUS

lepas keja dah selesai pa lagi..snap snap la..boleh buat kenangan terindah

kami yang disnap apek belakang tu pulak yang happy terlebih...
pastu balik la..mesorat dah abis..tak kan nak duduk situ pulak kan..

HARI KETIGA : UNIT KUALA TRONG

ni time breakfast ( pecah laju) makan bihun goreng minum air teh , kopi , air kosong , karipap..perh..memang terbaik la..aku bagi 5 BINTANG...sebab sedap dan kenyang..alhamdullilah

aura PAK WAN tarik kami..tolong tolong kami ditiup angin..tengok betapa ringannya kami berdua..haha..betul dak KAK IDA


lepas melantak sambung keja seperti biasa 

ada sinar diwajahku..uhuk uhuk batuk batuk batuk

 ni dia pengurus besar (CIK AINOL AZAD) tempat aku kerja...awekz tu biasa la kan 
KAK IDA ngan KAK OO..yang sorang lagi tu..aku CIK MAT(gelaran yang aku panggil )

tamat sudah mesorat kali ni bagi sesi 2012

so usha usha la yerk..haha..
aku nak chow dulu

bubui

sssseeeeuuuooolllsss next time

sarangae(LOVE)

Sabtu, 25 Februari 2012

Burger Bakar Kaw Kaw . Memang KAW KAW punya burger!!


Hari tu aku pergi Wangsa Maju, tengok ramai beratur dekat gerai tepi jalan ni, eh cambest je rasa gerai ni. Apa kata kita cuba-try-test tengok dan rasa apa yang ada. Nama gerai ni Kaw Kaw Burger Bakar.




Tengok abang ni bakar burger, perghhhh stylo kot. Ni kira first time lah ni aku tengok orang jual burger guna konsep bakar-membakar ni



Daging burger dia tak main lah daging secoet tu je. Sekali bagak terus woo. Semua daging bakar dia jenis gemok-gemok begini



Konsep burger ni macam style mat saleh.



Setiap kali aku tengok abang ni bakar burger, aku rasa cam stylo. Tak tahu lah kenapa. Sebab first time tengok kot benda alah ni dekat Malaysia. So macam jakun




Kalau korang datang gerai ni kan, korang memang boleh tengok sendiri daging burger ni depa buat. Kira handmade lah semua benda depa bakar ni. Dekat belakang tu ada ah orang yang uli-uli daging burger ni


Terbaik tak?



Datang-datang amek nombor hoiii. Punya lah ramai yang beratur. Aku datang ni time depa tengah serve nombor 9. Aku nombor 32. Boleh bayangkan tak betapa lamanya aku melangok dekat situ tunggu burger. Almost 2 jam jugak aku tunggu. Kalau korang nak pergi makan burger sini, korang kena lah mempunyai kesabaran yang tinggi.


Tapi berkat kesabaran yang tinggi dapatlah merasa burger setinggi ini. Dan nasihat aku, kalau nak makan sini, make sure perut kau lapar tahap cacing kerawit dalam perut tengah buat okestra. Sebab kang takut tak habis lah pulak burger karang. Kan dah jadi kawan syaitonnirojim sebab membazir. Tamo tamo tamo



Tapi aku bungkus je. Sebab nak makan situ, ramai gila pulak orang. Take away burger terus bawak makan pergi mamak. Ni cheesy burger. Terbaik jugak burger ni, cheese melimpah ruah hingga ke ladang gandum


Ni aku punya, cheese  burger hape benda tah nama. Bagak ok burger ni. Dah besar muka aku dah. Susah betul nak makan dengan sopan. Tapi dah lapar bebeno time tu, sopan tak sopan, bedal je lah.



Kalau siapa pernah makan burger dekat Carl's Junior, Chili's, TGI Jumaat, rasa burger ni ala-ala burger macam tu ah.Tapi burger dekat kedai macam tu, harga dia lagi mahal nak meninggal. Burger dekat sini paling murah RM7.50. Aku bungkus dua burger ni dalam RM20. Tapi berbaloi lah sebab besar dan marvelous! Memang sesuai lah dengan nama burger bakar Kaw Kaw tu. Memang KAW KAW wooo!



Selamat meng KAW KAW kan diri dengan burger bakar KAW KAW. wkwkwkwkwkw. kawkawkawkawkaw (gelak baru)



ok bye!

Selasa, 21 Februari 2012

Adnan Sempit 2 . Shaheizy Sam memang lawak!

Berkesempatan menonton filem Adnan Sempit 2. Before masuk panggung, harapan nya filem ni lawak lah, boleh gelak-gelak . Bila dah tengok, memang tidak menghampakan, asyik tergelak je. Pulak-pulak babak yang ada Shaheizy Sam. Apa yang keluar daripada mulut dia dan memek muka dia memang lawak gila!





Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan merubah penampilan dirinya.

Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam Bahasa Inggeris?

===============




Cakap banyak pon tak guna, korang pi lah tengok. Esok keluar cerita ni, 23 Februari 2012. Cerita ni santai je, ringan, senang paham dan untuk gelak-gelak. Personal opinian, aku rasa Adnan Sempit 2 ni lagi lawak daripada Adnan Semp-it yang dulu tu. Masa Shaheizy Sam dengan Intan Ladyana panggil "papa" "mama" yang tak menahan tu. Lagi-lagi bila Shaheizy Sam cakap inggeris. Adeh berdekah-dekah aku gelak, memang FAIL betul. :D






"Saya memang suka makan tempe. Lagi sedap bila cicah tempe dengan sambal kicap" kata Intan Ladyana apabila wartawan Galaksi bertanyakan tentang makanan kegemaran beliau. ok tipu




Yana Samsudin yang comel berbingkai spek merah dengan Along Raja Lawak yang aku tak tahu lah dia tengah buat apa tu. Gambar candid






Bulatnya muka aku dah macam bola bebola bola. Tapi tidak mengapa, asalkan spek bedah aku dengan spek Shaheizy Sam lebih kurang sama sudah membuatkan hati ini ceria seceria pelangi lepas hujan. Serasi bersama gituwwwwwwww. Kau hado?? kuekkuekkuekkuek (gelak itik pondan)




Disebabkan cerita ni boleh buat aku gelak dengan lawak santai nya yang menggelikan hati dan mencuit buah pinggang aku so aku bagi 3.9 setengah bintang untuk cerita ini! Selamat menonton dan boleh datang pakai helmet masuk panggung, baru lah merempit di pawagam namanya. vrooommmm vroommmmm ihiiiihiiiiihiiiiiiiiiiiiittttttttt (bunyi brek mengejut. bedal!) =p



ok bye!

MESYUARAT PART 1

Assalamualaikum readers...
salam 1 Malaysia semua..

hari ni entry aku berkisarkan mesyuarat yang diadakan oleh PNK Sg Tinggi...erm tau x PNK tu pa?? PNK tu PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SG TINGGI...hari tu aku ada cakap yang aku sekarang dah masuk alam pekerjaan.. so PNK SG TINGGI tu la tempat aku kerja sekarang...

hari ni ada mesyuarat kat dua unit...mula-mula unit KELUBUNG pastu sebelah petang pulak kat PASIR HITAM...kalau nak pergi PASIR HITAM kena naik bot..erm best la jugak kan...sebelum ni asyik naik feri jer tak dapat tengok air terperecik..tapi tadi naik bot mak datuk boleh tahan la...bukan setakat dapat tengok air terperecik sekali dengan baju baju basah..haha...memang pengalaman la cita dia kan..so korang ada tak pengalaman yang macam tu..boleh share ngan aku kan..kita sama sama share pengalaman...

dalam 45 minit gak naik bot tu kalau nka sampai PASIR HITAM..kat situ penduduk dia majoriti kaum cina...so diorang ni susah sikit la nak cakap melayu..apatah lagi nak baca dalam tulisan melayu kan...tapi dalam keadaan diorang macam tu pun kemudahan pun boleh tahan la macam kat darat gak..ada balai polis , klinik kesihatan , sekolah... sama ja kan tak da bezanya dengan kehidupan kita kat darat ni..cuma kemudahan diorang tak la selengkap kemudahan yang kita ada sekarang ni kan...



yang kanan aku tu kak OO , pastu aku , kak ANA , kak YATI , kak IDA dan yang duduk tu kak ILA
semua kakak kakak senior la kiranya kan..huhu

ok la..esok aku sambung lagi bercerite..sebab esok aku ada mesyuarat lagi kat unit SG KERANG ngan BAGAN PANCHOR pulak..so esok pulak yerk..tunggu....

sseeeuuuooolllsss next time

sarangae(LOVE)

Senin, 13 Februari 2012

Halal Korean Food. Cehhh Running Man ni menipu aku rupanya

Ni Running Man punya pasal lah ni. Bila aku tengok depa ada mission makan-makan kan, rasa macam sedap gila je makanan yang depa makan. Aku pon melancarkan sendiri misi mencari makanan Korea yang Halal dekat Malaysia ni. Boleh feeling feeling Korea sikit kan walaupun nan hado je lah. Dekat Ampang banyak gila restoran Korea yang halal. Tapi aku saje je ah nak cuba-try-test rasa makanan Korea ni, apa ke sedap sangat ke. Aku lupa nama restoran ni apa, tapi ramai melayu yang makan siap bawak family lagi



Boleh tahan mahal gak makanan Korea ni. Satu dish around RM 12- RM15. Yang nasi dengan mee kebanyakan nya rm 15. Aku bukan nak makan sangat pon. Nak RASA je. Aku try lah ambil Tuighim Mannoo dan ddukboke. Tu nama Korea nya lah



Ddukboke dengan side dish nya kimchi dengan potato hape tah. Aku mintak je ddukboke, tapi tak tahu lak dia bagi side dish, dah bagi tu, bedal je ah



Ddukboke ni sedap jugak lah. Kekuatan nya mungkin terletak pada sos nya. Kalau sos nya sedap, sedap ah.Ni cakap nak pedas ni. Tapi tak pedas mana pon. Mungkin lidah dah biasa dengan sambal belacan,asam pedas bagai. So benda ni macam tak ada apa je bila makan. Tapi tengok makanan ni kan macam yong tau fu je kalau versi Malaysia. Kalau diberi pilihan yong tau fu dengan ddukboke ni, aku pilih yong tau fu lagi lah sebab yong tau fu meriah sikit bahan-bahan yang ada



Yang atas tu kimchi. Aku dah tiga kali try makan kimchi. Tiga-tiga kali jugak aku FAIL. Aku tak tahu ah macam mana orang boleh makan kimchi ni. Masam wohhhhh rasa macam cuka. Bluekk. Si SS lagi best, dia rasa sikit pastu dia boleh cakap "eee makanan apa ni, macam kena rendam dengan stokin tengik". Dengar dia cakap macam tu memang aku tak sentuh ah kimchi ni. Letak jauh-jauh



Tahniah lah pada sesiapa yang boleh telan kimchi ni dengan jayanya. Memang aku tabek spring toing-toing dekat engko. Yang potato panjang-panjang tu nice jugak rasa dia



Ni tuighim mannoo. Bahasa yang senang paham nya adalah 'fried dumpling' . Dalam ni ada sayur,telur dengan daging tapi tawar lah. Macam cekodok je kan? Seriously cekodok yang kita masak dan makan petang panas-panas tu lagi sedap!



Tawarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!




Sorry to say kepada pencinta makanan Korea semua. Aku rasa makanan korea ni tasteless. Kurang perasa, sebab tu lah depa kurus-kurus kot.Siapa yang diet memang sesuai lah makan sebab korang tak kan rasa nak tambah lagi dah. Aku syak kalau orang Korea ni duduk dekat Malaysia, mesti depa tak nak balek Korea dah sebab makanan Malaysia ni sedap-sedap. Makanan Malaysia memang sedap tapi kebanyakan nya terlebih minyak lah pulak kan.




Tapi bila tengok dalam Running Man tu macam sedap gila je makanan yang depa semua makan.Tertipu aku. Tapi tak tahu lah kalau dekat Korea tu memang sedap bebeno ke kan atau mungkin tekak aku ni tekak melayu. Masuk makanan Korea terus tekak kembang sekembang skirt che siti wan kembang





Dengan ini aku mengisyhtiharkan sendiri bahawa cubaan aku untuk perasan menjadi warga Korea adalah GAGAL! Sekian terima kasih





ok bye!

Minggu, 12 Februari 2012

KEMBALI AKTIF

Assalamualaikum 

hai semua..kini aku kembali aktif dlm menulis blog marshmallowlembut...haha
bukan apa sebelum ni aku agak bz sikit..kalau dulu aku bz ngan skolah but now aku bz ngan kerja baru aku..haha...yeah kini aku sudah  ada kerja wah happy semacam ja aku tgk..huhu..happy la kan...dulu aku just keja ngan mak aku jer but now aku dpt la merasa kerja ngan orang lain pulak kan...tapi aku cuma keja isnin sampai jumaat ja..kalau sabtu ngan ahad aku masuk keja balik ngan mak aku..that's mean aku buat 2 keja sekali gus..huwah dapat gaji lebih sikit kan..kita kena la bijak mencari wang dan peluang..kan kan kan...

aku start keja pun 1/2/2012 hari tu..baru berapa hari ja...keja dia boleh tahan la..dok dalam air-con tu perkara biasa la kalau keja kat opis mmg dok dalam air-con pun kan..then kakak senior semua baik baik belaka..slow spoken ja..haha...suke suke suke... muah....
kalau bab gaji aku x kisah sgt sebab aku just nak cari pengalaman dulu dlm dunia pekerjaan nie...maklumlah umur pun dah nak masuk 20 tahun pada 15/8 ni hah..kena la berdikari sikit kan..nak gak try carik duit sendiri..huhu..akhirnya merasa gak pegang duit sendiri...bui bui bui

sekian lama x up date blog banyak gak citer yang aku peram kat korang kan..haha..selalunya dok citer pasal zaman skolah ja..but now nak la pulak citer tentang alam pekerjaan aku...harap korang suka la kan..

 sebenarnya aku nak letak gambar aku masa kat tempat keja tapi malas nak pasang usb kat nset...so aku tarok yang mana ada ja...haha..dah malas kan nak wat cam na..sabor jer la...


gambar ni x bape nak jelas sgt..yo la nak wat cam na kan..dah ambik ngan camera nset jer..tu yang tangkap muat ja tu...

okey la nanti aku up date lagi erk..tu pun kalau korang sudi baca blog marshmallowlembut ni...

bubui

sseeeuuuooolllssss next time


sarangae(LOVE)

Sabtu, 11 Februari 2012

Hijab and Fashion

Sedang aku berjalan-jalan di internet, kalau blog,istilahnya blogwalking. Kalau internet apa pulak? Internetwalking? Internetwalking pon boleh lah. Aku terjumpa video ini. Dengar punya dengar apa budak perempuan ni cakap, eh terasa suka pulak dengan apa yang dia sampaikan. You have guts for making this video sistaahhh! Salute!















Thumbs up untuk video ini. Video yang simple dengan nasihat yang berguna. Friendly advice from her. May Allah bless you! :)

Jumat, 10 Februari 2012

Kentang Pusing-Pusing dan Udang terbang


Haritu buat shawl jadi tudung bawal, harini buat tudung bawal pulak jadi shawl. Bedal ah. Bedah memang suka bedal. Bedah memang suka menidak kan benda yang benar



Pergi Masjid India bersama partner in crime. Si Fafa loqlaq. Makcik dekat belakang pon dah ketawa kecil dengan keloqlaqan nya (ada ke ayat keloqlaqan? Ouh kalau tak ada, kita ada kan!)



Si senget yang cun hidung mancung macam foreigner. muehmuehmueh *gelak sambil kembangkan hidung*



yoooo baik lah mak encik! Tak bukak pon plastik, koyak kan plastik aje


Aku tak tahu lah baju kuning ni baju hape. Baju ni macam baju tidur. Marilah kita tidur sambil berdiri dan berdengkur. Tapi tak beli hape pon dalam ni. Ambil baju, letak balek, belek-belek baju letak balek. Jom lah blah ke destinasi seterusnya



Beli-beli tudung dapat baki duit syiling baru lah. Mula-mula aku ingatkan duit tipu yang untuk main game dekat fun fair untuk kumpul tiket banyak-banyak pastu boleh redeem hadiah pensel sebatang atau keychain gambar beruang comel makan lolipop warna warni dekat kaunter tu tapi rupa-rupanya bukan sebab duit syiling ni macam duit betul (sila baca senafas) . Tapi tak tahu lah betul ke tak, masuk dalam mesin putra nak beli tiket lrt tu tak lepas lah pulak. Kecik sangat kot



Eh apa nama benda alah ni eh? Selalu beli dekat pasar malam tapi tak tahu nama apa. Aku panggil dia kentang pusing-pusing. Dah penat berjalan pusing-pusing sampai rasa macam nak tertanggal skru kaki ni, marilah hadiahkan diri dengan makanan spesis pusing-pusing juga. Ouh sedapnya kentang ini



Cakap dekat Fafa "sedap Fafa kentang pusing-pusing ni. sedapppppp. pi lah beli satu jugak" tapi Fafa jual mahal tak nak beli. Ouh tidak mengapa




Walaupun nampak macam tak senonoh je benda ni, tapi serious sedap




Sekali jalan-jalan,jumpa lagi kentang pusing-pusing ni, Fafa pergi beli pulak. Cehhhh tadi kemain jual mahal taknak,tumbok kang. Aku dok bantai gelak kan je dia, tadi bersungguh lah taknak, nampak aku makan,dia nak pulak. Tapi yang paling tak boleh blah nya. Kentang pusing-pusing dia ni macam cempedak goreng cucuk dalam satu lidi. muahahahaha Gila tebal tepung


Tapi "cempedak goreng" dia ni tak sedap. Sebab tepung nya tebal dan rasa hangit, kentang dekat dalam tak berapa masak. Fafa pon makan sikit je. Kentang pusing-pusing aku beli jugak yang sedap. Pandai aku memilih kentang pusing-pusing yang sedap. Proud to be malaysian! *tetibaaaaa*


Lepastu kita makan udang pulak. Tapi gua tertipu der. Ini udang rasa fish ball. Bentuk saja sebijik sejiban sama macam udang



Ini lah dia UDANG TERBANG!




Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya, nasib lah siapa baca entri merepek ini, tapi memang selalunya merepek pon. Eh tapi kentang pusing-pusing tu apa nama saintifik dia eh? Amek engkooo nama SAINTIFIK terus tu aku tanya.




ok bye!