Minggu, 17 Maret 2013

Menu diet saya. ehemm

Sekarang ni tengah mencuba untuk makan makanan berkhasiat je.Dah banyak sangat menternak lemak. Kali ni nak membakar dan membuang pulak lemak-lemak yang tersentil ni. Harap-harap kali ni tak hangat-hangat tahi ayam belanda. Aku selalu camtu. Awal-awal je berkobar-kobar semangat waja nak diet. Last-last kecundang di tengah jalan raya. Harap kali ini aku istiqamah menjalankan ibadah kepada Allah SWT dan juga istiqamah menjaga makan dan exercise :D







Sarapan pagi hari pertama


Strawberi, blueberry dengan pisang (bekukan semua) lepastu tambah air sejuk dan blend! Tak ada tambah gula. Terus minum sebelum workout. Sedap dan lazat!


Sedap tau smoothie ni. Bau pon best. Bila kentut pon bau strawberi. muahahaha




Makan tengahari hari pertama

Ayam teriyaki dan salad.

Cara nak buat ayam teriyaki ni senang je. Aku main bubuh je benda-benda dekat ayam ni, Sukatan agak-agak je lah kot

-Dada ayam
-Kicap manis
-Madu
-Bawang putih dan halia (tumbuk)
-Garam sikit

Gaul semua bahan ni untuk perap dekat dada ayam. Masuk kan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. Balut dada ayam dengan alumunium foil pastu panggang. Balik-balik kan ayam sampai masak atas non-stick pan, siap dah teriyaki chicken! heee senang je.



Salad tu campur je tomato ceri, lettuce,timun jepun,salad dressing sikit dan perahan lemon. Siap!


Sarapan pagi hari ke dua

Susu Sunlac, madu dan oat. Blend semua. Ada orang yang cakap dengan aku, susu Sunlac ni lebih kurang macam Herbalife. Tapi aku pon tak tahu lah betul ke tidak.Yang pasti lagi murah lah dari Herbalife. (opss ini bukan iklan promote susu ye) Tapi aku saja je lah try susu ni. Rasa susu ni macam susu :D




Sebab aku ni peminat tegar susu,bagi je lah susu apa dekat aku, memang aku suka minum. So aku boleh telan je susu ni. Sebab bila aku minum, aku suka campur dengan oat dan madu.Tu sedap tu :)



Makan tengahari hari ke dua

Roti wholemeal,chicken slice, tomato ceri, lettuce, timun jepun, crab stick, letak sos dan salad dressing sikit untuk perasa. Siap dah Subway Malaysia. weeeeeee. Memang tinggi habis roti ni. Habis berterabur bila gigit.


Ni kalau dekat rumah, senang lah kan nak buat benda-benda ni. Kalau dekat uni achaner nak buat?? Kalau kat uni, beli lauk je. Ratah lah ayam ke ikan ke. Nasi tak payah makan. Untuk dinner, aku just kunyah buah epal hijau je atau makan kacang ke atau apa-apa lah yang ringan-ringan. Malam tak payah makan banyak sangat pon tak apa sebab kita tak gunakan banyak tenaga pon waktu malam.



Dulu aku ada daftar gym,pastu tak ada masa sangat nak pergi,rasa membazir. Then terminate terus. Penyelesaian nya, aku pergi download video-video aerobik dekat youtube masuk laptop. Menari lah aerobik tonggang tonggek depan laptop pagi-pagi dan petang.


Gambar semua aku dah upload dekat Instagram cikepal06. Semenjak ada Instagram ni malas pulak rasa nak update blog. kihkih


Siapa-siapa yang ada resepi best-best untuk diet yang sehat, meh lah share dengan aku. Ada tips-tips untuk senaman or apa-apa lah benda pasal lifestyle yang sehat sila lah kongsi. Jangan kedekut ilmu.Marilah kita ke arah kehidupan yang lebih sehat! muehehehehe.




"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA"




Tetiba ada tagline. ok bye!



Tidak ada komentar:

Posting Komentar