Rabu, 06 Maret 2013

Ais krim goreng ! Senang je nak buat woh! :D

Siapa pernah makan ais krim goreng?? First time aku makan ais krim goreng ni pon masa dekat matrik. Selalu beli dekat pasar malam sebelah matrik dulu. RM2 kot seketul. Aku pon dah lupa harga nya. Tapi nak buat ais krim goreng ni senang gila nak meninggal je. Mudah sangat cara nya. Tapi tak ada lah sebijik bentuk nya macam dekat pasar malam tu. Pasar malam punya tu nampak macam tebal sikit.


Meh sini nak tunjuk cara nak buat aiskrim goreng versi homemade :D



Bahan-bahan nya mudah sangat nok! Hanya memerlukan 3 benda sahaja

@Roti
@Ais krim
@Cawan/bekas air yang permukaan nya bentuk bulat.


Haaaa senang je kan bahan-bahan nya kak senah, bedah, kiah sekalian semua???





First of all, letak roti. Pastu letak aiskrim sejemput dekat atas roti ni. Letak aiskrim ni jangan over sangat banyak nya. Letak ngam-ngam je dekat tengah-tengah roti tu. Agak-agak je. Kang takut terlebih sangat aiskrim nya, bocor pulak roti tu karang dengan aiskrim meleleh leleh




Lapik kan lagi dengan sehelai (sehelai??) roti. Pastu kau press kan aje guna cawan/bekas air yang ada dekat rumah tu. Press kuat-kuat sampai tertanggal roti itu dan menjadikan roti itu berbentuk seperti gambar rajah di bawah




Gambar rajah 2.1




Objek pada gambar rajah 2.1 telah membiak dengan pesat.



Pastu masuk kan semua ni dalam plastik dan sejuk beku kan dalam peti ais semalaman. Nak sejuk kan dalam 4-5 jam pon boleh. Janji dia beku. Saja aku letak dalam plastik asing sebab tak nak mereka ni melekat lekat antara satu sama lain




Cara nak goreng:

Pastikan minyak tu betul-betul panas gila ok! Minyak tu kasi panas kaw-kaw punya. Bukan panas biasa-biasa je. Minyak tu kena tahap betul-betul panas gila nak meninggal. kihkih.  



Pastu boleh masuk kan aiskrim goreng tu dalam kuali. Minyak kena banyak, biar mereka tenggelam dalam lautan minyak itu. Cara memasak nya guna kaedah deep fried lah senang cerita. Pastu celop-celop kan dalam minyak tu kejap je. Roti dah agak perang tu, angkat dan tos kan. Jangan biar lama sangat mereka berendam dalam minyak tu. Ini untuk mengelakkan anda makan aiskrim minyak. Elok-elok makan aiskrim goreng, last-last makan aiskrim minyak pulak :D





Tadaaa!! siap dah




Aiskrim goreng ni kena makan cepat-cepat. Kalau makan lambat-lambat, tak dapat merasai kenikmatan nya sebab bila aiskrim cair dah tak berapa umphhhh



Luar rasa crunchy, bahagian dalam rasa sejuk



Kalau ada sesiapa nak cuba. Selamat mencuba! :)



Tidak ada komentar:

Posting Komentar