Kamis, 07 Maret 2013

Kucing jadian berkepala tiga yang comel


Ini lah dia kucing jadian berkepala tiga itu. Balek rumah je disambut dengan kehadiran budak 3 ekor ni



 Sibuk je emak dia ni nak interframe jugak. Ni lah emak kepada mereka tiga ekor ni. Nama emak nya Tompok. Aku pernah cerita pasal si Tompok ni dekat ENTRI INI


Bergurau senda nak mintak susu letteww



Aku tidak masuk campur atas pemilihan nama mereka tiga ekor ni. Tahu-tahu je dah bubuh nama masing-masing. Semua nama bermula daripada huruf  "T". Sebab emaknya Tompok, senang nak bezakan nanti. Kalau disuruh aku memberi nama budak-budak ni, senang je aku bubuh . Tapir, Tenuk dan Terung. Settle masalah! Sedap jugak nama-nama itu. Tapi confirm akan di rejek oleh ibu aku nama-nama indah itu




 Disebab kan nama dah diberi oleh ahli-ahli keluarga aku ni.Meh sini aku perkenalkan sekor-sekor. Ni adalah TJ aka Tompok Junior.  Sebab bulu dia macam emak dia. Panggil dia TJ je. Kadang-kadang aku panggil dia Tijah. Dia ni paling comel sebenarnya, tapi dalam gambar tak nampak comel pula. Dia tak photoghenic barang kali.



Tapi perangai dia paling hazab sekali. Kalau pakai kain dalam rumah. Tahu-tahu je dia dalam kain kau main gigit-gigit. Bukan setakat gigit kain, dengan kaki dan betis pon digigitnya. Pastu kuku punya lah tajam nak meninggal. Berak juga merata-rata




Nama dia ni Tom. Tapi kadang-kadang aku panggil dia lembu. Sebab warna bulu dia ni macam lembu kan???



 Ni nama dia Tuti. Sebab dia ni betina, nama pon mesti lah kena girlish sikit kan? Girlish lah sangat nama Tuti tu. Tuti ni memang payah nak senyum. Hoii Tuti senyum lah sikit, orang tangkap gambar kau ni. Lempang kang nak??



Tapi ada ke kucing yang boleh senyum? Kang betul-betul dia senyum kang, mahu aku yang pitam



Masa untuk menenen. Khasiat susu ibu tiada tandingan nya




Lepas menenen berjemaah, pastu mereka tiga ekor ni pon tidur berdengkur. Tidur mesti rapat-rapat. Bagus betul,time tidur pon nak rapatkan saf.




 Bangun-bangun tidur je kacau Lilo Tonggek punya makanan. Jahat tau budak tiga ekor ni, selalu curi makanan Lilo Tonggek. Padahal tempat makanan dorang dah sedia ada dah dekat tempat lain. Nak jugak curi Lilo punya makanan.



Tapi Lilo Tonggek tak kesah. Dia mengamalkan konsep "sharing is caring" gituwww.





Lepas habis makan, Lilo Tonggek pon bermain dengan ikan terbang warna hijau. Oh pernah gak cerita pasal Lilo Tonggek dekat ENTRI INI. Yang paling best, Lilo Tonggek ni tak pernah gaduh pulak dengan budak tiga ekor tu walaupun berlainan jenis. Baguslah macam tu. Mesti Pak Najib suka dengan semangat perpaduan mereka ni sebab mereka mengamalkan konsep 1 Malaysia! Bersatu kita teguh, bercerai kita kawen lain!



Itu sahaja laporan saya untuk hari ini. Kita kembali ke sri pentas.


ok bye!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar