Rabu, 06 Maret 2013

Burger Bakar Abang Burn memang terbaik!!



Siapa dekat sini pernah makan burger bakar? Dulu aku pernah makan dekat satu kedai burger bakar ni. Nak tunggu burger siap, mak oiii punya lah lama. Tapi aku lagi suka makan dekat Burger Bakar Abang Burn ni. Servis memang tip top terbaik! Tak payah aku nak melangok lama-lama dekat sana semata-mata nak tunggu seketul burger. Memang servisnya pantas!



 Haritu balek kelas je,member-member ajak makan Burger Bakar Abang Burn ni,apa lagi rombongan Cik Kiah lah pergi makan burger lepas habis kelas. Masing-masing lapar, cuma makan roti sebungkus je time lunch sebab nak saving compartment dekat perut nak kasi sumbat Burger Bakar Abang Burn pulak petang tu.kihkih



Kitorang pergi dekat Ampang. Dekat je dengan uni aku ni. Sorang drive, minyak tong-tong. Dekat Ampang ni,kedai nya bukak pukul 5. So memang cantik sangat lah tu masa nya. After class, terus pergi menternak lemak :D



Antara favourite aku gak ni burger supremo. Ni list harga. Harga nya tak ada lah mahal sangat. AFFORDABLE lah bak kata omputeh :D





Nak makan daging kambing pon ada




Ni menu baru.  BURN LELEH . Memang meleleh-leleh bak hang!




Tengok gambar menu je tak feel lah kan?? Meh sini usha gambar burger pulak. Jemput tengok :D




Daging burger semua nya homemade.




Pekerja dekat sini memang menjaga kebersihan. Aku pantang sikit kalau makan tempat yang kotor ni. Tapi makan dekat sini ok lah sebab semua pekerja pakai glove dan bandana dekat kepala. Kebersihan memang dijaga.





Bersusun burger






Aku makan burger ni. Burn Leleh Supremo. Tinggi nya awak ni, gayat saya tengok :D


Aku pon pening fikir nak makan macam mana lah burger ni. 





Siapa pernah makan prosperity burger? Haaa rasa burger leleh ni ala-ala prosperity burger lah. Memang meleleh leleh makan burger ni. Burger dah leleh, air hidung pon ikut leleh. Burger leleh ni pedas sikit sebab ada black pepper. Siapa yang suka pedas black pepper ni,memang recommended lah makan burger leleh ni. Tambah pulak dalam burger ni ada cendawan goreng dengan onion ring. Perghhh memang lazat! :D





Ni member aku punya. Lamb burger. Dia kata lazat. Aku tak tahu rasa dia macam mana sebab aku tak minat kambing sangat. Tapi tengok member aku tu makan,gayanya macam sedap gila





Ni member punya jugak. Burger Burn Cheese Chicken. Sedap gak ni sebab aku tumpang rasa sikit-sikit. Memang marvelous!










Ni member aku punya jugak. Haaa tinggi gak ni. Imej sopan dia terus tercalar bila makan burger ni. Kihkih. Ni burger Supremo Cheesy Chicken. Memang terbaik rasa dia!



Dapat pulak member tak makan sayur. Habis sayur-sayuran ni dibuang pastu terlangkupkan roti balek.Makan! :D





Ni side dish. Onion ring dengan cheesy sausage! :D






Ni alamat tempat aku makan haritu. Tempat ni bukak pukul 5. Actually Burger Bakar Abang Burn ni banyak jajahan. Banyak jugak tempat yang ada burger bakar ni. Cuma Sabah/Sarawak je tak ada lagi. Setakat ni ada 13 jajahan Burger Bakar Abang Burn. Ada dekat Ampang, Kajang-Bangi, Nilai, Johor Bahru, Kota Damansara, Sunway-Subang Jaya, Seremban, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Alor Star, Klang, Melaka dan Cheras Perdana. Boleh tengok dekat link ni untuk map semua tempat jajahan http://tinyurl.com/lokasiabangburn




Kalau nak tengok gambar-gambar Burger Bakar Abang Burn yang boleh menggoda jiwa dan raga,korang boleh tengok dekat Facebook Burger Bakar Abang Burn ni. Abang Burn ni rajin jugak upload gambar burger-burger beliau. Kalau nak tanya apa-apa, tanya je dekat facebook tu. Abang burn ni mesra peminat. Muehehehe



Pendek kata, (pendek je kata panjang tak kata apa-apa) semua burger dekat Burger Bakar Abang Burn ni semua sedap dan lazat! Make sure korang datang sini dengan perut kosong. Kalau perut dah kenyang datang sini, kang makan tak habis dah membazir. Jadi kawan syaitan nirrajim pulak. Tamo tamo tamo jadi kawan syaitan nirrajim kihkih



Servis dekat Burger Bakar Abang Burn ni memang cepat dan pantas. Tak ada nya korang nak tunggu sampai berjam-jam. Gosip-gosip dengan member tak sampai 15minit, burger dah tersedia depan mata. Siapa yang nak pergi makan dekat sini nanti, selamat menjamu selera.



Ok bye!




Tidak ada komentar:

Posting Komentar