Senin, 27 Agustus 2012

Team purple berhari raya :D

Seminggu ni dok beraya sakan je. Pagi petang siang malam dok kutip duit raya dan perabehkan kuih raya orang. Tapi aku tak suka sangat makan kuih raya yang ada tepung ni, suka mencekik benda-benda macam kerepek, rempeyek (eh! ke tempeyek?) kacang,popia goreng comel-comel tu je. Baru lah kepuasan maksima berganda makan kerepek sambil beramas mesra dengan sanak saudara. muahaha




Gambar hari raya pertama selepas bermaaf-maafan. Sebab tu ada muka yang ceria,muka macam nak tidur,tak kurang juga muka penyek je sebab baru lepas nangis dan bersok-sek sok-sek lap hingus mintak maaf


Tema tahun ini untuk raya pertama ialan purple! Feeling-feeling tema kanak-kanak RIBENA glup glup glup minum air ribena



power rangers purple

ni pasai apa pulakkk ni? Dongak meninggikan hidung konon nampak efek muka kurus lettew. Padahalll nan hado je lah



datin wan abe =p




yang tengah tu tahun depan beraya dengan suami pulak. Suka lettew dah nak kawen =p








Yeah, tetiba teringat kes MOTOR KAPCAI MULUT BERSEPAI aku dulu tu. Nostalgia sangat konon nya



Disebab kan suka sangat dengan tudung purple Cala Qisya ni. Raya ke 3 pon pakai lagi. Suka sangat tudung ni sebab labuh dan sedap di pakai. Material adalah chiffon

Sesiapa nak singgah butik depa yang kiut miut tu boleh lah singgah di alamat yang tertera di atas. Tudung best, baju pon banyak pilihan :)


Time puasa turun 5kg, rasa ringan je badan macam kapas (amboii metafora sangat)


Time raya???? Melantak macam bela jin apred memasing. Graf kenaikan badan adalah naik. Sekian terima kasut daun keladut

Tidak ada komentar:

Posting Komentar