Dulu time sekolah rendah dulu, habis je buka puasa, memang tunggu ok time nak main mercun dan bunga api ni.Memang semangat berkobar-kobar nak main mercun. Geng pulak ramai . Time tu terawih memang tak pergi lah. Solat Maghrib pon dah cukup baik dah time tu.
Antara mercun yang aku selalu main dulu:
@ Mercun ketupat- Bunyi mercun ni boleh tahan kuat jugak. Lepastu budak-budak ni pergi masuk kan lagi dalam tin. Lagi lah meletop punya kuat bunyiknya.
@ Mercun bola - Aku panggil mercun bola tapi ada jugak yang panggil mercun telur. Kadar pitching memekak mercun bola ni sama jugak lah macam mercun ketupat tu. Kira kalau dah bakar tu pergi letak sebelah telinga boleh pekak lah kata orang. Tapi bukan setakat pekak je, mahu dengan telinga kau sekali tertanggal
@ Mercun lebah - Aku panggil mercun lebah tapi ada jugak yang panggil mercun lalat. Mercun ni kadang-kadang kwanghajar gak. Kita pergi bakar dia siap baling punya jauh lagi, dia elok pulak baikkkk punya pergi kejar kita balek. Terkincit aku nak lari elak daripada kena kejar dengan mercun ni. Lari mengalahkan Watson Nyambek engkooo. Kuss semangat. Hazabedah punya mercun
@Mercun mancis: Ni antara favourite gak ni. Cara main sama macam nak nyalakan batang mancis. Dah gesek-gesek kan kepala mancis ni dekat kotak dia. Pastu boleh baling dekat member yang melatah. Gerenti melatah tak henti-henti dia nanti. Confirm malam esok dah tak nak join dah korang main mercun
@ Mercun papan - Kalau rasa macam kaya sangat, terus bakar je hujung dia. Habis semua meletop-letop. Tapi disebab kan aku jenis jimat cermat. Kena lah cerai-ceraikan semua ni. Puas sikit main.Selalu kalau main, bakar terus campak. Tapi dulu gangster sikit,sebab selalu tengok budak laki buat, so aku pon nak buat. Aku bakar sumbu dia tapi biar je dia meletop dekat tangan. Rasa dia macam kebas-kebas sikit lah nanti jari kita. Nasib baik tak hilang jari aku.Alhamdulillah cukup lagi 10. Kalau Hritik Roshan hilang satu jari tak pe lah sebab dia special, ada 11 jari. Hilang satu apa adahal ye dak?? hehe.
@ Thunder clap - Bila bakar terus je mendongak langit. Pernah sekali aku main, main depan rumah letak atas bahu jalan. Lepas bakar tu, dia boleh pulak terjatuh. Pastu bucu dia menuju dekat rumah aku pulak. Perghh semua cemas takut rumah terbakar. Ayah aku ni suka bercucuk tanam, so rumah aku banyak pasu bunga. Mercun ni kena dekat pasu bunga. Nasib baik ayah aku pergi terawih time tu so kereta tak ada. Kalau ada, mahu tetiba meletop tayar kereta. Hapo nak menjawab ni karang???
@ Mercun naga - Ni dah bakar, tunggu lama sikit, agak-agak sumbu tu dah pendek, boleh baling ke udara. Nanti dia turun cantik je meletop-letop
@Mercun teratai - Haaa mercun ni cantik. Dia boleh keluar macam-macam warna sambil pusing-pusing
Banyak lagi ah mercun pernah main dulu macam mercun das, mercun katak, mercun gasing and etc. Cuma meriam je aku tak pernah main. Sebab takut terbom muka sendiri
Dulu je lah rajin main, sekarang dah besar godang ni dah tak main dah. Time kecik-kecik suka lah kan main mercun.Memang meriah habis. Selalu kena sound dengan pakcik-pakcik sebab buat bising pon ye jugak. Pakcik-pakcik yang join sekaki main pon ada jugak. Tapi sekarang kerajaan pon dah mengharam kan main mercun ni sebab banyak sangat kes jadi kan. Pecah kepala, hilang jari, tangan kudung bagai. Nasib baik lah jari tangan dan kaki aku ni masih selamat lagi di guna pakai. Alhamdulillah
Tapi sekarang dah tak meriah dan memekak dah lah macam dulu-dulu, layan bunyik cengkerik je lah tiap malam-malam puasa ni. kehkeh
ok bye!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar