Jumat, 17 Agustus 2012

Cornflakes dan Ketupat

Yayyy dah sampai dah di kampung tercinta dekat Kluang Johor. Ada orang Johor dekat sini?? ngehngeh. Ni malam tadi punya projek, disebab kan pakcik aku ni dah bawak kuih raya berbakul-bakul,so mari lah kita buat kuih raya yang paling senang dalam dunia. Sebab kuih ni je yang tak ada lagi. Kuih raya yang paling senang nak dibuat dan senang jugak nak perabeh kan


Kuih cornflakes! Ni boleh panggil kuih gak ke? Bahan-bahan main campak-campak je. Madu,gula,cornflakes, badam. Haa senang kan? Budak tadika yang selalu main polis sentri pon boleh buat, siapa tak boleh buat,boleh lah terjun bangunan sekarang. HAHA over. Dah masak atas api, masuk kan dalam paper cup. Sambil mengacau masuk cornflakes dalam paper cup, sambil masuk mulut. Kunggg krappp kung krappp mengunyah



Sedia untuk di bakar. Tak suka letak kismis dan ceri. Kalau datang raya rumah sesiapa tengok kuih cornflakes ada ceri dengan kismis,makan cornflakes je, ceri dengan kismis mesti buang tak makan. Kan dah membazir jadi kawan syaiton nir rajim. huhh



Balance cornflakes lain buat cornflakes coklat pulak. Ni pon senang nak meninggal buat nya. Cooking choclate, susu pekat, gula sikit, butter. Pastu kacauuuuuu



Dah masuk dalam paper cup, Boleh lah taburkan mende alah warna-warni sang pelangi ni. Baru lah nampak efek riang ria di aidilfitri gituwwww. Pastu masuk dalam peti ais. Siap! Jangan pergi bakar pulak. Kang cornflakes coklat terus tukar nama conrnflakes abang BURN pulak karang





Ayah, nenek dan cousin menganyam ketupat pulak. Aku menganyam tikar mengkuang. (ok tipu)


Sambil menganyam, si kucing parsi bernama Bella ni pantang nampak benda berjuntai-juntai. Dia dok mengacau pulak dekat situ. Nak sangat main kan?? Haaa kita bagi dia mainnnn. Kemain nama engkoo kan. Nama Bella kengkonon lahir dekat Paris lettewww. Feeling kucing omputeh




Bella bajet juntaian ketupat itu friskies agaknya. Ayah aku kemain syok pulak melayan natang ni :D




Bella punya misai panjang betul. Nangis A.Galak tengok misai engkoo ni Bella. Dekat telinga pon ada misai jugak tu. Banyak bulu tol engko ni



Walaupun Bella mengacau buat ketupat, dapat jugak lah sebakul ketupat. Tak kira pulak berapa bijik. Sekalung tahniah diucapkan kepada ayah, nenek dan cousin aku kerana berjaya menganyam ketupat



Ucapan daripada Bella si kucing gedik


Tengah sedap buat ketupat, tetiba nenek aku mengatakan sesuatu. Siapa dah lama baca blog aku ni, mesti akan ingat kisah nenek aku ni macam mana. Tetiba dia cakap


"cepat habiskan buat kerja, pasni boleh tengok KAMELIA BARANG BAIK"

kitorang pon "haaaaaaaa kamelia anak sape pulak ni ada barang baik?"

"alaaa yang orang negeri sembilan tu. Yang ada BARANG BAIK BARANG BAIK tu lahhh"

*semua blur* dalam kepala berfikir, hehhh boleh tahan jugak nenek aku ni layan barang orang. huahuahua. dia sambung lagi

"alaaa ada YUS tu orang negeri sembilan tu. dekat tv! Kelakar cerita tu"


Pastu teringat pulak semalam hari Jumaat, dah nak pukul sepuluh lak time tu, terus terfikir

"ohhhhhhhhh KARROT KOMEDIA eh? adehh ingatkan anak siapa lak KAMELIA BARANG BAIK"


"ye lah, kan dia ada nyanyi IS BARANG BAIK, IS BARANG BAIK. Ada Yus orang Negeri Sembilan tu"

*gelak guling-guling* Nasib baik nenek aku tak dikir barat sekali pakai kostum rambu ramba

Puas lah dok fikir KAMELIA BARANG BAIK mana lah. Rupanya KARROT KOMEDIA IS BARANG BAIK IS BARANG BAIK. cehhhh


Mengasah minda betul bila bersembang dengan nenek aku ni.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar