Minggu, 05 Agustus 2012

Patung Kertas

Dulu nak main Barbie Doll tak mampu,pastu parents aku pon tak ajar kitorang adik-beradik main anak patung sangat. So nafsu aku terhadap anak patung, beruang panda or teddy bear besar gedabak itu adalah ZERO. Tak minat sampai lah sekarang. Kalau nak bagi hadiah dekat aku sempena birthday, atau berkhatan atau hadiah kahwin ke hape sila lah jangan bagi teddy bear. Tapi kalau orang dah bagi,tak kan nak buang pulak. Ye dak? Hazabedah sangat tu orang bagi beli mahal-mahal kau sesedap rasa je pergi buang. Sungguh tak sopan



Tapi dulu time sekolah rendah aku suka gila main anak patung kertas ni


Haaa siapa pernah main?? Dulu game dekat computer tak meluas sangat macam sekarang. Nak dapat patung kertas ni pon murah. Tak ingat harga berapa, tapi bawah RM2 je kalau tak silap. Satu kertas dalam doploh sen ke limaposen tah lupa pulak. Ada jugak jual dalam buku. Suka main matching kan baju,kasut,aksesori semua kat patung kertas ni. Adik beradik aku pulak semua perempuan. So ada geng Kak Bedah, Kak Kiah,Kak Senah semua lah bila main ni. Pastu imaginasi tinggi bawak semua pergi shopping usha pakwe dekat depan mall. kihkih kecik-kecik dah gatal. Shopping mall guna buku je, telangkupan jadi tiga segi, so jadi lah shopping mall konon nya


Tapi yang tak best nya pasal patung ni sebab kepala dia senang gila putus. Hangin betul. Sesedap main, kepala hilang. Puas lah salotape balek kasi ada kepala balek. Kalau tak boleh dibendung lagi kepala nya, beli je patung kertas baru. Lagi satu, kalau nak main benda ni jauh kan lah daripada air. Benda ni kalau kena air, habis semua koyak. Tak sempat nak bagi pakai baju, patung keluar shopping pakai singlet jek



Budak-budak perempuan suka main benda ni dulu, sebab patung ni comel kot. Pastu baju semua pon cantik-cantik. Kalau sekarang, bagi main benda ni,mungkin aku akan kata bosan gila patung kertas ni. Tapi zaman sekolah rendah dulu, ni je permainan yang ada, murah pulak tu nak dapat, so kita layan je lahhh


Siapa pernah main patung kertas ni dulu??

Tidak ada komentar:

Posting Komentar