Jumat, 10 Agustus 2012

Gem Island dan lotion !

Haritu aku dijemput untuk pelancaran produk Johnson’s Body Care Oxygen Fresh dekat Gem Island Terengganu! First time ni pergi Gem Island,teruja pulak. Dari KLIA naik flight terbang ke Terengganu. Lepastu naik bas dapat benda ni



Sample Johnsons® Body Care Oxygen Fresh Gel Lotion. Terus apply dekat tangan. Wangi nya! Rasa nyaman je bila bau. Tak macam lotion biasa. Apply je terus menyerap dengan cepat dalam kulit dan tak melekit. I like!! :D



Nak pergi Gem Island kena naik bot ni. Ada dalam setengah jam jugak lah merempit dengan bot ni. Nasib baik lah aku tak ada mabuk laut. Mahu obor-obor dalam laut terkejut sampai melatah karang terkena muntah aku dekat kepala togel dia.Air sangat jernih uolssss






Dah sampai Gem Island kena redah benda ni






Gem Island Resort & Spa dipilih untuk pelancaran produk ini kerana oksigen segar yang kaya dengan mineral semula jadi dan intipati kelembapan dari kedalaman lautan biru :)

Comel nya baby turtle!! Berenang pon terkedek-kedek je. (berenang terkedek??)









Selebriti yang turut hadir. Ada Megan Tan, Fida Ibrahim,Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi dan Thanuja

Launching produk buat tepi pantai. Rasa santai dan segar je bila duduk tepi pantai ni. Pastu feeling-feeling kalau kahwin tepi pantai pon cambest gak ni. kehkehkeh




Thanuja tinggi menggalah ok. Semua orang tak nak duduk sebelah dia kalau bergambar sebab tinggi sangat. Tapi Thanuja best sebab sangat lah ceria dan friendly. Selalu tengok dia dekat Masterchef :D







Boleh tengok testimonial daripada Fida yang cute menggunakan Johnson’s Body Care Oxygen Fresh =)






Produk Johnson’s® Body Care Oxygen Fresh Gel Lotion ni sangat sesuai untuk pelbagai acara. Lepas guna produk ni untuk kegunaan harian,mesti rasa kekal segar dan kulit pon lembap walaupun di bawah cuaca terik matahari. Bau pon wangi dan menyenangkan. Pulak-pulak dengan cuaca dekat Malaysia yang panas ni,sesuai sangat pakai gel lotion ni





Sebelum ni bila aku pakai lotion biasa je,apply dekat tangan,pastu pakai baju kan rasa macam melekat-lekat je baju dengan tangan. Tapi lotion ni best! Sebab bila apply je, terus meresap.Cepat gila meresap ok! Sesuai sangat untuk muslimah yang selalu pakai baju lengan panjang. Bila apply lotion dekat badan,tak payah nak tunggu lotion kering,boleh terus sarung baju. Senang dan menjimatkan masa ok! 






Lotion ni macam gel. Yang penting lotion ni TIDAK MELEKIT dan wangi.Untuk perempuan muda yang mementingkan penjagaan kulit,tak kira lah duduk dalam aircond berjam-jam ataupun beriadah dekat luar,aku sangat mengesyorkan produk ini =)





Feeling-felling ombak rindu. Terus tsunami ni karang dok feeling feeling





Serious best lotion ni,cuba-try-test beli gel lotion ni dekat farmasi ke hape.Mesti korang puas hati punya

Haaa JOHNSON BODYCARE  pulak tengah buat contest sekarang. Klik FACEBOOK JOHNSON BODYCARE untuk join. Contest bermula dari 31 Julai sehingga 7 September


Contest nya sangat mudah ok!


Tengok testimional bagaimana selebriti dan blogger kongsi tentang pengalaman yang mereka tidak pernah rasa dengan JBC Oxygen Fresh dan beritahu mereka “never felt like this before” moment dengan kreatif! (max 50 patah perkataan)


Pengadil akan pilih 20 pemenang dan akan dapat hadiah yang menarik daripada JOHNSON BODYCARE. So apa tunggu lagi,join lah. Mana tahu ada rezeki menang =)

Ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar