Kamis, 30 Agustus 2012

Setiakah Aku ?

Assalamualaikum

okey Setiakah aku ni bukan sejenis movie ataupun drama ataupun lagu ... no no no bukan tapi semua ni yumi try kat mana ??? erm cuba teka ... and yumi pun tau korang mesti pernah main game yang facebook keluarkan betul tak ??? but yumi tak la selalu sangat main benda alah ni ... i just play it when i am really really really boring ... 

oeky jom tengok mana tau korang nak try jugak kan ...


 okey mula mula sekali RAHSIA PERIBADI ANDA ... cewah dah macam nak jual produk untuk para wanita ja kan ... but sebenarnya tak .. bukan nak jual obat atau barangan kecantikan it just a game ... nak tau jugak pasal RAHSIA korang , korang boleh KLIK SINI 

kalau dah dapat jawapan korang pastikan komen okey , yumi nak tau gak  haha ... okey okey yang kat atas ni cuba korang baca betul betul ... 
SIFAT : SETIA ... wah setia ker ... hehe okey 1st sekali yumi tak bapa percaya sebab yumi tak pernah bercinta macam korang so tak tau la kesetiaan yumi tu sampai tahap mana kan .. tu yang tak berapa nak caya tu .. eh betul ker (garu kepala yang tak gatal ) erm lantak la mungkin ni semua cuma permainan kan ... so yumi try sekali lagi kat FAIL RAHSIA yang macam kat bawah ni ... jom tengok...

eh ...tengok tu tahap kesetian dapat full mark la .. haha .. 100% ... wow dasyat ni ... sikap : suka marah yes .. yang tu memang betul haha ... then kelemahan tu tak tau jugak sama ada betul ker tak .. karakter yumi peramah ?? hurm yumi cuma ramah dengan orang sekeliling jer ... tak berapa nak ramah sangat pun... haha ... so kalau korang try yang ni jugak boleh KLIK SINI


wow ! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik ... okey yang ni tak tau tang mana yang tak betul .. haha ... nak try KLIK SINI

so , kalau korang sangat sangat sangat boring korang boleh main game ni semua hah tapi jangan nak percaya sangat ... just main untuk seronok seronok jer .. kalau ada yang kena dengan diri korang mungkin cuma kebetulan .. okey .... 

thanks for reading

bubui

sarangae(LOVE)


Selasa, 28 Agustus 2012

Sakan Beraya

Assalamualaikum semua 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ... rasanya belum terlalu lewat kan nak wish ucapan hari raya ... so how with your raya .. best tak ??? or sekadar biasa - biasa jer ... tapi ada jugak yang ambil kesempatan ni untuk bertunang , then buat kenduri kawin dan macam -macam lagi ... betul tak ?? so korang ni ada tak yang dalam mana - mana golongan yang yumi cakap tadi ... maybe korang dah jadi milik orang ker ada yang dah kena chop ker (bertunang) apa -apa pun status korang yumi nak ucapkan tahniah ... okey back to top ... 

raya yumi tahun ni agak kelam sikit sebab rumah penuh .. bukan penuh denga orang besar tapi penuh dengan budak budak ... kalau nak guna ilmu matematik yang yumi ada ni boleh dikatakan purata budak budak lebih ramai daripada orang besar ... bukan 'orang yang berbadan besar , erk ' I mean adult ... that's why kelam sikit ... sampai tak sempat nak keluar beraya dengan kengkawan , cikgu .... sebab tahun ni kami sekeluarga menerima arahan dari ketua keluarga supaya pegi beraya kat kampung arwah nenek ... nak kenalkan kepada sepupu dan sepapat kat sana ... sorry la yerk to all my friend sebab tak pegi beraya kat umah korang and also kakak opis kat tempat yumi kerja dulu ... pown tak sempat ... kalau nak diikutkan sekarang ni pun still boleh pei beraya kan but I can't because now I'm at Kuala Lumpur ... yumi datang KL pun masa raya ke 7 kalau tak silap ... yumi cuma sempat jumpa kengkawan yang keluar masa ada kenduri cikgu ... and that be our last ... so kengkawan nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi yerk ...


okey tinggalkan jap hal tu semua ... meh sini meh sini teman nak kabo ... this is my baju kurung at our 1st raya ... it is PINK okey ... dulu yumi adalah orang yang paling tak suka warna PINK ... but now you can see what happen to me ... I love PINK like crazy ... so pesanan kepada korang semua jangan la nak benci sangat kat sesuatu benda , barang dan manusia .. bahaya tau .. nanti makan diri ..nnngggaaapppp ...


ni pulak baju raya yang kedua masa raya kedua ... purple ... i love this colour ...
cantik tak baju saya .... eeeuuuuwww


 ni pulak warna yang aku tercari cari pada tahun ni and finally i found it ... grey .. cantik kan ... haha perasan untuk diri sendiri ... kalau tak , tak kan ada yang nak puji kita ni hah ... agree ???

okey i want stop right now ... my  battery is low ... 

thanks for reading

bubui

sarangae (LOVE)


Senin, 27 Agustus 2012

Team purple berhari raya :D

Seminggu ni dok beraya sakan je. Pagi petang siang malam dok kutip duit raya dan perabehkan kuih raya orang. Tapi aku tak suka sangat makan kuih raya yang ada tepung ni, suka mencekik benda-benda macam kerepek, rempeyek (eh! ke tempeyek?) kacang,popia goreng comel-comel tu je. Baru lah kepuasan maksima berganda makan kerepek sambil beramas mesra dengan sanak saudara. muahaha




Gambar hari raya pertama selepas bermaaf-maafan. Sebab tu ada muka yang ceria,muka macam nak tidur,tak kurang juga muka penyek je sebab baru lepas nangis dan bersok-sek sok-sek lap hingus mintak maaf


Tema tahun ini untuk raya pertama ialan purple! Feeling-feeling tema kanak-kanak RIBENA glup glup glup minum air ribena



power rangers purple

ni pasai apa pulakkk ni? Dongak meninggikan hidung konon nampak efek muka kurus lettew. Padahalll nan hado je lah



datin wan abe =p




yang tengah tu tahun depan beraya dengan suami pulak. Suka lettew dah nak kawen =p








Yeah, tetiba teringat kes MOTOR KAPCAI MULUT BERSEPAI aku dulu tu. Nostalgia sangat konon nya



Disebab kan suka sangat dengan tudung purple Cala Qisya ni. Raya ke 3 pon pakai lagi. Suka sangat tudung ni sebab labuh dan sedap di pakai. Material adalah chiffon

Sesiapa nak singgah butik depa yang kiut miut tu boleh lah singgah di alamat yang tertera di atas. Tudung best, baju pon banyak pilihan :)


Time puasa turun 5kg, rasa ringan je badan macam kapas (amboii metafora sangat)


Time raya???? Melantak macam bela jin apred memasing. Graf kenaikan badan adalah naik. Sekian terima kasut daun keladut

Jumat, 17 Agustus 2012

Cornflakes dan Ketupat

Yayyy dah sampai dah di kampung tercinta dekat Kluang Johor. Ada orang Johor dekat sini?? ngehngeh. Ni malam tadi punya projek, disebab kan pakcik aku ni dah bawak kuih raya berbakul-bakul,so mari lah kita buat kuih raya yang paling senang dalam dunia. Sebab kuih ni je yang tak ada lagi. Kuih raya yang paling senang nak dibuat dan senang jugak nak perabeh kan


Kuih cornflakes! Ni boleh panggil kuih gak ke? Bahan-bahan main campak-campak je. Madu,gula,cornflakes, badam. Haa senang kan? Budak tadika yang selalu main polis sentri pon boleh buat, siapa tak boleh buat,boleh lah terjun bangunan sekarang. HAHA over. Dah masak atas api, masuk kan dalam paper cup. Sambil mengacau masuk cornflakes dalam paper cup, sambil masuk mulut. Kunggg krappp kung krappp mengunyah



Sedia untuk di bakar. Tak suka letak kismis dan ceri. Kalau datang raya rumah sesiapa tengok kuih cornflakes ada ceri dengan kismis,makan cornflakes je, ceri dengan kismis mesti buang tak makan. Kan dah membazir jadi kawan syaiton nir rajim. huhh



Balance cornflakes lain buat cornflakes coklat pulak. Ni pon senang nak meninggal buat nya. Cooking choclate, susu pekat, gula sikit, butter. Pastu kacauuuuuu



Dah masuk dalam paper cup, Boleh lah taburkan mende alah warna-warni sang pelangi ni. Baru lah nampak efek riang ria di aidilfitri gituwwww. Pastu masuk dalam peti ais. Siap! Jangan pergi bakar pulak. Kang cornflakes coklat terus tukar nama conrnflakes abang BURN pulak karang





Ayah, nenek dan cousin menganyam ketupat pulak. Aku menganyam tikar mengkuang. (ok tipu)


Sambil menganyam, si kucing parsi bernama Bella ni pantang nampak benda berjuntai-juntai. Dia dok mengacau pulak dekat situ. Nak sangat main kan?? Haaa kita bagi dia mainnnn. Kemain nama engkoo kan. Nama Bella kengkonon lahir dekat Paris lettewww. Feeling kucing omputeh




Bella bajet juntaian ketupat itu friskies agaknya. Ayah aku kemain syok pulak melayan natang ni :D




Bella punya misai panjang betul. Nangis A.Galak tengok misai engkoo ni Bella. Dekat telinga pon ada misai jugak tu. Banyak bulu tol engko ni



Walaupun Bella mengacau buat ketupat, dapat jugak lah sebakul ketupat. Tak kira pulak berapa bijik. Sekalung tahniah diucapkan kepada ayah, nenek dan cousin aku kerana berjaya menganyam ketupat



Ucapan daripada Bella si kucing gedik


Tengah sedap buat ketupat, tetiba nenek aku mengatakan sesuatu. Siapa dah lama baca blog aku ni, mesti akan ingat kisah nenek aku ni macam mana. Tetiba dia cakap


"cepat habiskan buat kerja, pasni boleh tengok KAMELIA BARANG BAIK"

kitorang pon "haaaaaaaa kamelia anak sape pulak ni ada barang baik?"

"alaaa yang orang negeri sembilan tu. Yang ada BARANG BAIK BARANG BAIK tu lahhh"

*semua blur* dalam kepala berfikir, hehhh boleh tahan jugak nenek aku ni layan barang orang. huahuahua. dia sambung lagi

"alaaa ada YUS tu orang negeri sembilan tu. dekat tv! Kelakar cerita tu"


Pastu teringat pulak semalam hari Jumaat, dah nak pukul sepuluh lak time tu, terus terfikir

"ohhhhhhhhh KARROT KOMEDIA eh? adehh ingatkan anak siapa lak KAMELIA BARANG BAIK"


"ye lah, kan dia ada nyanyi IS BARANG BAIK, IS BARANG BAIK. Ada Yus orang Negeri Sembilan tu"

*gelak guling-guling* Nasib baik nenek aku tak dikir barat sekali pakai kostum rambu ramba

Puas lah dok fikir KAMELIA BARANG BAIK mana lah. Rupanya KARROT KOMEDIA IS BARANG BAIK IS BARANG BAIK. cehhhh


Mengasah minda betul bila bersembang dengan nenek aku ni.


Tak tahu nak pakai style hijab apa di hari raya?

Tak tahu nak pakai tudung style apa untuk hari raya ni? Atau tengah mencari-cari gaya tudung yang sesuai untuk digayakan setiap hari?? Masa aku tengah berlegar-legar di facebook, tiba-tiba termasuk satu page facebook ni. Tengok muka depa dalam ni macam familiar je semua. Eh cam kenal je,macam pernah makan semeja je ni :D






Usha punya usha, yess memang betul pon depa. Ingatkan salah orang. Meletop uolsss.  Depa akan adakan bengkel  Hijab Sunsilk bersama Scarflets.




Melalui Kempen ‘Hijabku, Gayaku’ yang dilancarkan di laman Facebook Sunsilk Malaysia, Sunsilk telah membentuk kerjasama bersama Scarflets untuk mengalakkan kaum wanita mengorak langkah terhadap penyerlahan gaya individu. Dan Sunsilk juga memberikan kesegaran yang tahan lama untuk wanita bertudung.Pakai tudung, tak ada lah kepala bau macam kepam je. Dengan Sunsilk, bila pakai tudung pon kulit kepala rasa segar dan wangi je :)


Gaya-gaya hijab yang popular telah dipilih. Ada gaya tudung yang anda berkenan? Kot pagi raya blur tak tahu nak pakai tudung style apa,boleh tengok video tutorial depa. Penggayaan tudung ini untuk memberikan keyakinan kepada si pemakai dan pada masa yang sama boleh kekal bergaya. Bila dah pakai cantik-cantik, baru lah yakin dengan sendiri. Ye tak?






Memandangkan fasa untuk mengundi dah habis. Tinggal part untuk ‘cubalah sendiri’ je :)


·         Fasa 2: Cubalah Sendiri




Ada sesiapa nak belajar macam mana nak berhijab dengan salah satu gaya di atas? Cara dia senang je, tengok tutorial  4 gaya hijab paling popular di Facebook Sunsilk Malaysia. Upload gambar anda memakai gaya hijab yang dipelajari daripada video tutorial. Kalau anda yang paling kreatif, anda berpeluang mendapat rm1500 (duit raya wooo) dan jemputan ekslusif ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets!










Boleh tengok video tutorial di Facebook Sunsilk Malaysia , upload gambar dan menang! Dari 6 Ogos - 31 Ogos 2012! Cepat. Ada masa lagi ni. Mana tahu ada rezeki dapat duit raya RM1500. Hehe. Good luck! :)


Kamis, 16 Agustus 2012

Semoga cepat sembuh abang Je Jai


Terkejut dan rasa sedih sangat bila baca entry from Eyriqazz yang mengatakan abang Je Jai yang kini menghidap Cancer Stage 4. Aku selalu jumpa abang Je Jai ni dekat event nuffnang, tapi abang Je Jai ni jenis happy go lucky, baik sangat dan ceria je orang nya. Memang tak pernah terlintas pon dalam fikiran aku yang dia ada cancer. Tak nampak sikit pon penderitaan yang dia alami bila jumpa dengan dia


Patut lah abang Je Jai lama tak update BLOG DIA. Rupanya hmmmm..





Menitik air mata bila baca note anak dia untuk dia 


Dalam kemeriahan kita bersiap untuk sambut raya, apa salahnya kita menghulurkan sedikit bantuan kepada yang lebih memerlukan bantuan kita

Kalau ada sesiapa nak memberi bantuan wang ringgit, boleh menghulurkan bantuan di:

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )


Semoga abang Je Jai cepat sembuh dan sama-sama kita membantu beliau. Harap-harap urusan bank dipermudahkan wang bantuan nie. Semoga abang Je Jai sekeluarga diberi ketabahan bagi menghadapi situasi ini. Sama-sama kita berdoa untuk kesihatan abang Je Jai.

"Ya Allah, hilangkan abang Je Jai dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan nya."


Bertahan lah abang Je Jai. Bertahan! Kuatkan semangat! :')

[IKLAN RAYA] : Khas Buat Perantauan


Assalamualaikum semua

jom cuci mata dengan Movie kat bawah ni Khas buat 
perantau yang tak dapat balik kampung ..

oooiittt jahatnya teman ni ... huhu .. let's check it out 


kat bawah  ni iklan dari Erra Fazira





 Aaron Aziz Kisah Raya 



Kisah Pak Nil





 P/S : sempena raya ni hah .. jom klik 






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

bubui

sarangae(LOVE)


Rabu, 15 Agustus 2012

My Sweet 20


Assalamualikum bloggers

yesterday is my birthday ... ops ter-mention pulak kat korang ... haha ... bukan niat nak mintak hadiah ye tapi kalau nak bagi pun boleh ... T_T

actually bulan ni ada 3 orang yang sambut birthday dalam bulan yang sama (fokus kpd family saya okey) hari tu 

11.08.2012 - birthday mak
15.08.2012 - birthday ayumi
18.08.2012 - birthday kakak 

so ketiga - tiga birthday ni nanti akan digabungkan dan akan disambut sekali hah kan tak melakukan pembaziran di situ ... betul tak ??? haha


ok ok ... done with that ... tahun ni ayumi dapat kek dari INFINITE la pulak .. kalau last year ayumi dapat kek dari NICKHUN 2PM tapi tahun ni INFINITE pulak yang sanggup datang ke MALAYSIA semata nak bagi kek ni hah ... haha just kidding ... nak sangat la diorang tu mai jumpa ayumi kan ... buang karan ja...


yeah .. dapat DOLL .. omo ~ kiopta ... yang cute tu patung tu ke 
orangnya ???haha ada maksud yang tersembunyi tu ... paham paham la sendiri ..


tada ~ NOKIA ASHA 305 ... sempena birthday ayumi yang ker 20 tahun (argh~) ayumi belikan hadiah untuk diri sendiri .... yeah ... i like it ...



video ni my twin post kat FB .. then ayumi upload kat blog ayumi ... hehe ... twin??? bukan kembar seiras ker apa ker tapi kembar pada tarikh lahir ... okey la sampai sini dulu ...


bubui


thanks for reading


saranagae(LOVE)



Senin, 13 Agustus 2012

Kisah anak perempuan dan lipstik emaknya

Haritu ada member aku cerita pasal kisah budak perempuan dengan lipstik. Dia ni memang suka bercerita. Aku layan je lah.  Cerita dia macam ni, kisah pasal ibu dengan seorang anak perempuan kecik. Anak perempuan dia ni dok main-main lipstik mak dia, alaa biasalah budak-budak kecik kan suka main conteng-conteng. Pastu anak dia ni cakap dekat mak dia "Mama, adik baru je main lukis-lukis pakai lipstik mama". Something like that lah anak dia cakap





Lipstik mahal pulak tu. Tak tahu lah jenama apa, viktoria seret ke, reblon ke, maybelon ke, MEK ke, bobi berawon ke tapi yang pasti nya lipstik tu mahal lah.Mak dia dengar bijik butir keluar dari anak perempuan dia, agak-agak mak dia buat apa? Mak dia pon join sekaki main conteng-conteng ke?




Ouh tidakk. Mak dia tengok lipstik dia tinggal half je pastu muka anak dia pon comot dengan lipstik. Apa lagi? Mak dia pon belasah lah anak dia ni. Anak dia nangis dok teriak-teriak pon mak dia ni wat dekk je. Dah habis pukul anak dia ni,pastu dia sedar yang anak dia ni tetiba je senyap. Dia goyang-goyang badan anak dia pon, anak dia tak gerak-gerak. Mak dia ni cuak lah kan. Panik jap anak dia tak gerak lansung. Mak dia ni pon nangis dan berharap yang anak dia ni bukak mata.



Tapi nasi sudah menjadi bubur ,dah terlambat sebab jantung anak dia pon dah berhenti berdegup. Pastu mak dia nampak kesan dekat selimut tempat tidur anak dia, tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang anak dia conteng


















"SAYANG MAMA SAMPAI BILA-BILA"



Minggu, 12 Agustus 2012

"Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"

Assalamualaikum blogger

actually tadi masa tengah belek - belek my FB tetiba ternampak pulak satu contest yang boleh buat semua blogger tersenyum puas ... sebab apa erk ?? sebab Annas Easkey ada buat contest duit raya .. YEY YEY YEY suke suke suke ... so ayumi pe teringin la jugak nak join contest ni mana la tau kan ada rezeki bulan bulan puasa ni hah ... rezeki bukan kita dapat tau kan kan kan ...

okey okey .. korang bleh join jugak contest ni ... sama sama la kita mencuba ... kalau nak tau langkah - langkah untuk join korang KLIK SINI okey ...

okey malas nak berstory mory panjang lebar ... saya suka Annas Easkey kerana setiap gambar yang diambil oleh Annas Easkey ternyata diambil dengan jiwa dan minat yang tersendiri . Saya amat meminati setiap gambar yang diambil oleh Annas Easkey kerana gambar tersebut ternyata 'Hidup' dan tampak semula jadi .

erm okey baju raya pulak erk .. baju raya tahun ni ada pelbagai warna sebab nak raikan raya dengan meriah dengan keluarga so baju raya saya ada warna PINK , PURPLE , YELLOW , and GREY ... erm banyak kan ... rasanya kali ni terbelanja lebih pulak untuk raya tahun ni ... ops !!!

okey saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada Annas Easkey dalam meningkatkan kreativiti anda dalam menghasilkan gambar - gambar supaya setiap gambar tesebut tampak hidup dan terserlah . Tahniah diucapkan kerana Blog anda disukai oleh blogger - blogger yang sukakan karya anda dan foto foto anda seperti saya .. ops !!! ... yeah ... 

credit Annas Easkey




bubui

P/S : ayat tunggang langgang 

sarangae(LOVE)


Jumat, 10 Agustus 2012

Rombongan Cik Kiah berbuka puasa

Dah lama tak jumpa depa ni. If nak terserempak dekat uni pon punya lah payah. Maklumlah uni besar sampai tak cukup parking katakan. (tak ada kena mengena) Dulu dekat matrik semua satu bilik, memang hari-hari lah dok huha huha macam tiada hari esok. ewahh. Ada yang tengah praktikal, ada yang dekat uni, ada yang dekat rumah,so cari lah tempat yang ada public transport. Senang! semua boleh datang. So jumpa dekat Mid Valley je lah eh


Before berbuka, nak cop tempat dekat Kenny Rogers. Cop tempat dalam pukul 6pm macam tu terpacak depan Kenny Rogers. Memang tak dapat lah nak masuk. Punya lah ramai. So berubah plan, Maghrib dulu baru makan dekat sini. Datang-datang beratur gak. Semua tempat lah beratur. Pizza Hut beratur, KFC penuh macam sardin. Sushi King pon berjela panjang nya. Ni pergi weekdays ni. Kalau pergi weekends tak tahu lah hazabedah nya tahap mana nak beratur



Orang lain beratur, makcik-makcik ni bergosip. Tak pe depa tak puasa. HAHA



Jejari runcing siapa ni?? Masuk-masuk Kenny Rogers, makan sushi . Boleh??


Ye boleh. Siapa kata tak boleh? MALAYSIA BOLEH! Kalau tak macam mana Pandelela Rinong boleh dapat gangsa dekat Olimpik , Dato'  Lee Chong Wei boleh dapat perak?? *tetiba*



Ni Hajar ah ni

"Jom lah beli makanan berbuka dulu dekat Joe Jambul"

"Joe Jambul apa lak ni?"

"JJ lah. jom jom beli sushi"

Sekali dia pergi bawak Jaya Jusco.







Joe Jambul sangatttttttttttttt. Sengal!


Depa ni boleh lah layan sushi. Time time buka puasa ni, memang aku tak ada nafsu terhadap sushi. Tak tahu lah kenapa



Falsafah Nea "kalau wasabi ni perempuan, dia tak cantik tapi seksi"


Aku pon tak faham sebenarnya. Mungkin sebab wasabi ni pedas tapi tak pedas macam makan cili. But berangin macam pedas. Agak nya lah. Aku hentam je ni. kehkeh. Aku memang tak boleh pergi dengan wasabi ni. Selalu makan sushi pon dengan kicap manis. Wasabi boleh pergi main jauh-jauh



Makan 8 orang, muffin ada 7. Achaner ni? Disebabkan semua satu kepala sehati sejiwa. Maka nekad telah memilih kesemuanya perasa vanilla



Aku punya side dish mesti ada buah. Konon-konon nampak macam diet dan makanan sehat lah tu bila ada buah tersergam indah tu. Padahallllllllllll



Nell yang mengingatkan aku tragedi bersama anak makcik cafe yang kwanghajar. Haha. Malas pulak nak cerita pasal anak makcik cafe dulu tu. Hangin je rasa. Semua order ice lemon tea, kalau nak refill boleh refill guna air Naza pegang tu ok :D



Hajar adalah sifu yang mengajar dan menghasut aku tengok cerita jepun. Sebab dia minat gila dekat RYO NISHIKIDO. Dah aku pulak macam berkenan jugak dekat mamat tak sunat tu. Muahaha. Sebab time sebilik dengan dia dulu, dia sibuk mengatakan yang TAKOYAKI tu sangat marvelous. Aku pon dah minat pulak makan takoyaki penangan tengok cerita Gokusen. Fatin macam biasa, sweet like sugar. Semut pon boleh hurung dia sebab sweet sangatttttttttt. :D





Bodyguard :D



Aku bajet muffin dapat 7 je sebab Nea ni lah. Sepatutnya dia tak dapat muffin ni. Makan pon macam orang sakit je aku tengok. Ayam dengan nasi je. Sampai bergaduh lah kejap situ, cakap dia punya dish ada muffin! ada muffin! Beriya menegak kan kebenaran. Last-last tanya budak kerja sana, rupanya depa tertinggal sebijik muffin tak masuk pinggan rupanya. cehhh






Amboi kemain makcik-makcik dekat kiri tu menongkat dagu. Posing abeh baik punyaaaa dah lettewwww. kihkih. Nea pada hari itu, memang terlebih gula. Bercakap tak henti-henti.Dari awal sampai habis dia punya celoteh macam kak nam. Aku pon dah konpius dia makan dada ayam ke muntot ayam tadi ni??? :D




Nea si banker Saidina =p


Kanak-kanak riang terlebih ribena




Borak punya borak. Dah pukul 10pm dah hoiii. Mid Valley pon dah nak halau balek dah tu. Tu lah bila perempuan-perempuan ni semua berjumpa, memang tak sedar lah masa telah mencemburui kita. Hazabedah punya masa,itu pon nak jealous ke?? Kedai habis semua dah tutup pon, sompekkkk laie amek gambo.




Ok tu je. Nanti ada masa rombongan Cik Kiah naik genting lagi. ewahhh mementang uni dekat dengan genting. Asyik mengadap solero space shot je. Muak dah asyik nak pergi genting. kuikui



ok bye!