Selasa, 11 Juni 2013

Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely

Haritu aku dijemput bagi talk untuk satu workshop ni. Initiatif workshop ini merupakan satu platform untuk memberi inspirasi kepada para blogger (10 orang) yang diundang untuk meningkatkan cara mereka blog. Aku pon berkongsi beberapa tip dan aspirasi dalam perjalanan sebagai blogger di Malaysia. Gituwwwww.




Event anjuran Fair & Lovely. Buat dekat The Canvas, Damansara. Nak tahu tak tajuk workshop ni apa? Tajuknya “Serikan impianku menjadi blogger selebriti” kihkihkih *gelak tutup mulut*

Blogger selebriti sangat iolssss. Blogger selebet mungkin. :D


Aku tak ada lah rasa aku ni blogger selebriti. Banyak lagi blogger lain yang layak menerima gelaran itu.Aku bukan nya blogger retis pon selalu keluar tv. Tapi aku anggap je lah workshop ni untuk aku kongsi ilmu yang aku tahu sedikit sebanyak pasal blog :)



Mula-mula sampai ada sesi ice breaking. Sesi ice breaking ni kita perkenalkan diri sendiri dalam bentuk lukisan. Yang best nya dekat The Canvas,Damansara ni sebab dinding di sekeliling tempat tu memang boleh conteng-conteng.




Kreatif sangat dorang ni. Macam-macam dorang lukis :)




Aku pon kena buat jugak. Bab conteng-conteng ni aku memang suka!




Then setiap orang kena explain apa yang dorang lukis yang melambangkan diri dorang tu.




Ni lah benda yang melambangkan diri aku. Muahahaha. Sebenarnya blur tak tahu nak lukis apa. Ini je lah benda yang terlintas dekat kepala masa depa suruh lukis.




Dah habis conteng-conteng. MC panggil suruh aku cerita lah pasal tips-tips blog ni. Aku kongsikan apa yang aku tahu lah pasal blogging ni. Harap sedikit sebanyak dapatlah membantu 10 orang blogger yang dijemput hadir pada hari tu. Nervous lah jugak cakap sorang-sorang dekat depan tu,tapi konfiden je lah sebab cakap pasal benda yang kita tahu dan minat ni senang sikit. Sebab aku ni selalu gagap time presentation dalam kelas. Nasib baik haritu tak gagap dan tangan tak parkinson.Phewwww  :D





Salah satu tips, of course lah kena blog walking. Kalau aku ada masa dan bosan-bosan aku blogwalking jugak. Now masa sangatlah mencemburui aku. Blog sendiri pon kadang-kadang aku tak bukak. Tapi best blog walking ni,kita boleh baca macam-macam cerita pasal orang dan pasal isu semasa.





Masing-masing sebenarnya kena bawak laptop. Aku tak tahu pon sebenarnya. Sampai sana, baru aku tahu masing-masing kena bawak laptop.




Then aku diminta guide diorang cara-cara nak blogging. Tapi aku rasa diorang ni semua dah pandai dah nak blogging macam mana. Aku tolong sikit-sikit je lah kot kalau ada yang bertanya. Ada yang lagi pandai dari aku pon ada aku rasa :D



Ok dah habis. Phewwwwwww akhirnya aku berjaya jugak menghabiskan cabaran ni.Berjam-jam jugak aku rasa aku cakap dekat depan.Semuanya pasal bloggging.Walaupun pada mulanya aku memang nervous gila,dah nak habis tu rasa best pulak sebab dapat kongsi ilmu yang tak seberapa ni. Sharing is caring kan bak kata omputeh??? Muehehehe.  Ni lah 10 orang blogger yang datang tu.Thanks korang sebab datang dengar aku membebel, sebab mula-mula aku fikir macam tak ada sorang pon yang nak datang. haha  :D



Dapat goodie bag from Fair & Lovely. Sebenarnya semua orang dapat. Dan hadiah masing-masing semua lain.




Yayyy nasib baik aku dapat shawl. Sebab bila dapat shawl memang confirm aku akan pakai. Warna favourite pulak tu. Thanks Fair & Lovely!  :)




Oh by the way,workshop ni sebenarnya sempena dengan Fair & Lovely Reality Show. Fair & Lovely telah memulakan siri realiti baru iaitu "Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely" sebagai pemangkin untuk membantu 10 gadis bertuah memulakan  langkah pertama untuk  mencungkil bakat terpendam dan mengejar impian mereka! Rancangan realiti tv ini dihoskan oleh Sazzy Falak dan Hafiz Hatim, dan disiarkan setiap hari Isnin di TV9 pukul 7.30pm - 8.00pm. Jangan lupa tengok ok! :).



Tidak ada komentar:

Posting Komentar