Rabu, 19 Juni 2013

Pharmaton

Haritu aku pergi event Pharmaton dekat Swich Cafe, HP Towers. First time masuk HP Towers ni. Nasib baik lah tak sesat. Event start pukul 3pm. Aku sampai pukul 2pm. Ni awal tak agak-agak ni. Awal sejam kot. Dorang pon tengah hias-hias lagi cafe tu.





Decoration sangat cantik! Walaupun simple tapi sedap mata memandang.




Dah aku datang awal sangat. Haaa main lah kertas tu sorang-sorang sampai lebam



Tunggu punya tunggu. Tiba lah masa. Dah pukul 3pm. Register dapat buku dan pen untuk catit apa-apa yang perlu. Buku ni cantik tau. Dalam dia warna coklat. Macam kertas coklat. Aku pon tak reti nak explain macam mana. Tapi buku ni tak macam buku biasa tu lah




Ni MC pada hari tu



Dalam hidup kita ni  kan kita selalu stress. Tapi stress ni pon ada 2 jenis, postive and negative. Kalau tekanan peperiksaan = postive stress. Kita mestilah mengamalkan cara hidup yang sihat. Memang sesuai sangat lah tu. Minggu exam aku baru je habis. Dah kata exam tipu lah kan kalau tak stress. :)






Sebab apa kita perlukan Pharmaton masa stress ni??

o Meningkatkan kesihatan
o Meningkatkan kecerdasan mental
o Meningkatkan daya ingatan
o Mengurangkan keletihan
o Menguatkan sistem imun


Pharmaton ni kiranya macam makanan tambahan kesihatan semua dalam satu yang mengandungi vitamin,mineral dengan Stardardized Ginseng Extract G115. Bila guna Pharmaton ni membantu kita kekal bertenaga sepanjang stress.



Ni bulan Ramadhan pon nak dekat ni. Kalau time puasa,kita senang untuk menjadi letih dan lesu. Nak kekal bertenaga sepanjang hari, lepas sahur (makanan yang terakhir sebulum subuh) ambil Pharmaton untuk kekal sihat dan aktif sepanjang hari :)




Cuba teka umur awek ni berapa??? Awek katanyaaa. Tapi dia adalah ibu kepada 2 orang anak. Umur dalam 30an. Awet muda sangat tau! Rahsia nya adalah dia dan family dia memang consume Pharmaton ni masa dia muda remaja lagi sampai sekarang. Kalau dia dengan suami dia jalan-jalan pergi mall. Mesti orang ingat couple belasan tahun. Padahal dah beranak-pinak dah.Waa best!



Pastu kitorang ada game. Yes! Bab game ni nak tunggu ni. Banyak jugak blogger yang datang haritu. Kitorang semua dibahagikan kepada 3 kumpulan. Game pertama ni senang je. Pernah main game memory tak?? Kita kena sama kan 2 gambar dan bila bukak kad tu kena ingat lah dekat mana gambar yang sama tu.




Haaa ini lah game nya.



Selepas berhempas pulas menyama kan semua kad. Kumpulan kitorang menang!  Ni lah team mate aku hari tu. Pastu kitorang makan-makan sikit alas perut. Makanan dekat Swich Cafe ni semua sedap-sedap. Makanan nya unik jugak. Ada kek cempedak, kek manggis, kek lobak. Cakap je lah apa, semua ada.


Ini kek cempedak. Sedap jugak.




Game ke dua pulak kena cari kad tersembunyi. Kad tu ada kena mengena dengan diri kita.Dah jumpa kad,boleh tuntut hadiah. Aku pon cari lah di sekitar cafe ni. Jumpa kad ni.





Kalau dah nampak muka Shaheizy Sam tu memang aku dah tahu lah kan ini kad aku. Hahaha



Clue dekat belakang kad. Tak payah clue pon aku tahu dah ini kad aku. Lepas dah jumpa kad ni, terus tuntut hadiah. Yayyyy.



Semua blogger pon dapat hadiah sebenarnya. Tapi awal-awal tu tak kasi bukak lagi. Tunggu semua orang dapat hadiah masing-masing baru boleh bukak. Bila semua dah jumpa kad masing-masing, MC suruh teka,apa hadiah apa dalam tu. Hadiah tu ada kena mengena dengan diri kita katanya.



Aku pon tak terfikir hadiah apa diorang bagi. Sebab kad aku tu ada gambar Shaheizy Sam, aku fikir tak kan ahhh diorang nak sumbat Shaheizy Sam dalam kotak ni kan?? Muat pulakk Shaheizy Sam duduk dalam tu. Dan aku ni dah kenapa tetiba orang nak bagi hadiah Shaheizy Sam pulak kan?? Aku pon tak tahu hadiah apa. Tapi aku tak kisah pon dapat hadiah apa. Orang dah bagi,kita ambil je. Rezeki jangan ditolak kata orang :D



Time bukak hadiah. Semua blogger kena berdiri dekat depan. Tengok hadiah masing-masing. Gambar gegar. Ni bukan aku yang surprise ni. Cameraman yang ambil gambar pon surprise jugak agaknya.




Aku dapat ni! Muehehehehe. Mula-mula aku ingatkan itu album. Tapi itu bukan album. Itu adalah handbook/notebook yang orang selalu letak time wedding tu. Kira kalau orang datang time wedding tu, boleh lah tulis note apa-apa dalam tu wish dekat pengantin supaya dapat anak seramai satu team bola contohnya. Lagi satu tu frame. Eh mana diorang ni tahu aku nak kawen dah? Hahaha.





More info:  http://www.pharmaton.com/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar