Jumat, 14 Juni 2013

Alhamdulillah. One step forward ( bertunang )

Hari ni bersamaan birthday aku (14 JUN). Aku telah buat satu kerja gila. Jalan-jalan pergi mall pakai kain batik. Dan dia pakai kain pelikat.




Ni semua angkara si SS aka encik ami ni haaa ajak aku buat kerja gila. Sebenarnya saja je nak buat kelainan sikit sempena birthday aku ni. Selalu keluar pakai macam biasa. Hari ni kita martabatkan budaya melayu kita dengan memakai kain pelikat dan kain batik. Baru lah melayu totok kekdahnya.


Rancangan asal nak pergi Mid Valley tapi dekat mid cerita Man Of Steel full pulak. Pergi lah one utama





Dan inilah hasil nya!!



Kebetulah birthday aku 14 JUN today jatuh hari jumaat. Ada lah pulak suara-suara sumbang yang komen lebih kurang begini "alahh hari jumaat berani lah pakai kain pelikat sebab baru balik solat jumaat"


Walaupun hari jumaat, tak ada lah pulak nampak lelaki lain selain dia ni jalan-jalan dalam mall pakai kain pelikat. Kalau dekat KLCC ye lah kan ada masjid situ. Dekat OU mana ada masjid dalam tu. Pastu nak cabar buat hari lain pulak dah. Adoiyaiii malas pulak nak melayan,kitorang buat just for fun je sempena birthday aku. So layannnnn je lah. Kalau 14 Jun tu jatuh hari Sabtu pon kitorang selamba tenuk je pergi mall pakai macam ni. Apa ada hal?? :D







Sampai-sampai terus beli tiket wayang Man of steel. Itu pon panggung penuh. Tinggal seat depan jahhh.



Kau mampu beli tiket wayang dekat mall pakai kain pelikat dengan buat muka selamba badak sumbu sebegitu??




Pastu pergi beli ice cream pulak :D

Datang Baskin Robbin ni, 2 aiskrim ni je lah yang memang selalu aku pilih. Cotton candy dengan paraline n cream. Tapi cotton candy habis, ada cotton candy wonderland. Perasa baru katanya. Sedap gak


Perasaan merayau dalam mall pakai kain batik dan kain pelikat ni best jugak. Best lah tengok gelagat orang pandang slek dekat kita. hahaha. Ingatkan hari ni dekat One Utama tak ramai, tapi ramai jugak orang. Malu kotttt buat kerja gila macam ni. Aku segan lah jugak. Si SS tu memang tak tahu malu. Mat saleh kalau datang Malaysia ni rilek je pakai kain pelikat/kain batik lepak-lepak dalam mall,kita nak malu apahal??


Tapi malu ah jugak hahaha kalau muka aku macam Juliana Evans tak apa lah kan. Mesti orang ingat aku minah saleh jalan-jalan bercuti dekat Malaysia saja nak pakai kain batik sebab berangin. Tak ada lah orang nak pelik sangat. Tapi ramai jugak budak-budak yang gelak kan kitorang tadi. Tapi ada aku kesah???



Sebab utama nya lagi aku menyahut cabaran ini adalah sebab si SS kata kalau aku buat, dia nak bagi hadiah besar punyaaaaaaaaaaa. Aku dengar benda besar-besar ni aku seram dah. Jangan lah kau bagi teddy bear besar tu, sorry aku tak berminat sangat dengan beruang besar badak ni. Tolong lah bagi benda yang berguna sikit dekat aku ni haa. Dah habis cabaran, terus dia keluarkan hadiah dari bonet kereta time hantar aku balek rumah




Tadaaa! Ok besar lah jugak.



Yang tak tahan siap letak price hokayyy dalam kotak! Gila riak takabbur mamat ni. Kalau hadiah rm4000 sedap lah jugak letak price sekali kan dalam kotak tu. haha. Nasib baik hadiah nya aku suka jugak. Kira berbaloi lah merayau dalam mall pakai kain batik semata-mata nak dapat hadiah engko ni :D




and thanks Nuffnang untuk birthday card ni! Setiap kali birthday, mesti Nuffnang akan bagi kad punya. I lap u lahhhh muehehe



Ucapan-ucapan from nuffies! Thanks uolsss! :D



=================================



Ok itu cerita pasal birthday, ni nak cerita pulak pasal hari pertunangan aku. 

Bab bab mengayat memang serah dekat dia ah





Ok dah lama dah sebenarnya aku bertunang. Tapi tak ada ah lama sangat. Bulan 4 haritu lah. 21 April 2013. Nasib baik masa update instagram tu aku bubuh tarikh sekali dekat gambar tu,kalau tak aku pon lupa bila aku bertunang.Saja je nak cerita dekat blog pasal bertunang time birthday aku ni. Baru lah nampak macam special sikit walaupun macam tak ada kena mengena




Aku bertunang memang sempoi gila. Tak buat majlis,pakai baju raya tahun lepas,hantaran pon tak ada. Dia je lah bagi aku benda sikit,aku lansung tak bagi apa-apa hantaran dekat dia. haha Urusan pon antara family aku dan family dia jahhh. Bagus jugak tak payah aku nak tension nak cari baju,cari hantaran dan buat majlis bagai. Bila aku update gambar kek tunang dekat instagram aku, kawan-kawan aku pulak dok wassap nak tengok gambar tunang.





Dan ini je lah gambar tunang yang aku ada. hahahaha rare tak rare lah kan. Ni pon nasib baik lah ayah aku snap time mak dia sarungkan cincin. Kalau tak,harammm satu gambar pon tak ada.



Ni pon buat sekaligus. Merisik dan bertunang. So dapat lah 2 cincin serentak. Aku memang tak nak berhabis duit pon time bertunang ni. Sebab tu memang buat se sempoi yang boleh. Family aku dan family dia pon setuju. Kitorang lagi lah on je kan. Lagi pon bertunang je, tak payah nak grand sangat lah. Buat grand or tak, title aku sama jugak, tunangan orang hehe


Now memang tengah mengusha lah photographer,baju kawen,tukang mekap and etc untuk nikah nanti. Tapi tak ada ah buat persiapan lagi. Usha je lah sesikit. Nikah mungkin awal bulan tahun depan kot. Doa kan lah semuanya berjalan dengan lancar hokayyyy.Pejam celik pejam celik dah nak tahun depan jugak ni. Kejap beno masa ni berlalu.



Meriah kan aku bertunang?? hahaha. Sekarang saya berdarah manis!! Jangan jeles sebab awak berdarah pahit. ngeeeeeeeeee



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar