Minggu, 23 Juni 2013

Rawang Burger Bakar terbaik !!

Haritu ayah aku ajak makan dekat Rawang Burger Bakar (RBB). Teringin makan Burger Bakar katanyaaa. So pergi lah aku satu keluarga makan dekat Rawang Burger Bakar ni. Mula-mula macam tak tahu dekat mana. Bila nampak je logo ini .........



Laaa selalu je nampak logo Rawang Burger Bakar ni tapi tak pernah try. Dah alang-alang ayah aku nak bawak makan sini so kita pon order lah sesedap rasa. Dah ah aku tengah diet ni. Tapi tak pe lah cheat day ini hari.




Bila tengok je menu, rasa macam kelakar lah pulak nama burger macam ni. Ombak Rindu paling tak menahan. Sekali gigit burger terbayang abang Aron Ajis kot bila makan. Burger Isabella lah, burgembira lah,K-pop lah. Alolololo kiut sangat nama. Rasa macam nak lempang je memasing kerana mempunyai nama yang kiut miut. Hahaha.




Burger yang nama Madu Tiga tu memang kontroversi habis. Ayah aku baru nak order burger itu tapi telah dihalang hasratnya oleh ibu aku. Maka beliau telah mengorder burger Double Riang untuk meriangkan kembali hati nya. hahaha






Ni burger Ombak Rindu. Memang meleleh leleh. Sedap gila! Kalau datang sini tak tahu nak order burger apa. Memang aku suggest kau order burger Ombak Rindu ni. Memang terbaik dari ladang!



Disebabkan dah datang satu keluarga, macam-macam burger lah yang di order mengikut citarasa dan tekak masing-masing.


Ni burger Double Riang. Memang riang lah ayah aku makan burger ni setelah ordernya untuk burger Madu Tiga telah dirijek. kehkeh :D



Ni burger Lagenda aka Old School nama nya. Disebab kan aku tengah mood diet ni, order lah burger yang paling sesuai dengan status diet aku ni. Memang sesuai sangatttt kannn mak jemah oiii . Orang diet mana makan burger oiii. haha pedulik apa nyah. Burger ni simple je tapi sedap. Dalam tu ada daging homemade ,cheese dan sos. Himpit pulak dengan roti garing. Memang sedap!




Memang Old School habis lah burger ni.Tiba-tiba terimbau kenangan di masa kecil. sobss. Dulu time kecik-kecik kalau nak buat burger mesti buat burger macam ni. Goreng daging,letak sos pastu penyetkan aje dengan roti kosong. Memang pejam-pejam mata makan merasakan kesedapan nya.ecehhh. Kalau perut memang dah kenyang tapi saja nak lepak sini. Boleh lah order burger Lagenda ni. Simple tapi sedap! :D



Ni burger Chicken Pop! Kalau tak suka makan daging, burger ayam dan udang pon ada dekat sini. Daging ayam ni bukan digoreng tapi dibakar dan ianya sungguh sedap sekali! :)



Dekat sini ada meatball jugak. Siap ada garlic bread yang rangup lagi! Menarik :D



Makanan dekat Rawang Burger Bakar ni memang semua sedap-sedap! Memang berbaloi lah kalau makan sini.Harga pon sangat berpatutan. Harga burger start dari 7-8 hengget camtu je. Kalau nak letak cheese,tambah rm1 dan sila jangan kedekut :D



Aku makan Rawang Burger Bakar ni dekat Wangsa Maju. Tempat ni memang senang je nak cari. Dekat dengan Wangsa Walk tu je. Bertentangan dengan Shell,KFC dan Pizza Hut tu.Betul-betul depan Affin Bank. Deret Rawang Burger Bakar ni memang semua nya gerai makanan. Setiap hari bukak kecuali hari Isnin. Isnin cuti ye. Bukak malam. Daripada pukul 7pm sampai 2am. Mintak maaf lah kalau termengidam burger bakar di siang hari. Memang tak dapat jeppp. Bukak malam je.


Kalau takut sesat jugak, nah alamat



Rawang Burger Bakar
Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5, 
53300 Setapak, Kuala Lumpur


Nak tahu kawasan yang dekat dengan korang boleh tengok dekat

Facebook : FB Rawang Burger Bakar
Website: Rawang Burger Bakar
Instagram:  @roynaldoo
Twitter: @BurgerRawang


p/s:  Kalau siapa yang minat burger bakar or meatball bakar .Highly recommended untuk pergi Rawang Burger Bakar! Rasa sekali pasti nak lagi :D


Tidak ada komentar:

Posting Komentar