Sabtu, 23 Februari 2013

Roti Canai Durian

Siapa pernah makan jajan ni??


credit gambar kepada pakcik google

Popcorn durian aka jajan durian


Ibu aku memang suka betul beli jajan ni. Balek je rumah, mesti ada jajan ni berlonggok di dapur. Kalau sekali beli, mahu 7-8 paket dia borong. Ingatkan jajan ni dah pupus.Tapi ada lagi lah orang jual. Kalau makan jajan ni dok kunkrapp kunkrapp depan tv, mesti tak sedar habis dah sepaket. Dah kata hantu durian, apa je benda yang melibatkan durian walaupun secoet je durian nya, mesti aku akan suka jugak.



credit gambar kepada pakcik google

Roti canai durian??? *gulp gulp*.Perghhh tak pernah tahu pulak ada roti canai durian selama ni.Ke aku yang ketinggalan zaman? Masih lagi berada di zaman purba barangkali. Dengar nama macam sedap je roti canai durian ni. Ada sesiapa tahu tak mana nak dapat roti canai durian ni??? Kalau ada yang tahu dekat mana nak dapatkan roti canai durian ni, mohon share!!! :D




p/s: saja buat blog macam kaunter pertanyaan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar