Rabu, 06 Februari 2013

(Resepi) Pasta tuna versi tekak melayu

Haritu balik rumah time cuti sem, suka nak kecahkan dapur. Tengok dekat dapur pon ada bahan-bahan yang boleh dimasak. So apa lagi, kita masak je lah apa yang patut



Rasa nak masak pasta tuna lah. Tapi versi tekak melayu sikit lah. Tak ada lah bila makan tu akan muak. So inilah bahan-bahan nya

@ Pasta (Fettucini) Brand San Remo. Buat dalam separuh paket untuk satu family makan (250g) .Tak kesah pon nak pasta bentuk macam mana pon. Rasa nya sama je
@1/2 tin susu sejat
@1 tin Tuna Ayam Brand
@Serbuk Oregano
@Garam

@ Cili padi


Haaa ini lah senjata rahsianya. Letak lah banyak mana pon. The more the merrier gituuu kata omputeh. Memang meletop-letop lah perut sesiapa yang makan pasta engko ni nanti



Aku suka tuna ni sebab dia ada rasa mayonis sikit. So tak payah lah sibuk-sibuk lagi nak taruk mayonis. Tapi kalau nak guna tuna jenis lain pon takdehal lah



Fettucini yang telah siap direbus. Rebus macam biasa. Masuk dalam air,letak minyak dan garam sikit. Pastu tos kan



Cara nak masak senang je. Budak-budak tadika pon pejam-pejam mata je masak pasta tuna ni aku rasa

Mak oiiiii hitam nya kuali. Ni mak aku tahu aku pergi tunjuk kuali dia dalam blog aku ni, mahu karang dia membebel-bebel.Tapi tak pe lah, dah nama pon kuali. Harus lah hitam. Tak kan warna hijau pucuk pisang pulak kan kuali nya??


Ok. Mula-mula tumiskan cili api tadi. Untuk resepi ni aku memang tak guna bawang. Sebab nya adalah saja-saja je tak nak guna bawang. Dan lagi pon aku malas nak kopek bawang. muehehe



Then masuk kan tuna dan susu. Pastu gaul sehingga sebati. Susu tu agak-agak lah. Aku letak dalam setengah tin. Kalau rasa macam kering sangat, tambah lah sikit.

Pastu masuk kan serbuk oregano. Serbuk oregano ni aku pon tak tahu apa function nya. Sebab aku selalu tengok omputeh kalau masak pasta dia bubuh serbuk oregano ni, so aku pon bubuh lah sikit. Saja nak feeling omputeh. Tapi kalau tak nak bubuh pon tak pe. Sebab harga nya boleh tahan mencekik darah jugak untuk sebotol kecik oregano tu.


Pastu bubuh garam. Garam ni pepandai lah ejas nak letak banyak mana.



Dah siap!! Senang nya buat pasta tuna ni, macam tak layak nak dibuat entri pulak aku rasa. muahaha






Walaupun nampak macam makanan hospital, tapi bila makan mesti rasa meletop-letop perut engko. Sebab pernah buat pasta ni masa open house dulu,pasta ni paling laku dulu. Siap pakcik mana tah mintak resepi. Berpinggan-pinggan dia makan. Padahal bahan tak banyak mana pon. Bawang pon aku tak letak. Sebab pakcik tu kata,selalunya makan pasta dia nak muntah sebab muak. Pasta ni tak muak.Sebab pasta ni pedas meletop-letop kot. kehkeh




Kalau tak nak letak tuna, nak ganti dengan seafood pon boleh. Jadilah seafood pasta. Tapi dah tajuk pasta aku ni nama nya pasta tuna. Wajibulghunnah lah kena ada tuna!



ok tu je. bye!




Tidak ada komentar:

Posting Komentar