Rabu, 06 Februari 2013

Main tembak-tembak dekat Laser Warzone e@curve memang best woo!!


Dalam minggu-minggu lepas aku ada pergi main laser tag. Main dekat Laser Warzone dekat e@Curve. Memang seronok bak hang! Tak tahu lah pulak siap ada medal-medal bagai. Event anjuran Speakoutloud. Dah haritu pon aku free, meh lah kita main tembak-tembak orang pulak.





Team mana lah yang akan dapat gold medal champion ni?? Tak ada pon target nak menang. Nak main seronok-seronok je. Mana tahu pengalaman seumur hidup main laser tag. Boleh lah bangga dekat anak cucu  sok bagi tahu  depa nenek pernah main laser tag zaman muda-muda dulu




Time ni tengah briefing. Jangan risau, kena tembak tak sakit pon. Tak ada nya orang kena tembak main laser tag masuk hospital. Kalau kita kena tembak, kita akan mati dalam 5 saat. Dalam masa 5 saat tu, tak boleh nak tembak orang dan orang pon tak boleh tembak kita. Pastu berlari lah kau cari tempat berlindung. Tembak pistol orang dan bahagian depan jaket ni dapat 50 point. Kalau tembak bahagian belakang dapat 100 point




 Mereka yang khusyuk mendengar taklimat di depan




Schedule perlawanan . Aku punya nama team adalah TEAM ELIMINATOR




Nama Team ELIMINATOR. Nasib baik lah team aku tak kena eliminate awal-awal. Cuba tengok screen ni, team Eliminator tak pernah kalah hokayyyy. Dan disaat team aku meraih 3 kemenangan berturut-turut tanpa kalah, aku pon dah tukar niat dari nak main suka-suka kepada semangat KITA BOLEH MENANG!! KITA MESTI MENANG! kehkeh semangat waja betul. Padahal main laser tag je pon. Semangat berkobar-kobar bak Pandalela Rinong wakil Malaysia ke olimpik pulak



Then team aku (Eliminator) vs Team Jinx pergi ke FINAL

Team aku ada 2 orang perempuan, lawan team yang semuanya lelaki hokayyy.Kumpulan aku semua yang berdiri itu. Yang duduk adalah team lawan. Ujang yang pakai baju Fly Emirates tu bukan team aku, dia semak saja dalam gambar bajet coach kumpulan :D


Kumpulan aku, ada Ami, Anne Pen Merah, Akmal Hilmi dan Hamzah Tofar. So marilah kita berperang! Tak sabar aku nak tembak abang-abang gagah daripada kumpulan lain ni.





Dekat luar ada cctv . So mana-mana team main, diorang boleh lah tengok daripada luar. Tapi tak ada lah jelas sangat. Dan lah dorang ni bajet aku yang paling lembik dalam kumpulan aku. Tak apa, tak apa pandang rendah dekat aku.




Dan akhirnya team aku menang!!! Yang paling puas hati, markah aku paling tinggi masa FINAL tu hokayyy!! Aku pon terkejut markah aku paling tinggi secara individu. Berjaya jugak aku menembak abang-abang gagah dalam tu secara pukal.



Ini antara team-team yang ada haritu. Team Pojie je yang tak ada dalam kamera aku ni. Mana pergi tah gambar group depa










Ada artis datang weh! Cuba tengok paling kiri yang senyuman paling menggoda tu.Yang pegang hadiah senget sikit tu. Haa dia tu lah pengacara Propaganza yang selalu dok sebut STAILISTA atau OPSSS dekat baju-baju artis tu.











Tapi itu pon kalau korang nak percaya lah itu dia. kehkeh


Juara kena lah bergambar dengan jaket laser tag dan pistol ni. Baru lah nampak macam juara. Apa kena mengena pon aku tak tahu lah. muehehe. Nasib baik dapat team yang best dan terror. Akmal Hilmi paling gembira sekali tayang trofi. Lalat masuk lapan ekor pon mahu tak perasan tu




Ni lah muka semua yang hadir 



Jangan ingat main laser tag ni tak penat woo. Sepuluh minit dalam tu pon mahu berlecak ketiak lari ke sana sini mencari mangsa untuk ditembak. Aku pernah main laser tag yang dekat Mid Valley dan Sunway Pyramid. Tapi pernah main sekali je lah.


 Personal opinian, aku rasa laser tag yang dekat e@Curve ni paling terbaik. Sebab score kita tu kira berapa orang yang kita tembak dalam tu. Kalau dekat MidValley dengan Sunway Pyramid tu dah macam merepek-repek benda dalam tu nak kena tembak. Tembak ular lah, dinding lah hape lah dah boleh dapat point. So jadi tak best. Dekat e@curve ni point kau memang 100% kira berapa banyak kau tembak orang. Jadi best lah sebab boleh kejar-kejar orang. Macam main polis sentri lak dalam tu aku rasa. Tapi versi lagi best lah sebab boleh tembak orang pastu kita mati sekejap pastu boleh hidup balek



Kalau siapa yang tak pernah main laser tag ni. Nak tahu macam mana dalam game tu. Boleh tengok video ni

Memang kurus aku kalau main laser tag ni hari-hari. Dah macam exercise lak dalam tu. Bila keluar je mesti berpeluh gila macam berlari atas treadmill selama empat minit setengah :D


Siapa lah pergi cakap aku pakai skirt pulak time main laser tag ni. Aku pakai palazzo pants hokayyy. Nasib baik ada geng dengan datin ni pakai seluar jenis besar-besar. Seluar-seluar jeans aku tah mana tah aku campak. Sekarang memang suka bebeno aku pakai palazzo ni. Rasa selesa dan berangin je. kahkah.



Yang Datin lagi tak boleh blah. Manjang lah pokpek pokpek cakap ada orang pijak palazzo dia dalam tu. Tapi aku rasa mesti dia yang terpijak seluar dia sendiri. Memang sedap je lah aku aim belakang dia. Beribu-ribu point aku dapat bila lawan dengan datin ni :D




Antara blogger yang dah update pasal laser tag ni. Pen Merah, Datin WohhBachtiar Hidayah, Jamar Bahar, Hazman Fadzil, Hafiz Cyber,. Blogger-blogger lain tak dapat dikesan pulak kalau ada update. Aku jumpa link-link ni je yang dah update. Yang puji-puji cakap aku nampak sopan, lemah lembut  tapi terror main laser tag ni (sila muntah berjemaah), terima kasih lah diucapkan. Walaupun part nampak sopan dan lemah lembut tu macam nan hado je,tapi kembang kuncup jugak lah hidung aku ni membacanya. muahahahaha




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar