Selasa, 26 Februari 2013

Ana Love Tomy

 Assalamualaikum 

okey kali ni yumi nak story tentang Bro Tomy ... korang pernah dengar tak nama bro nie ? kalau korang student medic mesti korang kenal kan ... bro Tomynie sebenarnya Yumi baru jer jumpa sem ni . korang mesti tertanya-tanya kan sape la bro Tomy ni kan ?(tak tanya pun tak pe :'D) 

actually bro ni buah hati yumi untuk sem ni, nama penuh dia mr. ANATOMY dan FISIOLOGI ... hah ... kenal tak? sem ni subjek memang agak berat , so aktiviti menaip ni mungkin yumi akan kurangkan sebab nak fokus kat subjek-subjek tu ... memandangkan sem ni subjek untuk pusat sukan ade 4 subjek ditambah pulak dengan subjek U ade 2 that's mean sem ni ade 6 paper la ... mungkin nampak macam sikit jer tapi tu la macam yang yumi cakap tu subjek tu agak berat sikit ... 

dan cara penyusunan kelas pulak agak pack sebab kesemua subjek tu belajar dalam dua hari(hari selasa & khamis) nampak macam relax banyak kan? tapi kelas tu start pukul 8.00am sampai 5.00pm , tak ke kebas punggung dibuatnya . kalau ikut jadual yang sebenarnya kitaorang just ada gap 1 jam jer , itu pun untuk solat zohor ... tapi tapi tapi nasib baik ade jugak lec. yang bermurah hati untuk lepas awal so kitaorang ada la masa untuk rest jap sebelum kelas yang seterusnya . Alhamdulillah ...

okey , baik now kita ke part yang paling penting okey? bila kelas dah start dari pagi sampai petang apa yang kita rasa? Penat right? itu la yang berlaku kat otak kita ni hah ... dia pun penat jugak ... so bila dah sampai subjek petang tu mata pun dah layu macam bunga yang tak kena siram dengan air, hah apa lagi yang belajar masuk sikit jer dalam kepala ... dah tu balik bilik kena cover balik la apa yang belajar tadi tu kan. Tapi tu la masalahnya , bila dah balik nak study malamnya pulak tau-tau jer la kan ngantuk la pulak ... haish geram pulak dibuatnya ... daripada study tak masuk apa pun dalam otak baik tidur ... haha ...

subjek petang tu pulak kebetulannya subjek anatomi ni hah ... paham paham jer la kan anatomi tu macam mana ... semuanya mengenai tubuh badan, so kena la banyak menghafal dan paham apa nama dia, bahagian mana, fungsinya and so on... so ape nak buat ni? rasa macam nak jerit jer sebab yang utamanya yumi tak pernah ambik biologi dan sains sukan (form 6)masa sekolah menengah dulu .. itu yang kelam kabut sikit tu bab bab nak paham semua ni hah ... but but but yumi anggap ni sebagai cabaran sebab semua ni kita boleh belajar kan sama ada kita nak atau tak nak jer ... semua jawapan tu ada dalam diri kita ... nak berjaya= study , nak gagal= wat tak tau jer ...

 kadang-kadang yumi rasa macam dah belajar ala ala budak medic dan rasa macam DR FATIN LIYANA ... sebab belajar semua ni bagai ... tapi tak pe kan sekali sekala berangan nak jadi doktor :'D


berangan nak jadi doktor :P






ni la antara yang yumi belajar dan akan belajar dalam masa yang terdekat ni ... mintak-mintak dipermudahkan untuk memahami dan ingat semua yang yumi belajar nanti ... amin amin amin ...


apa - apa pun usaha tu penting dalam semua kerja yang kita buat ... dan semua yang kita nak tak semestinya kita akan dapat ... walaupun sesuatu benda tu kita tak pernah belajar , tak semestinya kita tak mampu untuk belajar mengenainya ... kan? yang penting kita kena percaya yang diri kita boleh buat ... insya-Allah dipermudahkan oleh Allah ...


waalahu'alam


p/s : orang cakap kalau kita nak mudah paham akan sesuatu subjek tu, kita kena jaduh hati dan cintakan subjek tu baru ilmu tu mudah melekat kat kita ... hurm ... belum cuba belum tahu :'D


bubui



thanks for reading



sarangae(LOVE)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar