Minggu, 17 Februari 2013

Blogger menipu??

Aku pernah baca satu blog ni. First time masuk blog dia baca satu dua entry, rasa macam cerita dongeng je. Aku ni memang malas sikit nak baca benda macam novel ni. Baik aku layan Running Man. Boleh jugak aku gelak berdekah-dekah sampai tepuk-tepuk lantai. Tapi kadang-kadang bosan tu masuk lah jugak blog dia ni sebab owner blog tu suka masak. Ouh aku memang suka betul baca blog-blog yang suka share resepi ni.Lagi-lagi blog mak-mak. Tapi yang share resipi mudah-mudah je lah aku suka tengok. Yang complicated sangat recipe nya, aku tengok gambar makanan je, nak buat nya memang malas.




Dan tetiba lah orang dok update dekat facebook yang blogger ni tak wujud and fake. Hanya guna gambar google sahaja dan meyakinkan orang ramai bahawa gambar yang cun-cun tu adalah dia.Tapi blogger ni crop la gambar mana yang patut. Ala-ala misteri gitu. Rambut  je nampak muka sipi-sipi je. Ni macam budak-budak yang suka buat fake profile dekat facebook lah ni kekdahnya. Ambil gambar awek cun mana-mana, buat facebook fake, pastu mengorat abang-abang hidung belang mintak duit lapan ribu masuk account. Memang masyukkkk. kehkeh








Bila aku baca blog tu, mesti aku akan membayangkan owner dia muka macam Emma Maembong :D



Bagi aku, kalau rasa nak privasi, jadi blogger anonymous tu ok je. Aku suka je baca blog yang tak ada gambar owner blog lansung. Hanya ayat je. Ikut yang kena dekat jiwa, baca jugak lah. Tapi tak payah lah sampai meyakinkan orang yang gambar-gambar di crop tu ialah kau. Kan menipu nama nya tu. Yang sesiapa yang pergi percaya pon sengal jugak. hahaha



Bagi aku menipu ni satu jenayah jugak. Tak payah tipu lah kalau kau nak kata orang terdekat kau (macam family,suami/isteri, adik beradik, boyfriend/girlfriend) ni suka dorang menipu kau. Boyfriend menipu kata single dekat perempuan lain pon dah macam singa lapar meroyan nya.  Apa rasa bila kena tipu?? Rasa oren??



Lagi-lagi ada orang yang sesuka je pakai gambar kau dan claim tu diri kau.Kes blogger ni mengingatkan satu kes pasal sorang blogger nama Fida Aishah dulu-dulu. Lebih kurang macam ni jugak kisahnya. Rupanya di belakang tabir adalah makcik-makcik. Mungkin ada yang tak faham kot baca entri aku ni. Siapa yang tahu blogger mana aku maksudkan, dia paham lah apa aku cerita ni. muehehehe



Sayang lah ada bakat menulis tapi tak guna dengan betul. Blogger tu aku rasa kalau dia buat novel mesti ramai je yang nak beli. Jadi je diri sendiri.Tak payah nak crop gambar awek cun mana-mana. Dah kantoi diri sebenar kan malu. Lagi haru jadi nya. Apa kalau gemok,hitam, tak lawa (no offense) tak ada orang nak baca ke blog kita??



Well, beauty is in the eye of the beholder .Wahhh gituuu. Bukan semua orang suka baca blog yang tayang muka pon. Ada je yang suka baca blog ala-ala misteri ni. Lain orang lain selera. Ye dak? Tapi jangan lah sampai menipu dan meyakin kan orang yang gambar-gambar cun/hensem tu adalah kau.Pastu orang puji gambar tu cantik/hensem kau pulak yang bangga kembang hidung. Padahal tu bukan diri kau sebenar pon. Tah pape. Menipu ni satu jenayah jugak. Kalau menipu dapat pahala, best lah jugak. muehehe




ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar