Selasa, 26 Februari 2013

Ana Love Tomy

 Assalamualaikum 

okey kali ni yumi nak story tentang Bro Tomy ... korang pernah dengar tak nama bro nie ? kalau korang student medic mesti korang kenal kan ... bro Tomynie sebenarnya Yumi baru jer jumpa sem ni . korang mesti tertanya-tanya kan sape la bro Tomy ni kan ?(tak tanya pun tak pe :'D) 

actually bro ni buah hati yumi untuk sem ni, nama penuh dia mr. ANATOMY dan FISIOLOGI ... hah ... kenal tak? sem ni subjek memang agak berat , so aktiviti menaip ni mungkin yumi akan kurangkan sebab nak fokus kat subjek-subjek tu ... memandangkan sem ni subjek untuk pusat sukan ade 4 subjek ditambah pulak dengan subjek U ade 2 that's mean sem ni ade 6 paper la ... mungkin nampak macam sikit jer tapi tu la macam yang yumi cakap tu subjek tu agak berat sikit ... 

dan cara penyusunan kelas pulak agak pack sebab kesemua subjek tu belajar dalam dua hari(hari selasa & khamis) nampak macam relax banyak kan? tapi kelas tu start pukul 8.00am sampai 5.00pm , tak ke kebas punggung dibuatnya . kalau ikut jadual yang sebenarnya kitaorang just ada gap 1 jam jer , itu pun untuk solat zohor ... tapi tapi tapi nasib baik ade jugak lec. yang bermurah hati untuk lepas awal so kitaorang ada la masa untuk rest jap sebelum kelas yang seterusnya . Alhamdulillah ...

okey , baik now kita ke part yang paling penting okey? bila kelas dah start dari pagi sampai petang apa yang kita rasa? Penat right? itu la yang berlaku kat otak kita ni hah ... dia pun penat jugak ... so bila dah sampai subjek petang tu mata pun dah layu macam bunga yang tak kena siram dengan air, hah apa lagi yang belajar masuk sikit jer dalam kepala ... dah tu balik bilik kena cover balik la apa yang belajar tadi tu kan. Tapi tu la masalahnya , bila dah balik nak study malamnya pulak tau-tau jer la kan ngantuk la pulak ... haish geram pulak dibuatnya ... daripada study tak masuk apa pun dalam otak baik tidur ... haha ...

subjek petang tu pulak kebetulannya subjek anatomi ni hah ... paham paham jer la kan anatomi tu macam mana ... semuanya mengenai tubuh badan, so kena la banyak menghafal dan paham apa nama dia, bahagian mana, fungsinya and so on... so ape nak buat ni? rasa macam nak jerit jer sebab yang utamanya yumi tak pernah ambik biologi dan sains sukan (form 6)masa sekolah menengah dulu .. itu yang kelam kabut sikit tu bab bab nak paham semua ni hah ... but but but yumi anggap ni sebagai cabaran sebab semua ni kita boleh belajar kan sama ada kita nak atau tak nak jer ... semua jawapan tu ada dalam diri kita ... nak berjaya= study , nak gagal= wat tak tau jer ...

 kadang-kadang yumi rasa macam dah belajar ala ala budak medic dan rasa macam DR FATIN LIYANA ... sebab belajar semua ni bagai ... tapi tak pe kan sekali sekala berangan nak jadi doktor :'D


berangan nak jadi doktor :P






ni la antara yang yumi belajar dan akan belajar dalam masa yang terdekat ni ... mintak-mintak dipermudahkan untuk memahami dan ingat semua yang yumi belajar nanti ... amin amin amin ...


apa - apa pun usaha tu penting dalam semua kerja yang kita buat ... dan semua yang kita nak tak semestinya kita akan dapat ... walaupun sesuatu benda tu kita tak pernah belajar , tak semestinya kita tak mampu untuk belajar mengenainya ... kan? yang penting kita kena percaya yang diri kita boleh buat ... insya-Allah dipermudahkan oleh Allah ...


waalahu'alam


p/s : orang cakap kalau kita nak mudah paham akan sesuatu subjek tu, kita kena jaduh hati dan cintakan subjek tu baru ilmu tu mudah melekat kat kita ... hurm ... belum cuba belum tahu :'D


bubui



thanks for reading



sarangae(LOVE)

Senin, 25 Februari 2013

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)


kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.

=================


Benda ni bukan aku yang tulis. Fynn Jamal yang tulis. Saja nak share sebab aku setuju sangat dengan apa yang ditulis ni.Sebab aku selalu jugak rasa macam tu.Biasa lah, manusia kan?  Pastu banyak sangat persoalan dekat kepala, kenapa kita hidup camni? dia hidup camtu? Tapi kadang-kadang je lah rasa camtu,kadang-kadang rasa best je jadi diri sendiri. muehehehe . Credit to Fynn Jamal :)


Perkara-perkara yang boleh menyebab kan manusia menjadi sombong



Tapi tu lah manusia ni mudah alpa. Bersyukur dan hargai lah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing kan? Usah pertikai kehidupan orang. Sebab kita pon tak tahu orang tu hadapi seluruh hidup dia macam mana. Yang penting kita happy,sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan hidup diberkati Allah. InsyaAllah :)




Sabtu, 23 Februari 2013

Roti Canai Durian

Siapa pernah makan jajan ni??


credit gambar kepada pakcik google

Popcorn durian aka jajan durian


Ibu aku memang suka betul beli jajan ni. Balek je rumah, mesti ada jajan ni berlonggok di dapur. Kalau sekali beli, mahu 7-8 paket dia borong. Ingatkan jajan ni dah pupus.Tapi ada lagi lah orang jual. Kalau makan jajan ni dok kunkrapp kunkrapp depan tv, mesti tak sedar habis dah sepaket. Dah kata hantu durian, apa je benda yang melibatkan durian walaupun secoet je durian nya, mesti aku akan suka jugak.



credit gambar kepada pakcik google

Roti canai durian??? *gulp gulp*.Perghhh tak pernah tahu pulak ada roti canai durian selama ni.Ke aku yang ketinggalan zaman? Masih lagi berada di zaman purba barangkali. Dengar nama macam sedap je roti canai durian ni. Ada sesiapa tahu tak mana nak dapat roti canai durian ni??? Kalau ada yang tahu dekat mana nak dapatkan roti canai durian ni, mohon share!!! :D




p/s: saja buat blog macam kaunter pertanyaan

Jumat, 22 Februari 2013

Bomoh dan Oren

Hari-hari minggu ni, tak ada buat apa. Blogwalking je lah kerja nya. Sampai ke blog abang nara aku baca. kihkih. Tengah hot pasal Fizz Fairuz dan tunang nya. Tah statement siapa tah yang betul. Fizz Fairuz kata dia disihir oleh tunang dia. Pastu dia kata tunang dia bini orang pulak, tunang dia pulak kata dia tak pernah kahwin dengan mana-mana laki pon. bla bla bla


Cuma pelik, Fizz Fairuz ni bukan dengan Almy Nadia ke dulu? (mak jemah sungguh lah pulak)


Kalau betul lah Fizz Fairuz ni disihir, pergi lah berubat. Kalau dia kelentong cakap dia disihir sebab dah kantoi curang. Memang hazabedah sangat perangai dia ni. Elok sangat dikejar anjing liar pastu campak kan aje dekat benua atlantika bagi ikan jaws makan. Ouh aku memang anti lelaki curang-curang ni :D


Tapi kalau betul tunang dia tu dok main bomoh untuk dapatkan Fizz Fairuz, memang mengong lah aku rasa. Apa banyak-banyak lelaki dekat dunia ni, Fizz Fairuz tu jugak engkau nak sihirkan. Kot ye pon nak sihir lelaki, cari lah yang lagi kacak,lagi kaya dan gagah sikit oiiii. Hahaha tapi tu kalau betul lah pempuan tu main bomoh-bomoh ni







Kalau handsome macam ni, berbaloi jugak lah nak dibomohkan. muahahaha





Mana satu tah statement yang betul. Wujud lagi eh orang nak menyihir orang di zaman milennium ni?? Tak ada lah aku nak percaya sihir-sihir ni tapi tak mustahil pon benda-benda macam ni boleh jadi. Dulu boleh pakai lah nak kata 'rambut sama hitam,hati lain-lain'. Sekarang ni 'rambut pon dah macam-macam warna dah, hati apatah lagi'. Orang ni ada macam-macam agenda tersendiri. Kita pon tak tahu apa.


Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Benda dah ada depan mata tak nak hargai, benda dah hilang depan mata, baru teraba-raba nak mencari.


Ucapan khas aku kepada Fizz Fairuz : Jangan biar hidup anda diselubungi misteri



Kalau tengok cerita-cerita melayu pasal bomoh ni, mesti ada limau. Apa bomoh ni tak ada buah lain ke nak guna? Boleh tak limau ganti dengan buah oren pulak??

Tengah baca mentera jampi serapah sambil perah oren tu, boleh lah seulas dua oren masuk mulut. Ye dak? Sedap diperah sedap juga di makan. Yang belen-belen oren diperah tu boleh buat oren jus


Sebenarnya aku suka gila makan buah oren. Pulak-pulak time gong xi fa cai haritu. Tah berapa bijik tah buah oren aku dah telan. Pasni boleh lah nama cik epal tukar jadik cik oren pulak.


ok bye!





Minggu, 17 Februari 2013

Blogger menipu??

Aku pernah baca satu blog ni. First time masuk blog dia baca satu dua entry, rasa macam cerita dongeng je. Aku ni memang malas sikit nak baca benda macam novel ni. Baik aku layan Running Man. Boleh jugak aku gelak berdekah-dekah sampai tepuk-tepuk lantai. Tapi kadang-kadang bosan tu masuk lah jugak blog dia ni sebab owner blog tu suka masak. Ouh aku memang suka betul baca blog-blog yang suka share resepi ni.Lagi-lagi blog mak-mak. Tapi yang share resipi mudah-mudah je lah aku suka tengok. Yang complicated sangat recipe nya, aku tengok gambar makanan je, nak buat nya memang malas.




Dan tetiba lah orang dok update dekat facebook yang blogger ni tak wujud and fake. Hanya guna gambar google sahaja dan meyakinkan orang ramai bahawa gambar yang cun-cun tu adalah dia.Tapi blogger ni crop la gambar mana yang patut. Ala-ala misteri gitu. Rambut  je nampak muka sipi-sipi je. Ni macam budak-budak yang suka buat fake profile dekat facebook lah ni kekdahnya. Ambil gambar awek cun mana-mana, buat facebook fake, pastu mengorat abang-abang hidung belang mintak duit lapan ribu masuk account. Memang masyukkkk. kehkeh








Bila aku baca blog tu, mesti aku akan membayangkan owner dia muka macam Emma Maembong :D



Bagi aku, kalau rasa nak privasi, jadi blogger anonymous tu ok je. Aku suka je baca blog yang tak ada gambar owner blog lansung. Hanya ayat je. Ikut yang kena dekat jiwa, baca jugak lah. Tapi tak payah lah sampai meyakinkan orang yang gambar-gambar di crop tu ialah kau. Kan menipu nama nya tu. Yang sesiapa yang pergi percaya pon sengal jugak. hahaha



Bagi aku menipu ni satu jenayah jugak. Tak payah tipu lah kalau kau nak kata orang terdekat kau (macam family,suami/isteri, adik beradik, boyfriend/girlfriend) ni suka dorang menipu kau. Boyfriend menipu kata single dekat perempuan lain pon dah macam singa lapar meroyan nya.  Apa rasa bila kena tipu?? Rasa oren??



Lagi-lagi ada orang yang sesuka je pakai gambar kau dan claim tu diri kau.Kes blogger ni mengingatkan satu kes pasal sorang blogger nama Fida Aishah dulu-dulu. Lebih kurang macam ni jugak kisahnya. Rupanya di belakang tabir adalah makcik-makcik. Mungkin ada yang tak faham kot baca entri aku ni. Siapa yang tahu blogger mana aku maksudkan, dia paham lah apa aku cerita ni. muehehehe



Sayang lah ada bakat menulis tapi tak guna dengan betul. Blogger tu aku rasa kalau dia buat novel mesti ramai je yang nak beli. Jadi je diri sendiri.Tak payah nak crop gambar awek cun mana-mana. Dah kantoi diri sebenar kan malu. Lagi haru jadi nya. Apa kalau gemok,hitam, tak lawa (no offense) tak ada orang nak baca ke blog kita??



Well, beauty is in the eye of the beholder .Wahhh gituuu. Bukan semua orang suka baca blog yang tayang muka pon. Ada je yang suka baca blog ala-ala misteri ni. Lain orang lain selera. Ye dak? Tapi jangan lah sampai menipu dan meyakin kan orang yang gambar-gambar cun/hensem tu adalah kau.Pastu orang puji gambar tu cantik/hensem kau pulak yang bangga kembang hidung. Padahal tu bukan diri kau sebenar pon. Tah pape. Menipu ni satu jenayah jugak. Kalau menipu dapat pahala, best lah jugak. muehehe




ok bye!

Rabu, 13 Februari 2013

(Resepi) Puding karamel tanpa telur

Siapa dekat sini pernah tengok My Boss My Hero? Cerita jepun sebenarnya. Dulu lah layan cerita tu. Zaman-zaman belum mumayyiz study dekat matrik. Bila nak buat puding karamel ni mesti teringat cerita tu. Beriya time rehat masing-masing berkejar-kejaran sebab puding yang cepat bebeno sold out dekat kantin depa.



Aku pernah buat puding karamel guna telur dan tanpa telur. Tekak aku lagi suka puding karamel versi yang tak guna telur punya lah. Cara-cara nak buat puding karamel ni pon senang je woh. Resepi aku memang semua simple-simple jah. Semuanya berkonsepkan user friendly gituww. Bahan pon tak ada lah susah nau nak cari.


Bahan-bahan nya:

Untuk puding
1 bungkus serbuk agar-agar (yang paket kecik 10g)
3 1/2 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis ( ni boleh ejas ikut tekak masing-masing punya tahap manis macam mana)
1 sudu kecil esen vanilla

Untuk caramel

2 senduk gula
1/4 cawan air

Bahan-bahan semua senang je nak cari. Pergi kedai Pak Mat Tempe belakang rumah tu je semua bahan dah boleh dapat.


Kekdah-kekdah nak membuat puding karamel ni:



Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau lah sampai warna gula yang putih sesuci lebaran ni bertukar kepada warna keperangan ala-ala air karat (matik lah tak ada yang nak makan puding karamel ni dah awal-awal imejin minum air karat)





Pastu masuk kan air perlahan-lahan. Hati-hati sikit nak masuk air ni sebab takut terpercik kena muka. Kang hantaran engko elok-elok limapuloh ribu. Eksiden masak karamel ni, berkurangan pulak hantaran engko sampai lima ratus. Hati-hati bukan di jalan raya je dek non, di dapur pon harus lah maintain vogeh the vass hokayyy


Dah siap karamel tu, boleh lah jiruskan je dekat mana-mana bekas yang ada dekat rumah tu.Nak masak puding nya lagi senang.



Tepung jagung + tepung kastad tu masuk kan dalam mangkuk lain jap, letak air sikit,gaul-gaul pastu tapis bagi hilang habuk habuk tu. Dengan api yang perlahan jugak. Masuk agar-agar + tepung jagung + tepung kastad + air ke dalam periuk. Kacau lah sampai mendidih


Dah mendidih masuk kan susu cair + susu pekat + esen vanilla


Masak lah dalam 5 minit cenggitu. Pepandai lah agak. Pastu tuangkan lah dekat bekas yang engko siram karamel tadi. Tunggu sejuk kejap, pastu masuk kan dalam peti ais. Puding karamel ni lagi marvelous di makan time sejuk-sejuk. Sedap je lalu dekat anak tekak kesejukan puding karamel itu nanti.





Dan ini lah hasilnya.




Nyummayhhhh!

Sorry tangan parkinson sikit. Potong puding pon tangan menggigil. Tu bergerigi je puding aku





Satu adunan yang aku bagi resepi kat atas tadi dapatlah banyak ni puding karamel nya.


Ada sesiapa berani nak cuba? Selamat mencuba uolsssssssssssssssssssss! :D

Jumat, 08 Februari 2013

Aku Dia dan Tong Sampah

Aku ni memang malas betul nak download movie ni. Memang selalu cilok dekat member yang rajin donwload je. Walaupun dah tengok Running Man dekat web, nak jugak ada dekat hard disk semua episod yang beratus-ratus tu. Tengah nak ambil Running Man episod baru, ambil jugak lah cerita melayu dan omputeh sikit. Kot tengah-tengah bosan boleh lah layan.





Tapi cerita melayu yang aku ambil cerita Aku dia dan tong sampah ni je sebab member aku cakap cerita ni best. So layan lah. Bila dah layan MEMANG BEST!! Dah lama oiii tak tengok cerita melayu yang ringan dan sweet camni. Ayat-ayat dalam cerita ni pon semua selamba je dan senang faham







Cakap lah aku ni ketinggalan zaman or kuno pon sebab baru nak layan cerita ni.  Tak ada hal nya aku. Padahal cerita ni dah berzaman dah. Maklum lah jarang tengok televisyen





Selamba tenuk je Beto ni datang kolej Siti Saleha pakai baju Lilo and Stitch. Tergelak-gelak aku time ni



"hey saya tengah kutuk awak ni. awak tak ada rasa nak pertahankan diri awak ke?" kihkih comel!

Time ni pon selamba je si Beto ni cakap kuat-kuat dekat band tengah nyanyi dekat depan "Band ni bukan sedap pon!!" Tapi memang tak sedap lansung pon suara band yang tengah nyanyi tu. Beto nyanyi pon tak sedap jugak cuma lawak ah lagu yang dia tuju kat Siti Saleha tu :D





Apa yang Beto cakap dalam cerita ni semua selamba habis tapi semuanya bermakna.Ayat-ayat Beto pon tak macam baca skrip. Macam selamba dia je nak bubuh apa dia nak cakap. Dah lama oiii tak tengok citer melayu yang boleh buat aku sengih-sengih sorang-sorang



Suka part Siti Saleha cakap

"kalau tak tahu,TANYA"

comel! :D





Siapa tak pernah tengok, boleh lah layan.( Tapi ada lagi ke yang belum tengok? Sah! Orang itu lagi ketinggalan zaman daripada aku. kehkeh) Jalan cerita pon macam real je.Hari-hari minggu ni memang sesuai pon nak layan movie. Lepas tengok cerita ni ramai lah kot nak bertenggek dekat tong sampah kot-kot jumpa jodoh. Jodoh itu ada dimana-mana jahhh :D











Dekat tong sampah pon boleh jumpa jodoh. Kau mampu??

Rabu, 06 Februari 2013

(Resepi) Pasta tuna versi tekak melayu

Haritu balik rumah time cuti sem, suka nak kecahkan dapur. Tengok dekat dapur pon ada bahan-bahan yang boleh dimasak. So apa lagi, kita masak je lah apa yang patut



Rasa nak masak pasta tuna lah. Tapi versi tekak melayu sikit lah. Tak ada lah bila makan tu akan muak. So inilah bahan-bahan nya

@ Pasta (Fettucini) Brand San Remo. Buat dalam separuh paket untuk satu family makan (250g) .Tak kesah pon nak pasta bentuk macam mana pon. Rasa nya sama je
@1/2 tin susu sejat
@1 tin Tuna Ayam Brand
@Serbuk Oregano
@Garam

@ Cili padi


Haaa ini lah senjata rahsianya. Letak lah banyak mana pon. The more the merrier gituuu kata omputeh. Memang meletop-letop lah perut sesiapa yang makan pasta engko ni nanti



Aku suka tuna ni sebab dia ada rasa mayonis sikit. So tak payah lah sibuk-sibuk lagi nak taruk mayonis. Tapi kalau nak guna tuna jenis lain pon takdehal lah



Fettucini yang telah siap direbus. Rebus macam biasa. Masuk dalam air,letak minyak dan garam sikit. Pastu tos kan



Cara nak masak senang je. Budak-budak tadika pon pejam-pejam mata je masak pasta tuna ni aku rasa

Mak oiiiii hitam nya kuali. Ni mak aku tahu aku pergi tunjuk kuali dia dalam blog aku ni, mahu karang dia membebel-bebel.Tapi tak pe lah, dah nama pon kuali. Harus lah hitam. Tak kan warna hijau pucuk pisang pulak kan kuali nya??


Ok. Mula-mula tumiskan cili api tadi. Untuk resepi ni aku memang tak guna bawang. Sebab nya adalah saja-saja je tak nak guna bawang. Dan lagi pon aku malas nak kopek bawang. muehehe



Then masuk kan tuna dan susu. Pastu gaul sehingga sebati. Susu tu agak-agak lah. Aku letak dalam setengah tin. Kalau rasa macam kering sangat, tambah lah sikit.

Pastu masuk kan serbuk oregano. Serbuk oregano ni aku pon tak tahu apa function nya. Sebab aku selalu tengok omputeh kalau masak pasta dia bubuh serbuk oregano ni, so aku pon bubuh lah sikit. Saja nak feeling omputeh. Tapi kalau tak nak bubuh pon tak pe. Sebab harga nya boleh tahan mencekik darah jugak untuk sebotol kecik oregano tu.


Pastu bubuh garam. Garam ni pepandai lah ejas nak letak banyak mana.



Dah siap!! Senang nya buat pasta tuna ni, macam tak layak nak dibuat entri pulak aku rasa. muahaha






Walaupun nampak macam makanan hospital, tapi bila makan mesti rasa meletop-letop perut engko. Sebab pernah buat pasta ni masa open house dulu,pasta ni paling laku dulu. Siap pakcik mana tah mintak resepi. Berpinggan-pinggan dia makan. Padahal bahan tak banyak mana pon. Bawang pon aku tak letak. Sebab pakcik tu kata,selalunya makan pasta dia nak muntah sebab muak. Pasta ni tak muak.Sebab pasta ni pedas meletop-letop kot. kehkeh




Kalau tak nak letak tuna, nak ganti dengan seafood pon boleh. Jadilah seafood pasta. Tapi dah tajuk pasta aku ni nama nya pasta tuna. Wajibulghunnah lah kena ada tuna!



ok tu je. bye!




Main tembak-tembak dekat Laser Warzone e@curve memang best woo!!


Dalam minggu-minggu lepas aku ada pergi main laser tag. Main dekat Laser Warzone dekat e@Curve. Memang seronok bak hang! Tak tahu lah pulak siap ada medal-medal bagai. Event anjuran Speakoutloud. Dah haritu pon aku free, meh lah kita main tembak-tembak orang pulak.





Team mana lah yang akan dapat gold medal champion ni?? Tak ada pon target nak menang. Nak main seronok-seronok je. Mana tahu pengalaman seumur hidup main laser tag. Boleh lah bangga dekat anak cucu  sok bagi tahu  depa nenek pernah main laser tag zaman muda-muda dulu




Time ni tengah briefing. Jangan risau, kena tembak tak sakit pon. Tak ada nya orang kena tembak main laser tag masuk hospital. Kalau kita kena tembak, kita akan mati dalam 5 saat. Dalam masa 5 saat tu, tak boleh nak tembak orang dan orang pon tak boleh tembak kita. Pastu berlari lah kau cari tempat berlindung. Tembak pistol orang dan bahagian depan jaket ni dapat 50 point. Kalau tembak bahagian belakang dapat 100 point




 Mereka yang khusyuk mendengar taklimat di depan




Schedule perlawanan . Aku punya nama team adalah TEAM ELIMINATOR




Nama Team ELIMINATOR. Nasib baik lah team aku tak kena eliminate awal-awal. Cuba tengok screen ni, team Eliminator tak pernah kalah hokayyyy. Dan disaat team aku meraih 3 kemenangan berturut-turut tanpa kalah, aku pon dah tukar niat dari nak main suka-suka kepada semangat KITA BOLEH MENANG!! KITA MESTI MENANG! kehkeh semangat waja betul. Padahal main laser tag je pon. Semangat berkobar-kobar bak Pandalela Rinong wakil Malaysia ke olimpik pulak



Then team aku (Eliminator) vs Team Jinx pergi ke FINAL

Team aku ada 2 orang perempuan, lawan team yang semuanya lelaki hokayyy.Kumpulan aku semua yang berdiri itu. Yang duduk adalah team lawan. Ujang yang pakai baju Fly Emirates tu bukan team aku, dia semak saja dalam gambar bajet coach kumpulan :D


Kumpulan aku, ada Ami, Anne Pen Merah, Akmal Hilmi dan Hamzah Tofar. So marilah kita berperang! Tak sabar aku nak tembak abang-abang gagah daripada kumpulan lain ni.





Dekat luar ada cctv . So mana-mana team main, diorang boleh lah tengok daripada luar. Tapi tak ada lah jelas sangat. Dan lah dorang ni bajet aku yang paling lembik dalam kumpulan aku. Tak apa, tak apa pandang rendah dekat aku.




Dan akhirnya team aku menang!!! Yang paling puas hati, markah aku paling tinggi masa FINAL tu hokayyy!! Aku pon terkejut markah aku paling tinggi secara individu. Berjaya jugak aku menembak abang-abang gagah dalam tu secara pukal.



Ini antara team-team yang ada haritu. Team Pojie je yang tak ada dalam kamera aku ni. Mana pergi tah gambar group depa










Ada artis datang weh! Cuba tengok paling kiri yang senyuman paling menggoda tu.Yang pegang hadiah senget sikit tu. Haa dia tu lah pengacara Propaganza yang selalu dok sebut STAILISTA atau OPSSS dekat baju-baju artis tu.











Tapi itu pon kalau korang nak percaya lah itu dia. kehkeh


Juara kena lah bergambar dengan jaket laser tag dan pistol ni. Baru lah nampak macam juara. Apa kena mengena pon aku tak tahu lah. muehehe. Nasib baik dapat team yang best dan terror. Akmal Hilmi paling gembira sekali tayang trofi. Lalat masuk lapan ekor pon mahu tak perasan tu




Ni lah muka semua yang hadir 



Jangan ingat main laser tag ni tak penat woo. Sepuluh minit dalam tu pon mahu berlecak ketiak lari ke sana sini mencari mangsa untuk ditembak. Aku pernah main laser tag yang dekat Mid Valley dan Sunway Pyramid. Tapi pernah main sekali je lah.


 Personal opinian, aku rasa laser tag yang dekat e@Curve ni paling terbaik. Sebab score kita tu kira berapa orang yang kita tembak dalam tu. Kalau dekat MidValley dengan Sunway Pyramid tu dah macam merepek-repek benda dalam tu nak kena tembak. Tembak ular lah, dinding lah hape lah dah boleh dapat point. So jadi tak best. Dekat e@curve ni point kau memang 100% kira berapa banyak kau tembak orang. Jadi best lah sebab boleh kejar-kejar orang. Macam main polis sentri lak dalam tu aku rasa. Tapi versi lagi best lah sebab boleh tembak orang pastu kita mati sekejap pastu boleh hidup balek



Kalau siapa yang tak pernah main laser tag ni. Nak tahu macam mana dalam game tu. Boleh tengok video ni

Memang kurus aku kalau main laser tag ni hari-hari. Dah macam exercise lak dalam tu. Bila keluar je mesti berpeluh gila macam berlari atas treadmill selama empat minit setengah :D


Siapa lah pergi cakap aku pakai skirt pulak time main laser tag ni. Aku pakai palazzo pants hokayyy. Nasib baik ada geng dengan datin ni pakai seluar jenis besar-besar. Seluar-seluar jeans aku tah mana tah aku campak. Sekarang memang suka bebeno aku pakai palazzo ni. Rasa selesa dan berangin je. kahkah.



Yang Datin lagi tak boleh blah. Manjang lah pokpek pokpek cakap ada orang pijak palazzo dia dalam tu. Tapi aku rasa mesti dia yang terpijak seluar dia sendiri. Memang sedap je lah aku aim belakang dia. Beribu-ribu point aku dapat bila lawan dengan datin ni :D




Antara blogger yang dah update pasal laser tag ni. Pen Merah, Datin WohhBachtiar Hidayah, Jamar Bahar, Hazman Fadzil, Hafiz Cyber,. Blogger-blogger lain tak dapat dikesan pulak kalau ada update. Aku jumpa link-link ni je yang dah update. Yang puji-puji cakap aku nampak sopan, lemah lembut  tapi terror main laser tag ni (sila muntah berjemaah), terima kasih lah diucapkan. Walaupun part nampak sopan dan lemah lembut tu macam nan hado je,tapi kembang kuncup jugak lah hidung aku ni membacanya. muahahahaha




ok bye!

Minggu, 03 Februari 2013

Penjagaan wanita

Sebagai seorang perempuan, kita ni sentiasa nak nampak cantik dan sempurna selagi boleh. Kalau nak keluar tu, mesti nak pakai baju cantik-cantik,kemas dan bersih je kan? Part penampilan semuanya tip top tapi berapa ramai sebenarnya yang terlepas pandang untuk menjaga V-zone kita??


 Ramai yang fikir nak basuh V-zone tu kena guna sabun mandi atau syampu biasa je. Ouh tidak ye kawan-kawan!


 Jangan basuh V-zone dengan sabun mandi atau syampu tau sebab boleh buat benda tu jadi lagi kering. PH level bahagian V-zone kita adalah berbeza daripada seluruh badan kita. Sama lah dengan muka kita, tak kan kita guna sabun mandi untuk basuh muka pulak kan? Sebab sabun badan tu terlalu kering untuk muka! Sama jugak dengan V-zone. Basuh V-zone guna sabun mandi akan buatkan kulit di bahagian itu lebih kering! Kalau nak basuh V-Zone kena guna produk yang sepatutnya macam produk Lactacyd ni :)






Kenapa Lactacyd??

@ Lactacyd ni diperbuat dari bahan-bahan semulajadi - Lactic acid and lactoserum
@ Ujian dermatologi diuji selamat dan sesuai untuk kulit sensitif
@ Lactacyd ialan pembersih feminin wanita nombor 1 di Malaysia dan seluruh dunia
@ Ia telah ditetapkan oleh doktor dan dipercayai oleh wanita seluruh dunia lebih 25 tahun .Ia juga terbukti secara klinikal untuk penjagaan dan perlindungan daripada bau dan kegatalan dengan pembersihan harian
@ Lactacyd feminine wash ada 5 jenis- White Intimate, Revitalize, Nourish, Lasting Freshness and pH3.5 - dengan pelbagai manfaat dan juga dalam bentuk feminine wipes to provide on-the-go-freshness





Nak cari produk ni senang je. Boleh dapatkan dekat semua farmasi utama. Harga pon berpatutan :)

 - White Intimate 250ml (RM25.90), 60ml (RM9.90)
- Revitalize 250ml (RM25.90), 60ml (RM9.90)




- Nourish 250ml (RM24.70)
- pH3.6 250ml (RM24.70), 60ml (RM9.30)
 - Lasting Freshness 250ml (RM24.70), 60ml (RM9.30)





- Feminine wipes 10s (RM4.90)



 Ini boleh digunakan hari-hari dan boleh bawak untuk pergi melancong dan jalan-jalan :)


 Dalam banyak-banyak ni, aku ada try yang botol warna kuning tu (Revitalize). Sebab tertarik dengan kandungan utama dalam tu iaitu COLLAGEN! Kihkih. Aku tak pernah dengar pulak dalam feminine wash ada collagen dan vitamin E essence. Tapi dalam Lactacyd ada uolsss! Bila pakai rasa segar-bugar je :D


Pesanan terakhir. Jagalah kawasan ehem ehem anda tu seperti mana anda menjaga diri anda. Kalau tak tahu nak mula dengan produk apa, aku sangat mengesyorkan korang guna produk Lactacyd ni. Dijamin puas hati!


 Nak tahu lebih lanjut pasal produk Lactacyd ni. Boleh tengok dekat http://www.lactacyd.com.my/

Oh jangan lupa LIKE Facebook Page Lactacyd jugak  http://www.facebook.com/lactacydloveyourv untuk tips on beauty/lifestyle,  produk promosi dan contest yang menarik! Mana tahu dapat hadiah best-best nanti :)


ok bye!