Selasa, 22 Mei 2012

(resepi) Pasta goreng versi tekak melayu :D

Aku ni tak ada ah terror sangat masak macam master chef tu. Tapi aku suka masak sebab aku suka makan. Pastu aku suka kecah-kecah kan dapur

Ni pasta goreng. Benda-benda yang melibatkan pasta ni memang kegemaran betul lah. Sebab kau campak je apa apa dalam pasta tu, mesti sedap punya. Tapi aku suka masak benda yang aku suka je. Benda yang aku tak suka masak, biar ibu aku je yang masak.




Bahan-bahan nak buat pasta goreng ni senang je:

Sos Cili (ni letak sikit je)
Sos Tomato (ni letak banyak sikit, biar rasa masam-masam)
Sos Tiram (suka hati nak letak berapa banyak. Agak-agak lah)
Maggi Cukup Rasa (letak lah secukup rasa anda)
Sepaket pasta 250g (tak kesah bentuk apa pon, tapi ni aku buat separuh je untuk satu family makan)
Garam dan gula secukup rasa

Cili kering. Rebus dulu pastu kasi blander. Blander lah sekali dengan 1 biji bawang besar dengan 4 ulas bawang putih. Bawang besar dengan bawang putih nak tumbuk pon boleh. Lagi sedap kalau tumbuk. Aku memang suka letak cili dalam pasta aku sebab "Hatiku hatimu, menjadi satu cinta,ku rasa hadirmu,menyempurnakan aku ....."


Ye part lagu ini, aku tujukan khas untuk cili ni




Daging cincang Ramly. Agak agak lah nak guna berapa banyak. Jangan letak sepaket tu pulak. Banyak sangat tu. Sebab ni untuk setengah paket pasta je



Seafood. Sotong kecik dalam 5 ekor. Letak udang pon lagi sedap. Sebab tak ada udang, aku ganti dengan crabstick. Dua-dua tu crabstick sebenarnya. Ada yang potong panjang-panjang, ada potong dadu. Tak kesah lah nak potong camne, sebab rasa dia rasa crabstick jugak. Tak adanya kau potong cara lain tetiba rasa macam arnab.




Carrot. Potong panjang-panjang jugak. Nak potong dadu pon boleh. Tak nak letak pon boleh. Suka hati



Pasta yang sudah di celur. Cara nak celur, letak air,pasta,minyak, dan garam sikit. Pastu celur dalam 8 minit. Angkat dan ketepikan.


Cara nya senang je. Campak-campak je semua bahan-bahan di atas.

1- Letak minyak, banyak sikit kalau boleh. Tumis cili kisar,bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau dan garing. Tumis lama-lama sikit bagi sambal tu pecah minyak. Atas api sederhana ye.Tumis tu jangan kejap sangat. Karang kejap sangat tak sedap. Then masuk kan sos cili, sos tomato (banyak sikit), sos tiram, gula dan garam secukup rasa



2- Dah agak-agak pecah minyak, masuk kan daging cincang. Masak-masak lama sikit lepastu masuk kan sotong pulak. Agak-agak sotong tu dah masak, campak kan carrot pulak. Pastu campak pulak crabstick yang pelbagai saiz itu. Akhir sekali masuk pasta. Kacau punya kacau. Siap dah!!



Haaa senang kan? Pejam mata pon boleh buat. ecehhh. Pejam mata betul-betul karang, mahu terbalik pulak kuali.


Siap dah! Letak lah 3 keping (keping?) timun untuk menampakkan ciri ciri masterchef di dalam masakan anda. kehkehkeh


Nyum! Nyum!





Selamat mencuba bagi sesiapa nak mencuba! =)



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar