Selasa, 22 Mei 2012

Cerita Perodua

*48 hours sticky post. Scroll down to read my new entry*

Sekarang ni Perodua telah buat satu kempen iaitu "Apakah cerita Perodua anda"



Pelanggan dan pelanggan yang berpotensi mempunyai peluang untuk berkongsi cerita dan pengalaman peribadi dengan Perodua. Boleh juga kalau nak cadangkan idea-idea bernas anda yang akan menjadi relevan kepada Perodua. Cara nya senang sangat, hanya perlu log in ke http://www.peroduastory.com.my dan boleh lah hantar korang punya cerita / gambar / video / cadangan.



Jangan main-main,pengarah urusan Perodua iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh juga terlibat dalam kempen ini tahu?? Beliau berminat sangat-sangat untuk mendengar apa yang pelanggan hendak katakan.
















Jadi .....





Haaaa ce citerrr ce citerrrr




Kalau cakap pasal kereta, aku tak tahu lah asal, mesti first kereta yang aku pakai tu aku TAK NAK kereta yang bagak-bagak besar-besar godang macam Incredible Hulk. Kalau ada kereta besar HULK tu memang melampau besar dah tu. Tapi memang aku tak berapa minat sangat ah kereta besar sebab aku rasa macam orang tua pulak bawak kereta besar ni. Muahaha.






Aku suka kereta yang kecik je. Sebab-sebab nya adalah:



@ Aku bukan nak angkut satu kampung naik kereta aku pon nak pergi mana-mana. So tak payah kereta besar-besar sangat

@ Parking senang, space agak-agak macam kecik pon boleh bajet juga suruh kasi masuk line

@ Boleh cilok-cilok tak kira di mana jua aku berada, termasuk di sawah atau di bendang *tetiba*

@ Yang paling penting SAVE MINYAK. Student lah katakan. Isi minyak sepuluh ringgit je untuk seminggu sudah mencukupi




Kereta yang paling menepati minat aku adalah













PERODUA MYVI!!





Kalau tak Perdoua Myvi, Perodua Viva pon aku suka jugak






Perodua Viva lagi best. Lagi kecik lagi save minyak. Memang menepati citarasa aku betul lah





Aku memang menyokong kereta-kereta buatan Malaysia ni. Kalau bukan kita orang Malaysia ni nak beli kereta buatan Malaysia, siapa lagi nak beli?? nak suruh orang Zimbabwe beli kereta Perodua Myvi?? Memang TAK LAH




Ehem ehem,Encik Perodua, sponsor seketul Myvi ada GPS dekat saya boleh?? eh eh





Share lah cerita Perodua korang pulak ok. Boleh usha-usha juga apa kisah korang dengan Perodua =)


Ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar