Selasa, 22 Mei 2012

Bersama Adam Aisy yang comel lote =)

Ye. Sila perhatikan objek di belakang yang bergegar pakai baju pink itu. Yang objek godang di depan tengah melahap ni abaikan. Ye apa yang anda nampak? Ouh tak nampak lagi kot





Sompekkk aku interframe

Ok. Dah ternampak sikit muka objek di belakang itu




Ini lah budak nya sebenarnya.



Si Adam Aisy yang comel lote. Aku pernah cerita dulu pasal budak cinonet ni dekat SINI.  Anak buah si SS gendut tu. Si Adam ni sekarang hazab nauzubillah perangai tak boleh nak nakal lagi ke? Budak di zaman tumbesaran tengah membesar ni perangai memang macam ni kot.




Bawak pergi restoran, ke hulu ke hilir dia lari. Kejap kang zooommmmmm lari pergi kerusi sebelah, pastu datang dekat aku balek sambil berlari.Makan-makan jap seketul dua fries, pastu lari lagi lompat lompat atas kerusi. Pastu dia main lumba lari seorang diri lagi. Pastu stop belakang aku. Dia ingat shawl aku pitstop agak nya. Papppppppp dia tarik tudung aku pulak. Terus terkeluar dari mulut aku "Adam!!!! hehhhhhhhhhh budak niiiiiiii, aku cepuk kang satgiiiiiiiiiii. Duduk dendiam!!" *nada macam mak tiri*




Tapi tak makan saman budak ni. Dia ingat aku buat kelakar agak nya. Dia boleh gelak "hikhikhik" sambil giggle. Pastu sambung lumba lari lagi seorang diri. Hazabbb. Terlebih ribena budak ini





Then nampak kolam ni kat tengah tengah mall tu. Aku saja acah. "Adam, jom mandi dalam swimming pool ni. Best woooooo"


Perghhhh sekali laju gilaaaaaaaaa dia lari nak masuk dalam kolam ni. Kang kalau betul dia masuk dalam kolam ni, mati aku. Tak pasal-pasal kena halau dengan pakgad pulak kang tengok dia berkubang dalam swimming pool yang tak berapa swimming pool tu. Berlaku babak tarik Adam daripada kolam seperti tengah berentap tarik tali. Tarik jangan tak tarik


Budak-budak ni jangan di ajar benda bukan-bukan. Kang semua benda dia pergi buat betul-betul karang. Tapi dalam gambar tu dia dah jadi normal sebab dah kena tempik. Nasib baik dia sudah berfikiran waras semula


Pastu pura-pura jadi momok (atau nama glamer nya adalah hantu)


Dah habis seram lah tu agak nya dia fikir bila aku tengok dia. ecehhh




Adam pulak camwhore



Tapi lepastu tetiba dia senyap, dah tak aktif dah. Tak ada lompat-lompat, tak ada dah nak lumba lari seorang diri lagi dah. Sogok dengan vitagen pon dia dah senyap dah. Amboi bagus lah budak ni dah jadi budak baik dah dia. Bagus! Alhamdulillah





Aku pon elok lah ni dok dukung dia bawak dekat tempat duduk dekat situ. Sekali aku terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Perghhhh busuk gila. Ni mesti SS punya kerja ni. Dia ni suka kentut bersepah.


CE: hoihhh kentut eh? busuk wehh

SS: Ni bukan bau kentut I lah, kentut I bau lain. Siapa lagi? Mesti Adam tengah berak lah tu. Cuba cek pampers dia. Taik dia memang busuk piauuuu punya.Bukan bau taik manusia dah. Taik dia tak normal. Bau taik dia macam taik ayam candu


Yang si SS ni konpiden je kentut dia bau lain.Wangi sangat agaknya kentut dia tu. Apa dia ingat kentut dia bau strawberry caramel?? Aku yang hazabbb membau nya.




Cek cek pampers memang betul pon si Adam ni tengah projek. Tapi Adam punya "khazanah" ni memang kawww gila ah  bau dia.Nak tertanggal hidung aku bau. Dari lapanpulohnam meter boleh bau agak nya. Asal lah taik budak-budak ni busuk sangat eh? Sebab dia minum susu banyak ke hape?



Seb baik emak si SS ni ada bawak extra baju, pampers semua. Dating sekali bawak emak engkooo. kehkeh. Kalau tak, tak ada nya aku nak pegang Adam ni dah walaupun dia comel. Aku nak main-main dengan dia time dia comel dan wangi jeeeeeeeeee. Ye, nampak bebeno kekejian aku di situ. Kang anak aku esok karang agaknya lagi hazabbb perangai dan bau "khazanah" nya. Padan lah muka aku





ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar