Selasa, 29 Mei 2012

Lunch dengan menteri.

Wahhh tajuk. Macam hari-hari dok bertepuk tampar bergurau senda dengan menteri konon nya. Terkejut gak dapat emel tetiba menteri ajak lunch. Orang dah invite, kita pergi je lah.

Lunch dekat Hotel Marriot Putrajaya. Tapi bukan aku berdua je. Ada beberapa blogger lain jugak. Datang-datang, terus tengok menu apa yang best. Huduh perangai



Orang first sampai. Aku pon terpinga-pinga di situ. Dalam hati, mana orang lain ni, cepat lah sampai. Cepat lah sampai, cepat lah sampai



Nasib baik ada Fida daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ajak sembang dengan aku. Dah ah comel lote Fida ni.






"ye encik, ada apa-apa soalan??"


wahhh gitu. Time ni menteri tak datang lagi. Kemain lah kau kan?




Nasib baik pastu depa ni datang. Ada jugak member nak bertepuk tampar laju-laju. Datin paling vogue da vassss. Lipstik merah meletup. Nak cium menteri kata nya. huahuahuahuahua




Antara blogger yang ada. Ye ini time makan. Terus ditarik duduk semeja bersama menteri. Tapi aku banyak senyap je. Segan aku nak cakap dan tanya banyak-banyak. Padahal aku memang tak tahu nak tanya apa pon. Si Datin ah banyak tanya. Mentang-mentang dia dok sebelah menteri. Kemain rancak bual nya



Time ni menteri buat lawak.




Bersama YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). weeeeeeeeeeee~ :D



Blogger = Gadis Jahat dan akak KPT comel bertudung merah. Kembang nya muka aku macam mi maggi rendam dalam air panas =,='






Ni aku pon tak tahu nak letak caption apa. Tetiba aku pulak blur ni



Ok tu je lah nak cerita. Nanti update lain kalau rajin. ok bye!

Selasa, 22 Mei 2012

(resepi) Pasta goreng versi tekak melayu :D

Aku ni tak ada ah terror sangat masak macam master chef tu. Tapi aku suka masak sebab aku suka makan. Pastu aku suka kecah-kecah kan dapur

Ni pasta goreng. Benda-benda yang melibatkan pasta ni memang kegemaran betul lah. Sebab kau campak je apa apa dalam pasta tu, mesti sedap punya. Tapi aku suka masak benda yang aku suka je. Benda yang aku tak suka masak, biar ibu aku je yang masak.




Bahan-bahan nak buat pasta goreng ni senang je:

Sos Cili (ni letak sikit je)
Sos Tomato (ni letak banyak sikit, biar rasa masam-masam)
Sos Tiram (suka hati nak letak berapa banyak. Agak-agak lah)
Maggi Cukup Rasa (letak lah secukup rasa anda)
Sepaket pasta 250g (tak kesah bentuk apa pon, tapi ni aku buat separuh je untuk satu family makan)
Garam dan gula secukup rasa

Cili kering. Rebus dulu pastu kasi blander. Blander lah sekali dengan 1 biji bawang besar dengan 4 ulas bawang putih. Bawang besar dengan bawang putih nak tumbuk pon boleh. Lagi sedap kalau tumbuk. Aku memang suka letak cili dalam pasta aku sebab "Hatiku hatimu, menjadi satu cinta,ku rasa hadirmu,menyempurnakan aku ....."


Ye part lagu ini, aku tujukan khas untuk cili ni




Daging cincang Ramly. Agak agak lah nak guna berapa banyak. Jangan letak sepaket tu pulak. Banyak sangat tu. Sebab ni untuk setengah paket pasta je



Seafood. Sotong kecik dalam 5 ekor. Letak udang pon lagi sedap. Sebab tak ada udang, aku ganti dengan crabstick. Dua-dua tu crabstick sebenarnya. Ada yang potong panjang-panjang, ada potong dadu. Tak kesah lah nak potong camne, sebab rasa dia rasa crabstick jugak. Tak adanya kau potong cara lain tetiba rasa macam arnab.




Carrot. Potong panjang-panjang jugak. Nak potong dadu pon boleh. Tak nak letak pon boleh. Suka hati



Pasta yang sudah di celur. Cara nak celur, letak air,pasta,minyak, dan garam sikit. Pastu celur dalam 8 minit. Angkat dan ketepikan.


Cara nya senang je. Campak-campak je semua bahan-bahan di atas.

1- Letak minyak, banyak sikit kalau boleh. Tumis cili kisar,bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau dan garing. Tumis lama-lama sikit bagi sambal tu pecah minyak. Atas api sederhana ye.Tumis tu jangan kejap sangat. Karang kejap sangat tak sedap. Then masuk kan sos cili, sos tomato (banyak sikit), sos tiram, gula dan garam secukup rasa



2- Dah agak-agak pecah minyak, masuk kan daging cincang. Masak-masak lama sikit lepastu masuk kan sotong pulak. Agak-agak sotong tu dah masak, campak kan carrot pulak. Pastu campak pulak crabstick yang pelbagai saiz itu. Akhir sekali masuk pasta. Kacau punya kacau. Siap dah!!



Haaa senang kan? Pejam mata pon boleh buat. ecehhh. Pejam mata betul-betul karang, mahu terbalik pulak kuali.


Siap dah! Letak lah 3 keping (keping?) timun untuk menampakkan ciri ciri masterchef di dalam masakan anda. kehkehkeh


Nyum! Nyum!





Selamat mencuba bagi sesiapa nak mencuba! =)



ok bye!

Cerita Perodua

*48 hours sticky post. Scroll down to read my new entry*

Sekarang ni Perodua telah buat satu kempen iaitu "Apakah cerita Perodua anda"



Pelanggan dan pelanggan yang berpotensi mempunyai peluang untuk berkongsi cerita dan pengalaman peribadi dengan Perodua. Boleh juga kalau nak cadangkan idea-idea bernas anda yang akan menjadi relevan kepada Perodua. Cara nya senang sangat, hanya perlu log in ke http://www.peroduastory.com.my dan boleh lah hantar korang punya cerita / gambar / video / cadangan.



Jangan main-main,pengarah urusan Perodua iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh juga terlibat dalam kempen ini tahu?? Beliau berminat sangat-sangat untuk mendengar apa yang pelanggan hendak katakan.
















Jadi .....





Haaaa ce citerrr ce citerrrr




Kalau cakap pasal kereta, aku tak tahu lah asal, mesti first kereta yang aku pakai tu aku TAK NAK kereta yang bagak-bagak besar-besar godang macam Incredible Hulk. Kalau ada kereta besar HULK tu memang melampau besar dah tu. Tapi memang aku tak berapa minat sangat ah kereta besar sebab aku rasa macam orang tua pulak bawak kereta besar ni. Muahaha.






Aku suka kereta yang kecik je. Sebab-sebab nya adalah:



@ Aku bukan nak angkut satu kampung naik kereta aku pon nak pergi mana-mana. So tak payah kereta besar-besar sangat

@ Parking senang, space agak-agak macam kecik pon boleh bajet juga suruh kasi masuk line

@ Boleh cilok-cilok tak kira di mana jua aku berada, termasuk di sawah atau di bendang *tetiba*

@ Yang paling penting SAVE MINYAK. Student lah katakan. Isi minyak sepuluh ringgit je untuk seminggu sudah mencukupi




Kereta yang paling menepati minat aku adalah













PERODUA MYVI!!





Kalau tak Perdoua Myvi, Perodua Viva pon aku suka jugak






Perodua Viva lagi best. Lagi kecik lagi save minyak. Memang menepati citarasa aku betul lah





Aku memang menyokong kereta-kereta buatan Malaysia ni. Kalau bukan kita orang Malaysia ni nak beli kereta buatan Malaysia, siapa lagi nak beli?? nak suruh orang Zimbabwe beli kereta Perodua Myvi?? Memang TAK LAH




Ehem ehem,Encik Perodua, sponsor seketul Myvi ada GPS dekat saya boleh?? eh eh





Share lah cerita Perodua korang pulak ok. Boleh usha-usha juga apa kisah korang dengan Perodua =)


Ok bye!

Bersama Adam Aisy yang comel lote =)

Ye. Sila perhatikan objek di belakang yang bergegar pakai baju pink itu. Yang objek godang di depan tengah melahap ni abaikan. Ye apa yang anda nampak? Ouh tak nampak lagi kot





Sompekkk aku interframe

Ok. Dah ternampak sikit muka objek di belakang itu




Ini lah budak nya sebenarnya.



Si Adam Aisy yang comel lote. Aku pernah cerita dulu pasal budak cinonet ni dekat SINI.  Anak buah si SS gendut tu. Si Adam ni sekarang hazab nauzubillah perangai tak boleh nak nakal lagi ke? Budak di zaman tumbesaran tengah membesar ni perangai memang macam ni kot.




Bawak pergi restoran, ke hulu ke hilir dia lari. Kejap kang zooommmmmm lari pergi kerusi sebelah, pastu datang dekat aku balek sambil berlari.Makan-makan jap seketul dua fries, pastu lari lagi lompat lompat atas kerusi. Pastu dia main lumba lari seorang diri lagi. Pastu stop belakang aku. Dia ingat shawl aku pitstop agak nya. Papppppppp dia tarik tudung aku pulak. Terus terkeluar dari mulut aku "Adam!!!! hehhhhhhhhhh budak niiiiiiii, aku cepuk kang satgiiiiiiiiiii. Duduk dendiam!!" *nada macam mak tiri*




Tapi tak makan saman budak ni. Dia ingat aku buat kelakar agak nya. Dia boleh gelak "hikhikhik" sambil giggle. Pastu sambung lumba lari lagi seorang diri. Hazabbb. Terlebih ribena budak ini





Then nampak kolam ni kat tengah tengah mall tu. Aku saja acah. "Adam, jom mandi dalam swimming pool ni. Best woooooo"


Perghhhh sekali laju gilaaaaaaaaa dia lari nak masuk dalam kolam ni. Kang kalau betul dia masuk dalam kolam ni, mati aku. Tak pasal-pasal kena halau dengan pakgad pulak kang tengok dia berkubang dalam swimming pool yang tak berapa swimming pool tu. Berlaku babak tarik Adam daripada kolam seperti tengah berentap tarik tali. Tarik jangan tak tarik


Budak-budak ni jangan di ajar benda bukan-bukan. Kang semua benda dia pergi buat betul-betul karang. Tapi dalam gambar tu dia dah jadi normal sebab dah kena tempik. Nasib baik dia sudah berfikiran waras semula


Pastu pura-pura jadi momok (atau nama glamer nya adalah hantu)


Dah habis seram lah tu agak nya dia fikir bila aku tengok dia. ecehhh




Adam pulak camwhore



Tapi lepastu tetiba dia senyap, dah tak aktif dah. Tak ada lompat-lompat, tak ada dah nak lumba lari seorang diri lagi dah. Sogok dengan vitagen pon dia dah senyap dah. Amboi bagus lah budak ni dah jadi budak baik dah dia. Bagus! Alhamdulillah





Aku pon elok lah ni dok dukung dia bawak dekat tempat duduk dekat situ. Sekali aku terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Perghhhh busuk gila. Ni mesti SS punya kerja ni. Dia ni suka kentut bersepah.


CE: hoihhh kentut eh? busuk wehh

SS: Ni bukan bau kentut I lah, kentut I bau lain. Siapa lagi? Mesti Adam tengah berak lah tu. Cuba cek pampers dia. Taik dia memang busuk piauuuu punya.Bukan bau taik manusia dah. Taik dia tak normal. Bau taik dia macam taik ayam candu


Yang si SS ni konpiden je kentut dia bau lain.Wangi sangat agaknya kentut dia tu. Apa dia ingat kentut dia bau strawberry caramel?? Aku yang hazabbb membau nya.




Cek cek pampers memang betul pon si Adam ni tengah projek. Tapi Adam punya "khazanah" ni memang kawww gila ah  bau dia.Nak tertanggal hidung aku bau. Dari lapanpulohnam meter boleh bau agak nya. Asal lah taik budak-budak ni busuk sangat eh? Sebab dia minum susu banyak ke hape?



Seb baik emak si SS ni ada bawak extra baju, pampers semua. Dating sekali bawak emak engkooo. kehkeh. Kalau tak, tak ada nya aku nak pegang Adam ni dah walaupun dia comel. Aku nak main-main dengan dia time dia comel dan wangi jeeeeeeeeee. Ye, nampak bebeno kekejian aku di situ. Kang anak aku esok karang agaknya lagi hazabbb perangai dan bau "khazanah" nya. Padan lah muka aku





ok bye!

Senin, 21 Mei 2012

(Resepi) Kek Batik yang senang dan sedap!

Banyak-banyak kek, kek batik lah kek yang paling senang nak buat dalam dunia. Tak payah susah-susah nak bake, tak payah pakai tepung, bahan-bahan nak buat kek ni pon senang nak dapat dan murah!


ok ni lah bahan-bahan nya:

1 paket Milo (yang paling kecik tau)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis)


Cara-cara nak buat:


Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus) dengan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok. Sebab mende alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu)












Pastu, kalau dah tengok dia macam blup blup blup buih menggelegak tu, masukkan biskut marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat . Tutup api.


Jangan kacau lama sangat atas api, karang dia lembik pulak






Masuk kan dalam loyang, pastu tekap tekap kan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang hak dan saksama.



Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais, boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh



Disebab kan aku tak sabar nak makan, baru 2 jam sejuk kan dah nak makan, macam berserpih serpih lak kek batik aku ni. Pastu disebab kan aku BIJAK sangat, aku boleh pulak pergi letak aluminium foil tu sapu dengan butter dalam loyang. Bila potong, melekat-lekat aluminium foil tu. So jangan lah buat kesilapan sengal aku ni. Letak je dalam loyang, tak payah nak aluminium foil sangattt



Dah siap! Dan boleh lah di makan begitu sahaja.




Senang je kan nak buat kek batik ni? Dah lah senang pastu sedap pulak. Dulu zaman-zaman sekolah  rajin gila buat kek batik ni. Tapi kek batik ni ada macam-macam versi. Ada yang guna telur. Tapi aku tak pasti kalau guna telur lagi sedap ke apa, sebab aku tak pernah buat guna telur.


Ada sesetengah orang suka yang lembik, ada gak suka yang rangup,ada yang suka yang sebijik macam kek. Macam aku, aku suka kek batik tu macam melekit sikit, bila makan tu sticky dekat tangan, ada sesetengah orang tak suka yang sticky, so ikut tekak masing-masing lah



Kalau nak sedap, boleh tambah nestum dengan kacang jugak.



 Aku pon bukan terror sangat pon buat kek batik, saja je nak mengisi masa lapang. untuk sendiri dan family makan boleh lah. Eh kalau korang ada resepi kek batik yang lagi sedap, bagi tahu lah eh.



ok bye!

Jumat, 18 Mei 2012

Entri sangat pendek : Pemenang KAO Laurier Perfect Comfort

Haritu aku ada buat mini contest dekat ENTRI INI. Yang pasal tuala ehem ehem tu





Ni lah pemenang-pemenang nya. Semua comel lote belaka. Boleh emel salah seorang nama yang berkenan mintak number telefon kalau nak mengorat atau nak buat adik angkat kehkeh



ASNI - asnitaurus@yahoo.com

ATIQAH - chinen_love@yahoo.com

HIDAYAH - hidayah.bach@yahoo.com

FAZIELAH - nur.fazielah@gmail.com

EZA - missizzah_205@yahoo.com


Tahniah kepada yang bertuah! Jangan lupa cek emel korang ok! Hadiah kena ambil sendiri dekat alamat yang depa bagi.



Pemilik emel di atas jangan lupa cek emel tau tau! =)





Tu je nak bagi tahu. Mood nak update blog tengah ke laut masin sekarang. bye

Rabu, 16 Mei 2012

Begini Caranya ?


Assalammualaikum dan selamat petang 

bagi korang yang baca di petang hari ni ...aku tiba-tiba ja teringat kat SHAHEIZY SAM ngan 
YANA SAMSUDIN ...kenapa erk ??? agaklnya mungkin sebab diorang ni sweet sangat kot ... haha

diorang ada belakon filem baru le ..aku tak sabar nak tengok la ... tapi filem ni tak keluar lagi la ... adoi ... sabar yop sabar ... aku minat kat diorang ni masa diorang belakon jadi suami isteri dalam filem 
BINI-BINIKU GENGSTER ... kat situ ja la aku dapat detect yang diorang ni memang sweet couple ... huhu ...sekarang ni pulak lagu diorang  tengah dok HOT kat corong-corong radio dah macam pisang goreng dah hah ... sapa yang pernah dengar lagu duet diorang ni ??? tajuk dia BEGINI CARANYA ...
bagi aku lagu tu memang terbaik la .. suara SAM ngan YANA memang BEST ... kalau tak caya korang boleh tengok musik video dia yang aku dah up load kat bawah ni hah ... mari mari jangan malu jangan segan ...





satu lagi yang menyebabkan aku tak sabar nak tengok citer ni sebab diaorang shooting kat KOREA uuuooollsss .. sebelum ni pun diorang penah gak shooting kat KOREA ... diorang buat citer hantu ... tajuk KUBUR TAK BERTANDA ... pun best jugak ...hantu dia dah sah sah la made in korea kan ... memang seram la citer dia ... dan satu lagi kan SAM cakap korea(hangul) ... bunyi agak lawak kan sebab nampak pelik sikit tapi apa apa pun dia dah buat yang terbaik ... tahniah ... so mari lah kita bersama-sama serang pawagam 24 Mei 2012 untuk menonton filem AKU ADA KAU ADA ???



selamat menonton muzik video di atas ...



bubui

see uuoollsss next time

sarangae(LOVE)

Senin, 14 Mei 2012

Top 5 Blogger Aku Admire

Assalamualaikum semua
hai hai hai hari ni mood agak baik untuk kemaskini blog aku .. haha ...

malam semalam tengah dok usha usha facebook kan pastu tengok tengok cik IRINE kita ni up load kad kawin .. perh memang cantik giler la ... dah macam kulit filem lagi dah .. cantik menarik tertarik kau memang da boooooom kedebaboom ... haha ... so kalau korang tengok macam mana kad kawin IRINE ni korang boleh tengko kat fan page IRINE ... so dalam dok tengok gambar gambar tu semua aku terpikir sekejap erm ... tttoooottttt ... blur ... ok ok aku selalu gak tengok blog diorang ni ... so bagi aku best sangat dan easy going la kan ... senang baca , senang faham dan kadang-kadang menarik jugak ... sometime gamabr yang diorang up load tu pun menarik .. dan cantik sangat ... (erm aku pun nak jadi macam diorang jugak la ... ) tapi aku tau tak semua orang sama kan ... ok la ...nak jugak tiru sikit sikit ...haha ... lawak jerk okey ...

blog IRINE salah satu yang aku memang suka suka suka sangat baca ... aku follow blog 
IRINE NADIA masa aku form 5 kalau tak silap aku ...masa tu blog dia kuar kat majalah YEZZ!! pastu aku terus terdetik kat hati yang aku pun nak ada jugak blog ... bukan nak meniru tapi sekadar nak kongsi apa yang ada difikiran jer .. disamping meluahkan pandapat dan pandangan ... so bagi yang tak penah bertandang kat blog IRINE boleh KLIK SINI ...

next blogger yang aku minat jeng jeng jeng ...KAK FATIN LIYANA ... aku penah buat entry pasal aka kita sorang ni hah kalau belum baca TEKAN SINI ...kak FATIN ni doktor tau ...tapi cara penulisan dia memang best la ... BACA SINI ... aku follow blog kak FATIN bila erk ??? hurm jap nak pikir ..aku rasa tahun lepas ... dan baru-baru ni kak FATIN kita keluar kat TV3 ngan TV9 .. aku dah tengok dah suara kak FATIN memang lembut habis la ...hurm  jelez you ...

 next ... ni korang kenal tak ? meh aku kenalkan ..ni kak FARAH LEE isteri kepada 
ALLY ISKANDAR .. hah macam kenal tak ? hah tak dapat nak cam ? ok la nak senang KLIK SINI la ... ok ... kak FARAH ni study luar negara tau kat KOREA pulak tu ... haih jelez jelez jelez ...

ni pulak KAMARIA HANA ... pemilik kepada yayahana.blogspot.com ... cantik you ... kacukan melayu cina ...nak tau lebih KLIK SINI yer ... hehe ... T_T

last blogger yang aku follow ... jeng jeng jeng ... kak HANIS ZALIKHA ... model yang sangat cantik uuoolllsss ... meh terjah blog dia ... KLIK SINI ...

aku sebenarnya bukan malas nak taip tapi ..... kalau nka bercerita pasal semua blogger ni sampai esok pun tak kan habis ... betul tak ???  so korang pun rajin rajin la menerjah blog-blog ni semua yerk ...

ok bubui

see you next time

sarangae(LOVE)

Kamis, 10 Mei 2012

Jom Bantu Yuna Jayakan Samsung Sparkle

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... yawn ~~~

awal awal lagi dah ngantuk aku ni hah ... mana taknya malam semalam baru balik dari KUALA LUMPUR ... 
tak pa la tak kisah pasal tu semua yang penting sekarang kita bantu YUNA dalam menjayakan 
SAMSUNG SPARKLE ... hurm aku tengok gak sparkle ni kan memang kreatif dan inovatif gila la ... for example macam gambar yang kat bawah ni hah ... kita klik kat 'THE SONG' tu pastu nanti dia keluar la 'anak-anak' dia ... memang best la la... 


jom tengok klik muzik YUNA yang terbaru kat bawah ni ...
 Check out the set for Yuna's new music video! #SamsungSparkle




Find out how the director shot Yuna's new music video here! #SamsungSparkle


ok bubui ...

p/s : jangan lupa bantu YUNA yer ... orang MALAYSIA kan memang terkenal dengan sikap yang baik hati dan pemurah ... huhu

sarangae (LOVE)



Selasa, 08 Mei 2012

K pop : Konsert Korea dan Hollywood

Assalamualaikum

Hei semua sekarang ni agak heboh di corong-corong radio mengenai ape erk?? hurm ??? ketuk ketuk kepala sikit ... tara .... erm tentang konsert yang akan diadakan di Malaysia .... bile erk ??? konsert K-POP 13/05/2012 ni ... sapa artis dia erk ??? ok ok konsert ni akan dijayakan oleh JAY PARK ... yang dulunya merupakan ahli kumpulan 2PM dan dibawah kelolaan JYP ... tapi itu semua dulu la .. so kalau korang nak lebih lanjut mengenai konsert ni boleh KLIK KAT SINI yerk...


ok la ni nak bagi tau pasal konsert yang bakal diadakan di KUALA LUMPUR jugak cuma artis dia ja yang berbeza ... kalau yang kat atas tadi penyanyi dia lelaki but now konsert ni akan dinyanyikan oleh penyanyi pompuan pulak ... nak tau sapa ?? dia ialah CHRISTINA PERRI ... erm dia cukup popular buat masa sekarang ni ... tapi aku lupa la tajuk lagu dia ... pa ntah ... huhu ... so kalau korang nak tau lebih lanjut boleh KLIK KAT SINI ok..


jumpa nanti yerk..

P/S : jangan lupa doakan kejayaan saya esok yerk ... (interbiu UM)

ok bubui

sseeeuuoolllsss next time

sarangae(LOVE)