Kamis, 16 Mei 2013

Ubat kurus dan ubat jerawat.



Pernah tak korang pergi mall, lepastu ditarik oleh promoter/sales girl untuk mencuba ubat kurus/ubat jerawat yang syarikat depa jual?? Lagi-lagi promoter yang selalu tarik-tarik orang ni.Orang tak nak, dia dok paksa-paksa pulak. Adoiyaii nak berjalan pon tak senang. Tapi kalau promoter tu badan besar (jual ubat kurus) dan muka berjerawat (jual ubat jerawat) mesti kita pon pandang dia slek je kan??



Sebab tu pentingnya kalau nak cari promoter cari yang body lawa dan muka cantik kot. Marketing beb. Padahal produk yang kau jual tu sendu je. Sebab muka promoter cantik,pulak tu promoter tu gebang kata dia pon pakai produk tu. Haa memang orang pon terpengaruh beli. Tapi aku tidak lah mengong sebegitu. Promoter tu kalau cantik pon, bukan dia makan produk tu pon. Itu pon sebab dia dah dilahrikan cantik. Kan??




Yo yo ooo je makan produk kau dari GEM macam tu, terus jadi slim bak lidi satay ituuuu. Kalau tak makan makanan berkhasiat dan exercise,makan lah apa produk untuk slim pon. Tak ada nya nak slim.



Aku ni jenis realistik sikit.Realisitik sangat engkooo ye. Kalau orang tu gemok (no offense ya) tapi bersungguh promote produk kurus dekat aku, memang aku pandang slek je dari atas sampai bawah.





Sama jugak kalau orang muka berjerawat tapi sibuk promote sampai tahap paksa aku beli skincare yang dia jual. Alamatnya ayat yang keluar dari mulut aku adalah ...







'saya rasa awak lebih memerlukan benda ni kot'.




Kan aku dah menjadi hazabedah dan kejam sekarang. Tapi aku memang payah sikit nak trepengaruh dengan produk-produk di pasaran ni sebab aku hadapi dua benda ni (gemok dan berjerawat). Solution nya mudah


Gemok = Jaga pemakanan, senaman untuk kurus. Ok ni tengah praktis kan. Hazab jugak hari-hari nak tonggang tonggek exercise ni. Letih ok. Tapi mental kena kuat nak meninggal untuk kurus ni.

Muka berjerawat = Pergi jumpa pakar kulit. Muka insyaAllah ok.Sebab dulu muka aku jerawat sangat teruk ok. Dari jauh dah nampak jerawat batu aku tapi tak ada lah sampai tak berbuat sesuatu berkenaan jerawat itu dan gigihnya menayang seantero dunia. Macam-macam skincare aku guna. Last-last pergi jumpa pakar kulit baru muka ok.





Comel tak Kak Ton??


By the way, mana pergi ah Dr Rozmey ni?? Senyap sepi pulak sekarang. Mungkin Kak Ton telah mencuri limelight beliau .




Berpijak lah pada bumi yang nyata. Ok tu je nak bebel. Bye!





Tidak ada komentar:

Posting Komentar