Selasa, 21 Mei 2013

Full Schedule


Assalamualaikum semua

disamping dok kelam kabut menyiapkan assignment yang menimbun ni, yumi take a break for while to up date my blog :'D... okey sepanjang minggu lepas, minggu ni dan juga minggu yang akan datang yumi akan sibuk mengalahkan PM dan seangkatan dengannya... mana taknya semua kerja datang serentak ditambah pulak dengan latihan pusat , assingment , exam ... aarrrggghhhh boleh betukar jadi HULK kalau macam ni hari-hari. ini tak masuk kategori merungut yer tapi just nak bagi tau jadual yumi yang sangat padat ni hah... tapi tak jugak daripada duduk terperap jer dalam bilik lagi boleh jadi gila betul tak ??? at least setiap hujung minggu yumi akan turun padang untuk training, sekali sekala dapat la jugak hirup udara segar... (tarik nafas dan hembus 3x)

nak citer sikit pasal minggu lepas... hurm hari khamis kolej yumi ada buat DINNER untuk AJK M.A.K ... memang agak meriah sebab yang perginya of course la AJK jer kan... walaupun tak ramai sangat tapi best sebab boleh makan banyak-banyak sampai kenyang ... hurm yummy.... DINNER ni lebih kurang macam nak bagi penghargaan la kat AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan MAK hari tu... by the way lupa pulak nak bagitau MAK tu apa... hehe actually MAK tu MALAM ANUGERAH KURSHIAH , got it??? dinner ni diadakan di HOTEL PULLMAN, PUTRAJAYA 

tema kali dinner kali ni colour block, so jangan dok nak buat muka pelik la kalau tengok yumi pakai tudung biru, baju kuning... 









so that's is my experience dinner at hotel that look so grand... lepas jer habis dinner malam tu, cepat-cepat balik bilik, siapkan assignment, kemas baju dalam beg sebab esoknya nak balik ipoh tok join KEM BINA SEMANGAT bagi PASUKAN SUKMA 2013 yang akan berlangsung bulan 6 ni kat KUALA LUMPUR - anda dijemput hadir ^_^

walaupun agak penat sebab terpaksa berkejar-kejar dengan jadual yang padat, tapi yumi take this as my cabaran sebagai seorang student dan juga atlet ... seba melalui ini la , yumi dapat belajar cara susun jadual yang padat ni... so nanti kalau dah keluar kerja tak da la terkial-kial nak susun jadual sendiri ... betul tak??

so, bagi korang yang mempunyai jadual yang padat juga, jangan jadikan itu sebagai satu alasan untuk kita lari daripada buat semua benda tu... walaupun kadang-kala kita rasa penat sebab nak buat itu, nak buat ini dan maca-macam lagi... yumi pun dulu pernah nak lari dari semua aktiviti tu, tapi bila fikir balik semua tu kita hanya cakap dekat mulut bukan daripada hati kita sendiri ...




p/s : jangan mudah nak berputus asa walaupun kita tak mampu nak buat sesuatu tapi kita kena cabar diri kita untuk buat sesuatu yang baru baru la hidup ni dinamakan kehidupan :'D


thanks for reading


bubui


sarangae(LOVE)



Tidak ada komentar:

Posting Komentar