Minggu, 05 Mei 2013

Poster paling seram untuk pilihanraya tahun ni !

Aku duduk area Puncak Alam. Dah lama jugak lah duduk area sini. Dulu orang tak tahu pon amende Puncak Alam ni. Kalau dulu orang tanya aku duduk mana, selalu aku akan jawab aku duduk Shah Alam. Bila cakap duduk Puncak Alam, banyak lah pulak soalan lain aku kena jawab karang



 "eh dekat mana eh Puncak Alam tu?
 "ada eh tempat nama Puncak Alam?"
 "Shah Alam pernah dengar lah. Puncak Alam dekat mana?"




 Arghhh malas nya nak jawab. Tapi tu dulu lah. Semenjak ada Uitm Puncak Alam ni ramai lah orang tahu pasal kewujudan Puncak Alam ni. Kalau tak, harammmm. Sesiapa yang belajar dekat Uitm Puncak Alam ni mesti korang rasa macam bosan kan tempat ni.Macam belajar dekat hulu je. Hulu pon lagi best ok dari tempat ni. hahaha.Tapi bagus lah jugak kan, mesti korang boleh belajar dengan cemerlang sebab kurang hiburan.




 Dah lah tak ada mall lansung. Pasaraya yang ada pon adalah Econsave je. Kot lah nak beli bahan-bahan nak masak kalau yang duduk rumah sewa tu. Mall paling dekat pon Setia City Mall. Tu pon baru-baru ni je lah bukak.Tapi tak ada lah dekat sangat pon mall tu. Memang sendu betul tempat ni.




Sebelum Uitm Puncak Alam tu bukak, orang tahu pasal kewujudan Puncak Alam ni pon sebab kes Atlantuya dibunuh dekat area sini. Gila best. Orang kenal tempat ni pasal kes pembunuhan.kihkih. Jalan dekat situ dah ah gelap gila. Lampu jalan pon tak ada. Seram tu memang tak payah cakap lah bila lalu jalan tu. Ditambah pulak dengan cerita kes pembunuhan Atlantuya dekat situ. Kalau lalu je jalan tu,memang seram edisi bulu roma terpacak bak menara kl lah!



Nama Atlantuya pon dah melekat dah jadi nama jalan tu. Kalau balik rumah,malas nak masak, tengah lapar, tanya ayah aku dekat mana sebab nak suruh beli makanan.Kalau ayah aku dekat area situ, mesti jawab


"Ayah dekat Jalan Atlantuya ni. Kejap lagi sampai rumah. Nak makan apa?"


Nama jalan pon tak pasal-pasal jadi Jalan Atlantuya hokayyy. Tapi aku rasa semua orang yang duduk sini,memang akan panggil jalan tu jalan Atlantuya rasanya.





Jalan Atlantuya tu memang gelap. Memang selalunya orang akan pasang lampu tinggi lah kalau malam-malam buta lalu situ. Cuba tengok gambar ni, memang gelap kan???? muehehehehe



Time plihanraya ni biasalah kan. Poster,banner dan bendera memang meriah di tepi jalan, di tiang, di celah pokok dan di mana-mana lah yang depa nak sangkut selagi boleh. Banyak-banyak poster yang aku tengok time pilihan raya ni, poster ni paling tak boleh blah hokayyyy!





Weh achaner aku nak balik rumah malam-malam buta kalau lalu sini ni??? Ni kalau nak terkencing pon mahu tersedut balik. Hampeh tol siapa yang letak banner ni dekat sini. Seram hokayyy!





Dah lah ada 2-3 poster ni dekat area rumah aku. Dekat tempat pembunuhan Atlantuya tu pon elok je tersadai poster ni jugak. Ni time siang aku berani lah tangkap gambar ni. Sanggup ok berhenti tepi jalan nak tangkap gambar banner ni. Tapi kalau malam, memang tak lah aku nak berhenti kereta dekat area sini. Memang lagi laju ah pecut. Nak pandang banner ni pon jangan harap kalau malam-malam buta.



Siapa yang tak duduk sini mungkin rasa poster ni biasa. Tapi bagi aku, poster ni luar biasa sangat. Seram sejuk kalau tengok lama-lama. Jangan lah letak gambar orang yang dah mati dekat tepi jalan.Aku lebih rela tengok gambar Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor yang comel atau Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang handsome muka licin dekat poster daripada gambar Atlantuya ni. Kalau malam-malam buta lalu sini hari-hari, boleh pitam ok!



Macam mana nak mengundi ni kalau pitam masuk hospital??








Kan dah rugi satu undi.







Tahu tak satu undi tu boleh mengubah segala-gala nya???





ok bye!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar