Minggu, 05 Mei 2013

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda



Assalamualaikum 


selamat pagi semua (tengok jam dah pukul 12.48am waktu tempatan) ... sebenarnya yumi tak boleh nak tidur lagi so bagi menghilangkan boring yumi google la kejap pastu terbaca la satu artikel ni ni yang mana dia menyatakan bahawa sebab-sebab kenapa anda perlu kawin awal... (anda yer bukan saya) sekarang ni kalau korang perasan la kan even kat sekeliling korang pun mesti ada kes yang macam ni jugak kan ? kes kawin awal ... ada yang baru habis spm pun dah kawin dah ... urm untung la sebab jodoh dah sampai kan (ops jangan nak menrungut pulak okey :'D) ... tapi tak hairan dah sekarang sebab kawin awal ni dah jadi macam satu trend dah, betul tak ? kalau denagr kat orang dulu-dulu mesti diorang sokong jer sebab orang zaman dulu pun memang kawin awal ... kadang-kadang tu yang umur 15 tahun pun dah ada yang dah kawin dah ... so yumi tak kisah sanagt la kalau orang sekarang oun macam tu jugak ... 
kawan-kawan yumi pun dah bersepah-sepah dah yang kawin awal (bersepah? ingat barang ker) no no no , i mean dah ramai la yang dah mendirikan rumah tangga pada usia yang muda ni... apa-apa pun tahniah ... hurm satu lagi trend yang yumi perasan sekarang ni la , student U pun ada yang kawin masa diorang still study lagi , yang bertunang pun ada jugak ... so bagi yang dah kawin tu harap-harap korang pandai bahagikan masa sebagai pelajar dan isteri yer ^_^ ... dan anggap itu sebagai semangat korang untuk terus belajar ... ( tetiba plak nasihat orang ni pe hal??? aku pun dok tunggang tebalik lagi study nak nasihat orang konon , APTB )
kadang-kadang terfikir jugak , agaknya yumi ni macam mana la pulak kan? kawan-kawan yang sebaya tu dah tau dah haluan hidup diorang(buat masa ni la) sedangkan yumi dok cari hala tuju lagi hah ... tapi tak pe Allah dah tentukan rezeki masing-masing untuk hambanya ... so apa yang kita perlu buat adalah .......... USAHA + DOA + TAWAKAL ... kalau ada jodoh tu ada la kan ... bak kata USTAZ KAZIM "KALAU DAH JODOH TAK KE MANA" 
hehe ... so bagi korang yang rasa duit poket dah banyak tu boleh lagi baca sedikit sebanyak info kat bawah ni , mungkin korang boleh share dengan kawan-kawan yang lain pasal ilmu ni ... ingat JANGAN KEDEKUT ILMU tau ... sebab ilmu tu milik kita semua ... 

1 – Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
suami imamkan isteri  ~ dapat PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!
Allahurabbi..SERONOKNYA..
2 – Mengelak Daripada Zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
3 – Menjadi Lebih Bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekejra atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
4 – Menimbulkan Ketenangan Jiwa
Jika bertanya kepada mereka yang sudah bersiteri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
5 – Fikiran Lebih Matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
6 – Membaiki Diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada kelapangan masa.
7 – Plan Jangka Panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
Wedding
8 – Seks Yang Lebih Berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
9 – Rezeki Bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.
10 – Jangan Tunggu Lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan, 
yang sudi melengkapi kekurangan anda, 
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda, 
yang akan melahirkan zuriat anda, 
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya..

so , macam mana? dah tau dah kenapa 'anda' perlu kawin awal ... sodah tentu la ada sebabnya kan... jadi renung-renungkan dan selamat beramal ... (peringatan untuk diri sendri jugak)

P/S : APTB = APA PUN TAK BOLEH

thanks for reading

sarangae(LOVE)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar