Selasa, 28 Mei 2013

Mengapa D.U.I.T Penting ?


Assalamualaikum 


hye .. study week dah kian hampir bersama-sama tarikh final exam yang amat scary ... sebab ni la masanya kita nak praktikkan apa yang kita belajar sepanjang sem ni... tu yag takut tu, walaupun subjeknya tak sebanyak macam  kat sekolah dulu tapi agak heavy jugak la kan... korang yang student ni pun mesti tau jugak kan macam mana gilanya student bila tibanya study week.

sebelum final exam mesti la test yang belambak-lambak betul tak ??? so masa tu pun dah dapat rasa tekanan kepala otak ni hah... rasa nak pecah kan3... dan selalunya A student ni gigih sikit daripada yang lain tapi sape yang tak nak jadi A student kan... so that's way kena study smart okey ...  



antara ciri-ciri orang berjaya ... hehe :'D
agak-agak kena tak dengan korang???





dan ini la yang sedang terjadi kepada student-student yang nak ambek final exam sekarang ni... dok berperang dengan FB masing-masing ... kalau tak bukak nanti ade pulak input-input yang penting yang selalunya disampaikan melalui FB, kalau bukak pulak dah kelebek benda-benda yang lagha pulak ... isshhh , so kita kena la kuat sikit untuk perangi FB .... kalau nak bukak pun mybe dalam 10 minit jer ... tu pun just guna nset korang jer ... sebab? kalu korang buka guna lappy dah sah-sah la korang akan melalut tengok benda lain and waste time ... yang mana masa tu korang boleh guna untuk do some rivision ... 



DUIT ??? jangan asyik ingat pasal $$$$ jer ... DUIT ni jugak boleh memberi kejayaan kepada kita iaitu dengan  DOA USAHA IKHTIAR TAWAKAL ... dalam setiap usaha yang kita lakukan perlulah diiringi dengan doa serta ikhtihar seterusnya pada hari exam muncul kita tawakal kepada ALLAH swt supaya apa yang kita dah belajar, faham dan hafal tu dapat kita gunakan dalam menjawab soalan yang diberikan ... 
in-shaa ALLAH , AMIN  - ___ -


setelah kejayaan dapat dicapai, kita hendaklah bersyukur dengan usaha serta pertolongan daripada ALLAH ... jangan pulak bila dah berjaya nanti kita lupa pada-NYA ... okey 



P/S : moh ler kite study weiii ... test dengan final exam nak mai dah niiii ... 



bubui



thanks for reading



sarangae(LOVE)



Senin, 27 Mei 2013

Siapa pernah makan DHOB ??

 Apa benda yang bermain di minda korang bila tengok haiwan di atas nasi ni???





Mula-mula aku tengok gambar ni, kembang tekak aku ala-ala skirt cik siti wan kembang. Sebab tengok ekor haiwan ni yang tak menahan tu. Nampak macam pelik je kan? Banyak-banyak binatang dekat dunia ni, kenapa nak makan biawak??


Tapi sebenarnya, ini adalah DHOB



Binatang ni memang lah biawak. Tapi biawak ni je yang kita boleh makan. Rasulullah SAW tidak makan  DHOB tapi Rasulullah SAW tidak melarang umat nya makan. So DHOB ni boleh lah di makan.



Jangan lepas ni nampak biawak dekat belakang rumah, korang pergi kejar nak sembelih masak lemak cili api pulak. Biawak dekat Malaysia ni memang haram lah di makan sebab biawak dekat sini makan bangkai. Tapi DHOB ni lain. Dhob ni makan tumbuhan dan tidak hidup dua alam. Dia main lari-lari dekat padang pasir je :D


DHOB ini halal di makan tapi disebabkan kita ni tak biasa, memang tak lalu lah kan nak mencekik DHOB ni. Kalau tetiba lah aku dihidangkan DHOB ni depan mata, memang fikir namploh lapan kali lah kan nak makan ke tidak.



Eh tetiba rasa macam ilmiah pulak entri aku hari ni. Ala-ala discovery channel pulak. ok bye!





Sabtu, 25 Mei 2013

Biru SOKMO !!!

Assalamualaikum

hye, semalam (JUMAAT) pagi yumi pegi PC FAIR kat MID VALLEY , perghhh sesak wei ... bau badan jangan dok cakap la bercampur habis... puuiii (jangan dikenang ler uwekz) tapi yumi gagahkan jugak kaki ni semata-mata nak rebut peluang memborong barang-barang murah kat situ ... boleh tahan la jugak murahnya daripada harga asal ... dah la keluar dari pagi walaupun tak berapa nak pagi sangat sebab nak kejar masa, yumi nak kena balik ipoh pulak lepas tu ... lelah jugak dibuatnya terkejar sana terkejar sini ... tapi tak pe sebab yumi yang pilih jalan tu ... huhu (sindiri tanggung)

tujuan utama g PC FAIR tu sebab nak beli HARD DISK nak simpan drama korea dalam tu .. haha .. niat nak beli dah lama tapi asyik tertangguh jer so inilah masa yang sesuai untuk beli HD tu... and finally, I got it ... hasrat yumi tercapai jugak akhirnya ... alhamdulillah ... walaupun benda ni orang dah guna lama tapi yumi baru nak guna sekarang, so what ???  :'D yang paling penting warnanya BIRU ...

ntah apa yang dok merasuk fikiran ni, bila nampak jer warna biru terus tak fikir benda lain lagi dah ... terus cakap kat amoi tu nak warna biru ...
dah bayar ... jalan, jalan dan jalan lagi sambil menggalas bag pack yang sangat berat tu (sakit belakang) pastu, jumpa pulak POWER BANK ... murah la pulak .. aduyai .. apa lagi beli la tapi ikut bajet jugak la ... so beli yang kecik jer dah tu dapat free MP3 plak tu .. haih .. malas nak cakap ... haha rezeki jangan ditolak , kan3 ... agak-agak warna apa PB tu ??? yesssss !!! betul ... warna BIRU jugak la ... sebab apa??? sebab yumi peminat tegar warna biru ... sampai ada orang tanya la "Eh, minat warna biru erk ?" "A'ah ..." dah nampak lagi mau tanya ke? hehe just kidding ... thanks sebab ambek berat pasal yumi walaupun kita tak kenal .... hehe





tada ... ni lah HARD DISK + POWER BANK + MP3 (ni bukan yang free punya, ni yumi beli sendiri) tapi still warna biru ...


pencuci muka toksah cakap la , memang yumi guna safi balqis perfect 10 (tema dia memang warna biru pown)


jangan lupa menabung yer ... hehe .. tabung pun still warna biru... ada tak nampak macam tabung ??? hehe special sikit just untuk letak duit syiling jer 


kotak letak PIN-PIN tudung yang berbunga bagai ... selalu pakai gi kelas kalau rasa rajin nak melawa jer la ... haha :'D


beg pe plak ni ??? ni beg DSLR yumi .. dalam dia warna biru jugak ... macam tau-tau jer tauke tu yang this is my favourite colour ... toceh toceh toceh


tanpa GLOVE ni tak ada maknanya pemain SOFTBALL ... ye la nak tangkap bola macam mana kalau tak de benda alah ni .. betul tak ... BIRU lagi ... 


BACK PACK ni la yang yumi usung sepanjang berasak dalam PC FAIR tu hah ... nampak jer macam kecik beg ni tapi kalau dah galas, hanya ALLAH jer la yang tau berat ker tak ... usha sikit sikat tu ... dia pun warna biru jugak tau ... Peace


tanpa jam kita tak tau masa yang berlalu dengan pantas ... betul tak??? huih .. tak boleh hidup tanpa jam weiii melainkan otak korang boleh agak pukul berapa datuk harimau ... kalau tertinggal la jam ni , memang rasa leceh sebab nak kena tengok jam kat enset pulak ... lambat jadinya ... nak keluarkan enset dari handbag yang macam poket doremon (macam-macam khazanah ada dalam tu) dah ambek masa ... betul tak ? cuba habaq mai beg perempuan mana yang cuma ada purse dia jer ??? berani potong kuku kalau ada perempuan feminin yang hanya bawak purse je gi keuar jalan-jalan ... haha ... ngaku cepat ... yumi pun sama jugak .. dalam handbag boleh sumbat novel, air mineral (penting nie), dslr ... huih macam astro ... macam-macam ada... 


apa-apa pun buat masa sekarang ni biru tetap dihati tapi yumi pun ada jugak terpikat dengan warna-warna yang lain .. idok ler warna tu jer silap hari bulan boleh buta warna sebab dok tengok satu warna jer , betul tak??? 


p/s : dslr warna merah, botol air warna purple, lappy?? warna biru jugak haha
tak kisah biru tua,muda janji biru


ok la .. bubui


thanks for reading !!!


sarangae (LOVE)



Kamis, 23 Mei 2013

Ada sesiapa yang berhajat nak tengok Manchester main LIVE? Tengok Mencari Ramli 2 ni!

Pejam celik pejam celik, Mencari Ramli dah masuk musim ke dua sudah.


Ni masa Mencari Ramli musim pertama  dulu. Sebab sambutan yang menggalak kan.TM  Mencari Ramli sambung pulak untuk musim ke 2! Wow bagus jugak buat rancangan realiti tv sukan ni. Untung-untung ramai lagi yang boleh mengharumkan nama negara :)



Pemenang musim pertama dulu dapat belajar main bola dekat Manchester United Soccer Schools!! Waaa best nyaaaa.




 Ni lah pemenang Mencari Ramli musim pertama dulu dan bakal mengharumkan nama negara. :)




Mesti korang tertanya-tanya apa benda MENCARI RAMLI ni?? Ramli mana lah pulak orang dok cari ni kan??


TM Mencari Ramli ni bukan setakat nak cari penjaga gol,pemain pertahanan, pemain tengah atau penyerang terbaik. Malah Ramli yang dicari tu adalah pemain bola yang paling berbakat!



Bagus jugak ada program realiti tv macam ni. At least budak-budak muda bawah 16 tahun yang berbakat besar dalam sukan bola sepak tu boleh kita ketengahkan untuk jadi pelapis pemain negara satu hari nanti kan??




Ni time audition itu hari. Ramai juga yang mencuba nasib.










Salah sorang dekat atas ni lah 'Ramli' yang kita nak cari :)



Siapa-siapa pon boleh jadi ‘Ramli’. Aku selalu imagine ‘Ramli’ mesti badan macam ni,terror macam ni, muka macam ni. Muehehehe. Ada tak ‘Ramli’ yang dekat Malaysia ni macam ni?? :D


TM Mencari Ramli ni dah start dah tayang dekat tv sekarang ni . Boleh tengok setiap hari Jumaat di tv3 dari 7.30pm-8.00pm. Ada 12 episod semua nya. Tengok Mencari Ramli ni pon berpeluang nak dapat hadiah tau! Sambil tengok jangan lupa vote peserta kegemaran sekali :)





VOTING CONTEST!



Pada 24 Mei ( episod ke-6) hingga 28 Jun (episod ke-11). Siapa-siapa je boleh masuk contest ni. Ada 30 orang peserta ditampilkan dalam program ini dan anda bebas untuk buat pilihan nak undi peserta mana yang terbaik bagi anda.

Dah penat-penat undi, mesti lah kena dapat hadiah kan?? Hadiah utama nya memang gempak ok!

Nak tahu tak hadiah utama nya apa? Hadiah utamanya ialah anda akan di bawa terbang untuk menonton Manchester United bermain di salah satu daripada lokasi ini (Bangkok, Sydney / Yokohama / Osaka / Hong Kong).  Semua  perbelanjaan dan penginapan ditanggung oleh penganjur!!! Wooooooo. Best kan? Semua nya ditanggung beres.


Itu hadiah utama. Untuk hadiah mingguan pula, kalau anda bertuah, anda akan dihadiahkan barangan merchandise Manchester United!! :D

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu menghantar undian melalui SMS je.

Caranya ialah:

SMS VOTE[NUMBER OF VOTES : 5/10][SPACE]RAMLI[2 DIGIT NUMBER : 01-30] kepada 26268

Contohnya:

VOTE5 RAMLI05 –Hantar 5 undian kepada peserta Mencari Ramli 2 yang menggunakan nombor 05.

VOTE RAMLI07 – Hantar 1 undian untuk peserta Mencari Ramli 2 nombor 07.

Undian anda sah untuk tempoh ini iaitu 24 May – 28 June 2013 sahaja. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk undian pertama yang dihantar. Ya, free of charge untuk undian pertama!

*Kos – 1 Vote = RM0.50, 5 Votes = RM2.00, 10 Votes = RM3.50

Untuk anda yang join contest ni, anda boleh melihat senarai pemenang mingguan di laman web ini: http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2






More info:
Website : http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2/
Facebook : https://www.facebook.com/TeamMalaysia?fref=ts
Twitter : @TeamMsia







Dah nama pon melayu, kadang-kadang memang mudah lupa lah

Semalam pergi One utama. Sebab utama nya adalah nak tengok premiere screening Fast and Furious 6. Aku  memang menunggu je fast 6 tu keluar. Sebab sebelum-sebelum ni punya Fast and Furios memang terbaik kan? Fast 6 ni mestilah terbaik jugak. Premiere screening start pukul 9.15pm.Aku pergi dengan incik Shaheizy Sam itu. Bab-bab movie ni, dia lah orang yang tepat untuk aku ajak. Sampai petang, jalan-jalan,makan-makan lah dulu. On the way nak pergi surau, nampak tempat bayi. Eh cantiknya tempat bayi ni. Kalau nak tidur dalam ni pon, nyenyak ni aku agak.



Masuk lah kejap tangkap gambar dekat tempat bayi ni. muehehe. Tapi tak nampak macam tempat bayi. Nampak macam tandas seperti tadika lah pulak dalam gambar ni. Pastu cepat-cepat keluar dari sini, karang orang ingat aku mak orang pulak. Jatuh saham iolsss nok.



Aku ada beli barang sebenarnya. Pastu tertinggal dekat tempat makan. Tempat makan pulak dekat area level bawah tu. Dah satu hal aku nak turun level bawah sekali tu. Aku dah lah dekat level atas sekarang. Cakap dengan SS, aku tertinggal barang. Dia boleh marah aku pulak sebab pelupa. Hehhh melayu kan mudah lupa. Dah aku melayu, kadang-kadang tu terlupa lah jugak.


"eh kalau u tak nak ikut i pergi ambil barang dekat bawah, sudahhhhhhh!  Dah orang terlupa nak buat macam mana.." acah-acah marah lah konon


 Aku ni kalau berjalan memang laju. So aku tahu dia mesti ikut punya aku dari belakang. Last-last bila aku toleh belakang, memang dia tak ikut pon aku. Dengan selamba tenuk nya dia pergi jalan arah lain. Hehhh hampeh punya manusia. Lantak lah.


Sampai je tempat makan tu, tanya ah depa kalau ada nampak barang yang aku tertinggal tu, nasib baik orang tu simpan lagi barang aku. Fuhhhh. Pastu aku masuk kedai majalah. Buang masa jap baca majalah dekat situ. Nak naik atas jumpa si SS ni memang tak lah. Hati tengah hangin lah katakan. Buat-buat lah merajuk sikit. Tetiba dia call.


"eh dekat mana? Tadi turun tak jumpa pon? Nak makan aiskrim tak? Jom makan aiskrim"

Buat-buat mesra pulak. Padahal dia bengang dengan aku tadi sampai meninggalkan aku seorang diri.Pastu tanya ah,nak belanja aiskrim dekat mana?

"Tak kisah pon memana. Haagen Dazs boleh, Baskin Robbin boleh.Pilih je nak mana. Nak tak?"


eleleleleleh nak pujuk aku lettewwww. Dia ni memang payah nak pujuk-memujuk ni. Dia akan kona-kona buat benda lain untuk aku tidak nampak kesalahan dia.







Tapi akhirnya pergi Haagen Dazs sebab Haagen Dazs ni lagi mahal dari Baskin Robbin. Dah nak belanja sangat kannnn. haha. Tapi kena hati-hati ye makan dekat Haagen Dazs ni sebab ada 2 perasa aiskrim yang ada alkohol. Kalau waiter tu melayu, dia cakap lah perasa mana yang ada alcohol. Kalau tak, kau tanya lah. Yang aku ingat perasa Rum Raisin yang ada alcohol. Lagi satu tak ingat pulak perasa apa




Time ni merajuk dapat aiskrim. Mana tahu lepasni kalau merajuk dapat henbeg LV seketul ke. Best jugak jadi perempuan ni. wahahaha. Kalau merajuk dapat macam-macam,memang namblas kali sehari lah nak merajuk kan. Lelaki pon botak kepala nak layan. Lama-lama makan pelempang, dah banyak songeh sangat engkau kan. Nasib baik aku berperikemanusiaan punya orang. Lalalala




Ngok ngek punya ngok ngek. Sampai dah masa nya untuk menonton Fast 6!


Fuhhhh berdegup kencang aku tengok cerita ni. Memang terbaikkkkkkkk! Lagi best daripada Iron Man 3 itu hari. hehe. Tapi ada 2 watak dalam team diorang ni akan mati. Nak tahu siapa, pergi lah tengok. Tak boleh nak cerita lebih-lebih. Karang tak surprise lah. Tapi dalam banyak-banyak Fast & Furios ni, bagi aku Fast5 paling terbaik. Si SS tu cakap Fast4 tu lagi best. Tapi sebab aku tengok Fast5 je sebelum ni, aku tak tahu lah yang lain-lain macam mana.Pasni aku nak donwload lah Fast&Furious 1-4. Bosan-bosan boleh layan. Sila bagi cadangan web yang best untuk download movie :D



Tapi Fast 6 ni best jugak. Tidak mengecewakan. Aku bagi 4/5 bintang. Berbaloi lah bayar tiket wayang tengok cerita macam ni. Memang best!!


Gambar semua macam biasa, keluar dekat Instagram (cikepal06) dulu baru keluar sini. muehehehe


Ok tu je lah nak cerita hari ni. Bye!


Astro Anugerah Blockbuster dan Shaheizy Sam

*48-hours sponsored post. Scroll down to read my new entry*



Anugerah Blockbuster dah tak lama lagi dah! Anugerah Blockbuster akan diadakan pada 15 Jun 2013 dekat Stadium Tertutup MBJB, JB. Anugerah Blockbuster ni adalah anugerah pilihan penonton. Orang ramai diberi kuasa untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori dengan cara voting!




Ni antara kategori yang dicalonkan. Dalam banyak kategori yang ada, kategori yang aku paling tertarik sekali mestilah Anugerah Hero Terhebat! Haaaa kalau sesiapa yang dah lama baca blog aku ni, memang paham-paham lah aku akan undi siapa kan???




















Tak lain tak bukan adalah ................





















 Shaheizy Sam!!! Muahaha. Ni  masa Anugerah Bintang Popular itu hari. Banyak lagi gambar dengan Shaheizy Sam ni, tapi malas pulak aku nak korek semua folder. hihi





Yang pentinggggggggggggggg. Shaheizy Sam pon pernah baca blog aku. Kau hado?? Hahaha






SS pon dia kenal tapi ni zaman aku aktif dekat twitter dulu punya tweet lah. Sekarang aku macam jarang bukak twitter sangat.






Kalau anugerah apa pon,kategori apa sekali pon. Aku harap Shaheizy Sam je menang. Kalau kategori yang tak ada Shaheizy Sam, aku tak kesah pon sesiapa yang menang. Hihi 




Berbalik kepada Anugerah Blockbuster tadi, kalau nak Shaheizy Sam menang kena lah undi. Kalau korang nak artis kegemaran korang menang pon,undi lah banyak mana pon. Ada 2 cara untuk undi. Boleh undi secara online atau SMS. Ni cara-cara untuk mengundi


Online


-Layari  www.anugerahblokbuster.com.my untuk mengundi.
-Anda hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan. 

-Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori 

-Kedudukan undian laman web akan dipaparkan sepanjang tempoh pengundian



SMS






 Tempoh bagi undian fasa kedua bermula pada 14 Mei 2013 hingga 15 Jun 2013 jam 12 tengahari.


=================


Ada 2 cara je untuk vote. Boleh pilih nak vote cara macam mana. Pemenang untuk setiap kategori adalah berdasarkan jumlah undi daripada online dan SMS.  Meh usha sikit anugerah hero terhebat ni siapa yang tengah leading. Adakah Shaheizy Sam???









Usha je web Anugerah Blockbuster ni,hangin je aku. Oiii asal ramai sangat vote Zizan ni. Hampeh punya rakyat Malaysia. Vote lah Shaheizy Sam pulakkkk. Haha.



Btw, goodluck Shaheizy Sam! :D



More info: http://www.astrogempak.com.my/AnugerahBlokbuster2/utama.aspx










Selasa, 21 Mei 2013

Full Schedule


Assalamualaikum semua

disamping dok kelam kabut menyiapkan assignment yang menimbun ni, yumi take a break for while to up date my blog :'D... okey sepanjang minggu lepas, minggu ni dan juga minggu yang akan datang yumi akan sibuk mengalahkan PM dan seangkatan dengannya... mana taknya semua kerja datang serentak ditambah pulak dengan latihan pusat , assingment , exam ... aarrrggghhhh boleh betukar jadi HULK kalau macam ni hari-hari. ini tak masuk kategori merungut yer tapi just nak bagi tau jadual yumi yang sangat padat ni hah... tapi tak jugak daripada duduk terperap jer dalam bilik lagi boleh jadi gila betul tak ??? at least setiap hujung minggu yumi akan turun padang untuk training, sekali sekala dapat la jugak hirup udara segar... (tarik nafas dan hembus 3x)

nak citer sikit pasal minggu lepas... hurm hari khamis kolej yumi ada buat DINNER untuk AJK M.A.K ... memang agak meriah sebab yang perginya of course la AJK jer kan... walaupun tak ramai sangat tapi best sebab boleh makan banyak-banyak sampai kenyang ... hurm yummy.... DINNER ni lebih kurang macam nak bagi penghargaan la kat AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan MAK hari tu... by the way lupa pulak nak bagitau MAK tu apa... hehe actually MAK tu MALAM ANUGERAH KURSHIAH , got it??? dinner ni diadakan di HOTEL PULLMAN, PUTRAJAYA 

tema kali dinner kali ni colour block, so jangan dok nak buat muka pelik la kalau tengok yumi pakai tudung biru, baju kuning... 









so that's is my experience dinner at hotel that look so grand... lepas jer habis dinner malam tu, cepat-cepat balik bilik, siapkan assignment, kemas baju dalam beg sebab esoknya nak balik ipoh tok join KEM BINA SEMANGAT bagi PASUKAN SUKMA 2013 yang akan berlangsung bulan 6 ni kat KUALA LUMPUR - anda dijemput hadir ^_^

walaupun agak penat sebab terpaksa berkejar-kejar dengan jadual yang padat, tapi yumi take this as my cabaran sebagai seorang student dan juga atlet ... seba melalui ini la , yumi dapat belajar cara susun jadual yang padat ni... so nanti kalau dah keluar kerja tak da la terkial-kial nak susun jadual sendiri ... betul tak??

so, bagi korang yang mempunyai jadual yang padat juga, jangan jadikan itu sebagai satu alasan untuk kita lari daripada buat semua benda tu... walaupun kadang-kala kita rasa penat sebab nak buat itu, nak buat ini dan maca-macam lagi... yumi pun dulu pernah nak lari dari semua aktiviti tu, tapi bila fikir balik semua tu kita hanya cakap dekat mulut bukan daripada hati kita sendiri ...




p/s : jangan mudah nak berputus asa walaupun kita tak mampu nak buat sesuatu tapi kita kena cabar diri kita untuk buat sesuatu yang baru baru la hidup ni dinamakan kehidupan :'D


thanks for reading


bubui


sarangae(LOVE)



Sabtu, 18 Mei 2013

Pergi wedding orang dengan datin vogeh

Ni cerita 1 May punya. Dalam 2 minggu lepas jugak ah. Baru nak update. Pergi kenduri kawen Kak Hilany. Masa Kak Hilany jemput datang wedding dia 1 May tu. Aku terus tengok kalendar dekat phone. Eh? Kak Hilany kawen hari rabu??? Pastu dia balas, aah kan public holiday tu. Ouhhh lupa pulak hari tu hari cuti. Hari buruh kan.





Tanpa berfikir banyak kali, ajak datin vogeh the vass tu lah pergi sekali.






Sempattt tangkap gambar berlatar belakang kan gril pintu rumah aku. Sementara menunggu ketibaan datin vogeh the vass mengambil aku.





Kelasss kau datin. Meletop sangat mekap kau. Cantik angat-angat. Auwww. Tetiba aku bertukar jadi kucing bertaring dah kenapa???




Cantik nya Kak Hilany. Macam Sofea Jane aku tengok muka dia ni. Selamat pengantin baru Kak Nani! :)




Baru aku tahu Kak Hilany ada adik kembar. Yang pengapit 2 orang kiri kanan tu kembar. Adik beradik Kak Hilany ni memang semua cantik :D


Masa awal-awal datang, datin cakap "eh macam mana ni kalau tak jumpa orang yang kita kenal dekat wedding tu? Nak borak dengan siapa nanti? Segan lah"

Alaaa aku kan ada datin. Kau nak segan-segan kenapa?? Pastu tetiba jumpa Kak Umi



Kak Umi ni memang forever young lah kan. Jumpa jugak orang yang kitorang dua-dua kenal dekat wedding tu. hihi. Ada yang aku kenal, datin tak kenal. Ada yang datin kenal aku pulak tak kenal. Haa Kak Umi ni dua-dua kenal :D




Pencuci mulut. Strawberry disalut coklat tu cepat benau sold out. Pergi dekat booth je habis. Asal pergi je licin. Hampeh tol. Bila sorang pakcik tu baru angkut strawberry baru punya, memang laju je ah aku ambik banyak-banyak kan strawberry ni. Niat di hati,ambil banyak-banyak strawberry nak kongsi dengan datin. Tapi sebab aku ni hantu strawberry, aku makan sorang-sorang je lah. Tinggalkan datin sebijik strawberry dan kuih-kuih tu je untuk datin makan dan perhabiskan. muahahaha




Pastu tengok semua orang dapat kacang. Tahu tak kacang yang sedap warna kuning tu? Alaa tak reti lah nak eksplain camne. Dalam kacang,pastu dekat luar kacang tu warna kuning. Rasa kacang tu macam ayam sikit. Tahu tak nama kacang tu apa?


Tak kesah lah apa nama kacang tu sekalipon. Tapi aku memang aim nak dapat kan kacang tu lah. Pastu ajak datin suruh kutip kacang. Datin pasrah je lah mengikut. Tapi keluarkan ah duit gak sesiap masuk sampul 



Tapi kacang kuning tu dah habis. uwaaa lambat sangat :(

Tinggal kacang coklat tu je. Nampak tak dekat tangan datin tu? Aku punya kacang dah sorok dalam bag. Datin muka pasrah je nak ajak dia bergambar. Dia nak balek dah sebab nak kempen mengundi. Baju dia dah elok sangat dah tu jadi adun kawasan haha. Minggu tu pulak minggu orang nak mengundi. Memang menepati tema betul lah ye engkau datin :D



Kalau si datin baca aku tulis dia jadi adun kawasan nak berkempen, memang matik lah aku karang. Muahahaha 





Walaupun tak dapat kacang kuning rasa ayam tu, tapi kami tetap gembira pulang ke destinasi yang dituju.


Gambar-gambar semua macam biasa. Keluar dekat instagram aku (cikepal06) dulu. Baru lah update sini.Tu pon kalau aku rajin nak update blog. hihi


Ok tu je lah. bye!