Senin, 10 September 2012

Tak tercapai dek akal ku

Merujuk kepada tajuk di atas, hari ni aku bukan nak nyanyi lagu Elyana yang bertajuk Tak Tercapai Akalmu itu. Tak Tak Tak. Kang cair pulekkk taik telinga engko yang beku itu. Sedang leka berlegar-legar di internet terbaca satu artikel pasal idea bijak dan kreatif pasal benda-benda yang kita boleh buat 2 in 1. Agak-agak nak buang barang tu boleh lah fikir nambelas kali nak buang ke tidokkk.



Idea bagus untuk buang daun strawberi. Tebuk je guna straw. Done!



Pembalut hadiah yang bersepah sepah dan buat semak tu boleh sangkut je atas siling bilik. Potong wayar, ikat dah siap. Sangkut benda ringan-ringan je hokayyy. Jangan sangkut peti ais tiga pintu pulak dekat situ.Nanti ada pulak yang cop kau ni vongoksss sebab pergi sangkut peti ais tiga pintu. Siapa yang malu?? Engko jugekk





Simpan cadar dalam sarung bantal! Senang nak cari satu set bila nak tukar cadar. Ini sangat bagus dipraktikkan ni.








Sesiapa yang ada tebiat kumpul barang free dekat hotel, ini ada idea bagus untuk anda! Shower cap tu boleh buat tempat balut kasut. Nak bawak kotak kasut sekali berat pulak beg kan kalau nak travel. Haa letak je dalam shower cap,konpom kasut tak berhabuk. Tapi kalau letak high heels tajam menjuih sampai 6 inci tu mahu boleh tembus plastik shower cap ni. Bawak flat je lah. Tak yah ngengada sangat pi travel pakai high heels ok mak jemah sekalian







Kalau beli roti kan selalu ada tag kan? Haa tag tu jangan buang! Kumpul banyak-banyak sampai 5-6 keping boleh buat label dekat wayar dekat rumah.




Motif beli roti, nak kumpul tag roti je????




Plastik membeli belah di pasar mana nak campak?? Letak je dalam kotak tisu yang kosong ok! Kronyok kan je dalam kotak tisu tu, agak-agak nak bungkus apa-apa guna plastik boleh ambik plastik dalam kotak tisu ni.



Apakah yang anda nampak dalam gambar di atas? Cupcake?? YE! Bukan nak cerita pasal cupcake sekarang. Nak cerita pasal tempat letak cupcake itu. Tahu tak benda alah apa tu? Itu adalah penutup kotak kasut! Penutup kotak kasut pon berguna jugak uolssss



Gunting tanda pangkah dekat penutup kotak kasut dan anda boleh hidangkan cupcake anda yang comel-comel itu kepada tetamu anda yang comot-comot. Tapi awas! Jangan bagi tahu tetamu anda bahawa itu adalah penutup kotak kasut. Kemungkinan besar peratusan tetamu yang tidak makan cupcake ini adalah tinggi




Cara-cara nak buat telur bentuk love. Laki bini yang nak sambut anniversary boleh buat surprise kepada pasangan anda untuk menunjukkan anda sangat kreatif dan inovatif. "nahhh satu telor ayang, satu telor abang. Bentuk love lagi telor kitewwwwwwww"



So sweet! Habis semua jenis semut nak hurung sebab sweet sangat!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar