Kamis, 27 September 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Bukak-bukak dashboard, tetiba je bertukar new blogger interface. Serabut hoiiii. Teraba-raba jap nak cari button create new post. Tah mana-mana tah dicampaknya. Hampeh tol lah lah blogspot ni. Old interface dulu tu friendly user sikit. Apa-apa je lah mak jemah oiii.



Berbalik kepada tajuk asal, semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M ni. Pelajar IPTA ke IPTS ke dua-dua dapat :)





Wahai pelajar-pelajar universiti sekalian, dah ambil dah kad ni???





*image oleh pakcik google*





Tempat yang boleh guna kad siswa ni dan boleh dapat diskaun katanya :


Buku & Alatan Tulis
 MPH Bookstores
 Imlaq Book Centre
 BORDERS
 RONA
 Kiang Trading
 Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
 Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
 Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN


Kenapa Topshop, Forever21, Zara dan seangkatan dengan nya tak boleh terima kad ini??? arghhh stresssss *gayut atas ampaian baju*





Tapi bagus jugak tempat-tempat lagha macam tu tak boleh guna kad ini. Elok-elok boleh jimat, banyak lagi pembaziran yang berlaku. Terus jadi kawan syaitonnirrojimmmm. Takmo takmo takmo .Kepada student yang rasa nak bergaya pergi KFC dengan kasut BATA dan dapat diskaun makan ayam kfc dan cheesy wedges tu, boleh lah ambil cepat-cepat kad diskaun 1 Malaysia ni haaa. Ambil dekat universiti masing-masing ok. Lepastu sambil hulur Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni dekat  abang/akak cashier KFC tu laungkan kuat-kuat










MALAYSIA BOLEH!!!!!!!! *tetiba*



Tidak ada komentar:

Posting Komentar