Minggu, 30 September 2012

Menternak lemak di Alicafe Tiga Rasa :)

Dah lama tak buat entry menternak lemak. kehkeh. Haritu pergi makan dekat Restoran Alicafe Tiga Rasa. Nak menaip entri ni pon masih terasa rasa lagi kesedapan makanan dekat situ. Confirm memang akan datang makan lagi dekat sini. Makanan nya memang tidak menghampakan.Semua sedap-sedap belaka


Familiar dengan tongkat ali dan kacip fatimah???





Aku try set istimewa ini! 

Ini lah penyebab nama restoran ni terselit 'tiga rasa' dihujungnya. Ada tiga perisa sambal yang kita boleh pilih. Ada Sambal Lemak, Gulai Lemak dan Sambal Udang Geragau (hebi hiam). Satu dish satu sambal je. Jangan nak pergi campur pulak tiga-tiga sambal ni sekaligus. Pening karang kepala chef nya. Tercabut pulak topi tinggi atas kepala chef tu haaa



Berkenan pulak aku dengan bekas nasi ni. Nampak lawa pulak. Rasa nak curik satu nak bawak balek rumah pon ada. Nasi banyak dalam ni, boleh makan dalam 5 orang. Aku makan haritu dalam 6 orang, tu pon nasi nya tak habis



Ayam goreng yang rangup


Pak choy masak sos tiram



Telur dadar yang gebusssss



Jus kurma madu. Minum jus kurma ni terus rasa segar bugar


Siakap Tom Yam! Yang ni favourite! Sedap sangat! Ikan siakap yang digoreng rangup, kemudian dihujani pulak dengan kuah tom yam. Perghh memang sedap! Suka makan lapisan luar ikan yang rangup sambil menikmati daging ikan yang lembut di dalam. Rangup di luar lembut di dalam gituwww . Sedap nyaaa! Terliuq ayaq liuq





Kari kepala ikan. Aku yang tak gemar makan kari kepala ikan pon dah boleh suka pulak bila rasa kari kepala ikan ni.Kari kepala ikan ni dimasak pada suhu yang sederhana. Ikan pulak sangat fresh. Pastu makan panas-panas lagi umphhh




Ikan Pari (panggang) dengan Gulai Lemak



Ayam sambal lemak. Rasa nya memang cukup sangat. Sangat sedap, pekat dan likat. Highly recommended this!




Favourite part, adalah pencuci mulut. Yang ni sedap. Yang panjang-panjang tu ada pisang yang digoreng panas-panas disaluti dengan kulit popia yang rangup. Pastu makan sekali dengan ais krim. Panas lawan sejuk. Memang menari-nari dalam mulut dessert ni bila makan



Last but not least, Hokkaido Cake. Ada 3 flavours. Coklat, vanilla dan kopi. Paling suka yang vanilla tu. Kek Hokkaido ni sangat lembut dan gebu lepastu tengah-tengah ada krim. Nyummmayyyyyyyyhhh! :D






Kek Hokkaido ni comel je bentuknya. Adalah dalam besar tapak tangan. Makan satu pasti nak lagi :D



Sekarang ni Set Istimewa Kari Kepala Ikan ada je sepanjang masa dengan harga RM79.90 untuk 4 orang!! Berbaloi sangat. Makanan sedap dan murah! Set istimewa ni ada Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Telur dadar, Pak Choy sos tiram dan jus kurma madu. Yang best nya, sesiapa yang booking awal, dapat 20% discount! Apa tunggu lagi??? Mari kita seranggg


Ok ni alamat:

No.8, Jalan USJ 10/1H, Subang Business Centre, 47620 Selangor Darul Ehsan.




Kalau ada apa-apa nak tanya boleh call 03-8011 9142 atau 016-713 0198 atau emel ke alicafetpn@powerroot.com.my. Boleh juga layari laman web Alicafe Tigarasa (http://www.alicafetigarasa.com.my/)


 Waktu perniagaan: 8pagi-12 malam



 Alicafe TigaRasa A MUST TRY place for food! Makanan sedap, servis pon memang tiptop! :D



p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blopgspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat nuffnangX. Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Jumat, 28 September 2012

Mini Concert ( Akustik )

 
Assalamualaikum
 
bangun pagi gosok gigi , cuci muka terus blogging ... eh dah tertukar lirik pulak haha .. good morning semua tengok jam jap erm baru pukul 8.24 am dah up date blog agaknya apa yang yumi mimpi malam tadi kan sampai terus nak update blog pagi pagi buta ni kan ... nak g jogging kaki tak nak (alasan yang tak munasarawak diberikan) 
 
eh , korang yumi nak bagi tau hari tu bersamaan hari RABU 26 sept 2012 kat Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah ada jemput band terkenal , nak tau tak band apa ? kalau tak nak tau pun yumi nak bagi tau jugak ... haha ^_^
 
band tu menamakan band diorang sebagai BUNK FACE dan ONE BUCK SHOT 
memang terbaik la ... tambahan pulak diorang wat akustik kan memang best la ... dengar diorang petik gitar wow awsome kot ... yumi memang minat nak main gitar tapi tak pandai nak petik ... haha
gitar yumi ada kat umah warna hitam , so memandang yumi tak pandai nak petik yumi pun simpan la buat perkasam mana tau suatu hari nanti perkasam tu boleh dimakan ... haha pun sodap ^_^
 
okey okey kembali kepda tajuk utama , dah melencong jauh dah ni ...
macam biasa blog yumi ni kalau tak ada gambar macam tak da seri so memandang wifi ni ' kuat ' sikit so yumi pun upload la gambar sebanyak mungkin ( saja nak bagi entry ni nampak panjang sikit T_T)
 
 
 gambar ni diambil di DEWAN MAKAN KK3 dalam pukul 9 pm ... sementara tunggu band tu set up diorang punya instrument kami pun snap snap la .. haha
hari tu bukan tema kuning yerk ... secara tak sengaja pakai baju dan tudung yang sama warna
 
 
ok meh sini nak kenalkan kawan - kawan yumi ....
yang pakai spek sebelah kiri korang tu namanya DILA , yang kedua tu
 ASH (kalau tak silap , kalau silap minta maaf sebab time tu baru jumpa  T_T)
yang pakai tudung hitam tu EL
yang sorang lagi tu pemilik blog ni hah .... SELAMAT BERKENALAN
 
 
dah ni kenapa pulak ... haha .. KURSHIAH TAK SENTAP la pulak

 
agaknya kalau kami masuk program yang mengunakan mimik muka mesti menang kan .. haha (perasan)

 
gambar ni cantik sikit sebab guna kamera DSLR (thanks PM)
 
 
ni semua PM PM kat KK3
 

BUNK FACE here we come ... merahnya rambut SAM kan ... tapi semua lagu yang dia bawak (bukan dia bawak dalam beg or something else) yumi maksudkan lagu yang Band ni sampaikan dan nyanyikan memang TERBAIK la ... diorang nyanyi 3 buah lagu jer ... but it's ok , mini concert diorang still berjaya dan penghuni KK3 ni pun boleh tahan gak fanatiknya ... haha

 
ONE BUCK SHOT pun datang KK3 gak memang best la .. lagu berkenaan duit pun ada jugak .. sapa tak pernah dengar lagu pasal duit tu better korang download dan dengar best tau ... kalau pasal duit yang tak best pun boleh jadi best kan .. haha .. $$$$$$$$
diorang ni pun nyanyi 3 buah lagu jugak ... mini concert ni tamat dalam pukul 10  lebih gak ... sekejap jer pun tapi enjoy T_T
lepas jer concert tu habis perh berpusu-pusu manusia nak pergi tangkap gambar ngan kedua-dua band ni ... tapi yumi tak pergi sebab ada hal yang perlu diselesaikan malam tu jugak ... lepas tu
student UM ni pe lagi semua pakat pakat upload gambar + video dalam FB ... haha
 
no more idea .. haha
 
thanks for reading
 
bubui
 
sarangae(LOVE)
 
 


Kamis, 27 September 2012

Artis pakai baju sama

















HAHA Best pulak tengok gambar artis pakai baju sama ni. Boleh buat perbandingan pulak siapa pakai baju lagi cantik :D





 p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blopgspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat nuffnangX. Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Bukak-bukak dashboard, tetiba je bertukar new blogger interface. Serabut hoiiii. Teraba-raba jap nak cari button create new post. Tah mana-mana tah dicampaknya. Hampeh tol lah lah blogspot ni. Old interface dulu tu friendly user sikit. Apa-apa je lah mak jemah oiii.



Berbalik kepada tajuk asal, semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M ni. Pelajar IPTA ke IPTS ke dua-dua dapat :)





Wahai pelajar-pelajar universiti sekalian, dah ambil dah kad ni???





*image oleh pakcik google*





Tempat yang boleh guna kad siswa ni dan boleh dapat diskaun katanya :


Buku & Alatan Tulis
 MPH Bookstores
 Imlaq Book Centre
 BORDERS
 RONA
 Kiang Trading
 Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
 Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
 Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
Poliklinik An-Nisa'
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan Dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend's Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean's Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad


Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-Lain
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN


Kenapa Topshop, Forever21, Zara dan seangkatan dengan nya tak boleh terima kad ini??? arghhh stresssss *gayut atas ampaian baju*





Tapi bagus jugak tempat-tempat lagha macam tu tak boleh guna kad ini. Elok-elok boleh jimat, banyak lagi pembaziran yang berlaku. Terus jadi kawan syaitonnirrojimmmm. Takmo takmo takmo .Kepada student yang rasa nak bergaya pergi KFC dengan kasut BATA dan dapat diskaun makan ayam kfc dan cheesy wedges tu, boleh lah ambil cepat-cepat kad diskaun 1 Malaysia ni haaa. Ambil dekat universiti masing-masing ok. Lepastu sambil hulur Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni dekat  abang/akak cashier KFC tu laungkan kuat-kuat










MALAYSIA BOLEH!!!!!!!! *tetiba*



Rabu, 26 September 2012

Gelak guling-guling tengok Muara Hati versi Chegu Man ni


Hafiz versi rambut mop lantai dengan Dato' Siti Nurhaliza versi Afrika





Kreatif gila Chegu Man ni. Boleh bawak dua watak pulak tu. Mula-mula ingat orang yang berbeza rupanya sama je orang nya. Pandai bebeno edit video. Nasib baik Chegu Man tak kena baham dek harimau sebab shooting video dalam semak ni ye. Tapi video ni memang lawak nak meninggal. Sampai tepuk-tepuk lantai aku gelak. HAHAHAHA




Terima kasih lah Chegu Man sebab menceriakan hari yang sepi ini. Lepas ni konpom jadi duta Simplysiti!! :D




p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blopgspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat nuffnangX. Apps baru,pastu nak baca blog memang laju loading baq hang. Pergi try usha sana

Minggu, 23 September 2012

Minggu Intergrasi Kurshiah (MIK)

 Assalamualaikum semua 

selamat membaca entry mengarut dari yumi yang mana sekadar nak bercerita walaupun tak da idea tapi banyak gambar.. haha ... minggu lepas bersamaan 21-23 . 09 . 2012 kolej kediaman 
TUANKU KURSHIAH ada buat hari intergrasi bersama senior ... walaupun benda ni tak wajib tapi yumi join jugak sebab nak markah MERIT untuk stay kat kolej .. alamak kantoi la pulak ... tapi aktiviti penat sikit tapi best ... yang kompom penat EXPLORACE la .. memang penat kot .. dah la pagi tu tak breakfast (salah sendiri) pastu kena jalan jauh pulak tu .. arghhh seriously memang penat ... dah game tu start pukul 8 am habis pukul 1 pm ... lepas habis tu pe lagi cari kedai makan la ... 


ni group yumi .. cube cari mana satu saya ?? haha .. mesti la yang kiut miut tu kan .. wah PERASAN ...
walaupun penat tapi still boleh senyum .. TERBAIK


dalam group ni ada kawan yumi sorang .. DILA namanya ... yang pakai spek + jari pis = DILA 


 Main belon 


Belon lagi


BERDIRI ... bukan kena denda erk TAPI UM STYLE ...


 eh , nape ni jatuh ker .. haha TERBAIK jugak .. muka dah macam askar melayu sebab kena conteng dengan cat... huwah nasib budak junior da...


da macam askar wataniah .. haha .. cayalah


 family bahagia sebab sangat ramai .. PIS YOOOOOO


apa apa pun aktiviti ni memang best ... dan yumi nak pesan kat korang kalau ada apa apa aktiviti kolej join jer sebab best (bukan sebab nak dapatkan MERIT erk ...) 

ok la 

bubui


THANKS 


sarangae(LOVE)

Selasa, 18 September 2012

Resepi : Cream Puff Sos Kastard





Siapa suka makan cream puff?? Aku suka bebeno makan cream puff ni. Nak buatnya senang, nak perabehkan pon senang. Disebabkan aku rajin nak menaip hari ni, meh lah nak tunjuk step by step cara nak buat cream puff ni kalau ada yang nak tahu :)


Bahan untuk buat cream puff gebu vogeh de vass:


1/2 cawan butter (125g)
1 cawan air (250ml)
1 cawan tepung gandum  (150g) *diayak*
secubit garam
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara nak buat:



Masuk kan butter dan air dalam periuk. Didihkan atas api. Bila dah mendidih dan butter tu larut, masuk kan tepung gandum yang telah di ayak



Kacau laju-laju sampai tepung tu tak melekat pada periuk. Macam jadi doh nak buat roti tu. Macam gambar dekat atas ni. Pastu tutup api. Ketepikan adunan dalam bekas lain




Masuk kan empat biji telur. Tapi pukul satu-satu tau! Kiranya pukul sebiji telur, kacauuuu. Pukul lagi sebijik telur, kacauuu. Sampai lah habis empat biji telur. Ni bukan pukul atas api tau. Masuk kan adunan dalam bekas biasa je. Pastu masukkan esen vanilla




Kacau mende alah ni serious rasa macam lengan tetiba tumbuh muscle berketul-ketul. Tapi muscle nya tak tumbuh pon. Feeling-feeling je. Kacau sampai jadi macam dekat atas ni



Disebab kan aku tak ada piping bag dan nozzle. Mak Jemah pasrah je lah, pakai apa yang ada je. Pakai 2 batang sudu, bulat bulat kan doh ni lebih kurang. Pastu susun kiut kiut atas loyang. Loyang ni alaskan dengan aluminium foil, pastu sapu butter ok!


Basahkan tangan dengan air, pastu tacap-tacap sikit lah cream puff tu bagi senonoh sikit rupanya. Walaupun bila dah tacap, tak ada lah senonoh sangat rupanya cream puff aku ni. Tapi ada aku kesah?? :D


Bakar dalam oven selama 200C selama 25 minit. Agak-agak dah keperangan cream puff tu boleh lah bawak keluar


Fresh from oven. Montel-montel cream puff nya


Nak cerita pulak macam mana nak buat sos kastard:

2 sudu besar tepung jagung
2 susu besar tepung kastard
1 1/2 cawan fresh milk (aku guna susu dutch lady)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula (gula mengikut manis tekak masing-masing)


Pesanan cik epal gonjeng: Kurangkan gula dalam masakan. Maniskan gula dalam senyuman. auwwww :D


Buat sos kastard ni senang je. Masukkan je lah semua tu dalam periuk. Kacau sebati atas api sederhana




Potong tengah-tengah cream puff tu,tapi jangan potong habis. Potong untuk sumbatkan sos kastard tu je.



Dah habis sumbat menyumbat, tacap sikit bagi ilusi seperti memakai bedak bayi untuk bayi montel kepada cream puff itu. Ayak gula aising sebagai penyeri cream puff vogehh kita tu.



Cream puff vogehhhhhhhhhhhhhhh!! :D




Tudiaaaa terjuih juih sos kastard. Melimpah-limpah hingga ke ladang gandum. Selamat mencuba bagi sesiapa yang ada keberanian nak cuba cream puff montel, gebu dan vogeh ini!


ok bye!