Selasa, 29 Januari 2013

(REVIEW FILEM) Juvana


Sinopsis Filem Juvana Filem Juvana 



merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.


================

Aku memang tunggu cerita ni keluar panggung sebab drama bersiri dekat tv3 dulu aku memang ikut . Tapi tak ada ah tengok kat tv. Ada member rajin nak download. Aku cilok je lah letak dekat hard disk. Layan lah Juvana daripada episod 1-13 tanpa henti seharian sampai lebam bijik mata. Watak yang paling menyakitkan hati tak lain tak bukan BOTAK lah dalam drama bersiri kat TV3 tu.Memang hazabedah sangat BOTAK ni. Kalau aku jumpa BOTAK tu kat luar, rasa macam nak pukul je dia guna raket badminton!



Tapi dalam filem ni nampak lah sisi lain BOTAK



Time ni depa semua kena denda sebab bergaduh.



Shera Ayob dan Zahiril Adzim sangat cute dalam cerita ni. Pastu sebab depa berlakon laki bini lagi ah nampak comel :)



Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) saiko gila dalam cerita ni. Tapi watak saiko tu aku rasa macam kena je dengan Sharnaaz ni.Menjadi lah watak dia tu. Memang menyampah bila tengok. Rasa macam nak lambung-lambung je dia ni.



Apek dekat drama bersiri kelakar. Dalam cerita ni dia macam serious sikit. Nak tahu kenapa? Kena lah tengok filem ni



Geng Lan Todak cari pasal




Part yang aku rasa paling kelakar, time Nabila Huda (nurse) tutup mata budak Juvana ni mati. Tapi muka dia selamba tenuk je macam tak ada perasaan lansung. Tak pernah aku tengok nurse camtu. Mungkin nurse kat Juvana ni dah tak heran dah kot kalau budak-budak Juvana ni ada yang meninggal dunia. kehkeh


Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni adalah jangan judge orang!  Sebab kita tak tahu pengakhiran hidup dia macam mana. Orang baik sekelip mata je boleh jadi jahat, orang jahat pon boleh berubah jadi baik. 









Nahhhh! Layan trailer Juvana 



.Filem Juvana ni dah berjaya kutip 1.7 juta selepas 4 hari tayangan hokayyyy. Gila gempak! Baru 4 hari dah 1.7 juta!  Sesiapa yang memang ikut cerita Juvana ni dekat tv3 dulu, memang harus tengok filem Juvana ni. Mesti korang nak tahu kan apa jadi kat BOTAK lepas dia kena tangkap dulu tu kan? Haaa sila tengok sambungan nya dalam filem ni!



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar