Jumat, 25 Januari 2013

HI SHOP


Dah lama rasanya aku tak pergi event-event ni. Dapat jemputan daripada Hi Shop untuk launch event dekat Roof Deck, Binjai 8 Premium Soho, Lorong Binjai, KLCC.


Baca-baca je alamat kat atas ni terus fikir tempat ni dekat KLCC. Bila aku google map pon aku tak faham kat celah mana tempat ni. Maklum lah blur. Nasib baik aku dapat jumpa jugak tempat ni. Nampak macam sekangkang kera je dengan KLCC tapi kalau jalan kaki dari KLCC nak pergi Premium Soho ni boleh tahan jugak berlecak ketiak.



Sampai-sampai je dapat goodie bag yang banyak sangat khazanah dalam tu.



Lucky number. Tengok number macam cantik je. Bab-bab cabutan bertuah ni memang selalu aku tak ada ong. Malas nak harap lebih-lebih





Sepanjang event tu ada jugak acara make up. Siapa nak make up, boleh je.Sediakan muka sahaja untuk ditenyeh kan. Konpom meletop muka uolsss.




HiShop is an online beauty and cosmetics store. Barang-barang kosmetik yang dijual dekat web HiShop ni semuanya produk tulen hokayy. Tak ada yang ciplak-ciplak. 

 Ada satu contest tu suruh teka umur aunty ni berapa. Aku rasa umur aunty ni dalam lingkungan 50-60 kot. Sekali rupanya umur dia 70 tahun ok! Gila muda. Siapa dapat teka dengan betul dapat hadiah. Redmummy rasanya dapat teka dengan betul :D





Bergambar dengan akak FCC.  Rasa ketot pulak aku bila bergambar dengan akak yang tinggi lampai ni





Walaupun aku selalu tak bertuah kalau part-part lucky draw ni. Tapi haritu aku bertuah pulak. heeeee. Dapat hadiah ni. Dalam nya ada set body wash/body lotion. Wangi gila bau. Bau Lavender. Sipi je lagi nak dapat hadiah percutian dekat Private Island Terengganu. Tapi tak dapek den nak nolong eh




Sebahagian goodie bag yang aku dapat. Banyak lagi sebenarnya. Sebab adik dan ibu aku dah curi sikit yang lain-lain tu. Ni je yang dorang tinggalkan dekat aku. By the way, thanks Hi Shop! :)





Sekarang ni semua benda di hujung jari je kan? Nak beli lipstik ke, eyeshadow ke, bb cream ke tak payah susah-susah nak bazirkan duit minyak nak pergi mall. Masuk je web HiShop ni, membeli-belah lah engko di situ sepuasnya. Pulak-pulak sekarang ni Hi Shop ada promotion! Kalau beli barang-barang dekat web HiShop ni  dapat 20% discount tau! So mari lah membeli-belah di Hi Shop! :)



ok bye!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar