Selasa, 22 Januari 2013

Lilo Tonggek

Terima kasih kepada Anne kerana bermurah hati nak bagi seekor kucing parsi ni dekat aku. Kalau beli, mahu beribu riban jugak dekat luar. Nasib baik dapat free jer :D


Ibu aku ni lah yang sibuk nak seekor kucing parsi ni. Aku biasa je. Sebab aku akan main dengan kucing ni time dia wangi dan bersih je. Time dia baru lepas mandi bulu dah kering,baru aku rajin main dengan dia ni. Kalau time dia lepas berak, memang kirim salam ajalah aku nak pegang dan beramah mesra dengan dia ni.


Ouh nama kucing ni Lilo. Cara dia jalan macam Miranda Kerr dekat runaway Victoria Secret jahh. Miranda Kerr pon mahu menangis tengok cara Lilo ni berjalan.Very the Victoria Secret Model KATANYAAA UOLSSSS (baby AA sikit nok) Disebabkan itu aku panggil dia ni Lilo Tonggek. Sebab dia jalan cute tonggek-tonggek




Lilo Tonggek in the houseeee!



Dia ni suka nau main nyorok-nyorok masuk dalam plastik. Tak tahu kenapa



Disebabkan kasihan, asyik main dengan plastik je. Aku pon beli lah natang ribbon menyerupai ikan ni buat dia main-main mengisi masa lapang. Permainan mengong-mengong macam ni pon dah lapan hengget hokayyy.




Dah habis berjaya lah tu dapat tangkap ribbon bentuk ikan panjang




Habis digigit-gigit tali yang menggantungkan ikan ribbon itu


Tapi dia ni pemalas gak kadang-kadang. Bila dia dah dapat tangkap ribbon tu, saja lah acah-acah dia kasi ribbon tu lagi tinggi kan. Nak tengok sejauh mana kemampuan dia ni jugak.Nak suruh dia melompat terjun pulak ambil ribbon ala-ala Pandelela Rinong. Letak ribbon tinggi-tinggi nak suruh dia melompat mencampai ribbon, alih alih dia ......























































pura-pura tidur! 




Pemalas betul Lilo Tonggek ni. 
Suruh terjun melompat pon pemalas!
Hasrat nak jadikan kau Pandelela Rinong sudah berkubur dan tidak tercapai.






MISSION: FAIL






Tidak ada komentar:

Posting Komentar