Selasa, 29 Januari 2013

Mahu mencari hadiah yang unik, pelik dan cantik?


Siapa dekat sini suka barang-barang yang unik, pelik, kreatif dan cantik? Kalau aku jalan-jalan dekat mall, jumpa kedai yang jual barang-barang pelik dan unik ni mesti lama aku duduk dalam tu. Belek-belek apa yang patut.



 Terjumpa lah pulak satu web yang jual barang unik dan cantik ni. Dan semuanya boleh beli online je! Gila ah sekarang ni semua benda boleh beli online je. Tak payah susah-susah nak keluar habis minyak pergi shopping mall.


Sesiapa nak cari hadiah untuk emak/ayah/adik/abang/kakak/kawan/suami/isteri/boyfriend/girlfriend. Haaa memang sesuai lah cari dekat KWERKEE.COM ni


Kalau suami nak buat kejutan untuk buat breakfast pagi-pagi. Boleh beli benda ni. Tepek je benda ni dekat roti. Pastu bila isteri anda bangun tidur tengok roti bentuk macam ni. Mesti dia blushing. Tapi bagi dekat isteri tercinta je lah. Jangan bagi dekat skandal-skandal lain pulak.Mahu pinggan mangkuk periuk belanga melayang karang





Senduk bentuk dinasour boleh bagi hadiah untuk emak. Mesti kawan-kawan emak tanya beli dekat mana senduk berbentuk dinasour ini




Radio vintage! COOL and FUN!







Comel radio ni. Kalau tengok dari belakang, mesti orang ingat handbag. AWESOME!







Hadiah yang sesuai untuk ayah/suami/adik lelaki/buah hati/buah jantung/buah hempedu dan sewaktu dengan nya



Jam dinding ni pon sangat ARTSY. Kalau ada member yang baru nak kahwin tu, boleh hadiahkan jam cantik ni. Boleh depa gantung atas katil dalam bilik :D





Susun buku cantik-cantik atas rak dengan benda ni. Design ni sangat RARE!






Sarung pendrive pon banyak yang cantik-cantik dan design pon semuanya COOL dan CUTE!






Banyak lagi barang-barang yang menarik dan unik dekat website ni. Keahlian percuma je. Hanya perlukan emel sahaja untuk mendaftar di KWERKEE.COM







Free shipping code : kkshipmy0102




Good news untuk pembaca-pembaca blog ni! Sign up di sini  www.kwerkee.com/invite/CikEpal_Valentine  untuk dapat FREE SHIPPING + RM20 Kwerkee credits!! Sign up sekarang! Pastu boleh shopping! :)




Nak usha lagi barang-barang yang unik dan cantik??? Nahhhhhh











(REVIEW FILEM) Juvana


Sinopsis Filem Juvana Filem Juvana 



merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.


================

Aku memang tunggu cerita ni keluar panggung sebab drama bersiri dekat tv3 dulu aku memang ikut . Tapi tak ada ah tengok kat tv. Ada member rajin nak download. Aku cilok je lah letak dekat hard disk. Layan lah Juvana daripada episod 1-13 tanpa henti seharian sampai lebam bijik mata. Watak yang paling menyakitkan hati tak lain tak bukan BOTAK lah dalam drama bersiri kat TV3 tu.Memang hazabedah sangat BOTAK ni. Kalau aku jumpa BOTAK tu kat luar, rasa macam nak pukul je dia guna raket badminton!



Tapi dalam filem ni nampak lah sisi lain BOTAK



Time ni depa semua kena denda sebab bergaduh.



Shera Ayob dan Zahiril Adzim sangat cute dalam cerita ni. Pastu sebab depa berlakon laki bini lagi ah nampak comel :)



Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) saiko gila dalam cerita ni. Tapi watak saiko tu aku rasa macam kena je dengan Sharnaaz ni.Menjadi lah watak dia tu. Memang menyampah bila tengok. Rasa macam nak lambung-lambung je dia ni.



Apek dekat drama bersiri kelakar. Dalam cerita ni dia macam serious sikit. Nak tahu kenapa? Kena lah tengok filem ni



Geng Lan Todak cari pasal




Part yang aku rasa paling kelakar, time Nabila Huda (nurse) tutup mata budak Juvana ni mati. Tapi muka dia selamba tenuk je macam tak ada perasaan lansung. Tak pernah aku tengok nurse camtu. Mungkin nurse kat Juvana ni dah tak heran dah kot kalau budak-budak Juvana ni ada yang meninggal dunia. kehkeh


Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni adalah jangan judge orang!  Sebab kita tak tahu pengakhiran hidup dia macam mana. Orang baik sekelip mata je boleh jadi jahat, orang jahat pon boleh berubah jadi baik. 









Nahhhh! Layan trailer Juvana 



.Filem Juvana ni dah berjaya kutip 1.7 juta selepas 4 hari tayangan hokayyyy. Gila gempak! Baru 4 hari dah 1.7 juta!  Sesiapa yang memang ikut cerita Juvana ni dekat tv3 dulu, memang harus tengok filem Juvana ni. Mesti korang nak tahu kan apa jadi kat BOTAK lepas dia kena tangkap dulu tu kan? Haaa sila tengok sambungan nya dalam filem ni!



ok bye!

Minggu, 27 Januari 2013

Canon Dan Yumi

Assalammualaikum 

hai korang - korang sekalian apo kabor anda disana ??? sihat ??? alhamdulillah ...

tadi kan , ops! no no bukan tadi actually dari semalam lagi ... okey gi ni citernye ... semalam pegi jalan - jalan ngan family pastu singgah jap kat tesco nak tengok ape barang yang diorang buat sale , so ade la sedikit barang yang tak perlu la diceritakan detail kan... memandangkan yumi ni dah penat menunggu mak ngan kakak pegi memilih barang , yumi pun pe lagi keluar la daripada tesco tu g jalan - jalan cuci mata . pastu nak dijadikan cerita lepas turun jer tup tup nampak pulak I AM NIKON ... hurm nak g cuci mata kat situ jer la .. mana tau ade wat sale ... niat sebenar cuma nak tengok (katanyeee) pastu ade la uncle ni cakap yang dia tengah wat sale ... owh Em Gee ... den apo lagi nengok la .. pergh nampak pulak dslr memang mencabar tahap kesabaran yang telah lama tersimpan dalam hati . ZZZaaapppp yumi ambik yer pemplet atas meja tu , scan semua harga hurm boleh tahan la ... tapi tak terus beli , simpan dulu hasrat tu ... balik jer rumah terus bagitau mak cakap nak beli dslr tu , mak cakap tadi nape tak beli jer , yumi cakap la kena tanya dulu kan , sat g beli macam tu jer kena marah so safety first , right ??? 

bila dah dapat lampu hijau hah ape tunggu lagi terus beli tapi paada keesokkan harinya la ... bukan la tu p beli mampuih penat di tambah dengan jem lagi yela kan musim perayaan ni (bagi masyarakat india) 

esoknya (bersamaan hari ni - Ahad) , yumi pegi la tesco kat Taiping tu seawal pagi tapi tak la pagi sangat dalam pukul 10.30 pagi la ... tekan minyak laju - laju sebab kejar masa (bahaya tau jangan tiru) dalam 30minit sampai la tesco hah laju tak tapi bukan yumi yang drive kakak yumi yang drive macam schumacker tau haha ... sesudah sampai terus g kedai I AM NIKON dan beli DSLR CANON EOS 1100D ... yes !!! finally , apa yang diidamkan dapat jugak beli ... alhamdulillah , lepas ni memang semua keadaan la akan disnap ... harga ??? dalam RM 1800 something (full accessori), ni pun sebab da promotion ^_^ ( kering $$$$ ) tapi tak pe janji hati senang sebab da dapat ape yang yumi nak , dah lama target sekarang baru dapat ...


mula - mula apek tu nak bagi warna hitam , ops tak nak la I nak warna merah 
kakak pelik jer nape plak nak warna merah , tup tup dia keluar kedai tu tengok banner yuna ... haha kantoi ... patut la nak warna merah , tengok yuna pakai canon warna merah ... yumi just smile :'D 
harus la kan cantik tu ... kan kan kan 




tangkap gambar sampai senget mulut ... huhu :'D 


now , this is my boyfriend ... after my handphone , my laptop and my car ... 
setiap barang yang kita beli dengan duit kita sendiri , kita akan lebih menghargainya , betul tak ??? kalau barang yang orang bagi kat kita kadang - kadang kita cuma buat endah tak endah jer kan ... kalau rosak plak korang buat tak tahu jer sebabnya orang yang bagi ... so hargailah sesuatu barang tu tak kira la kita beli or orang yang bagi , okey ???

lepas ni , mr. canon , awak akan ikut yumi kemana sahaja yumi pergi bersama-sama rakan awak , mr. nokia dan mr. acer ... okey ??? jangan bantah plak ... haha (giler kejap) ops lupe plak nak bagi tau , gambar credit from Google Image ... thanks :'D


okey la good nite and bubui



thanks for reading



saranghae(LOVE)


Jumat, 25 Januari 2013

HI SHOP


Dah lama rasanya aku tak pergi event-event ni. Dapat jemputan daripada Hi Shop untuk launch event dekat Roof Deck, Binjai 8 Premium Soho, Lorong Binjai, KLCC.


Baca-baca je alamat kat atas ni terus fikir tempat ni dekat KLCC. Bila aku google map pon aku tak faham kat celah mana tempat ni. Maklum lah blur. Nasib baik aku dapat jumpa jugak tempat ni. Nampak macam sekangkang kera je dengan KLCC tapi kalau jalan kaki dari KLCC nak pergi Premium Soho ni boleh tahan jugak berlecak ketiak.



Sampai-sampai je dapat goodie bag yang banyak sangat khazanah dalam tu.



Lucky number. Tengok number macam cantik je. Bab-bab cabutan bertuah ni memang selalu aku tak ada ong. Malas nak harap lebih-lebih





Sepanjang event tu ada jugak acara make up. Siapa nak make up, boleh je.Sediakan muka sahaja untuk ditenyeh kan. Konpom meletop muka uolsss.




HiShop is an online beauty and cosmetics store. Barang-barang kosmetik yang dijual dekat web HiShop ni semuanya produk tulen hokayy. Tak ada yang ciplak-ciplak. 

 Ada satu contest tu suruh teka umur aunty ni berapa. Aku rasa umur aunty ni dalam lingkungan 50-60 kot. Sekali rupanya umur dia 70 tahun ok! Gila muda. Siapa dapat teka dengan betul dapat hadiah. Redmummy rasanya dapat teka dengan betul :D





Bergambar dengan akak FCC.  Rasa ketot pulak aku bila bergambar dengan akak yang tinggi lampai ni





Walaupun aku selalu tak bertuah kalau part-part lucky draw ni. Tapi haritu aku bertuah pulak. heeeee. Dapat hadiah ni. Dalam nya ada set body wash/body lotion. Wangi gila bau. Bau Lavender. Sipi je lagi nak dapat hadiah percutian dekat Private Island Terengganu. Tapi tak dapek den nak nolong eh




Sebahagian goodie bag yang aku dapat. Banyak lagi sebenarnya. Sebab adik dan ibu aku dah curi sikit yang lain-lain tu. Ni je yang dorang tinggalkan dekat aku. By the way, thanks Hi Shop! :)





Sekarang ni semua benda di hujung jari je kan? Nak beli lipstik ke, eyeshadow ke, bb cream ke tak payah susah-susah nak bazirkan duit minyak nak pergi mall. Masuk je web HiShop ni, membeli-belah lah engko di situ sepuasnya. Pulak-pulak sekarang ni Hi Shop ada promotion! Kalau beli barang-barang dekat web HiShop ni  dapat 20% discount tau! So mari lah membeli-belah di Hi Shop! :)



ok bye!

Selasa, 22 Januari 2013

Lilo Tonggek

Terima kasih kepada Anne kerana bermurah hati nak bagi seekor kucing parsi ni dekat aku. Kalau beli, mahu beribu riban jugak dekat luar. Nasib baik dapat free jer :D


Ibu aku ni lah yang sibuk nak seekor kucing parsi ni. Aku biasa je. Sebab aku akan main dengan kucing ni time dia wangi dan bersih je. Time dia baru lepas mandi bulu dah kering,baru aku rajin main dengan dia ni. Kalau time dia lepas berak, memang kirim salam ajalah aku nak pegang dan beramah mesra dengan dia ni.


Ouh nama kucing ni Lilo. Cara dia jalan macam Miranda Kerr dekat runaway Victoria Secret jahh. Miranda Kerr pon mahu menangis tengok cara Lilo ni berjalan.Very the Victoria Secret Model KATANYAAA UOLSSSS (baby AA sikit nok) Disebabkan itu aku panggil dia ni Lilo Tonggek. Sebab dia jalan cute tonggek-tonggek




Lilo Tonggek in the houseeee!



Dia ni suka nau main nyorok-nyorok masuk dalam plastik. Tak tahu kenapa



Disebabkan kasihan, asyik main dengan plastik je. Aku pon beli lah natang ribbon menyerupai ikan ni buat dia main-main mengisi masa lapang. Permainan mengong-mengong macam ni pon dah lapan hengget hokayyy.




Dah habis berjaya lah tu dapat tangkap ribbon bentuk ikan panjang




Habis digigit-gigit tali yang menggantungkan ikan ribbon itu


Tapi dia ni pemalas gak kadang-kadang. Bila dia dah dapat tangkap ribbon tu, saja lah acah-acah dia kasi ribbon tu lagi tinggi kan. Nak tengok sejauh mana kemampuan dia ni jugak.Nak suruh dia melompat terjun pulak ambil ribbon ala-ala Pandelela Rinong. Letak ribbon tinggi-tinggi nak suruh dia melompat mencampai ribbon, alih alih dia ......























































pura-pura tidur! 




Pemalas betul Lilo Tonggek ni. 
Suruh terjun melompat pon pemalas!
Hasrat nak jadikan kau Pandelela Rinong sudah berkubur dan tidak tercapai.






MISSION: FAIL






Kamis, 17 Januari 2013

Reunion Part 1

Assalamualaikum

hari ni merupakan hari berkumpul kengkawan STPM 2011 ... tapi bukan buat secara besar-besaran pun tapi sekadar kecil-kecilan jer ... sebab kawan yumi yang sorang ni dah nak balik berkhidmat untuk negara esok .. tu yang buat perjumpaan sikit tu ... dan benda ni pun tak dirancang pun sebenarnya ... tup tup dapat mesej ajak kuar ... so yumi pe lagi kan , nak join jugak sebab bukan senang nak jumpa kengkawan sekolah ni .. walaupun duduk dekat kadang-kadang tu nak nampak batang hidung pun payah ... ye la kan semua dah de kerjaya masing-masing , so masing - masing pun sibuk la kan ...

so , memandangkan kawan yumi ni dah cuti , dan kengkawan Universiti pun dah cuti , kami on jer la ... dan kalau nak diikutkan ramai lagi , tapi ada lagi yang tak abis exam lagi , so kacau sikit la , kalau tak lagi la meriah ... boleh buat kecoh macam selalu dalam kelas ... kan kengkawan ... 

mula - mula semua dok blur lagi nak pegi mana ... so asma (BFF) ni bagi la cadangan ajak pegi Manjung ... sebabnya semua dah jemu keluar Taiping , so destinasi kali ni kami holiday kat manjung jer ... tapi sebelum ke tempat yang dituju harus la ker tempat makan dulu kan isi tank biar penuh :'D baru best nak g bejalan mana-mana ...

 
eh , ape nie ??? ni la ayam penyet ... korang pernah makan tak ??? sedap tau ... hmm mula-mula dulu tak pernah pun makan ayam penyet ni ... tapi kawan yumi suggestkan  ayam penyet ni , so yumi pun try la makan ... sedap rupanya ... tu la sebelum ni yumi takut sikit nak try makanan yang bunyinya pelik - pelik sikit ni ... yela kan ayam penyet kot ..

tadi si azrar ni cakap " eh , ni ka ayam penyet ? tak penyet pun "
 si sazwan a.k.a ubi ni pulak jawab " ha tu nak penyet sangat meh sini aku pijak " bising satu restoran tu dibuatnya ... mampuih !!! (gara-gara ayam penyet) haha .. gila la korang ni .. mentang-mentang la lama tak jumpa merepek jer kejanya ... 


muka sebelum dapat makanan + lapar = senyum sokmo ... :'D sabor menunggu makanan yang dah diorder 
  fatimah , asmaiha , farhana 

 
azrar , sazwan a.k.a ubi dan faizol


tada ... muka semua dah kembali ceria lepas makanan sampai .. muka semua dah macam orang yang tak makan 3 hari .... haha .... penuh meja dengan makanan kami ... biasa la tu kan .. dah nama pun lapar so apa nak heran buat tak tau jer la ... janji kenyang ... eeerrrkkkk (alhamdulillah)


lapar tu lapar jugak , doa jangan lupa .. kalau makan sekali dengan syaitan ... nau'zubillah ... okey tadah tangan semua dan aminkan doa yang di baca supaya makanan yang kita makan tu diberkati ... amin amin amin .. tangan menadah mohon keberkatan tapi mata tu fokus tu tengok ayam penyet .. SERANG !!! huwah hahaha ...

ok ... semua dah kenyang yerk ... kemana lagi yang harus kita jelajah dan teroka ??? lepas dah habis soru kami pegi AEON jap ... pegi tengok - tengok kot -kot la ada benda yang berkenan dek hati kan .. so , boleh beli terus ... mula-mula nak main bowling , sekali tengok pengusaha tu cakap COMING SOON ... zzaaappp hancur terus harapan nak main bowling , tapi tak pe , kami pegi ronda-ronda jap kat dalam tu sambil tangkap gambar + solat zohor terus kat situ ... pergh .. memang cantik sey tempat dia .. toilet cantik , surau jangan nak cakap la kan tempat ibadat so lagi la cantik ... syabas AEON ... next time yumi datang lagi yer ... 


 lepas selesai solat zohor , semua berkumpul kat depan surau ... lepas tu ambik port masing - masing dan tangkap gambar ... tu la kerja kami hari ni .. duduk jap , snap gambar ... haha ... lama tak jumpa katanya ...


  
 feel GOOD today and keep smile ~


 yang ni kelakar ... 
 ye la mana tak kelakarnya ... park kereta kat lain cari kat lain ... dah tu masa nak bayar parking , kan guna mesin kan ... punya la semangat masukkan kat parking tu , pastu benda tu dok cakap "please insert your ticket" ... masuk tak boleh masuk tak boleh ... naik geram jugak kat mesin tu ... sampai sakit telinga la dok dengar mesin tu dok memekak kat situ ... rupa - rupanya parking tu tak yah bayar kalau parking kurang daripada 2 jam ... huh patut la pun ... buang masa jer berdiri lama-lama kat situ ... huh
 APA POWN TAK BOLEH ...


 sebelum masuk AEON pun sempat lagi bergambar .... haha ... TERBAIK LAAAAA ... so , kengkawan kalau nak g melancong mana-mana lagi tolong informkan awal-awal yer senang nak simpan $$$$ ... hehehe .. kalau banyak $$$ baru best nak shopping ... setuju ???





BERSAMBUNG ..........




Minggu, 13 Januari 2013

Peplum Lace , Palazzo Pants and Printed Blouse

Sesiapa yang tanya aku beli dekat mana peplum yang aku pakai dekat ENTRI INI. Haaa meh sini beli dekat aku. Kalau yang tanya tu, tak beli. Siappppp! huehuehue.


 Peplum ni aku suka. Sebab dia ada lace kat bahagian lengan. Selalunya peplum kan ada lace kat bahagian bawah tengkuk tu kan? Tapi kalau pakai tudung bukan nampak pon lace dekat tengkuk tu. So peplum ni lace ada dekat bahagian lengan. Nampak cantik lah sikit baju tu bila pakai.






PL1 (Turqoise) -SOLD OUT
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to L)
Not-transparent





PL2 (Mustard) - SOLD OUT
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to L)
Not-transparent






PL3 (Peach Beige)
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to L)
Not-transparent






PL4 (Orange) - SOLD OUT
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to L)
Not-transparent



PL5 (Hot Pink) SOLD OUT
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to L)
Not-transparent



PL6 (Royal Blue) - SOLD OUT
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to L)
Not-transparent


Dah beli peplum cantik-cantik. Pastu tak tahu nak padan dengan apa?? Haaa boleh padankan dengan palazzo pants! :)



Ni ada 5 idea macam mana nak pakai palazzo pants ni :)




PP1 (Brown) 
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra




PP2 (Blue) SOLD OUT
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra




PP3 (Grey) 
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra


PP4 (Coffee) SOLD OUT
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra


PP5 (Orange) 
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra


PP6 (Red) 
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra




PP7 (Black) SOLD OUT
RM50 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Material: Lycra


Ada sesiapa berminat dengan printed blouse?? :)








BB1 - SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent




BB2 -SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent








BB3 -SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent





BB4 - SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent






BB5 SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent




BB6 SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent


BB7 - SOLD OUT
RM40 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to M)
Material: Chiffon
Not-transparent



Berminat?? Harga semua dah include postage!

Please email to gathese@yahoo.com including your : 
Name
Address
No tel
Code item

First pay first serve. Tak boleh nak booking lama-lama sangat ok! :)