Kamis, 11 Oktober 2012

Resepi : Pavlova


Siapa pernah makan pavlova?? Aku tak ada lah selalu makan pavlova ni, tapi pernah lah makan dekat Serai dengan Delicious. Pavlova ni manis sangat. Tapi bagi aku, macaron lagi manis lah. Pavlova ni sangat tak sesuai dimakan oleh sesiapa yang mempunyai penyakit kencing manis. Haritu baru try buat pavlova. Aku mati-mati lah ingatkan susah sangat nak buat benda alah ni. Sebab kalau dekat luar, harga pavlova ni boleh tahan mencekik darah jugak lah untuk satu slice pavlova ni.


Tapi cara-cara nak buat pavlova ni senang gilaaaaaaaaa ok! Bahan-bahan pon sikit je dan senang je untuk cari.





Ok ni pavlova aku buat. Walaupun rupanya tak berapa nak senonoh tapi jangan pandang rendah ke atas rasa nya. ecehhh macam kan sedap nak meninggal sangat lah rasanya





Ok ni bahan-bahan nak buat "meringue" untuk pavlova ni:

4 biji putih telur (putih telur sahaja ok!)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla


Ok tu je bahan nak buat "meringue". Senang je kan bahan nya? 


AMARAN! (wahh siap ada amaran gituww) : Pastikan stand mixer or hand mixer kau tu bersih dari segala jenis macam habuk dan minyak. Supaya tak effect apa-apa dekat meringue tu nanti. Telur tu guna putih telur sahaja ok. Jangan ada secoet pon kuning telur yang masuk. Sebab nanti tak jadi "meringue", kau pulak yang mereng karang. kehkeh






Untuk topping:

1/2 cawan whipping cream



Masa aku buat ni aku guna 1 cawan whipping cream, tapi macam melimpah ruah sangat krim nya. So guna 1/2 cawan tu kira ok lah. Whipping cream ni boleh beli dekat kedai kek. Harga nya jauh lebih murah daripada dekat pasaraya. Aku suka gila whiiping cream brand atas ni sebab rasa dia macam ice cream. Kalau guna whipping cream brand atas ni, tak payah guna gula dah. Sebab dia dah manis. Tapi kalau guna whipping cream yang tawar tu, boleh tambah 1/2 cawan gula icing




Buah-buahan segar. Aku guna strawberi dengan kiwi je. Kalau boleh, biar lah buah yang masam-masam. Sebab rasa pavlova ni dah manis, kena counter balek dengan rasa masam lah dekat atas. Baru lah rasanya seimbang




Cara-cara nak buat pavlova:

First of all puan-puan dan tuan-tuan, pukul 4 biji putih telur guna stand mixer/hand mixer. Pukul sampai kembang dan berbuih-buih macam sabun nak mandi dalam bath tub :D




Masuk kan gula sedikit demi sedikit. Dah masuk sikit, pukulllll. Dah masuk sikit, pukullll lagi. Sampai lah habis gula tu



Pukul sampai "meringue" tu jadi putih berkilat macam gambar dekat atas ni haa. Kalau nak tahu dah jadi ke tak. Cuba tuang adunan ni letak atas kepala, kalau tak jatuh "meringue" tu kira jadik dah lah tu. Tonggengkan adunan je sudah kalau nak tahu dah jadi ke tak. Tapi kalau ada yang nak tonggengkan atas kepala pon bolehhhh jugak :D


Masuk tepung jagung,cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju-laju guna spatula. Jangan guna senduk kari pulak. Guna spatula




Ambil loyang letak baking paper. Buat bulatan atas baking paper tu, lepas tu terbalik kan kertas tu


Boleh letak "meringue" tu atas baking paper




Nampak tak bekas pensel tu? Aku punya bulat terbesar pulak aku lukis. So bulatan tu untuk ejas kan "meringue" aku tu jadi bulat lah dekat dalam tu


Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140C. Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)


AMARAN! ( Amaran lagi) : Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan





Pukul whipping cream tu bagi kental. Ambil spatula sapukan atas "meringue" tu.



Selepas di tacap tacap dengan whipping cream. Tengok! betapa tinggi nya whiiping cream aku. So kurangkan lah 1/2 cawan whipping cream. Sebab bila dah pukul dan kental tu. Whipping Cream nya kembang




Taburkan je buah-buah yang dipotong tadi. Masuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi heaven!


Rasa pavlova ni manis. Luar dia rasa macam crispy crunchy. Dekat dalam tu, lembut je rasa macam marshmallow.Tapi bila combine dengan whipping cream dengan buah strawberi/kiwi tu memang rasa nya superb lah! Manis vs masam.  Haaa boleh bayang tak rasa dia macam mana?






Letak je dekat meja makan. Habis licinnnnnnnnnn bila makan seisi keluarga. Esok nya buat lagi sebijik. Sekali sekala feeling feeling minah saleh sikit bila makan kek omputeh ni.


Selamat mencuba bagi sesiapa yang rasa nak cuba! :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar