Kamis, 25 Oktober 2012

Pernah tak terfikir macam mana kita masa tua tua bila tinggal gigi dua nanti??


Tiba tiba terfikir bila dah tua tua nanti hidup aku ni nanti macam mana.Biasalah perempuan ni kan selalu overthinking. Fikir kalau yang kehadapan tu, sangat tak agak-agak. Fikir  macam mana eh ghoman (rupa) aku nanti. Berapakah jumlah kedutan kedutan di muka dan mata nanti? Gigi tinggal berapa batang je yang masih berdiri dengan utuh nya nanti? Berapa orang cucu ada nanti? Berapa orang suami ada nanti? EH.



 Yang paling best, macam mana eh nak update entri nanti?? Phewww. Time muda pon nak update blog manjang tak ada idea je. Ini pulak dah tua gayut,nyanyuk pulak, internet pon tak tahu natang apa nanti. Ubat gigi poliden mungkin akan tahu. Itu pon kalau masih bernyawa lagi dekat dunia ni laaa. Kalau nyawa nyawa ikan bilis, tak dapek la den nak nolong ehhh.



Salah satu topik yang aku nak up nanti, mesti. "Cara cara untuk merendam gigi palsu dengan betul" atau "Cara cara mengunyah dan mencekik sirih dengan betul"


Fuihyoooo. Nenek urban gituuu. Umur nenek-nenek pon still blogging *Sambil tenyeh tenyeh sirih dekat gigi palsu*




Gambar semasa aku kecil masih menenen. Semangat ke tidokkk? Khabarnya suka melompat-lompat katak di kaki sesiapa sahaja yang mendukung aku ketika itu




Gambar semasa berumur tiga tahun setengah. Kelebaran pipi yang tidak dapat dibendung. Cousin aku si Nor di sebelah memang suka tidur bila bergambar




Gambar semasa di swimming pool. Saja tayang gigi .Masih seksi dan free hair ketika itu. auwww *sambil kibas rambut yang macam penyapu kejung*




Gambar semasa kurus. wahahahaha *tetiba*







Siapa dah lama baca blog aku ni, dah memang familiar dah dengan gambar-gambar dekat atas ni. Mesti nak tengok gambar aku time tua tua pulak macam mana bukan???






Please scrolll scrolll and rock n roll




=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


jangan putus asa. go Abang dol. go Abang dol. Hoyehhhhh~

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




(oh. Nama kau Abang Dol rupanya)










TADAAAAAAA!!!!!





----



Tak ada pon gambar time aku tua. Tak tangkap lagi. Tunggu la lapanpulohlapan tahun akan datang aku tangkap posing baikkkk punya tepi swimming pool tengah tenyeh sirih dekat anak tekak. Tu pon kalau masih bernafas di bumi ini laaa dan masih bertenaga gagah perkasa sebab minum tongkat ali orang kampung lapan tin setiap malam.




Dunia ini hanya pinjaman. Kecaplah apa apa yang kita nak sebelum ajal menanti dan buatlah bakti serta berbudi pekerti. Masa muda muda ye la asyik nak enjoyyyy je fikir. (Terasa tercabar dengan statement ajal menanti tu. Hehh. Zikrul Maut. )



Malang tidak berbau. Tak kesah la muda atau tua. Kalau dah bertemu ajal, datang lah jugak dia. EH Lain macam pulak rasa bila menaip entri ni. Sebenarnya tengah hujan lebat sekarang. Sambil menaip takut jugak kalau kena panah petir ni. By the way gadis cantik dan jejaka hensem sekalian, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Semoga pengorbanan kita semua diberkati Allah S.W.T.  Apa yang anda korbankan?





Aku cuma berharap lemak-lemak dan babat-babat yang setia di badan ini terkorban lah di hari yang mulia ini. Jom korbankan lemak kita sama-sama. kehkehkeh.




p/s: Tiada idea dan bosan. Terhasil lah entri yang meraban ini. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang . Makan lembu biarlah berpada-pada




Tidak ada komentar:

Posting Komentar