Selasa, 02 Oktober 2012

Lawak Ke Der 2

Hari Ahad lepas pergi kenduri kawen Huda dengan Ipin. Belah perempuan tak boleh nak datang. Datang lah belah lelaki. Mula-mula nak sampai pon sesat ni. Tapi nasib baik jumpa jugak jalan yang benar. Datang-datang terus makan, pengantin tak sampai lagi. Pastu tengah syok mengunyah dengar bunyi kompang bagai,sekali pengantin lalu depan mata.




 Tengok muka pengantin betul-betul. Eh apasal lain lak muka Huda dengan Ipin ni. Aku salah rumah ke apa. Dah lah tengah syok makan ni. Hadiah pon dah bagi dekat meja depan. Tak kan nak amek balek. Malu nyaa salah rumah. Sekali dekat belakang pengantin yang tidak dikenali tu, ada Huda dengan Ipin. Phewwwwwwwwww abang Ipin dengan Ipin kawen sekali rupanya. Kalau salah rumah, memang malu lahhh. Mahu sorok muka bawah meja makan pengantin






Selamat pengantin baru Ipin dan Huda. Cantikkk Huda hari tu :)



Tengok! Baru perasan memang 2 pasangan kawen sekaligus hari dan masa yang sama





Cilok gambar dari facebook Huda.Sebab gambar ni sweet.  To Huda and Ipin : "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan” :)



Lepas tu rasa macam nak tengok Lawak Ke Der 2 lah pulakkk. Tapi tiket tak beli lagi. Online guna fon usha tiket. Tapi leceh lah pulak nak beli tiket online ni. Redah je lah pergi Istana Budaya terus. Kalau ada, ada lah tiket, kalau tak, redha je lah. Datang-datang sekali ada lagi tiket. Mula-mula nak duduk bawah,tapi akak kaunter suggest baik duduk tingkat 2, lagi terang dan jelas. Tak kesah lah mana-mana janji dok tengah. 


Show 8.30pm. Tapi ada show pukul 3 jugak rasanya. Lepas beli tiket sekali nampak Johan tengah mekap.




Eh Johan!


Disebab kan dia tengah mekap, tangkap gambar Johan dari luar je lah. Nasib baik Johan sporting. Tunjuk tiket dekat dia, nampak sikit lah macam support habis ni. kehkeh Pastu terus dia sengih dan pose! :D





Tak dapat bergambar dengan JOZAN. Dengan banner pon jadik lahhhh


Pakaian menjolok mata dan mendarahkan hidung tidak dibenarkan. Jeans koyak pon tak boleh pakai. Tapi kalau seluar kecik dalam jeans yang koyak berlobang lobang nak pakai, tak apa kot sebab tak ada siapa yang tahu dan nampak




 Setiap penjuru Istana Budaya nak tangkap gambar. Rasa diri ini macam pelancong dari Nigeria lah pulak.




Dalam Istana Budaya. Rasa macam berseni pulak tangan aku tangkap gambar ni. Ni kalau letak dekat muzium galeri seni ni,mesti berjam-jam orang telek. orang ingat macam banyak sangat lah maksud tersirat dalam gambar ni. Padahal maksud tersirat yang nak disampaikan dalam gambar ini adalah tukang ambil gambar tangan parkinson.




View dari seat kitorang. Best jugak duduk atas ni. Nasib baik tak beli tiket duduk bawah dekat tepi-tepi tu. Macam tak best je duduk bawah pastu tiket lagi mahal pulak tu



Overall, puas hati jugak lah tengok Lawak Ke Der 2 ni. Orang sebelah aku tah siapa tah tak kenal pulak. Gelak berdekah-dekah sampai nak terkeluar anak tekak aku tengok. Gelak sambil hentak-hentak kaki pulak tu. Bergegar-gegar seat aku. Kemain over dia gelak. Rasa macam nak pelempang sampai tertanggal bibir dia pon ada gak,tapi anak orang kan lagipon dia bayar tiket. Biar lah dia gelak sakan. Dah tengok pon show lawak,wajib lah kena gelak sakan ye dak? Tak kan kena menangis meraung raung pulak






Lawak Harith Iskandar superb! Terkena batang hidung sendiri. Opening masa Nabil menari Oppa Gangnam Style pon lawak. Jozan tak payah cakap lah, memang gelak sampai rabak mulut.Part betulkan tudung sambil buat muka mintak kaki tu paling tak boleh blah.Memang nganjing kuasa lapanplohnam tu. HAHA. Part Jozan paling best lah, asyik gelak tak berhenti. .Boboi agak kurenggg sikit bagi aku. Tak tahu lah apa pasal. But overall puas hati lah tengok






Siapa nak tengok, pergi lah tengok. Tapi malam ni kot last show. 28 Sept- 3 Oct je show nya. Ok tu je nak cerita. Bye!



p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blopgspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat nuffnangX. Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar