Rabu, 31 Oktober 2012

Buah-buahan yang cute! :)

Kagum habis ni

Tak sedar diri




Tembikai yang tak sengaja mencederakan diri nya lalu berdarah. Padahalll




Akibat ketagih dengan bubble tea, perut betik pon penuh dengan buble tea jugekkk 





Kemain anak beranak pisang ni. Berangan ada almari dan baju sendirik







Gigih strawberi pakai mask nak kecik kan pores dan mendambakan kulit licin bak tomato






Bukan kata tomato je yang confused. Aku pon kadang-kadang confused tomato ni dari kelompok mana. Buah-buahan ke sayur-sayuran?





Kau tonyoh dan sembur lah perfume banyak mana pon durian oiii kau tetap berbau kuat. Tapi tak apa, walaupun bau mu begitu mengundang tetapi begitu ramai yang menggilakan isi kau sampai manusia normal pon boleh jadi hantu.






HANTU DURIAN = Kuat mencekik durian







Btw, buah-buahan di atas semuanya comel. Rasa macam nak lempang-lempang je depa ni sebab comel sangat impian masing-masing. Redha je lah dengan kejadian masing-masing ok!! kehkeh :D



Senin, 29 Oktober 2012

Apa hala tuju anda bila sudah penat berhempas pulas belajar?


Student ni kalau habis belajar je mesti berangan nak dapat kerja yang best-best. Gila engkoo belajar penat-penat setiap malam bersengkang mata (tegak kan batang mancis masuk dalam anak mata bagi mata tegak), tertiarap mengadap buku tengah malam atas katil, study bagai nak rak tapi tak nak dapat kerja best??? Biar benar?

Tu kalau rajin nak ngadap buku bersengkang mata, bagi student yang malas sikit tu? Setiap malam,rebus je nota dalam periuk. Air rebusan tu, minum sebanyak 3 kali teguk. Tak pun, gantung nota kat lampu stadium universiti masing-masing. Nanti cahaya lampu tu menyuluhkan ilmu.wahhhh  Confirm tak dapat  4 FLAT. 4 KONDIMINIUM pon insyaAllah tak dapat


Ok serius sikit, sekarang ni ramai graduan tanam anggur (menganggur). Antara alasan yang selalu kita dengar


@Tak ada kemahiran
@Lemah Bahasa Inggeris
@Kursus tak sesuai dengan kehendak pasaran
@Lemah komunikasi
@Terlampau memilih pekerjaan

dan lain-lain

Ke sebab IPTA/IPTS tu main beranak jer. Tapi lepas tu biar "anak-anak" nya lari bertempiaran ikut suka nak pergi mana?? Graduan yang terlampau memilih kerja atau kerja yang terlampau memilih calon?? Dah study penat-penat mesti nak ada kerja untuk mencari sesuap nasi kan? Ok sesuap nasi tak lah kenyang, nak jugak cari sebungkus kuey teow tomyam, seplastik air ribena laici, sepinggan nasi beriyani gam dan lain lain. (Amboi selera jin)



Apa-apa bidang yg hendak diceburi oleh para graduan,kenalah dengan kualiti yang graduan tu ada sendiri dan di ukur pada pasaran semasa.Peluang kerja memang banyak tapi kena pandai ambik perhatian sepatutnya. Sesiapa yang masih lagi dalam dilema tak tahu nak kerja apa lepas graduate. Haa memang dialu-alukan sangat pergi ke Sector Focused Career Fair ni





Catit dalam kalendar masing-masing  20 & 21 November 2012,! Ramai-ramai serbu MMU, Cyberjaya ok!

Jalan mudah nak ke MMU Cyberjaya



Perkhidmatan Teksi di Cyberjaya (Budjet Taxi, Executive Taxi and limo) 

Tel: +03-8888 4000 (Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya Berhad)
Tel: +6012-251 7515 (Executive Taxi Service)
Tel: +6013-665 5065



Banyak benefit yang korang dapat pergi fair ni. Berpeluang untuk explore kerjaya dan internship dengan syarikat-syarikat besar dalam sektor Engineering. Ada sesi ceramah dan sharing sessions dengan experts jugak tau!

List of participating companies:

Biotechnology
1. Chemical Company Malaysia (http://www.ccmberhad.com/)
2. Infovalley (http://infovalley.net.my/)

Electrical & Electronic
1. Agilent (http://www.agilent.com.my/)
2. Altera Technologies
3. Clarion (http://www.clarion.com/my/)
4. Dyson (http://www.dyson.my/)
5. Intel (http://www.intel.my/)
6. Motorola Solutions
7. National Instruments (NI) Malaysia (http://malaysia.ni.com/)
8. OSRAM (http://www.osram.com.my/)
9. Silterra (http://www.silterra.com/)

IT
1. Cisco (http://www.cisco.com/web/MY)
2. DELL Global Business Center Malaysia (http://www.dell.com.my/)
3. e-Centric Innovations
4. HuaWei Technologies (http://www.huawei.com/my/)
5. iA Group (http://www.theiagroup.com/)
6. IBM (http://www.ibm.com/my)
7. Info Trek (http://www.info-trek.com/)
8. Inspedia
9. KRU Studios (http://www.krustudios.com/)
10. MMODE (http://www.mmode.com.my/)
11. VADS (http://www.vads.com/)

Oil & Gas
1. Exxonmobil (http://www.exxonmobil.com.my/)
2. Halliburton
3. MMC Oil & Gas (http://www.mmcog.com/)
4. Muhibbah Engineering (http://www.muhibbah.com/)
5. Schlumberger
6. Shell (http://www.shell.com.my/)
7. Technip
8. UMW Oil & Gas (http://www.umw.com.my/)

Telecommunication
1. Celcom (http://www.celcom.com.my/)
2. Maxis (http://www.maxis.com.my/)
3. Samsung (http://www.samsung.com/my/)
4. Telekom Malaysia (TM) (http://www.tm.com.my/)


Untuk maklumat yang lebih lanjut. KLIK SINI

Final Year students dan fresh graduates memang sangat dialu-alukan datang pameran ni
Jangan lupa datang sini bawak resume (hardcopy and softcopy). Sebab ada peluang to be interviewed on the spot! Tapi kalau boleh buat homework lah sikit pasal syarikat yang ambil bahagian tu sebelum datang fair ni ok. Mana tahu datang fair ni, ada rezeki nak dapat kerja best! Good Luck! :)

Sabtu, 27 Oktober 2012

SUKIPT 2012


Assalamualaikum semua 

regang-regangkan otot jari anda serta tulang belakang anda yang dah lama berehat daripada menaip ... 
prap prap tulang yumi meletup (bukan kena bom okey) ^_^  okey first of all yumi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang menyambutnya pada 
26 oktober 2012 bersamaan hari JUMAAT iaitu penghulu segala hari ... kepada sesiapa yang tak dapat balik kampung tu jangan bersedih yerk .. nanti ada cuti SEM korang semua boleh balik tapi kena beli tiket awal la yerk .. kalau tak dok KOLEJ la jawabnya yerk .. ^_^

yumi sebenarnya balik kampung jugak tapi sekejap jer .. balik kampung hari khamis pastu sabtu balik UM balik sebab ada program SUKIPT ... korang yang dok IPT mesti tau kan SUKIPT tu apa ... okey bagi yang tak tau meh sini yumi nak bagi tau ... okey SUKIPT ni sebenarnya SUKAN IPT = SUKIPT 
sukan ni dianjurkan oleh KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) ... so sukan ni boleh disertai oleh semua jenis IPT sama ada IPTA , IPTS , KOLEJ mahupun POLITEKNIK ... pokoknya semua boleh join la senang citer ... tapi apa kena mengena ngan yumi kan ... ok actually yumi terlibat dengan SUKIPT ni sebagai sukarelawan ... bukan join sukan ni okey .. erm kalau difikir-fikir yumi tak tau nak join sukan apa ... nak berenang hurm kompom tenggelam  , nak main bola jaring memang tak la , yang main tu bapak punya tinggi .. kalau yumi main mau jadi macam karton kat dalam tu ... haha .. baik tak payah .. so yumi just jadi sukarelawan untuk bola jaring cukup la nak main memang dah tak layak dah .. ^_^





SUKIPT ni bermula dari 28 october hingga 11 nov 2012 tapi yumi cuma terlibat untuk game bola jaring pada tarikh 
28 oktober hingga 4 nov 2012 jer kat UPM khas untuk bola jaring jer tau .. untuk sukan lain tak ambik tau sebab yumi tak terlibat ...




so kepada korang yang terlibat selamat berjaya okey ... ^_^ 
kalau menang jangan malu jangan segan yerk boleh call yumi untuk share hadiah yang korang dapat tu .... haha



 "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


bubui

thanks for reading ^_^

sarangae (LOVE)



Kamis, 25 Oktober 2012

Pernah tak terfikir macam mana kita masa tua tua bila tinggal gigi dua nanti??


Tiba tiba terfikir bila dah tua tua nanti hidup aku ni nanti macam mana.Biasalah perempuan ni kan selalu overthinking. Fikir kalau yang kehadapan tu, sangat tak agak-agak. Fikir  macam mana eh ghoman (rupa) aku nanti. Berapakah jumlah kedutan kedutan di muka dan mata nanti? Gigi tinggal berapa batang je yang masih berdiri dengan utuh nya nanti? Berapa orang cucu ada nanti? Berapa orang suami ada nanti? EH.



 Yang paling best, macam mana eh nak update entri nanti?? Phewww. Time muda pon nak update blog manjang tak ada idea je. Ini pulak dah tua gayut,nyanyuk pulak, internet pon tak tahu natang apa nanti. Ubat gigi poliden mungkin akan tahu. Itu pon kalau masih bernyawa lagi dekat dunia ni laaa. Kalau nyawa nyawa ikan bilis, tak dapek la den nak nolong ehhh.



Salah satu topik yang aku nak up nanti, mesti. "Cara cara untuk merendam gigi palsu dengan betul" atau "Cara cara mengunyah dan mencekik sirih dengan betul"


Fuihyoooo. Nenek urban gituuu. Umur nenek-nenek pon still blogging *Sambil tenyeh tenyeh sirih dekat gigi palsu*




Gambar semasa aku kecil masih menenen. Semangat ke tidokkk? Khabarnya suka melompat-lompat katak di kaki sesiapa sahaja yang mendukung aku ketika itu




Gambar semasa berumur tiga tahun setengah. Kelebaran pipi yang tidak dapat dibendung. Cousin aku si Nor di sebelah memang suka tidur bila bergambar




Gambar semasa di swimming pool. Saja tayang gigi .Masih seksi dan free hair ketika itu. auwww *sambil kibas rambut yang macam penyapu kejung*




Gambar semasa kurus. wahahahaha *tetiba*







Siapa dah lama baca blog aku ni, dah memang familiar dah dengan gambar-gambar dekat atas ni. Mesti nak tengok gambar aku time tua tua pulak macam mana bukan???






Please scrolll scrolll and rock n roll




=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


jangan putus asa. go Abang dol. go Abang dol. Hoyehhhhh~

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




(oh. Nama kau Abang Dol rupanya)










TADAAAAAAA!!!!!





----



Tak ada pon gambar time aku tua. Tak tangkap lagi. Tunggu la lapanpulohlapan tahun akan datang aku tangkap posing baikkkk punya tepi swimming pool tengah tenyeh sirih dekat anak tekak. Tu pon kalau masih bernafas di bumi ini laaa dan masih bertenaga gagah perkasa sebab minum tongkat ali orang kampung lapan tin setiap malam.




Dunia ini hanya pinjaman. Kecaplah apa apa yang kita nak sebelum ajal menanti dan buatlah bakti serta berbudi pekerti. Masa muda muda ye la asyik nak enjoyyyy je fikir. (Terasa tercabar dengan statement ajal menanti tu. Hehh. Zikrul Maut. )



Malang tidak berbau. Tak kesah la muda atau tua. Kalau dah bertemu ajal, datang lah jugak dia. EH Lain macam pulak rasa bila menaip entri ni. Sebenarnya tengah hujan lebat sekarang. Sambil menaip takut jugak kalau kena panah petir ni. By the way gadis cantik dan jejaka hensem sekalian, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Semoga pengorbanan kita semua diberkati Allah S.W.T.  Apa yang anda korbankan?





Aku cuma berharap lemak-lemak dan babat-babat yang setia di badan ini terkorban lah di hari yang mulia ini. Jom korbankan lemak kita sama-sama. kehkehkeh.




p/s: Tiada idea dan bosan. Terhasil lah entri yang meraban ini. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang . Makan lembu biarlah berpada-pada




Sabtu, 20 Oktober 2012

Aku Terima Nikahnya dan Sinister

Haritu layan 2 movie ni. Jarang nak pergi wayang tengok cerita melayu. Sebab selalu dapat tengok premiere screening. Tapi cerita ni tak dapat tengok premiere, so layan je ahh



Aku terima nikahnya. Jalan cerita ada lah sesikit macam cerita omputeh The Vow tu. Yang The Vow tu bini nya hilang ingatan. Aku Terima Nikahnya ni pulak laki nya yang hilang ingatan Masa tengok Aku Terima Nikahnya ni tak ada lah rasa nak menangis. Tapi bila tengok The Vow tu, di saat Channing Tatum mengalirkan air mata, aku pon dok kalut jugak mengalirkan air mata dan air hidung juga. Yang The Vow tu memang sedih ah. Mungkin sebab lontaran dialog dalam cerita ini begitu jiwang,lagi-lagi part Adi Putra.Sebab dialog dalam cerita ni tak macam cara kita cakap dekat real life. So tak dapat nak feeling sangat





Tapi brader sebelah aku,muka gangster, pakai rantai dekat leher dan gelang silver dekat pergelangan tangan. Tapi dalam hati ada taman wooo. Dia nangis beriya siap sapu dua-dua mata dengan tapak tangan.Pastu lap saki baki air mata dengan baju lagi. Aku pon rasa macam bersalah tak nangis ni, brader muka gangster pon boleh nangis beriya,aku boleh selamba dekkk je. aku ni tak ada perasaan ke hape ni?





 Tapi dalam cerita ni Nora Danish nampak cute dan cantik sekali. Cuma suara dia je macam teletubbies sikit :D


Ok cerita Sinister ni memang aku tunggu ah.Sebab tengok trailer macam gempak je. Aku memang suka tengok cerita macam ni dekat wayang. Tengok dekat laptop or tv feeling dia tak best sangat. Pastu tengok poster pulak producer yang sama buat cerita Paranormal Activity dengan Insidious. Harus tengok!



Cerita ni seram jugak lah. Banyak part terkejut-kejut. Sound effect dia tak boleh nak lagi memekak lah pulak kan. Pulak-pulak time anak dia masuk dalam kotak tu. Aduhh menjerit punya kuat. Cerita-cerita macam ni, selalunya apa yang kita jangka tu mesti tak jadi. Mula-mula tu macam-macam lah aku rasa. Aku rasa bini dia tu sebenarnya Stephanie budak yang hilang tu lah. Polis yang tua tu yang jahat lah. Rupa-rupanyaaaaaaaaaaaa




Haaa tengok sendiri




Cuma pendapat aku, Sinister dengan Insidious. Insidious lagi best lah! Insidious ni at least aku boleh terima jugak lah kenapa budak ni jadi macam ni pada ending cerita nya. Yang Sinister ni bagi aku macam merepek sikit lah. But boleh lah lagi nak layan untuk terkejut-terkejut kan diri sendiri dalam panggung. Tapi part ending Sinister paling haremmm sekali. Terkejut aku, ada lah ter menjerit sikit. Tapi sikit je ah. kihkih



ok bye!

Minggu, 14 Oktober 2012

My Classmate ... Nak Kenal Tak ?

 Assalamualaikum 

and a very very very good morning readers ... pukul 7.38am  kot tetiba plak nak up date blog ... haha ... pastu dok best dengar HOT FM ... okey tajuk hari ni HARI YANG KORANG NAK WUJUDKAN SEDUNIA ... paham tak ??? okey okey contohnya hari KANAK - KANAK SEDUNIA la .. kan semua sambut tu ...  betul tak ?

okey tinggal kejab bab tu .. this entry yumi nak kenalkan korang dengan kengkawan baru yumi sepanjang yumi study kat sini .. walaupum baru jer study sebulan lebih tapi yumi dah ada ramai kawan tau ... ^_^ 
ala tapi biasa la kan bila dah study sesekali ubah angin gak cari kawan baru .. betul tak ... okey fine 


gambar ni diambil lepas kami dah habis buat presentation ... waktu ni kan semua orang tengah SMART so semua pun ape lagi kelam - kabut la nak tangkap gambar bagai .. termasuk la yumi .. haha .. cameraholics la katakan .. ^_^  by the way yumi nak bagi tau kalau korang tak kenal yumi yang mana satu (bajet fofular) korang tengok awek yang pakai kemeja oren tu hah ... nah ambik kau terang mak ... haha 
tapi yang ni la kengkawan yumi ... Insya-ALLAH akan kekal sampai kami habis study dah bila semua dah gradute kami still together lagi ... 


 gambar yang diedit oleh LELA ... rajin sungguh dia ni .. haha ... ^_^


ni YUMI, LELA dan FAHMI (bola) kenapa panggil fahmi bola ... nah tu nama baru kami kat dia ... sebabnya dia main bola sepak la .. kebetulan dalam kelas ada dua orang nama FAHMI kan ....



ni lagi kawan YUMI


lagi dan lagi 

sebenarnya kelas kami bahagi dua ... management dan exercise ... so yang gambar -gambar kat atas ni semua bebudak management la ... agak ramai jugak la ... kalau nak kenalkan semua mau lengguh jari den ...  

thanks for reading ^_^

motip : bila gambar banyak idea nak menulis sepatutnya banyak TAPI disebabkan tulis pagi2 ni akal fikiran tak centre ... hanya nampak KATIL jer ... zzzZZZZ

sarangae(LOVE)


Sabtu, 13 Oktober 2012

Kaftan Blouse , Palazzo Pants and Skirt

Dulu aku tak suka pakai kaftan blouse sebab rasa macam nampak gemuk pulak bila pakai. Tapi bila dah pakai, rasa macam best pulak sebab nampak kurus! HAHA Aku je lah yang feeling-feeling kurus walaupun nan hadoo je lah. Best pakai kaftan blouse ni sebab blouse ni tak kan menampak kan lemak-lemak kita yang tersentil di mana-mana. Dan sangat selesa nak bergerak ke mana-mana, tak panas.





 Disebab kan aku suka pakai kaftan blouse ni, so nak share lah kesukaan aku ni dengan orang ramai.Kalau nak pakai, sila pakai dengan inner shirt sekali ok!  Usha-usha meh dan beli lah sekali hehe




KB1 (Kaftan Blouse - Black)
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to XL)
Material: Chiffon





KB2 (Kaftan Blouse - Blue) - SOLD OUT
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to XL)
Material: Chiffon



KB3 (Kaftan Blouse - Peach)
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to XL)
Material: Chiffon



KB4 (Kaftan Blouse - Brown)
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to XL)
Material: Chiffon





KB5 (Kaftan Blouse - Pink)
RM70 FREE POSTAGE
Size: Free size ( Fit S to XL)
Material: Chiffon





Disebab kan sekarang jarang pakai jeans, selalu pakai palazzo dengan skirt je. So nak jual palazzo dengan skirt jugak lah :D






PZ1 (Palazzo Pants - Mustard) - SOLD OUT
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Elastane




PZ2 (Palazzo Pants - Orange) SOLD OUT
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Elastane




PZ3 (Palazzo Pants - Black) - SOLD OUT
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Elastane




PZ4 (Printed Palazzo Pants - Turqoise Clock) SOLD OUT
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Polyester





PZ5 (Printed Palazzo Pants - Chain) - SOLD OUT
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Polyester



ST1 (Skirt - Yellow Chain)
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Polyester



ST2 (Skirt - Pink Clock)
RM60 FREE POSTAGE
Free size (Fit S to L)
Length: 102cm, stretch up to (waist: 33")
Material: Polyester



Kalau rasa berkenan dan nak membeli-belah boleh emel kepada gathese@yahoo.com . Jangan komen dekat entri ni pulak. Emel terus ok! :)





Kamis, 11 Oktober 2012

Resepi : Pavlova


Siapa pernah makan pavlova?? Aku tak ada lah selalu makan pavlova ni, tapi pernah lah makan dekat Serai dengan Delicious. Pavlova ni manis sangat. Tapi bagi aku, macaron lagi manis lah. Pavlova ni sangat tak sesuai dimakan oleh sesiapa yang mempunyai penyakit kencing manis. Haritu baru try buat pavlova. Aku mati-mati lah ingatkan susah sangat nak buat benda alah ni. Sebab kalau dekat luar, harga pavlova ni boleh tahan mencekik darah jugak lah untuk satu slice pavlova ni.


Tapi cara-cara nak buat pavlova ni senang gilaaaaaaaaa ok! Bahan-bahan pon sikit je dan senang je untuk cari.





Ok ni pavlova aku buat. Walaupun rupanya tak berapa nak senonoh tapi jangan pandang rendah ke atas rasa nya. ecehhh macam kan sedap nak meninggal sangat lah rasanya





Ok ni bahan-bahan nak buat "meringue" untuk pavlova ni:

4 biji putih telur (putih telur sahaja ok!)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla


Ok tu je bahan nak buat "meringue". Senang je kan bahan nya? 


AMARAN! (wahh siap ada amaran gituww) : Pastikan stand mixer or hand mixer kau tu bersih dari segala jenis macam habuk dan minyak. Supaya tak effect apa-apa dekat meringue tu nanti. Telur tu guna putih telur sahaja ok. Jangan ada secoet pon kuning telur yang masuk. Sebab nanti tak jadi "meringue", kau pulak yang mereng karang. kehkeh






Untuk topping:

1/2 cawan whipping cream



Masa aku buat ni aku guna 1 cawan whipping cream, tapi macam melimpah ruah sangat krim nya. So guna 1/2 cawan tu kira ok lah. Whipping cream ni boleh beli dekat kedai kek. Harga nya jauh lebih murah daripada dekat pasaraya. Aku suka gila whiiping cream brand atas ni sebab rasa dia macam ice cream. Kalau guna whipping cream brand atas ni, tak payah guna gula dah. Sebab dia dah manis. Tapi kalau guna whipping cream yang tawar tu, boleh tambah 1/2 cawan gula icing




Buah-buahan segar. Aku guna strawberi dengan kiwi je. Kalau boleh, biar lah buah yang masam-masam. Sebab rasa pavlova ni dah manis, kena counter balek dengan rasa masam lah dekat atas. Baru lah rasanya seimbang




Cara-cara nak buat pavlova:

First of all puan-puan dan tuan-tuan, pukul 4 biji putih telur guna stand mixer/hand mixer. Pukul sampai kembang dan berbuih-buih macam sabun nak mandi dalam bath tub :D




Masuk kan gula sedikit demi sedikit. Dah masuk sikit, pukulllll. Dah masuk sikit, pukullll lagi. Sampai lah habis gula tu



Pukul sampai "meringue" tu jadi putih berkilat macam gambar dekat atas ni haa. Kalau nak tahu dah jadi ke tak. Cuba tuang adunan ni letak atas kepala, kalau tak jatuh "meringue" tu kira jadik dah lah tu. Tonggengkan adunan je sudah kalau nak tahu dah jadi ke tak. Tapi kalau ada yang nak tonggengkan atas kepala pon bolehhhh jugak :D


Masuk tepung jagung,cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju-laju guna spatula. Jangan guna senduk kari pulak. Guna spatula




Ambil loyang letak baking paper. Buat bulatan atas baking paper tu, lepas tu terbalik kan kertas tu


Boleh letak "meringue" tu atas baking paper




Nampak tak bekas pensel tu? Aku punya bulat terbesar pulak aku lukis. So bulatan tu untuk ejas kan "meringue" aku tu jadi bulat lah dekat dalam tu


Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140C. Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)


AMARAN! ( Amaran lagi) : Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan





Pukul whipping cream tu bagi kental. Ambil spatula sapukan atas "meringue" tu.



Selepas di tacap tacap dengan whipping cream. Tengok! betapa tinggi nya whiiping cream aku. So kurangkan lah 1/2 cawan whipping cream. Sebab bila dah pukul dan kental tu. Whipping Cream nya kembang




Taburkan je buah-buah yang dipotong tadi. Masuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi heaven!


Rasa pavlova ni manis. Luar dia rasa macam crispy crunchy. Dekat dalam tu, lembut je rasa macam marshmallow.Tapi bila combine dengan whipping cream dengan buah strawberi/kiwi tu memang rasa nya superb lah! Manis vs masam.  Haaa boleh bayang tak rasa dia macam mana?






Letak je dekat meja makan. Habis licinnnnnnnnnn bila makan seisi keluarga. Esok nya buat lagi sebijik. Sekali sekala feeling feeling minah saleh sikit bila makan kek omputeh ni.


Selamat mencuba bagi sesiapa yang rasa nak cuba! :)