Minggu, 28 April 2013

Comelnya Song Ji Hyo pakai tudung !!

Semalam pergi Setia Alam City Mall. Dah lama sebenarnya tak jejak kaki dekat sini. Dulu-dulu kalau pergi, tenang je. Orang pon tak ramai.Boleh berlari lah dalam mall tu kalau nak. Sekarang ni mak aihhhhh hazabedah punya ramai umat manusia dalam mall ni. Usha wayang pon ramai gila beratur sampai ke escalator. Tengok cerita yang keluar minggu ni dekat wayang pon semua dah tengok. So jadi bosan tak tahu nak buat apa. Pergi lah Setia Alam Convention Centre.


Sekali ada wedding fair pulak dalam tu. Belasah je lah. Usha je lah apa yang ada dalam tu. Banyak lah promotion untuk sesiapa nak kawen dalam tu. Kutip je segala tok nenek flyer dalam tu. Pastu nampak satu tempat ni macam menarik. Macam memanggil-manggil je untuk datang situ. Ingatkan tak boleh masuk. Tapi guard tu kata boleh je masuk. Aku dengan partner pon apa lagi. Kita seranggg



Comel kasut tumit tinggi. Ni boleh makan. Tapi kasut tu manis sangat. Makan isi dalam tu je. Sedap jugak



Ini comel! Mula-mula ingatkan donat. Tapi rupanya cream puff. Isi dekat dalam cream puff tu mengikut warna apa yang dekat atas tu. Warna pink je yang aku rasa, isi dalam nya strawberry. Sedap nak meninggal!




Macaroon! Ni kalau nak beli mahal ni. Sedap lah jugak. Tapi tak boleh nak makan banyak karang pening kepala. Elok-elok je sihat, karang dapat penyakit kencing manis pulak. Tapi not bad lah. Semua benda dalam ni dah lah comel-comel. Sedap pulak tu. Memang khas untuk sesiapa nak buat candy booth time wedding.





Tetiba bibir Mak Jemah disengat tebuan hokayyyy. Banyak makan manis, tebuang pon serang



Pastu bosan, dah tak tahu nak buat apa. Sekali tengok ramai pulak orang lepak-lepak dekat padang rumput tu. Ada yang main layang-layang lah,main kejar-kejar lah. Tetiba muncul satu idea nak berkelah dekat situ.



Acah-acah berkelah. Terus beli sushi. Makan sambil menikmati keindahan alam.





Bajet power ambil gambar. Signboard sebesar nametag.


Oops I did it again.



Gambar-gambar macam biasa. Ada yang dah upload dekat instagram
 ( instagram.com/cikepal06 ) aku yang sendu tu dulu.






Berkenaan dengan tajuk di atas. Sebenarnya benda ni lah aku nak cerita. Atas ni semua mukadimah je. Siapa peminat Running Man mesti kenal dengan Song Ji Hyo ni. Comel gila Song Ji Hyo pakai tudung. Muka sesuci lebaran sangat. Alololololo mong ji mong ji galy galy



Tak pernah-pernah layan movie korea dekat wayang. Boleh pulak sangkut tengok cerita Jackal ni dekat wayang haritu. Lama dah tengok, sekarang tak main dah kot cerita ni. Pergi lah download saja. Best jugak lah cerita ni. Boleh lah nak layan tapi tak ada lah best nak meninggal sangat. Dalam cerita ni Song Ji Hyo jadi spy. Song Ji Hyo dan spy memang tidak dapat dipisahkan.



Sebenarnya tu je aku nak cerita pasal Song Ji Hyo.Nak cerita pasal Song Ji Hyo pakai tudung tu sebab rasa dia macam comel sangat kalau betul pakai tudung.  Cerita pasal Song Ji Hyo  nya secoet je. Benda lain yang merepek tah pape yang banyak. Hazabedah jugak aku ni kadang-kadang. Ok tu je lah.




bye!

Sabtu, 27 April 2013

Perfect bersama Safi Balqis


Assalamualaikum 

okey , hari ni yumi nak berstory mory dengan uuooolllsss tentang bestnya pakai produk SAFI BALQIS PERFECT 10 ni hah ... korang mesti tau kan dan mustahil bagi kirang yang tak tahu langsung bab-bab kecantikkan ni terutamanya kaum hawa (kaum adam pun apa kurangnya :'D)

yumi dah pakai safi ni tak de lama sangat ... dalam 2 tahun setengah macam tu la , itu pun kawan yang recommendkan kalau tak haram nak cuba. first time tu agak was-was la kan sebab yumi tak pernah pun guna produk safi ni . lagi pun dulu kan keluaran dia dari segi pembungkusan dia tu yumi tak berapa nak berkenan sangat bukan sebab tak cantik tapi ntah la tak tau nak cakap macam mana. ^_^ ni yumi cerita berdasarkan pengalaman yer bukan sekadar nak kelentong jer (bukan dapat apa-apa manfaat pun) TAPI tapi tapi , sekarang ni pembungkusan dia dah cantik dah. yumi suka tengok dan suka pakai ... tapi kena ingat jugak tak semua produk yang dok buat iklan kat TV tu semuanya serasi dengan kulit korang. macam yumi sendiri pun, mungkin kulit muka yumi dah serasi dengan safi so bila tukar ke produk lain kulit jadi merah macam nak mengelupas pun ada jugak. pedih wei .... tu la mula-mula tu gatal nak cuba yang baru , suka mencuba la katakan tapi kesudahannya , nahhhhh hambek kau !!! PENGAJARANNYA ialah api masa jangan dok nak cuba benda baru yang berkaitan dengan kulit sebab kadang-kadang kulit kita ni mudah sensetif.

okey next story. semalam masa pergi jalan-jalan kat SEMUA HOUSE terniat la nak pergi WATSON tapi niat nya nak cari benda lain tapi masalahnya benda lain yang yumi jumpa ... ccciissss apa pun tak boleh daaa... nak au tak apa yang yumi jumpa ??? 

jeng jeng jeng

...

...

...

...

...



memperkenalkan produk terbaru keluaran SAFI BALQIS PERFECT 10 ... hah pernah tak jumpa jenis produk ni ??? kalau tak silap akak yang dok buat promotion tu cakap produk ni baru jer keluar dan cepat kehabisan stok sebab barang tengah HOT la katakan , so semua pun pakat-pakat la nak serbu ... okey meh sini nak habaq mai sikit pasal botol yang warna jernih tu ... okey yang tu nama dia pembersih dan pencuci ... maknaya 2 in 1 la ... nak tau lebih lanjut google sendiri ... pastu ada pulak dia jual scrub. ni pun rasanya bari dikeluarkan dalam versi SAFI BALQIS PERFECT 10 la ... kalau fesyen lama rasanya dah memang ada scrub dah kan??? yumi tak pasti pulak pasal tu ... tak pe jangan risau ... :'D ... dan satu lagi ialah losyen untuk kulit muka ... yang pun okey jugak ... thumbs up !!!

so bajet untuk korang yang berminat nak beli produk yang terbaru ni ialah dalam RM45.00 harga kasar jer la ... tapi kalau korang ahli watson korang akan daapt diskaun (untuk kali ni jer ... nak lagi murah tunggu watson wat promotion :"D)





ini antara produk-produk SAFI BALQIS PERFECT 10 yang ada kat yumi sekarang ... yumi tak de la nak pakai semua produk ni dalam atu satu masa tu ... tapi pakai ikut turn la ... korang pulak yang baru nak guna safi tu jangan la terlalu excited sangat nak pakai sampaikan pakai semua produk tu dalam satu malam.... nanti  muka jadi lain pulak ... sebab apa?? sebab kulit muka terkejut ... haha ... lawak jer.


ok la bubui



thanks for reading



p/s ; for more information google la sendiri ^_^
janang marah aaa....



sarangae(LOVE)

Minggu, 21 April 2013

Kisah wang kertas RM1 dan RM100




Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:


Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.


============


Tertarik pulak nak kongsi cerita ni.Aku baca dekat facebook member.

Duit RM1 dan RM100 ni sebagai pembawa watak kepada watak masyarakat kita hari ni sebenarnya. Kita jangan cepat menilai orang dari luaran je.Tapi memang kita manusia ni selalu je nak judge orang dari luaran kan??


Janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa besar manfaat yang kita hasilkan untuk memuliakan Allah. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.


Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Wallahua’lam.


Nak jadi macam duit seringgit tu lah. Biar nampak tak cantik dimata manusia, tapi cantik disisi Allah :)



Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.






Sabtu, 20 April 2013

Siapa nak kereta Mercedes-Benz A-Class sebijik??


Berapa kerap korang pergi Petronas???  Siapa ada kereta mesti selalu isi minyak kan? Kalau aku balek kampung, mesti ayah aku isi minyak dekat Petronas dulu,pastu kitorang adik-beradik mesti borong segala jenis jajan dalam Petronas tu. Tapi kalau pergi mana-mana pon memang ayah aku selalu isi minyak dekat Petronas pon.



Setiap minggu aku selalu balik rumah. Memang jarang ah weekends aku ada dekat uni. Asal weekends je ayah aku ambil aku dekat uni bawak balek rumah. Macam biasa, ayah aku mesti singgah isi minyak dekat Petronas dulu. Aku pon apa lagi, nak lah beli jajan untuk kudap-kudap dalam kereta. Masuk je MESRA, tengok tengah ada contest. Berpeluang untuk menang Mercedes-Benz A-Class pulak tu woh. Terus panggil ayah aku yang tengah isi minyak join contest.Ayah aku muka pasrah je. Layan je lah isi borang semua. Mana tahu kalau dia menang,dia boleh bagi hadiah kereta tu dekat aku sebab aku yang suruh dia join.Komisyen katanyaaa. kihkih


Ada sesiapa mengidam nak pakai kereta Mercedes-Benz A-Class??







Mula-mula rasa macam tak nak share pasal contest ni dengan korang sebab aku teringin gila nak pakai kereta ni. Mesti rileks je aku bawak kereta ni kehulu kehilir dalam uni dengan riaknya. Muahaha awal-awal dah fikir nak riak, memang payah lah kau nak menang wehhhh. Ok aku memang kuat berangan. But who doesn’t?? Wahh tetiba speaking omputih




Ok lah walaupun aku rasa macam nak riak bila pakai Mercedes tu tapi aku sebenarnya baik lah jugak. Sebab aku nak share dengan korang satu contest ni! Senang je nak join dan hadiah semua best-best!



Grand Prize berpeluang untuk menang kereta Mercedes-Benz A-Class!! Wow contest apakah ini?? Hadiah yang lain pon best jugak. Hadiah-hadiah nya semua memang terbaik dari ladang!







2nd Prize: LED HD Smart TV x 10 winners
3rd Prize: Macbook Air x 20 winners 
4th Prize: iPhone5 x 30 winners 
5th Prize: Gift Cards x 40 winners 




 Menarik kan hadiah-hadiah nya? Cara nak join contest ni senang je!



For Mesra Store: Beli Race On promotional combo. Minimum boleh beli 1. Kalau beli banyak combo set lagi bagus. Cerah sikit masa depan nak menang kereta sebijik nanti hehe



Ni combo set yang korang boleh pilih nak beli (Aku suruh ayah aku beli semua combo. Memang beriya engkooo nak menang Mercedes! Sampai semua combo aku borong.) KLIK SINI untuk gambar yang lebih jelas



 For Mini Mesra: Buat pembelian minimum RM15 dalam satu resit. Boleh beli dekat mana-mana stesen PETRONAS yang mengambil bahagian.


 -Jawab soalan yang mudah dicop pada resit.

 -Masuk resit dalam kotak peraduan di stesen.



Tu je cara-cara nya. Senang je kan?? Sila serbu Petronas sekarang!! :D



 More info: http://www.mymesra.com.my/index.php?tpl=2013_f1_promosi



Selasa, 16 April 2013

Meatball Burger Bakar Abang Burn yang lazat! :D

Tetiba tekak rasa nak makan burger bakar. Pergi lah Burger Bakar Abang Burn dekat seksyen 7 Shah Alam jap. Eh tetiba ada menu baru. Malas lah nak makan burger, nak try meatball lah pulak. Tetiba pulak tekak aku ni rasa nak makan meatball pulak. Macam lalang tekak aku ni. Tak tetap pendirian betul.Kejap nak itu, kejap nak ni






Nyummmssssssssssss!!


Order punya order, kejap je dah sampai atas meja. Servis dekat sini memang cepat. Dalam kurang 15 minit tu mesti korang dah dapat apa yang korang order tu terpampang atas meja.





Meatball ada 10 ketul. Wedges ada 5 ketul. (Siap kira seketul-seketul tak menahan) Harga hanya RM9.90 je hokayy!

Meatball sos adalah mushroom brown sauce + resipi rahsia Abang Burn. Yang part paling best, homemade meatball diorang memang pure daging! Tak ada secoet tepung pon.








Personally, aku rasa meatball Abang Burn ni sedap dan berbaloi untuk dicuba. RM9.90 je. Memang dijamin halal. Memang tak kan ada lah isu meatball Abang Burn guna daging kuda ke hape *krik krik*



Kebersihan dekat Burger Bakar Abang Burn ni memang tiptop lah. Semua crew Abang Burn wajibulghunnah kena pakai glove, bandana dan apron untuk kebersihan satu restoran. Crew mesti kena pakai kasut untuk tujuan keselamatan. Kot takut tergelincir ke hape kang dekat dapur susah pulak kalau pakai selipar je.




 Aku makan meatball ni dekat Seksyen 7 Shah Alam tapi Burger Bakar Abang Burn ni ada banyak jajahan. Ada 14 jajahan. Boleh cek lokasi jajahan Abang Burn dekat http://tinyurl.com/lokasiabangburn 


 Kalau nak tahu detail lagi, boleh tengok dekat website Abang Burn: http://www.abangburn.com/
 atau facebook: http://www.facebook.com/abangburn 



 Makan sekali,pasti nak lagi. Selamat menjamu selera kawan-kawan! :D

Kalah Bukan Bererti Berputus Asa

Assalamualaikum semua

first of all , yumi nak ucapkan tahniah kepada team yumi sofbol yumi iaitu team perak sebab berjaya masuk semi final minggu lepas kat skudai johor ...
sebenarnya team kamihanya target untuk masuk ke pusingan kedua sahaja , tapi alhamdulillah rezeki kami , kami berjaya melepasi peringkat tersebut ... tahniah sekali lagi diucapkan ... tetiba rasa macam dok bagi ucapan pulak kat pentas ... haha ... 

sepanjang game tu berlangsung , kami semua dah macam satu keluarga sebab bagi yumi kalau dalam team kita tak perlulah nak ikut kaum sangat ... dan jangan sesekali nak pinggirkan orang yang sama kaum dengan kita ... macam team yumi sendiri ada kaum yang berbeza iaitu melayu dan cina ... so dekat situ dah tak ada lagi halangan untuk kami terus bersama-sama ... 

kalah menang kami lalui bersama-sama ... apa yang seronoknya masa rakan sepaukan lawan kita bagi diorang sokongan kat diorang , so diorang akan lebih semangat untuk main , betul tak ? ini tak yumi tengok kadang-kadang dalam pasukan sendiri pun ada yang dok bergaduh , berselisih faham dan sebagainya . kadang-kadang benda-benda yang remeh temeh tu la yang menyebabkan semangat pasukan tu jatuh ... kan ? 

so apa yang yumi nak bagitau kat sini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa atau mana-mana pihak atau nak menunjukkan yumi ni bagus atau sebaliknya tapi sekadar nak mengeluarkan pendapat yumi je ... ok? boleh terima tak benda tu? sebab semua tu adalah realiti masa sekarang ni , so malas la nak taip lebih-lebih sebab ........................ sebab malas la. jangan la tanya kenapa ... ok ?



so , this my team ... yumi dah join team ni sejak yumi form 4 lagi (bukan nak menunjuk tapi just nak bagitau jer :'D) ... walaupun team ni sering bertukar pemain tapi coach tetap coach yang sama ... sama jugak macam kat sekolah or universiti kan ... walaupun kita dah habis belajar tenaga pelajar tetap sama ... betul tak ? lain la kalau cikgu tu tukar sekolah, itu lain citer la ... apa-apa pun korang memang the best among the best yang pernah yumi jumpa ... boleh gurau senda macam adik-beradik ... thumbs up yoooo !!! 


team lelaki ni pulak diorang punya luck banyak sikit sebab diorang berjaya masuk final ... memang terbaik la .. tapi tak hairan la sebab team diorang punya game punya la tough ... team ni yumi kalah sikit sebab ramai orang cina yang baru-baru ... so yumi tk bape nak kenal sangat la ... I'm Sorry :P
apa-apa pun tahniah sebab dapat naib johan ... 


yeah ... setelah sekian lama kami join NATIONAL OPEN dan tak pernah dapat sebarang tempat tapi tahun ni rezeki kami agaknya, kami dapat no 4 ... ok la daripada tak dapat apa-apa kan ? betul tak ? owh yah ... team yang berbaju biru tu team PENANG , kami kalah dengan team diorang la ... tapi tak la kalah teruk sangat ... bak kata orang lawan biar sampai ketitisan peluh yag terakhir (buat ayat sendiri) 



ok bubui ... see u next time



thanks for reading



sarangae (LOVE)


Rabu, 10 April 2013

Tribal Shawl, Wide Shawl and Tribal Peplum

Sesiapa yang pernah tanya aku beli shawl dekat mana tak kiralah di Instagram aku atau blog, haa meh sini beli dekat aku. Aku ada jual. muehehe. Shawl ni semua besar-besar, boleh pakai tutup dada :)


Aku jual murah je dan semua FREE POSTAGE!!!



Blue Tribal Shawl SOLD OUT
Code: T1
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com



Peach Tribal Shawl
Code: T2
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com





Candy Paisley Shawl SOLD OUT
Code: T3
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com





Pink Paisley Shawl SOLD OUT
Code: T4
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Grey Paisley Shawl SOLD OUT
Code: T5
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Blue Paisley Shawl SOLD OUT
Code: T6
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com


Green Flower Paisley Shawl SOLD OUT
Code: T7
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Maroon Flower Paisley Shawl SOLD OUT
Code: T8
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Black Stripe Shawl SOLD OUT
Code: T9
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Brown Stripe Shawl
Code: T10
Material: Cotton Voile
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com





Yang shawl dekat atas ni semua bidang besar. Yang shawl dekat bawah ni bidang biasa je. Tapi still boleh pakai tutup dada :)


Red Tribal Shawl SOLD OUT
Code: T11
Material: Chiffon
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com






Green Tribal Shawl SOLD OUT
Code: T12
Material: Chiffon
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com





Lipstick Shawl SOLD OUT
Code: T13
Material: Chiffon
RM30 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Now usha baju pulak kot ada yang berkenan :D





Blue Top 
Code: B1
Size: Free Size (Fit S-L)
Material: Polyester
RM40 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Olive Top SOLD OUT
Code: B2
Size: Free Size (Fit S-L)
Material: Polyester
RM40 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Red Top 
Code: B3
Size: Free Size (Fit S-L)
Material: Polyester
RM40 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Orange Top 
Code: B4
Size: Free Size (Fit S-L)
Material: Polyester
RM40 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Green Peplum Top 
Code: B5
Size: Free Size (Fit S-M)
Material: Polyester
RM40 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com




Red Peplum Top SOLD OUT
Code: B6
Size: Free Size (Fit S-M)
Material: Polyester
RM40 (INCLUDING POSTAGE)
To order, email: gathese@yahoo.com






Berminat?? Harga semua dah include postage!

Please email to gathese@yahoo.com including your : 
Name
Address
No tel
Code item

First pay first serve. Tak boleh nak booking lama-lama sangat ok! :)

Senin, 08 April 2013

Di hari Anugerah Bintang Popular 2012. Jumpa Shaheizy Sam !! wee

Ahad lepas pergi ABP (Anugerah Bintang Popular). Selalu buat dekat Genting Highland. Tahun ni buat dekat Stadium Putra Bukit Jalil. Dekat je so lagi senang nak pergi.


Pergi dengan Anne.Nak pergi dengan SS,dia malas pulak nak pergi benda-benda macam ni. Lagha katanya. Caittt podah. Dan dannn lah kau kata lagha. Tahun lepas kau pergi jugak. Tahun lepas tak lagha agaknya.  Tapi sebenarnya memang lagha pon.Tapi dah tahu lagha aku pergi jugak.Ye, aku memang hampeh sikit. muahahaha. Anne ni kejap dapat tiket media kejap dapat pas VIP. Last-last dapat 4 pas terus. 2 pas media,2 pas VIP. Haa pilih nak dok mana. Retis sungguh dia ni




Mula-mula cari seat dekat tempat VIP. Ramai jugak orang. Aku ingatkan best lah dok dekat VIP ni. Tapi tak ada lah best sangat.Jauh jugak dari pentas. Aku dok lah dalam 2 minit dekat tempat VIP. Sekali nampak tempat media ada plug. Memang laju je lah aku lari pergi tempat media. Wartawan lain guna plug untuk bukak laptop bagai. Aku rilek je main phone dok tweet sambil caj. Wartawan sebelah lain tengok berbulu je agaknya. Senang je kerja kau kan jadi media? Bawak handphone seketul je. Tu pon kerjanya dok melahar dekat twitter. muahahaha





Sampai-sampai je Bukit Jalil. Jumpa Nad Zainal. Comel sangat Nad Zainal ni. Dia ni memang friendly :)



Gambar dekat dalam stadium tak ada, malas nak ambil. Aku main twitter lagi bagus. Lagipon gelap dalam tu. Tangkap gambar muka pon nampak gigi je. Baik tak payah ambil. Tapi ABP tahun ni agak hambar lah. Johan je bagi aku lawak bila jadi pengacara.Tahun depan sila ambil Johan lagi please :D




Then pergi post party. Ramai sebenarnya artis dalam post party tu. Tapi ni je lah yang aku bergambar.



With Kilafairy,Lisa Surihani, Almy Nadia dan Wawa Zainal. Dalam 4 orang ni, Kilafairy paling best dan friendly. Maafkan saya semua muka aku bergambar sepesen







Putih bak hang Zain Saidin ni.  Tergugat iols tengok. Tapi tak boleh dekat-dekat sangat, karang ada aksi tarik rambut pulak dengan Rozita Che Wan. Aku tarik rambut Che Ta, Che Ta tarik shawl aku pulak karang. Jangan risau Che Ta, saya bukan pencaras kepunyaan orang. Gituwww








Dah bergambar dengan Zain Saidin,haruslah bergambar dengan Rozita Che Wan meletop ni pulak. Barulah seimbang. Che ta kurang friendly sikit lah. Sebenarnya aku tak ada lah pendek sangat. haha tetiba nak explain. Depa ni yang pakai kasut tinggi gila. Aku pakai flat je.Malas aku nak pakai kasut tinggi-tinggi, karang sakit kaki pastu melecet. Disebabkan itu aku nampak very the ketot metot. Tinggi aku 160cm hokayyy. (Dah abeh tinggi letteww)







With Nora Danish. Ramai kata Nora Danish ni kurang friendly dan agak kerek sikit. Tapi masa jumpa tu, kerek tak pasti lah. Tapi kurang friendly tu agak betul lah jugak haha




Nabila Huda dan Fazura memang friendly! Tapi dua-dua ni aku tak sempat pulak bergambar.




Tinggi nya engko ni Fahrin Ahmad!



Sebenarnya datang ABP nak jumpa Shaheizy Sam. Heee. Tak sangka Shaheizy Sam menang besar haritu. Menang artis paling popular dan bawak balek kereta lagi. Mungkin dengan kehadiran aku, dia menang besar pada hari tu kot. muahaha. Punya lah ramai nak interview dia ni. Memang berjanggut lah nak tunggu tangkap gambar dengan dia ni. Tapi tak apa, aku sabar menunggu.




Pastu dapat jugak jumpa


Apesal muka aku cenggitu??



Datang-datang je dekat Shaheizy Sam tanya

Sam: *muka senyum*

CE: Ingat kita lagi tak?

Sam: eh mestilah ingat. Bakal isteri mana boleh lupa

CE: *terus lompat bintang*






Ok tipu. Sebenarnya dialog dengan Sam macam ni je


Sam: *muka senyum*

CE: Ingat kita lagi tak?

Sam: eh mestilah ingat. EPAL HIJAU kan? (erghh sam suka panggil aku epal hijau. Tak tahu apesal)

CE: Yayyy kenal! *tepuk tangan light-light*

Sam: Mestilah kenal awak. Saya kenal orang-orang saya.


Weee tak sia-sia aku menunggu kau ditemu ramah oleh semua wartawan Sam oiiii. Nasib baik dia kenal aku lagi. Kalau tetiba dia tanya "err siapa eh awak ni? lupa lah". Memang aku sodok trofi dalam mulut dia. muahahaha gila kejam





Ok disebabkan dia kenal aku,gambar dia kena lah ada dua dalam entry ini. Baru nampak special sikit. Kihkih. Walaupun tidak dirancang,tapi kita sama-sama pakai warna biru pada hari itu. auwww jom kawen! muahahaha parah dah aku ni.


Pelik aku dengan Shaheizy Sam ni. Dia dah kurus pon dia cakap dia gemok lagi. Eh dah kurus dah lah.Tak payah lah kurus kering sangat Sam oiii. Tapi walaupun kau gemok ke kurus ke, aku tetap menerima diri kau seadanya. Usahlah bimbang. HAHA (Sila lah lempang aku laju-laju)


Kebanyakan gambar semua dah upload dekat Instagram dulu. Boleh lah follow Instagram aku kalau nak follow :D


Ok tu je lah. Aku kalau cerita pasal Shaheizy Sam ni suka terbabas-babas tah kemana tah. Btw, tahniah Shaheizy Sam atas kemenangan!! hehe ok bye!