Selasa, 09 Juli 2013

Belajar mekap dengan Leuniey Natasha yang comel :D

Aku sebenarnya ada banyak cita-cita.  Salah satu cita-cita aku adalah bila aku kawen nanti aku nak mekap sendiri. Gituwww . Sangat tak berilmiah sangat cita-cita aku. Nangis bawah meja cikgu tadika aku kalau tahu ni cita-cita aku sebenarnya. Time dekat sekolah kemain cita-cita taknak kalah. Doktor lah,lawyer lah,pilot lah,cikgu lah. Alih-alih bila dah besar??



Sedihhhh sangat cita-cita kau :D




Ok tak ada lah cita-cita sangat. Tapi ada ah impian nak mekap sendiri time kawen nanti. Saja nak feeling-feeling Kate Middleton kihkihkih. Aku ni kadang-kadang yo yo oo je lebih. Nanti time kawen ambil MUA jugak. Tadah muka je biar orang yang siapkan muka.








Dengan Leuniey Natasha. Leuniey Natasha dah pakai tudung sekarang. Kena edit sikit 




Nak pandai mekap kena lah belajar pada yang pakar kan?? Haritu ada lah belajar mekap dengan Leuniey Natasha. Dapat lah serap sedikit sebanyak ilmu mekap ni dengan Leuniey Natasha. Leuniey ni kalau tak mekap pon dah comel,kalau dah mekap lagi lah meletop.





ecehhh



Barang-barang mekap semua adalah daripada Leuniey pada hari itu.Beg mekap Leuniey punya lah besar dan banyak gilaaa barang mekap dia dalam tu. Leuniey siap cakap "kalau kena curi,biar lah pencuri tu curi handbag daripada beg mekap ni." Ye lah.Barang-barang mekap kan mahal-mahal,lagi-lagi yang branded.Satu barang dah beratus harga nya. Mahu tak nangis kalau hilang beg mekap.


So dengan keazaman yang jitu,aku pon gigih lah beli barang mekap. Beli online je. Malas nak meredah mall. Zaman sekarang kan semuanya di hujung jari gituww. Klik klik je apa nak beli. Settle!




Website yang menjadi pilihan adalah HiShop 



Beli semua benda berkaitan dengan mata. Sebab dari mata kan turun ke hati. Gituwww kihkih :D


-Stage Eyelash Curler
-CANDYDOLL Concealer (Baca banyak review,orang kata concealer ni bagus.So aku pon beli hehe)
-Baviphat Sharp Liquid Eyeliner
-Farmasi Mono Eyeshadow

Beli ni je lah dulu. Karang sambung lagi beli lain :D

Dalam kotak tu, siap dapat voucher dan report card lagi hokayy.



HiShop sekarang ni tengah ada kempen untuk kota kan janji. So far servis daripada HiShop ni memang bagus dan daebak! (Sebut daebak ni terpengaruh dengan Running Man letteww).  Terus isi dan rate kan kiut kiut :D



HiShop ni memang tempat nak beli barang-barang kosmetik dan kecantikan secara online.Ni nak raya ni boleh lah shopping apa-apa yang patut untuk cantik-cantik di hari lebaran nanti hehe Barang-barang yang dijual dekat HiShop ni semua nya original. Jangan risau. Tiada cetak rompak. Dijamin original :D


Berita baik untuk sesiapa yang membaca entri ini!!  Ada RM20 voucher untuk apa-apa pembelian barang atas RM99 (Boleh guna voucher ni untuk barang promosi jugak!).Hi Shop tengah ada SALE now! Cepat grab sebelum SALE habis. Voucher ni valid sampai 15 July 2013.



Exclusive voucher code: CIKEPAL20


Guna code CIKEPAL20 ni ok untuk dapat voucher RM20! Free-free je korang dapat voucher RM20. Boleh beli apa-apa je barang dekat HiShop. Masa nak isi borang tu boleh letak code voucher ni. Sila membeli belah sekarang!! :D

Untuk exclusive offers, boleh subscribe to HiShop’s newsletters : http://www.hishop.my/subscribe


More info, check out facebook page https://www.facebook.com/hishopmy :)


ok bye!




p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)


Minggu, 07 Juli 2013

(RESEPI) Cheesecake biskut ! Cheesecake paling senang nak buat. Tak perlu bakar pon :D

Nak up lah satu entri resepi sebelum nak masuk bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni. Aku memang suka lah masak-masak or baking membaking (oh my bahasa melayu!) ni. Tapi aku suka buat benda yang simple je. Tak suka buat benda yang renyah dan remeh-temeh. Hari ni nak share dengan korang cara nak buat cheesecake paling senang dalam dunia. Tak payah nak beli oven,janji ada peti ais. Tak payah bakar, sejuk kan dalam peti ais jahh. Pastu bahan pon senang je nak cari. Pendek kata memang senang lah resepi kali ni. Pendek je kata camtu,panjang tak kata apa apa. ok tak kelakar





Ok ni lah bahan-bahan nak buat Cheesecake Biskut Teduhan Kasih. Auww feeling nak suap cheesecake dekat abang Ehsan sambil berteduh di tepian pantai pulak.kuikui padahal cerita teduhan kasih dah habis dah pon.




Bahan-bahan nak buat cheesecake biskut:

Cream cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (Guna biskut yang Deluxe Cracker tau.Guna Cream Cracker kesedapan nya kurang.Aku ni kes salah beli biskut lah ni. haha )


Guna biskut ni, Deluxe Crackers original flavour.Jangan ambil yang perasa sayur pulak. Harap tak confused antara Cream Cracker dengan Deluxe Cracker .





Susu segar untuk celup-mencelup biskut. Guna susu Low fat kalau nak kurus. Susu full cream kalau nak gemuk. kehkeh ok padahal sama je.Tak ada kena mengena pon.  Janji susu segar, tak kesah lah jenama dan jenis apa pon




Cara-cara nak buat cheesecake biskut:


Pukul cream cheese sampai lunyai guna stand mixer



Masuk kan 1/2 tin susu (kalau kuat manis,bubuh lah lebih.Kalau tak suka manis,kurangkan.tapi jangan letak satu tin susu pekat ni pulak,kencing manis pulak karang)




Gaul-gaul sampai sebati. Ok siap dah part ni




Ambil biskut celupkan dalam susu segar tadi.  Jangan sampai lembik sangat-sangat. Cukuplah sekadar soggy di bahagian depan dan belakang body biskut itu. Kemain biskut feeling mandi susu tauu.



Pastu susun dalam loyang kiut kiut macam ni. Loyang aku ni memang cun-cun je muat 9 keping biskut . Bagus kau loyang! Tak payah aku nak patah-patah kan biskut-biskut ituww :D






Then celet lah dengan cream cheese yang kita pukul tadi



Pastu tabur nestum

Then ulang benda yang sama.Letak biskut >>cream cheese>>nestum. Layerkan sampai lah cream cheese tu macam dah nak habis.Letak sekaligus banyak-banyak biskut dalam susu ni pon boleh. Lagi cepat kerja kau nak melayerkan cheesecake itu. MELAYERKAN? Hazabedah nya bahasa melayu kau ni. weee



Untuk topping atas sekali,tinggalkan cream cheese tu sedikit tebal daripada yang kita sapu dekat bawah-bawah layer biskut tu




Akhir sekali tabur nestum. Masuk dalam peti ais. Sejuk kan semalaman. Siap!



Haaa senang je kan?? Buat cheesecake biskut ni ala-ala kek batik je. Cuma tak payah masak atas api je. Celup-mencelup biskut tu tujuan dia untuk melembutkan isi cheesecake ni. Nanti nak potong senang lah. Kalau tak celup biskut tu kang, patah lak pisau nak memotong nya sebab biskut keras berdentung. Gituww saja hiperbola.




Ni lah hasilnya cheesecake biskut teduhan kasih itu. Jom papa Ehsan kita dating. Cheesecake Biskut siap dah ni. Nganga cepat Ehsan....aummm *masuk kek dalam mulut sendiri* kehkehkeh




Cheesecake biskut ni sesuai untuk dijamukan di birthday party ke,open house ke, jamuan bos bersara ke...hehe tak kesah lah bila nak makan pon.Nak makan hari biasa-biasa pon boleh. Rasa cheesecake biskut ni lembut je bila gigit. Macam makan kek :D




Tapi kalau time berbuka puasa nak makan ni memang tak lah kan. Muak nanti. Perut kita pon lagi gembira riang ria bila tengok lauk pauk daripada cheesecake biskut ni time berbuka.Melainkan perut kau perut omputeh.Memang boleh lah kot kau hadap makan cheesecake time berbuka puasa. Perut aku perut melayu totok je. But time raya kalau nak jamu orang makan cheesecake biskut ni memang sangat sesuai! *buat thumbs up sambil kenyit mata bajet wondergirl*






Ok tu je. Kalau sesiapa nak cuba,selamat mencuba :)







Jumat, 05 Juli 2013

Masa kecik-kecik dulu aku selalu fikir ....

Dulu kecik-kecik selalu fikir benda yang kita sendiri rasa benda tu logik/tak logik. Tapi fikir time tu je lah,esok lusa mesti lupa dah. Fikir benda lain pulak kan. Masa kecik-kecik dulu aku selalu fikir ....



@ TV

Bila tengok tv,mesti pelik dan fikir macam mana orang boleh masuk dalam tv, pastu jadi kecik? Pastu alih channel lain pon kadang-kadang ada nampak orang yang sama dalam tv. (means pelakon yang sama berlakon cerita lain-lain serentak lah kan) Pastu tetiba rasa tv tu satu benda yang sangat MAGIC!



@ Baby

Kadang-kadang fikir macam mana dalam perut orang perempuan tua (sebab time tu kecik,rasa diri muda sentiasa tak tua-tua.Orang yang mengandung je dah kira tua kehkeh) boleh ada baby? Macam mana perempuan tua boleh mengandung? Pernah lah tanya akak-akak sedara dulu time sekolah rendah. Pastu jawapan dorang


"nanti dah besar nanti tahu lah macam mana perempuan boleh mengandung."


ooooooooo ini pon macam MAGIC!



@Kalau pandai dan banyak ilmu,nanti boleh masuk syurga


Ustazah selalu cakap suruh belajar pandai-pandai sebab nanti boleh masuk syurga. Tu sebab kecik-kecik kemain pandai. Rasa nak ada banyak-banyak ilmu sebab boleh masuk syurga. Elehh taktik ustazah je tu suruh rajin belajar dan umpan supaya tak main-main dalam kelas :D


@ Hati bentuk love

Selalu fikir hati kita memang berbentuk love. Asal lukis hati mesti akan lukis bentuk love


Aku rasa sampai besar ni pon kalau lukis hati mesti buat bentuk love :D





@Hero/heroin mati 

Kalau tengok filem pape, pastu hero/heroin dalam cerita tu mati mesti aku ingat dia mati betul-betul. Kalau nampak pelakon yang sama berlakon lagi mesti aku rasa dia macam banyak kembar. perghhh mengong nya aku dulu. hahaha.


@Dekat Malaysia je ada orang Islam

Dulu kecik-kecik aku selalu fikir yang dekat Malaysia ni je ada orang Islam.Negara lain tak ada orang Islam. Entah  lah tak tahu apasal kecik-kecik fikir macam tu.


@Bulan

Malam-malam kalau dalam kereta,pergi dekat tingkap mesti tengok bulan. Pastu pelik je kenapa bulan ni selalu ikut kita eh pergi mana-mana pon?? Bulan tu suka dekat kita ke??



@ Batal air sembahyang


Dulu zaman sekolah rendah kalau tengok akak/abang sepupu kawen mesti tengok part nak batal air sembahyang.  Pastu bila tengok pengantin dekat upacara pembatalan air sembahyang tu selalu fikir.


"ooo pengantin ni nak batal air sembahyang,dorang kena kentut dulu ni"


Hahahahaha Sekolah rendah agama kan dah belajar pasal wudhu' jugak kan.Tu tahu tu kalau kentut dah batal air sembahyang.Banyak sebenarnya benda yang kita fikir time kecik-kecik dulu. Tapi ni je yang teringat dalam kepala sekarang. Korang ada tak benda yang korang selalu fikir time kecik-kecik dulu??? :D







p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Selasa, 02 Juli 2013

Cara-cara nak buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Senang dan sihat !


Teringin nak makan aiskrim tapi tengah diet katanya. So buat lah aiskrim sendiri versi healthy. Nak buat lah aiskrim berwarna warni sang pelangi sikit. Baru syok sikit nak makan. Beli bekas aiskrim yang ada muncung macam ni senang. Tak ada lah makan meleleh-leleh. Kalau aiskrim cair pon boleh sedut je kat muncung itu. Bekas aiskrim ni aku beli dekat Daiso je. Lima hengget je. Murah dan sangat praktikal.



 Bahan-bahan nya simple je.

-Buah-buahan yang pelbagai warna
-lemonade
-madu





Lemonade aku beli dekat pasaraya je yang dalam botol siap. Tapi sebab masam nau,aku tambah lah dengan madu. Baru lah manis sesedap rasa. Jangan guna gula. Kalau nak sihat, gantikan gula dengan madu ye :)




Susun lah dalam bekas aiskrim masing-masing mengikut peringkat warna



Susun sampai habis semua buah.




Masuk kan lemonade + madu tadi. Siap dan boleh dibekukan





Kalau nak buat tolong lah jangan masuk kan dragon fruit itu. Warna aiskrim aku jadi tak menarik bila di tambah dengan dragon fruit itu.Aku lah yang gatal tangan sangat nak masuk kan buah naga sekali konon nak bajet lagi kreatif. Menyampah pulak dengan itu buah naga. Selamba tenuk dia je mencarca-marba kan warna aiskrim aku dengan warna dia sorang je. Masuk 5 buah pon ok dah. Jadi dah ala-ala pelangi.



Tadaaa! Siap dah. Bila gigit layer by layer boleh rasa macam-macam flavour daripada buah tu sendiri :D



Boleh lah makan sesisi keluarga.



Nak nampak lebih menarik, boleh potong buah besar-besar macam ni. Lagi nampak stylo kan aiskrim tu.




Ok tu je nak cerita hari ni. bye!


Minggu, 30 Juni 2013

Neelofa dan kelapa bakar

Haritu aku pergi The Curve. Sekali tengok ada sorang awek ni dok usha je aku.




"eh apahal lak dia ni pandang-pandang aku?" getus hati kecil ku ini (tak payah nak getus menggetus macam ayat novel sangat lah kan)



Aku pon pandang lah awek tu balik. Eh macam pernah nampak dekat tv. Laaa Neelofa rupanya. Tetiba Neelofa datang dekat aku dengan lenggang lenggok nya. Tetiba dia tegur aku


Neelofa: eh ni cik epal blogger tu kan?

CE: ermm ha ah. You ni siapa eh? Muka macam pernah nampak ah. *saja pura-pura tanya balik*

Neelofa: Nama I Neelofa. Boleh panggil i Lofa je. I selalu baca blog u tau! Jom ambil gambar!! *tangan gigil keluarkan phone nak ambil gambar dengan aku*

CE: emm ok.


*KELIKEK* (Bunyi phone Neelofa snap gambar)




Ouh tak sangka Neelofa selalu baca blog aku dan lagi tak sangka kalau ada yang mempercayai cerita aku di atas. wakakakaka :D



Ok dah habis cerita Neelofa. Lepas jumpa Neelofa tu,aku pon balik. On the way nak balik tu kan tetiba tekak haus. Nak cari Petronas nak beli air tak jumpa pulak. Sekali nampak gerai ni.





KELAPA BAKAR ??? 


Ha?? kelapa bakar?? Biar betik??? Memang betik engkooo.Wahh nampak macam menarik. Jom cuba! Terus aku stop di gerai itu. Tepi jalan je.


Mula-mula aku ingat kan nama owner ni BAKAR sebab tu dia bubuh nama Kelapa Bakar tu dekat kedai dia kan. Macam Cendol Bakar tu. Mati-mati lah aku yang naif,innocent dan sesuci lebaran ni ingat cendol tu di bakar,kalau bakar cair lah kan cendol itu. Rupanya nama kedai je Cendol Bakar. Tapi berbeza dengan kelapa bakar ni sebab Kelapa Bakar ni memang betul-betul di bakar kelapa nya!! Dah ala-ala Kanye West dah warna kelapa ni aku tengok.





Rentung habis lah kelapa ni bila bakar. Order ah kelapa bakar sebab nak rasa kan. Akak kedai ni bagi lah satu cawan air kelapa bakar dan satu mangkuk ais. Datang je air kelapa bakar ni,tersentuh pulak aku dekat cawan nya, terkejut aku. Panas wehh.



Pastu sedut sikit air kelapa bakar nya.




"Wekkkk tak sedap nya. Rasa macam air ubat. Payau macam air ubat campur dengan halia.Oh tidakkk kenapalah aku boleh terberhenti nak minum dekat gerai ni" Tak pasal-pasal aku buat muka cencorot di situ.



Nak mencuba benda baru kekdahnya. Last-last menyesal.Pasni order air kelapa biasa je lah,lagi nyaman. Ini memang first and last lah aku minum KELAPA BAKAR. Tapi tak tahu lah kalau ada yang berminat sebab tekak orang kan lain-lain. Mana tahu tekak korang boleh terima pulak kelapa bakar ni :)



ok bye!



p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Selasa, 25 Juni 2013

Persediaan pertama sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. ececeh

Bila dah nak kawen ni,mula lah stress. Stress nak siapkan semua benda-benda pasal kahwin. Tapi yang paling stress nya adalah stress nak kurus!! Bila nak kawen ni baru lah betul-betul bermotivasi nak kurus. Kalau tak, selalunya diet hangat-hangat tek tenuk jahhh.



First thing kalau nak kurus ni kenalah jaga diet. Tak boleh lah nak melantak macam badak dah.Sesi menternak lemak pon sudah dikurangkan. Ni sekarang tengah cuti sem (short sem tak ambik) senang lah nak masak sendiri healthy food. Kalau time study,hari minggu mesti nak balek rumah sebab nak masak healthy food. Bersemangat waja betul aku kali ni untuk kurus.




 Ni antara menu-menu yang aku buat kalau dekat rumah:



 Untuk sarapan


Green smoothie! Tengok macam pelik je kan sebab sanggup ke engko nak menelah air sayur ni?? Nak kurus punya pasal aku telan je. Tapi rasanya sangat sedap! Sedap lah pada tekak aku yang bersemangat waja nak kurus ni.



Cara-cara nak buat senang je. Bayam+buah pear+buah mangga +air sejuk (blend semua ni) . Air sejuk daripada peti ais tau. Bukan air yang letak ais.Elak kan lah minum air yang berais. Lagi-lagi perempuan, tak elok sangat selalu minum ais,urat kembang kekdahnya.



Ni pon sama jugak green smoothie. Bahan nya bayam+pisang+buah pear+air sejuk. Bayam bagus tau untuk kesihatan. Sebab tu popeye suka makan bayam. Popeye kan bila makan bayam terus muscle nya berketul dan gagah kan?? So aku mengesyorkan blend lah bayam ni dengan buah-buahan untuk minum pagi-pagi. Letak pisang atau mangga supaya korang tak ada ah rasa macam minum sayur ok! Pagi-pagi boleh minum.


Bayam tu ambil yang mentah. Tak payah nak rebus ke apa. Hilang khasiat nanti. Cuma basuh lah dulu bayam tu sebelum blend.




Kadang-kadang suka jugak nak decorate sebelum makan. Hahaha. Ini makan burung hantu. Roti selalunya memang akan ambil roti wholemeal  :)



Ada nampak macam beruang tak?? Gigih kan nak decorate dulu sebelum makan. Baru lah berselera sikit tengok. Ni oat+susu. Letak blueberry +pisang +peanut butter sikit.





Untuk lunch/dinner:



Lunch/dinner aku memang mengelak kan makan nasi ah kalau dekat rumah. Kalau dekat uni tu kadang-kadang makan jugak tapi ambil nasi sesenduk je. Lebihkan lauk.Tapi harga nak membayar dekat cafe tu memang lagi mahal ah kan. Nasi sikit,lauk banyak. Kalau aku dekat rumah boleh lah aku masak benda-benda sebegini





Bbq chicken with salad. Dada ayam tu aku marinate dengan kicap,halia,bawang putih,madu,garam sikit. Pastu aku grill je. Senang sangat.



Makan tuna,telur dan sayur-sayuran




Ni aku main campak-campak je masak. Bawang putih tumis dengan olive oil. Letak ayam,bayam,lobak,ceri tomato dan herba yang bersesuaian.




Colourful chicken salad. Letak sekali strawberry dengan blueberry yang sejuk. Memang nyaman je makan.



Grill salmon dan salad. Salmon lagi senang nak masak. Untuk seasoning aku guna lada hitam,garam,paprika,rosemary herb sikit. Lepas grill,drizzle a lil bit of olive oil dan lemon. Siap! Dah boleh makan.




Kalau malam terasa lapar, kunyah lah buah-buahan atau pon minum susu :)


Bukan badan je nak kasi kurus, muka pon nak kasi licin jugak. Semua benda lah nak repair.haha. Sebab dulu muka aku berjerawat sangat teruk. Stress okayyy. Hormon barangkali. Sekarang ni Alhamdulillah lah kulit muka makin elok.



Selalu orang tanya aku dekat instagram, 'tak exercise ke?'


Opkossss lah exercise. Dulu aku main gym.Pastu rasa macam malas pulak hari-hari nak pergi gym. Segan pulak bila pergi gym,Kamal Adli selalu senyum sengih-sengih dekat aku. muahahaha. Gym yang aku pergi tu memang ramai artis then dekat dengan uni pulak. Tapi lama-lama rasa macam bazir minyak je hari-hari nak ulang alik pergi gym.Lagipon leceh. Terus stop kan membership.Last-last aku download je video aerobik dekat youtube tu. Setiap hari aku akan aerobik dalam 40 minit macam tu. Senang! Exercise dalam bilik je.





Apasal hidung aku macam tersepit di celah shades??




Bila aku sibuk nak makan "healthy food". Tunang aku ni pon nak jugak lah kan jaga kesihatan. Sebab dia pon debab jugak.haha . Kena lah sama-sama kurus dengan sehat di hari perkahwinan. Kihkih.Walaupun stress nak kuruskan badan tapi at the same time happy lah jugak sebab tahu stress tu untuk kebaikan diri sendiri jugak. Aku selalu share menu diet aku dekat instagram (instagram.com/cikepal06) . Gambar-gambar dekat atas ni pon semuanya daripada instagram.So,kalau nak tengok menu diet boleh ah follow dekat instagram. Dekat instagram mudah sikit nak update.




Dalam hidup ni kita ada 2 stress. Postive and negative stress.



POSITIVE/GOOD STRESS - tekanan yang memberi manfaat dan motivasi
NEGATIVE/BAD STRESS - tekanan yang menyebabkan keresahan dan masalah kesihatan



Stress yang tengah aku alami ni boleh lah aku klasifkasi kan kepada positive/happy/good stress. Kita mestilah mengamalkan cara hidup yang sihat. Sambil-sambil tu boleh juga ambil Pharmaton.Pharmaton ni kiranya macam makanan tambahan kesihatan semua dalam satu yang mengandungi vitamin,mineral dengan Stardardized Ginseng Extract G115. Bila guna Pharmaton ni membantu kita kekal bertenaga sepanjang masa.



Ni bulan Ramadhan pon nak dekat ni. Kalau time puasa,kita senang untuk menjadi letih dan lesu. Nak kekal bertenaga sepanjang hari, lepas sahur (makanan yang terakhir sebulum subuh) ambil Pharmaton untuk kekal sihat dan aktif sepanjang hari :)



Aku nak buat GIVEAWAY ni sebenarnya.Aku pon dah cerita happy stress moment aku. Nak korang pulak cerita.  Just jawab soalan ni.




Apa korang punya happy/good stress moment??



Ayat punya lah manglish tapi harap paham lah soalan aku tu. haha. Tak kesah lah nak cerita exam stress ke,life stress ke. Yang penting tekanan yang beri manfaat dan motivasi untuk diri korang lah.Komen yang menarik akan dapat gift pack daripada Pharmaton tau! Kongsi lah saat tekanan yang menggembirakan korang! Mana tahu rezeki nak dapat hadiah. Just komen je dekat entri ni. Tiga komen yang terbaik akan menang .Kalau menang,hadiah kena ambil sendiri dekat ofis Nuffnang ye dan jangan lupa tinggalkan emel yang aktif jugak ok! Senang nanti nak contact :)




Senang je tak payah buat entri dekat blog memasing bagai. Komen je dekat entri ni dah boleh dapat hadiah, so komen lah sekarang! :D





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)


Senin, 24 Juni 2013

Origins GinZing

 Kalau korang familiar dengan produk Origins,memang tahu lah produk ni memang dirumuskan dengan bahan-bahan yang disahkan organik dan 100% daripada minyak pati asli. Pada masa yang sama, komited untuk melindungi alam sekitar dan juga menggalak kan kitar semula.



 Kalau pergi mana-mana outlet Origins ni, mesti korang akan nampak tong kitar semula ni.



Aku ni memang addict dengan kopi. Ibu aku ada ajar,kalau nak kulit cantik, guna serbuk kopi untuk dijadikan scrub. Kulit memang terasa lembut je. Sampai sekarang aku amalkan serbuk kopi ni untuk body scrub. Tapi serbuk kopi tu selalu aku gosok dekat badan je lah sebab nak gosok dekat muka memang tak sesuai lah sebab serbuk kopi tu kan kasar. Tapi bila Origins dah keluarkan Ginzing Energy-boosting moisturizer berdasarkan biji kopi, memang aku sangat teruja lah nak cuba produk ni!






 GinZing moisturizer ni ada 3 bahan utama:

-Kafein
-biji chestnut
-ginseng




 Dalam GinZing moisturizer ni ada Panax Ginseng dan kafein yang diperoleh daripada biji kopi. Kalau dah bosan dengan kulit yang letih,pelembap ni boleh "bangun" kan kulit kita daripada keletihan,kulit kusam dan melicinkan lagi kulit kita.



 Bila apply dekat muka, rasa segar je sebab sejuk je kulit .Tekstur nya sangat lembut dan halus. Bau Ginzing moisturizer ni macam oren sebab ia memang gabungan minyak buah anggur,lemon dan spearmint.Bau pon wangi sangat!



 Packaging produk ni semua dibuat daripada bahan-bahan kitar semula atau dikitar semula. Kalau korang nak kebaikan yang asli untuk kulit dan pada masa yang sama nak mainkan peranan untuk melindungi alam sekitar, Origins memang sesuai sangat untuk korang!!



 GinZing moisturizer ni memang sesuai untuk semua jenis kulit muka. Memang suka sangat dengan produk yang natural macam ni. Bila apply je,cepat gila meresap dalam kulit muka,macam tak pakai apa-apa.Bau pon gila sedap! Memang syok lah kulit aku hari-hari diberi layanan istimewa sebegini :D





Adik dan aku


Pergi kenduri kawen pon tak payah mekap tebal nau.





GinZing moisturizer ni sangat melembapkan kulit muka dan muka pon jadi glowing bila selalu amalkan pakai. Suka sangat! Memang sesuai sangat lah dengan muka aku yang kering+berminyak ni (combination skin). So lepas ni boleh lah hang out tanpa perlu make up tebal setebal kamus dewan bahasa.



Harga satu jar ini adalah RM100 untuk 50ml.Untuk satu produk yang 100% semulajadi dan organik, harga nya sangat berpatutan kalau nak dibanding kan dengan big brands dekat luar sana kan??




It will be available at all Origins Retail Stores and department stores.
More info: http://www.origins.com/_efb/GinZing_Sample/my





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)