Kamis, 29 November 2012

Pecutan XTRA!

Pernah dengar pasal Switch for XTRA Race daripada Petronas?? Syarikat gas dan minyak tempatan ni telah melancarkan satu lagi fasa yang kedua dipanggil Switch for XTRA Road Challenge!!! Cabaran nya semua haruslah XTRA :D




Cabaran ni menampilkan 4 selebriti terkenal yang famous amos termasuk Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Faizal bin Ismail (FBI) dan Hanis Zalikha.




Cerita dia macam ni. Setiap selebriti ni ada 2 ahli kumpulan masing-masing. Yang 2 orang ahli ni pulak adalah 15 pemenang daripada Switch for XTRA Race. Setiap pasukan ni akan dihantar ke cabaran ke lokasi yang ditetapkan dan diorang kena lengkapkan cabaran yang hanya boleh dilakukan dengan bantuan peminat dan orang ramai melalui laman sosial media mereka dan PETRONASbrands FB and Twitter.






Banyak-banyak team,aku sokong Team Faizal bin Ismail (FBI) sebab suka dengar dia pagi-pagi mengomel pokpekpokpek dekat Hot fm! Heee. Ada satu cabaran tu syaratnya kena jual 20 unit BoboiBoy je. Tapi team Faizal Ismail dapat jual XTRA 40 unit!! Wow! Team paling gempak antara team yang lain ni. Lepastu masa depa buat senamrobik cam kelakar lah pulak. Rasa macam 3 orang budak botak yang nakal tengah tonggang-tonggek ajar senamrobik. Comel! Hehe. Kalau tak percaya tengok video ni!






Yang paling best, pasukan yang menang akan ditentukan dengan bilangan tertinggi tontonan video!  Lagi banyak views  video, lagi cerah lah peluang nak menang. Pasukan yang menang akan dapat RM10,000. Wow seploh ribu hengget banyak ok. Tapi akan dibahagikan kepada dua lah. Sorang dapat RM5000. Tapi banyak jugak tu RM5000!!




Cabaran yang diorang kena face lain-lain. Ada kena kumpul 15 buah kereta. Ada yang Kena makan 60 keping apam balik,10 pinggan nasi kandar, 15 pinggan pasembor, 10 mangkuk cendol. Cendol pulak bukan mangkuk yang kecik-kecik. Ni yang besarrr punya. Dengar kena makan macam tu dah macam nak tengok cerita Man vs Food je ni. Gila ah. Makan macam bela jin dalam badan ni. HAHA. Tapi berjaya tak diorang buat cabaran tu semua? Haaaa kalau nak tengok macam mana diorang ni buat cabaran ni semua, dah susun baik punya ikut episod-episod, boleh tengok dekat 




Dok tengok diorang buat cabaran macam-macam ni, dok ralit sampai habis aku tengok semua video.Cuba korang layan pulak ok! Selamat menonton ! :D



Tidak ada komentar:

Posting Komentar