Jumat, 30 November 2012

Go TORPEDO Go !!!

Assalamualaikum semua

tetiba plak jantung ni berdegup " dub dap dup dap dup dap " 
dah macam orang sakit jantung dah . haish esok game dah mula , sekejap jer . pejamcelik pejam celik dah hampir dua bulan dah kami training dan training dan training semata-mata nak main SUKMUM ... apa apa pun yumi nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua player softball yang tak jemu-jemu turun training untuk memantapkan lagi gaya permainan , dan korang tak pernah sentap kalau kena marah ngan senior korang (dalam hati tau la plak) , ada jugak yang selalu kena bola kat badan tapi korang still main softball , tak pernah nak merungut nak keluar softball dan banyak lagi la ... kalau nak citer terlalu banyak kan  , so yang lain tu yumi simpan jer dalam hati  :'D ... apa-apa pun korang memang terbaik la ...yeah GOOD LUCK FOR TOMORROW ... buktikan dan keluar segala apa yang korang dah belajar selama dua bulan ni dan jangan nak pedulikan apa pihak lawan cakap sebab diorang tak tau apa yang kita buat walaupun kita main satu permainan yang sama iaitu SOFTBALL tapi kena ingat TORPEDO ada tektikal yang tersendiri ... so keep it in your mind no need to worry about the game tomorrow , just enjoy the game ... okey dan yang paling penting senyum sokmo biar orang rasa tertekan dengan senyuman kita bukan dengan riak muka kita ... orite ??? SENYUM SOKMO





simbolik kepada TEAM KURSHIAH



...


...


...


...


...


...



 tadaaaaaaaaa




... next ...


 kami akan pakai jersi yang berwarna 


...


...


...


...


...


KUNING  :'D cantik tak ???  warna diraja tau , jangan main-main :P







maklumlah kan bila nak game semua ni kata-kata ni akan muncul ...  cuak , takut , ketar dan so on ... ggggrrrrrr ... tapi selalunya perasaan ni akan wujud masa sebelum game jer , bila game dah start hah semua main tak ingat dunia dah ... kan ... 



P/S : so , good luck semua player lelaki dan perempuan untuk game esok ... hwaiting 



MAJULAH SUKAN UNTUK KURSHIAH 


bubui

thnaks for reading

saranghae (LOVE)

Kamis, 29 November 2012

Pecutan XTRA!

Pernah dengar pasal Switch for XTRA Race daripada Petronas?? Syarikat gas dan minyak tempatan ni telah melancarkan satu lagi fasa yang kedua dipanggil Switch for XTRA Road Challenge!!! Cabaran nya semua haruslah XTRA :D




Cabaran ni menampilkan 4 selebriti terkenal yang famous amos termasuk Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Faizal bin Ismail (FBI) dan Hanis Zalikha.




Cerita dia macam ni. Setiap selebriti ni ada 2 ahli kumpulan masing-masing. Yang 2 orang ahli ni pulak adalah 15 pemenang daripada Switch for XTRA Race. Setiap pasukan ni akan dihantar ke cabaran ke lokasi yang ditetapkan dan diorang kena lengkapkan cabaran yang hanya boleh dilakukan dengan bantuan peminat dan orang ramai melalui laman sosial media mereka dan PETRONASbrands FB and Twitter.






Banyak-banyak team,aku sokong Team Faizal bin Ismail (FBI) sebab suka dengar dia pagi-pagi mengomel pokpekpokpek dekat Hot fm! Heee. Ada satu cabaran tu syaratnya kena jual 20 unit BoboiBoy je. Tapi team Faizal Ismail dapat jual XTRA 40 unit!! Wow! Team paling gempak antara team yang lain ni. Lepastu masa depa buat senamrobik cam kelakar lah pulak. Rasa macam 3 orang budak botak yang nakal tengah tonggang-tonggek ajar senamrobik. Comel! Hehe. Kalau tak percaya tengok video ni!






Yang paling best, pasukan yang menang akan ditentukan dengan bilangan tertinggi tontonan video!  Lagi banyak views  video, lagi cerah lah peluang nak menang. Pasukan yang menang akan dapat RM10,000. Wow seploh ribu hengget banyak ok. Tapi akan dibahagikan kepada dua lah. Sorang dapat RM5000. Tapi banyak jugak tu RM5000!!




Cabaran yang diorang kena face lain-lain. Ada kena kumpul 15 buah kereta. Ada yang Kena makan 60 keping apam balik,10 pinggan nasi kandar, 15 pinggan pasembor, 10 mangkuk cendol. Cendol pulak bukan mangkuk yang kecik-kecik. Ni yang besarrr punya. Dengar kena makan macam tu dah macam nak tengok cerita Man vs Food je ni. Gila ah. Makan macam bela jin dalam badan ni. HAHA. Tapi berjaya tak diorang buat cabaran tu semua? Haaaa kalau nak tengok macam mana diorang ni buat cabaran ni semua, dah susun baik punya ikut episod-episod, boleh tengok dekat 




Dok tengok diorang buat cabaran macam-macam ni, dok ralit sampai habis aku tengok semua video.Cuba korang layan pulak ok! Selamat menonton ! :D



Anyone interested with Silver Guccissima Hobo?? :D

Ada sesiapa dekat sini peminat kipas susah mati handbag Gucci?? Haaaa ada berita baik untuk anda. Ada member aku nak let go handbag ni. 







Details:


Medium Silver Guccissima Hobo
100% Original!
 Measurements: 26.5cm x 9cm x 19.5cm (approx)
Condition: 9/10, Seldom use.
Price: RM1600  (accept 2x installments)
Comes with dust bag and authenticity card.










Reason nak let go sebab dah tak pakai and still in good condition! Price can be negotiable :)


Anyone interested???
 Enquiries email to: sabrina.sabaruldin@gmail.com



ok bye! :)

Rabu, 28 November 2012

Aduhai Bahu !!!

Assalamualaikum 

hari ni kelas habis macam biasa dan dapat makan dengan tenang dang kenyang sebabnya pukul 12.oo nanti tak de kelas :'D tapi tapi tapi kitaorang wajib pergi ke LAB PHYSIO sebab nak buat lawatan secara ringkas tapi padan . So ,yumi curi la masa sikit up date blog kat PUSAT SUKAN ni hah ... laju pun laju .. tak da la menyakitkan hati yang tenang ni .. hoho 

okey kembali ke tajuk utama . Sebenarnya yumi dok sakit bahu ni ... mybe sebab banyak sangat pitch (baling) kot .. yela  , yumi kan main SOFTBALL kan , so banyak menggunakna tangan dan bahu ... disebabkan sakit yang terlampau (dua minggu punya tahan sakit ), yumi pun pergi la klinik kesihatan kat Kolej 12 ... 

nurse : nak check pe , dik ?
me : nak check bahu kak ... 
nurse : okey , isi borang ni ... bla bla bla , nanti akak panggil  nama erk .. 
me : okey . 

tunggu punya tunggu punya tunggu 

nurse : NURUL IDAYU 
me : ye 
nurse : ambil no ni dulu , lepas tu tunggu giliran .
me : okey , nurse .

tttteeettteeetttt 1015 bilik 2 , lepas tu masuk la bilik doktor tu kan ... dia pun check la ... angkat tangan pegang telinga la .... dah macam kena denda dah ^_^ ... buat la apa pun doktor asalkan tangan saya ni baik ... pastu dia cakap 

doktor : erm , ok tak da patah ... cuma terseliuh jer .. so kena banyakkan rest 
me : patah? (berdarau darah wei) haish .. nasib baik tak patah (dalam hati ) ... so ada tak side effect ?
doktor : hurm , tak de cuma makan ubat dan rest .

SELAMAT ... haha :'D 

yumi pun ambik surat untuk ambik ubat dan cabut ... pppeeeeuuuuu - bergerak pantas ke farmasi ambik ubat ... so akak tu pown bagi la ubat sapu ngan ubat biji ... banyak jugak dia bagi ubat . Agaknya koleksi ubat kat farmasi tu banyak kot ... haha



  NURUL ???


NURUL IDAYU la

nah , dia bagi ubat tahan sakit ... cantik warna dia .. nak makan pun sayang ... haha
tapi ubat ni makan bila perlu jer okey .. tak sakit jangan gatal-gatal nak makan 



yang ni pulak pil CALCIUM ... ^_^ nampak sangat yang yumi ni tak cukup calcium kan .. haha yang ni yumi dapat tiga tablet kot



ubat sapu .. mula - mula yumi ingat panas tau .. rupa-rupanya tak pown .. haha
so , sekarang ni kalau nak tido ker nak gi kelas ker kena la sapu ubat ni dulu , cuma untuk kurangkan sakit 


DICLORAN GEL

okey nasihat yumi kalau sakit pergi klinik okey .. haha dah kena batang hidung baru tau ... 
tttteeetttt

bubui

thanks for reading

saranghae (LOVE)


Rabu, 21 November 2012

(RESEPI) Durian Crepe Gebu

* credit to google*



Kalau pergi Mid Valley mesti akan singgah beli Durian Crepe ni. Kalau sesiapa yang hantu durian memang akan jadi hantu durian crepe lah pulak. Makan seketul mesti nak ambil lagi berketul-ketul ngapp masuk mulut. Nak beli,satu pek dalam 10 hengget selalunya orang jual. Asyik beli je, apa kata try buat pulak. Pulak-pulak sekarang ni musim durian, memang merata lah ada durian. So gunakan lah durian yang ada ni selagi tengah musim durian






Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia:

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream (aku memang suka gila brand yg dekat atas ni,sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap)


Dan isi durian yang telah dilenyek. Dah nama pon durian crepe, wajib lah ada durian kan? Tak kan nak lenyek buah kedondong pulak. ye dak?




Cara-caranya senang je. Aku guna stand mixer je. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap. Eh senang nya? ye memang senang je ok


Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu hokayyyy


Pastu tapis ah benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus.  Sebab takut kulit crepe tu menggerutu je. Kalau tak nak tapis pon iolsss ok je.




Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh


Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas



Lepas masak sehelai (sehelai??) crepe ni, aku alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing lah ok




Ok part ni paling best. Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak ni eh. Sebab bila lipat, nampak cantik ah, sebab yang part licin tu dekat atas



* credit to google*


Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss


ok bye!

Selasa, 20 November 2012

Misi kecil kan muka


Haaa siapa tahu ni apa benda? Aku pon baru first time try makan benda ni. Dan baru aku tahu nama nya churros. Ada aku tengok Running Man episod berapa tah (aku memang selalu terpengaruh dengan Running Man),yang episod awal-awal zaman kena cari guest dekat tempat macam sunway lagoon untuk mission tu, time tu pakai running ball lagi. Untuk yang dah kena pergi jail,krew dorang kasi makan churros ni. Panjang gila. Tengok depa makan cam sedap lah pulak. 




Sekali time jalan-jalan cari pasal haritu terserempak pulak kiosk yang jual churros ni. Apa lagi, try lah rasa. Rasa dia biasa je bagi aku. Rasa tepung. Makan cekodok ikan bilis cicah sos cili lagi heaven! Churros ni makan panas-panas sedap lah.Kalau dah sejuk, kurenggg sikit rasa dia



 Tapi tak boleh lawan lah dengan benda ni. Ini adalah Okonomiyaki (rasanya betul kot eja camni,kalau salah pon,lantakkk) Dia ni adek beradek Takoyaki. Tapi takoyaki versi pancake lah. Okonomiyaki ni memang terbaik dari kebun! Serious sedap. Tapi bergantung gak kepada orang yang masak benda ni. Kalau dia masak sedap, sedap lah jadiknya




Slurpppp slurpppp *menitis air liur jatuh ke keyboard*. eh sedapnya engko ni okonomiyaki!!






Eh aku ni suka terbabas babas. Berbalik kepada tajuk,nak kecilkan muka konon nya. Banyak-banyak part dekat diri ini, aku rasa muka lah paling susah bebeno nak bagi kecik hokayy. Stress aku bila fikir tentang hal ini. Tapi tak ada lah stress sangat pon. Selamba badak je makan okonomiyaki dan churros tanpa rasa bersalah. Tu belum campur lagi mentekedarah benda lain.




Walaupun ada artikel yang mengatakan "perempuan berpipi bulat lebih awet muda",tapi pedulik hape lah aku.





Sekali aku jumpa FACE SLIMMING ROLLER ni. Perghh dengar nama macam gempak je kan. Konon boleh kasi muka slim letteww. Disebabkan harganya hanya RM5 (lima hengget je ok,spender pon 3helai RM10 so benda ni lagi murah nak meninggal!), dengan tanpa berfikir panjang aku beli seketul. Tapi aku tak ada lah expect setinggi gunung everest yang benda alah ni berkesan pon. Saja suka-suka buang masa









Belakang pack face roller ni suruh buat dalam 10-15 minit setiap hari. Puas lah aku sondol-sondolkan face roller ni dekat muka aku ni haaa dengan riang ria nya. Nak slim kan muka kekdahnya. Kalau benda ni betul-betul berkesan, memang tabik spring toing toing lah dekat pencipta benda alah ni





Tapi misi kecil kan muka untuk kali ini adalah:


































































































































































































































GAGAL!!!!!!










Nasib baik RM5 je ok benda alah ni. Tak ada lah rasa larat sangat pon kalau benda ni tak berkesan pon. Tapi bak kata Lisa Surihani, "gheda itu ikhlas, pasghah itu menyeghah" So, aku redha je lah berpipi bolat bermuka lebar. Sekian terima kasut.

Senin, 19 November 2012

Mendambakan kulit bak Song Ji Hyo dengan Hansaegee Nature

Aku suka gila tengok kulit Song Ji Hyo dalam Running Man (tak habeh-habeh dengan Running Man). Kulit dia ni tak mekap pon cantik, glowing-glowing gitu. Teringin gak lah nak ada kulit glowing-glowing cenggitu. Nak kulit macam orang Korea,langkah pertama nya kena lah cuba-try-test antara produk yang terkenal dekat Korea sana. Produk yang menjadi pilihan hati adalah produk Hansaegee Nature




Kalau beli Sensitive Sun Cream dengan Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack tu dapat free gift sebatang pen hokayyy :D



Sensitive Sun Cream SPF 50+/PA+++. Selalunya bila pakai sunblock mesti bau macam getah sekerap je. Tapi sunblock ni bau wangi gila. Kalau sebelum aku nak pergi kelas, memang sesuai sangat lah pakai sunblock ni sebab hari-hari memang aku kena mengadap matahari pon. Untuk keluar jalan-jalan pon boleh guna sunblock ni sebab ia boleh bertindak sebagai make-up base foundation jugak! Tekstur sunblock ni sangat nipis dan ringan.Bila apply, muka rasa natural je. Macam tak letak apa-apa dekat muka



Harga nya rm81.50 tapi bagi aku berbaloi beli sebab sunblock ni 60ml . Boleh lindung kulit daripada sinaran matahari,mempunyai kesan pelembap dan boleh jadi make-up base jugak. Wow! Memang serbaguna betul. 3 in 1 hokayyy!





Dalam kotak “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack” ni ada 10 keping nose strip. Yang best nya bila dah tanggal strip dekat hidung tu,boleh tenyeh “Pore Stamping Serum” yang tiub warna hijau tu pulak. Kira nya ada 2 step lah. Produk ni hanya RM37.00 sahaja






Cara nak apply nose strip ni senang je. Basahkan hidung dengan air,pastu lekatkan je dekat hidung dalam 15-20 minit camtu.




Pastu boleh tarik. “omakkkkkkkkkkkkk omakkkkkk tolonggg tolonggg pedihhh” Serious mencabar hokay nak tarik benda alah ni.Mencabar mata daripada berair akibat kepedihan. Gam dekat nose strip ni pon kuat gila melekatnya macam tempek gam gajah






Dan akhirnya, tumpas juga aku. Sampai mengeluarkan air mata syawal pulak aku main tarik-tarik benda ni. Padahal tarik nose trip je pon. Gaya sedih nya macam mati laki. Drama nya selalu melebih-lebih. hehh



Hasil menitis air mata syawal. Tengok benda ni menitis lagi air mata syawal untuk kali ke dua. Perasaan sedih + geli + ngeri  dalam satu masa. Habis segala kaum kerabat  tok nenek bintik hitam dan bintik putih berkampung dekat sini. Euwwww euwww




Lepas dah habis tarik nose strip tu dah tak sakit dah. Yayyyy. Boleh basuh hidung bersih-bersih,pastu kita tenyeh “Pore Stamping Serum” ni pulak dengan riang ria nya. Fungsi “Pore Stamping Serum”ni sebenarnya adalah  untuk elak kan segala tok nenek bintik hitam dan bintik putih datang menyinggah lagi di hidung engko.




Nak kulit ala-ala Song Ji hyo (konon nya) kena lah pakai topeng ajaib ni pulak.Kata nak kulit glowing-glowing kekdahnya. Topeng ajaib yang menjadi pilihan adalah I.P.I Lightmax Ampoule Mask. Fungsi mask ni ialah untuk meningkatkan kecerahan dan stabilkan semula kelembapan kulit wajah. Pulak-pulak hari-hari pergi kelas memang mengadap matahari je kerja nya, kulit pon makin berminyak dan gelap. So ini lah solution nya!




How good is good??




Haaaa takut tak? Ni kalau aku terperanjatkan roomate aku tengah study malam buta dengan muka cenggini, mahu dia lari menjerit ketakutan keluar terjun kuak lentang ikut tingkap. Tak pon dia hempuk muka aku dengan laptop dia kang. But seriously best pakai mask ni. Mask ni teksturnya sangat nipis. Bau dia fresh dan menyenangkan. Mask ni direndam dengan essence and the thin silk cellulose mask tu membantu untuk meningkatkan penyerapan essence dengan lebih baik. Pakai dalam 15-20 minit,pastu bila remove mask tu, perlahan-lahan tepuk-tepuk muka kita dan biar je kulit kita serap baki-baki essence daripada mask tu





Dan apakah keputusan nya?? Adakah aku dapat kulit yang seperti aku dambakan bak Song Ji Hyo??






Song Ji Hyo


















SongLap Air Liyo



Muka memang jauh bebeno lah bezanya. Song Ji Hyo comel,aku comot. Tapi bagi lah cannnnnn nak feeling-feeling Korea kejap. Ye dak? Kehkeh. Tapi bila lepas pakai mask ni,rasa macam kulit ada glowing sesikit lah muehehehe perasantan!





Banyak mask yang menarik boleh pilih.  Nak cari dekat Watsons dan Guardian produk ni buat masa sekarang memang tak dapat lah jeppp. Boleh beli produk ni online sahaja. Pada sesiapa yang berminat dengan produk Hansaegee Nature ni boleh ke web HANSAEGEE NATURE sekarang!   Happy shopping! :)



Minggu, 18 November 2012

Aku Terima Nikahnya

 Assalamualaikum w.b.t

jam menunjukkan 2.41 am ... so yumi nak ucapkan GOOD MORNING everyone ... korang semua mesti 
dah tido kan ... hurm tinggal la yumi sorang-sorang menaip di pagi yang sejuk ni hah ... wat assignment dah yumi sendiri pun dah ketandusan idea nak taip ...

AKU TERIMA NIKAHNYA ................ tttteeeetttttt
no komen ... actually yumi tengok citer romantik ni hah .. lakonan 
NORA DANISH dan ADIPUTRA
sebeblum ni yumi cuma dengar jer pasal citer ni dan tak de niat pun nak tengok ... nak dijadikan cerita kan , masa kitaorang tengah tunggu turn untuk ujian oral yumi and the gang pun lepak2 la dulu kan , then kawan chinese yumi ni citer la pasal cerita ni .. dia ni pelik sikit cina yang berjiwa melayu ( 1 Malaysia ma) ... then lepas risik jalan cerita dia yumi pun pe lagi ambik la kan ... nak jugak tengok sebab biasanya citer adegan romantik ni kalau 
NORA DANISH bergandingan dengan ADIPUTRA perh .. memang terbaik ... sebab sebelum ni pun diorang belakon sekali kan dalam citer
TENTANG DHIA ... so yumi pun tak de la ragu-ragu nak tengok ... 

lepas tengok citer ni yumi boleh bagi 5 bintang kat pelakon ngan produksi yang buat citer ni .. tapi de jugak orang yang cakap citer ni macam tiru daripada citer yang lain BUT no komen ... biar la orang nak cakap pe janji best .. haha ...

da satu dialog yang yumi suka dan yumi gelak non stop for 30 second sebab si suami ni cakap kat isteri dia (bukan NORA dan ADI) 

suami : KALAU BERANAK DALAM KERETA NI NAK LETAK NAMA ANAK PE ? PERSONA ? VIVA ? MYVI ? ^_^

dialog tu memang terbaik la .. haha tahniah penulis skrip ^_^


cincin yang melambangkan suatu ikatan 






 

so , kepada sesiapa yang belum tengok citer ni yumi sarankan tengok ok ... sebab apa??? sebab kita kena dunia seni tanah air ( tetiba plak promote kan ) ... yela kalau kita tak support industri kita sapa lagi yang nak support .. kan 


P/s : walaupun citer ni dah lama keluar yumi kompom ramai lagi yang belum tengok ... betul tak ???


bubui

thanks for reading

sarangae(LOVE)


Sabtu, 17 November 2012

(REVIEW FILEM) Pontianak vs orang minyak



Tajuk: PONTI vs. OMI
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Vision Works & Ismail Holdings

Senarai Pelakon:

OMI : Johan Raja Lawak
PONTI : Nabil Raja Lawak
PAK REJAB : Afdlin Shauki
SUDIRO : Khir Rahman
RUMINAH : Lana Nordin
SAODAH : Adibah Noor
BUNGA CINTA KASTURI : Athira
BUNGA CINTA MELUR : Isma Hanum
LEMBAGA HITAM : Harun Salim Bachik
PROFFESOR ERIC MAN : Man Raja Lawak
DR. ROMI : Black Kopi O Raja Lawak
RATU SYAIRA : Sharifah Shahira
MARIA : Syarifah Amani
PENASIHAT PONTIANAK 1 : Dira Abu Zahar
PENASIHAT PONTIANAK 2 : Ozlyn Watie
PAKOK : Tepet Raja Lawak
HENTAK : Fizz Fairuz


Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak:
Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Johan sebagai Orang Minyak






Nabil sebagai Pontianak


Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.


Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.


Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?
=========================


Trailer Ponti VS Omi:




Komen aku:


Filem ni komedi ringan. Untuk nak hilang kan stress tu boleh lah tengok cerita ni. Part Johan dengan Nabil banyak jugak yang lawak. Gelak-gelak bila tengok part Nabil dengan Johan je. Ye lah mana ada lelaki jadi pontianak kannn,dalam cerita ni ada lelaki pulak boleh practice nak jadi pontianak. Part Johan masa awal-awal dia nak kawen tu lawak gak. Dah lah nama "ketiak" time tu'.


Part Lana Nordin banyak joke double meaning. Kalau lelaki,memang suka layan lah kot,pulak-pulak dia sexayhh dalam cerita ni. Wondering gak, lepas pulak dekat LPF. Tapi dah lepas dah pon



Ok overall 3/5 bintang. Kalau nak tengok, boleh lah mencuci mata anda di pawagam pada 22 November 2012.