Selasa, 09 Juli 2013

Belajar mekap dengan Leuniey Natasha yang comel :D

Aku sebenarnya ada banyak cita-cita.  Salah satu cita-cita aku adalah bila aku kawen nanti aku nak mekap sendiri. Gituwww . Sangat tak berilmiah sangat cita-cita aku. Nangis bawah meja cikgu tadika aku kalau tahu ni cita-cita aku sebenarnya. Time dekat sekolah kemain cita-cita taknak kalah. Doktor lah,lawyer lah,pilot lah,cikgu lah. Alih-alih bila dah besar??



Sedihhhh sangat cita-cita kau :D




Ok tak ada lah cita-cita sangat. Tapi ada ah impian nak mekap sendiri time kawen nanti. Saja nak feeling-feeling Kate Middleton kihkihkih. Aku ni kadang-kadang yo yo oo je lebih. Nanti time kawen ambil MUA jugak. Tadah muka je biar orang yang siapkan muka.








Dengan Leuniey Natasha. Leuniey Natasha dah pakai tudung sekarang. Kena edit sikit 




Nak pandai mekap kena lah belajar pada yang pakar kan?? Haritu ada lah belajar mekap dengan Leuniey Natasha. Dapat lah serap sedikit sebanyak ilmu mekap ni dengan Leuniey Natasha. Leuniey ni kalau tak mekap pon dah comel,kalau dah mekap lagi lah meletop.





ecehhh



Barang-barang mekap semua adalah daripada Leuniey pada hari itu.Beg mekap Leuniey punya lah besar dan banyak gilaaa barang mekap dia dalam tu. Leuniey siap cakap "kalau kena curi,biar lah pencuri tu curi handbag daripada beg mekap ni." Ye lah.Barang-barang mekap kan mahal-mahal,lagi-lagi yang branded.Satu barang dah beratus harga nya. Mahu tak nangis kalau hilang beg mekap.


So dengan keazaman yang jitu,aku pon gigih lah beli barang mekap. Beli online je. Malas nak meredah mall. Zaman sekarang kan semuanya di hujung jari gituww. Klik klik je apa nak beli. Settle!




Website yang menjadi pilihan adalah HiShop 



Beli semua benda berkaitan dengan mata. Sebab dari mata kan turun ke hati. Gituwww kihkih :D


-Stage Eyelash Curler
-CANDYDOLL Concealer (Baca banyak review,orang kata concealer ni bagus.So aku pon beli hehe)
-Baviphat Sharp Liquid Eyeliner
-Farmasi Mono Eyeshadow

Beli ni je lah dulu. Karang sambung lagi beli lain :D

Dalam kotak tu, siap dapat voucher dan report card lagi hokayy.



HiShop sekarang ni tengah ada kempen untuk kota kan janji. So far servis daripada HiShop ni memang bagus dan daebak! (Sebut daebak ni terpengaruh dengan Running Man letteww).  Terus isi dan rate kan kiut kiut :D



HiShop ni memang tempat nak beli barang-barang kosmetik dan kecantikan secara online.Ni nak raya ni boleh lah shopping apa-apa yang patut untuk cantik-cantik di hari lebaran nanti hehe Barang-barang yang dijual dekat HiShop ni semua nya original. Jangan risau. Tiada cetak rompak. Dijamin original :D


Berita baik untuk sesiapa yang membaca entri ini!!  Ada RM20 voucher untuk apa-apa pembelian barang atas RM99 (Boleh guna voucher ni untuk barang promosi jugak!).Hi Shop tengah ada SALE now! Cepat grab sebelum SALE habis. Voucher ni valid sampai 15 July 2013.



Exclusive voucher code: CIKEPAL20


Guna code CIKEPAL20 ni ok untuk dapat voucher RM20! Free-free je korang dapat voucher RM20. Boleh beli apa-apa je barang dekat HiShop. Masa nak isi borang tu boleh letak code voucher ni. Sila membeli belah sekarang!! :D

Untuk exclusive offers, boleh subscribe to HiShop’s newsletters : http://www.hishop.my/subscribe


More info, check out facebook page https://www.facebook.com/hishopmy :)


ok bye!




p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)


Minggu, 07 Juli 2013

(RESEPI) Cheesecake biskut ! Cheesecake paling senang nak buat. Tak perlu bakar pon :D

Nak up lah satu entri resepi sebelum nak masuk bulan Ramadhan yang bakal menjelma ni. Aku memang suka lah masak-masak or baking membaking (oh my bahasa melayu!) ni. Tapi aku suka buat benda yang simple je. Tak suka buat benda yang renyah dan remeh-temeh. Hari ni nak share dengan korang cara nak buat cheesecake paling senang dalam dunia. Tak payah nak beli oven,janji ada peti ais. Tak payah bakar, sejuk kan dalam peti ais jahh. Pastu bahan pon senang je nak cari. Pendek kata memang senang lah resepi kali ni. Pendek je kata camtu,panjang tak kata apa apa. ok tak kelakar





Ok ni lah bahan-bahan nak buat Cheesecake Biskut Teduhan Kasih. Auww feeling nak suap cheesecake dekat abang Ehsan sambil berteduh di tepian pantai pulak.kuikui padahal cerita teduhan kasih dah habis dah pon.




Bahan-bahan nak buat cheesecake biskut:

Cream cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (Guna biskut yang Deluxe Cracker tau.Guna Cream Cracker kesedapan nya kurang.Aku ni kes salah beli biskut lah ni. haha )


Guna biskut ni, Deluxe Crackers original flavour.Jangan ambil yang perasa sayur pulak. Harap tak confused antara Cream Cracker dengan Deluxe Cracker .





Susu segar untuk celup-mencelup biskut. Guna susu Low fat kalau nak kurus. Susu full cream kalau nak gemuk. kehkeh ok padahal sama je.Tak ada kena mengena pon.  Janji susu segar, tak kesah lah jenama dan jenis apa pon




Cara-cara nak buat cheesecake biskut:


Pukul cream cheese sampai lunyai guna stand mixer



Masuk kan 1/2 tin susu (kalau kuat manis,bubuh lah lebih.Kalau tak suka manis,kurangkan.tapi jangan letak satu tin susu pekat ni pulak,kencing manis pulak karang)




Gaul-gaul sampai sebati. Ok siap dah part ni




Ambil biskut celupkan dalam susu segar tadi.  Jangan sampai lembik sangat-sangat. Cukuplah sekadar soggy di bahagian depan dan belakang body biskut itu. Kemain biskut feeling mandi susu tauu.



Pastu susun dalam loyang kiut kiut macam ni. Loyang aku ni memang cun-cun je muat 9 keping biskut . Bagus kau loyang! Tak payah aku nak patah-patah kan biskut-biskut ituww :D






Then celet lah dengan cream cheese yang kita pukul tadi



Pastu tabur nestum

Then ulang benda yang sama.Letak biskut >>cream cheese>>nestum. Layerkan sampai lah cream cheese tu macam dah nak habis.Letak sekaligus banyak-banyak biskut dalam susu ni pon boleh. Lagi cepat kerja kau nak melayerkan cheesecake itu. MELAYERKAN? Hazabedah nya bahasa melayu kau ni. weee



Untuk topping atas sekali,tinggalkan cream cheese tu sedikit tebal daripada yang kita sapu dekat bawah-bawah layer biskut tu




Akhir sekali tabur nestum. Masuk dalam peti ais. Sejuk kan semalaman. Siap!



Haaa senang je kan?? Buat cheesecake biskut ni ala-ala kek batik je. Cuma tak payah masak atas api je. Celup-mencelup biskut tu tujuan dia untuk melembutkan isi cheesecake ni. Nanti nak potong senang lah. Kalau tak celup biskut tu kang, patah lak pisau nak memotong nya sebab biskut keras berdentung. Gituww saja hiperbola.




Ni lah hasilnya cheesecake biskut teduhan kasih itu. Jom papa Ehsan kita dating. Cheesecake Biskut siap dah ni. Nganga cepat Ehsan....aummm *masuk kek dalam mulut sendiri* kehkehkeh




Cheesecake biskut ni sesuai untuk dijamukan di birthday party ke,open house ke, jamuan bos bersara ke...hehe tak kesah lah bila nak makan pon.Nak makan hari biasa-biasa pon boleh. Rasa cheesecake biskut ni lembut je bila gigit. Macam makan kek :D




Tapi kalau time berbuka puasa nak makan ni memang tak lah kan. Muak nanti. Perut kita pon lagi gembira riang ria bila tengok lauk pauk daripada cheesecake biskut ni time berbuka.Melainkan perut kau perut omputeh.Memang boleh lah kot kau hadap makan cheesecake time berbuka puasa. Perut aku perut melayu totok je. But time raya kalau nak jamu orang makan cheesecake biskut ni memang sangat sesuai! *buat thumbs up sambil kenyit mata bajet wondergirl*






Ok tu je. Kalau sesiapa nak cuba,selamat mencuba :)







Jumat, 05 Juli 2013

Masa kecik-kecik dulu aku selalu fikir ....

Dulu kecik-kecik selalu fikir benda yang kita sendiri rasa benda tu logik/tak logik. Tapi fikir time tu je lah,esok lusa mesti lupa dah. Fikir benda lain pulak kan. Masa kecik-kecik dulu aku selalu fikir ....



@ TV

Bila tengok tv,mesti pelik dan fikir macam mana orang boleh masuk dalam tv, pastu jadi kecik? Pastu alih channel lain pon kadang-kadang ada nampak orang yang sama dalam tv. (means pelakon yang sama berlakon cerita lain-lain serentak lah kan) Pastu tetiba rasa tv tu satu benda yang sangat MAGIC!



@ Baby

Kadang-kadang fikir macam mana dalam perut orang perempuan tua (sebab time tu kecik,rasa diri muda sentiasa tak tua-tua.Orang yang mengandung je dah kira tua kehkeh) boleh ada baby? Macam mana perempuan tua boleh mengandung? Pernah lah tanya akak-akak sedara dulu time sekolah rendah. Pastu jawapan dorang


"nanti dah besar nanti tahu lah macam mana perempuan boleh mengandung."


ooooooooo ini pon macam MAGIC!



@Kalau pandai dan banyak ilmu,nanti boleh masuk syurga


Ustazah selalu cakap suruh belajar pandai-pandai sebab nanti boleh masuk syurga. Tu sebab kecik-kecik kemain pandai. Rasa nak ada banyak-banyak ilmu sebab boleh masuk syurga. Elehh taktik ustazah je tu suruh rajin belajar dan umpan supaya tak main-main dalam kelas :D


@ Hati bentuk love

Selalu fikir hati kita memang berbentuk love. Asal lukis hati mesti akan lukis bentuk love


Aku rasa sampai besar ni pon kalau lukis hati mesti buat bentuk love :D





@Hero/heroin mati 

Kalau tengok filem pape, pastu hero/heroin dalam cerita tu mati mesti aku ingat dia mati betul-betul. Kalau nampak pelakon yang sama berlakon lagi mesti aku rasa dia macam banyak kembar. perghhh mengong nya aku dulu. hahaha.


@Dekat Malaysia je ada orang Islam

Dulu kecik-kecik aku selalu fikir yang dekat Malaysia ni je ada orang Islam.Negara lain tak ada orang Islam. Entah  lah tak tahu apasal kecik-kecik fikir macam tu.


@Bulan

Malam-malam kalau dalam kereta,pergi dekat tingkap mesti tengok bulan. Pastu pelik je kenapa bulan ni selalu ikut kita eh pergi mana-mana pon?? Bulan tu suka dekat kita ke??



@ Batal air sembahyang


Dulu zaman sekolah rendah kalau tengok akak/abang sepupu kawen mesti tengok part nak batal air sembahyang.  Pastu bila tengok pengantin dekat upacara pembatalan air sembahyang tu selalu fikir.


"ooo pengantin ni nak batal air sembahyang,dorang kena kentut dulu ni"


Hahahahaha Sekolah rendah agama kan dah belajar pasal wudhu' jugak kan.Tu tahu tu kalau kentut dah batal air sembahyang.Banyak sebenarnya benda yang kita fikir time kecik-kecik dulu. Tapi ni je yang teringat dalam kepala sekarang. Korang ada tak benda yang korang selalu fikir time kecik-kecik dulu??? :D







p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Selasa, 02 Juli 2013

Cara-cara nak buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Senang dan sihat !


Teringin nak makan aiskrim tapi tengah diet katanya. So buat lah aiskrim sendiri versi healthy. Nak buat lah aiskrim berwarna warni sang pelangi sikit. Baru syok sikit nak makan. Beli bekas aiskrim yang ada muncung macam ni senang. Tak ada lah makan meleleh-leleh. Kalau aiskrim cair pon boleh sedut je kat muncung itu. Bekas aiskrim ni aku beli dekat Daiso je. Lima hengget je. Murah dan sangat praktikal.



 Bahan-bahan nya simple je.

-Buah-buahan yang pelbagai warna
-lemonade
-madu





Lemonade aku beli dekat pasaraya je yang dalam botol siap. Tapi sebab masam nau,aku tambah lah dengan madu. Baru lah manis sesedap rasa. Jangan guna gula. Kalau nak sihat, gantikan gula dengan madu ye :)




Susun lah dalam bekas aiskrim masing-masing mengikut peringkat warna



Susun sampai habis semua buah.




Masuk kan lemonade + madu tadi. Siap dan boleh dibekukan





Kalau nak buat tolong lah jangan masuk kan dragon fruit itu. Warna aiskrim aku jadi tak menarik bila di tambah dengan dragon fruit itu.Aku lah yang gatal tangan sangat nak masuk kan buah naga sekali konon nak bajet lagi kreatif. Menyampah pulak dengan itu buah naga. Selamba tenuk dia je mencarca-marba kan warna aiskrim aku dengan warna dia sorang je. Masuk 5 buah pon ok dah. Jadi dah ala-ala pelangi.



Tadaaa! Siap dah. Bila gigit layer by layer boleh rasa macam-macam flavour daripada buah tu sendiri :D



Boleh lah makan sesisi keluarga.



Nak nampak lebih menarik, boleh potong buah besar-besar macam ni. Lagi nampak stylo kan aiskrim tu.




Ok tu je nak cerita hari ni. bye!